Saturday, February 14, 2009
Syarat Iddah Bagi Isteri Kematian Suami.
Makna Iddah: Pada bahasa bermakna bilangan atau hitungan. Ada yang mengatakan iddah itu adalah suatu tempoh masa yang ditentukan oleh syara’ bagi menghabiskan saki baki kesan-kesan perkahwinan yang lalu.(Mazhab Hanafie)
Makna pada Jumhur Ulama : Suatu tempoh di mana perempuan menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya dan pengabdian kepada tuhannya.
Hukum Iddah : Hukum pada syara’ adalah wajib ke atas perempuan. Tiada hokum ini kepada lelaki.
Kata Imam Ghazali rah di dalam Ihya’ dan Ithafus Sadah, mana-mana isteri yang kematian suami, adalah wajib baginya tidak memakai pakaian perhiasan diri. Sebaliknya digalakan memakai pakaian berkabung bagi mengambarkan kesedihan atas kematian suami. Berkabung sedemikian diharuskan oleh syara’ dan boleh juga berkabung dengan memakai pakaian biasa yang tidak menampakan berhias diri. Perkara ini berjalan selama 4 bulan 10 hari.
Selama dalam masa edah 4 bulan 10 hari ini wajib bagi isteri berkenaan menjauhkan dirinya dari memakai sebarang wangi-wangian , berhias-hias. Ini termasuk tidak boleh bercelak, tidak boleh menggunakan minyak rambut melainkan kerana uzur. Selain itu isteri berkenaan juga tidak dibolehkan berinai yang biasanya diamalkan oleh wanita-wanita dulu. Selain itu pakaian yang berwarni-warni juga dilarang .Sebarang tindakan yang dianggap berhias dan melawa semuanya dilarang. Larangan ini khusus pada perempuan Islam yang cukup umur. Ke atas isteri yang masih belum cukup umur yang masih belum lagi berkumpul dengan suaminya tidak termasuk di dalam larangan ini. Hal ini juga tidak dikenakan kepada isteri-isteri ‘Kitabiyah” yang sememang jarang berlaku sekarang ini.
Selain itu ulama berselisih pandangan penggunaan minyak bijan dan zaitun atau apa-apa minyak. Yang paling sahih dan diterima adalah menjauhi sebarang minyak kerana penggunaanya dikira sebagai berhias. Sekarang ini penggunaan sebarang lotion, mascara, bedak wangi serta alat-alat solek modern juga dilarang melainkan darurat.Contoh darurat adalah seperti ubat jerawat, bedak pengubat, lotion berubat dan lain-lain yang berkaitan yang mana sekiranya tidak menggunakanya akan mendatangkan mudarat padanya. (Bahrul Maazi – kemudaratan yang zahir)
Selain itu ada ulama melarang bersikat rambut yang terlalu kerap, kerana kerapnya bersikat diketogori berhias diri. Lainlah kalau bersikat atas keperluan maka ianya dibolehkan. Selain itu isteri yang kematian suami ini juga dilarang memakai pakaian sutera. Kerana penggunaan pakaian sutera dianggap berhias. Sebaliknya jika isteri tersebut berpenyakit kulit yang tampa memakai sutera bertambah sakitnya maka syara’ membenarkannya berbuat demikian kerana diketogorikan mudarat Atau pun juga tidak ada di rumahnya pakaian lain melainkan semuanya sutera maka dibolehkan kerana menutup aurat itu adalah wajib.
Selain itu kain atau pakaian yang baru juga tidak harus dipakai, hanya kain atau pakaian yang lama yang biasanya dia memakainya dibenarkan. Asalkan ianya tidak dianggap berhias.
Perkara di atas adalah pandangan di dalam Mazhab Syafie yang bersabit dari firman Allah swt :
“Dan mereka-mereka yang meninggal dunia di antara kamu sedang mereka meninggalkan isteri-isteri , hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (bereddah) selama empat bulan sepuluh hari”.(Al-Baqarah 2:234)
Kalau kita perhatikan sekarang ini perkara-perkara di atas amat jarang dititik beratkan oleh wnita sekarang ini. Lihat sahaja di akhbar tempatan atas tuntutan “hadhanah” anak-anak. Isteri-isteri yang di dalam iddah tidak pun mengikuti ketentuan syara’ yang di sebutkan di atas. Malah ada yang telah mencari pasangan dengan lelaki yang lebih muda darinya ketika masih lagi di dalam iddah.
Berat memang berat bagi isteri yang di dalam iddah tersebut. Namun hokum tetap hukum. Hanya yang benar-benar “solehah” sahaja yang mampu beramai dengannya.
Wallahualam
(Rujukan : Bahrul Maazi Jld 8 : M/S : 216 Msaalah : 323 dan Al-Fiqah Al-Islami Wa- Adillatuhu : Juz 7 : M/S: 778)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Tulisan ini adalah jawapan kepada persoalan saudara Arif. Harap maklum.
salam..
nk tnyer dalam tempoh iddah nie wanita tak boleh kuar rumah ke?
saya tanyer takot ader percampuran dengan adat. entry tuan tak nyatakan perkara ini.
jazakallah
Z@i,
Ketika eddah dilarang wanita keluar rumah. Bukan itu sahaja untuk bertabaruj juga di larang miski pun di dalam rumah.
Wanita keluar rumah dilarang oleh syariat. Keluar di sini keluar dengan ketiadaan urusan. Jika keluar seperti ke laman untuk tujuan menyidaikan kain maka sesetenagh membolehkan. Namun yang jelas adalah keluar dengan kadar lama.
Jika edah kerana perceraian talak bukan kematian maka ketika eddah bekas suami masih bertanggungjawab ke atas makan, tempat tinggal dan kiswah (Pakaian).
Jika eddah atas sebab kematian maka sesetenagh ulama masih tidak membenarkan keluar rumah. Namun jika atas keperluan mendesak atas kehidupan Cth pengubatan dll maka keluarnya mistikan tidak bertabaruj samada muka dan pakaian.
Wallahualam
Salam...
Saya baru sahaja kematian suami genap 40 hari selepas akad nikah. Saya perlu menguruskan Hal2 dokumen suami seperti insurans dan yang lain2.
Urusan itu banyak di tempat yang jauh dari rumah, kubur arwah pula pun jauh kerana semua urusan di buat berdekatan dengan rumah ibu mertua iaitu ibu arwah.
Persoalaannya sekarang, apakah hukumnya bila saya keluar untuk pengurusan itu kerana saya waris terdekat?
Apakah hukum Jika saya pergi ziarah kubur arwah sedangkan kubur arwah jauh.
Apakah hukum Jika saya masih bekerja.
Apakah hukum Jika saya kerap keluar dan tidur di rumah ibu mertua?
Apakah hukum Jika saya ingin keluar membeli pakaian yang bertujuan menutup aurat kerana sebelum ini saya mendedahkan aurat membuatkan baju tidak banyak boleh dipakai..?
Minta Maklum balas..terima kasih.
Post a Comment