MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, February 10, 2009

Faktor Lelaki Berpoligami


Islam tidak menghalangi lelaki untuk berkahwin lebih dari satu isteri. Namun lelaki tersebut mistilah melalui syarat mampu berlaku adil terhadap semua isteri-iaterinya. Adil ini khususnya di dalam urusan nafkah, tempat tinggal dan ‘kiswah’ (pakaian). Sekiranya dia bimbang tidak boleh berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja isteri. Ini di sabitkan dari firman Allah swt:

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ

Artinya : “kemudian jika kamu takut tidak akan dapat Berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (QS. An Nisaa : 3)

Berdasar dari ayat di atas, ulama-ulama telah menuntukan bahawa poligami dilarang terhadap seorang lelaki yang tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Ini dikeranakan kegagalan untuk meyempunakan perkara asas di atas dikira mengabaikan hak-hak isteri. Untuk ini mana-mana lelaki yang ingin berpoligami maka persedian pada perkara di atas adalah perlu agar tujuan dari poligami itu tercapai.

Poligami di dalam islam bukanlah satu kewajipan atau disunnahkan, namun ianya dibolehkan dan dibenarkan asalkan faktor-faktor berikut diambil kira :

A ) Berlaku perang di dalam Negara Islam yang mana ramai kaum lelaki khususnya para suami gugur syahid di dalam medan perang yang mengakibatkan ramai wanita menjadi janda. Bagi meyelesaikan tututan tanggungjawab janda dan anak-anak mangsa perang ini, maka islam membenarkan lelaki berpoligami. Dengan cara ini janda-janda dan anak-anak mangsa perang ini akan terbela.

B ) Jumlah kaum wanita lebih ramai melebihi dari jumlah kaum wanita. Ini juga sebahagian dari faktor yang disyaratkan oleh sesetengah ulama.

C ) Kesanggupan lelaki untuk berkeluarga lebih besar dan kesanggupan fizikal lelaki dari segi seksual.

D ) Terkadang seorang istri mengalami kemandulan atau menderita sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh padahal mereka tetap ingin melanjutkan hubungan suami istri dan suami ingin mempunyai keturunan.

E ) Sifat lelaki yang sesetengahnya mempunyai dorongan nafsu seks yang lebih besar dan ia merasa tidak puas dengan seorang istri saja disokong pula dengan suasana persekitaran yang terdorong ke arah itu. (dari Fiqhus Sunnah)

Lelaki yang ingin berpoligami hendaknya mempertimbangkan kelima faktor di atas serta kemampuan diri untuk melakukannya. Namun begitu meletakan kepentingan agama serta keluarga di hadapan itu terlebih utama.

Wallahu’alam

Nota : Lihat tulisan yang lalu “Tips Nak Mengesan Suami Nak Kahwin Lebih” dan “Nak Ke Payong Emas”
P/s : Satu tulisan yang menyukakan kaum bapa.

7 comments:

shamajid said...

Ust..persoalan mengenai perempuan islam yg berminat utk menjadikan lelaki bukan islam sebagai pasangan hidup..(lebih romantis etc atau ingin bebas)..mungkin beranggapan islam meletakkan wanita ini HANYA sebagai pelayan/hamba kepada suami/keluarga..cuma mengambil kesempatan atas tulisan2 Ust yg lepas mengenai Tips,Payong emas,Poligami...mungkin Ust boleh perjelaskan kedudukan sebenar Wanita dlm islam..

Tamindhari said...

Waktu kluar 40H Masturat India baru ni, susah nak jumpa lelaki yang kahwin lebih kat sana. Semua isteri sorang jer. Tu yang ahlia happy tu...

Tapi dengar cerita, karkun Thai ngan Indon kebanyakan berpoligami. Maybe, budaya kat sana kot.

Unknown said...

Sahamajid.

Tidak ada peraturan yang lebih adil kepada setiap manusia melainkan Islam. Ini dibuktikan oleh cacatan sejarah dan disokong oleh ulama dan orientalis. Begitulah kedudukan wanita dalam Islam, cuma gembar gembor oleh sesetengah NGO Islam (yang anti Islam) yang mengatakan Poligami menjadikan wanita sebagai pelayan /hamba.

Unknown said...

Saudara Tamin,
Sefaham saya di Thailand, banyak dikalangan mereka yang berpoligami adalah kerana pada peringkat awal ramai lelaki Islam di sana yang mati berjuang menentang kerajaan khususnya dari mereka pejuang Islam PULO. Maka janda-janda mereka diselamatkan dengan berkahwin sebagai isteri kedua. Selepas era 80an banyak pejuang PULO keluar meyertai Jemaah Tabligh dan menjadi orang penting dalam jemaah seperti Hj.Abd.Rahman Ptalung. Jadi kita dapati macam ramai yang kahwin lebih dalam jemaah, hakikatnya tidak. Pernah saya bertanya pada seorang guru di sana sewaktu ke Yala beberapa tahun lepas berkaitan poligami ini. Katanya sekarang telah banyak berkurangan tidak lagi seperti dahulu. Mungkin kerana ramai orang Malaysia yang sering ke sana untuk tujuan itu maka "mind setting" kita pun begitu.

Wallahu'alam

cia said...

nafsu utama adalah.......... klu lu org berani pergi lah berjihad..baru lu betul2 melawan hawa nafsu luuuu....klu tak, jgn cakap banyak la..

cia said...

70 bidadari bebbbb....

emmeraz said...

tfi.boleh dgunakan utk wat pembentangan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin