MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, March 31, 2011

Masjid Pertama Di India (Kerala)


Dikatakan semasa Nabi saw menjalankan usaha dakwah di Mekah, pihak kafir Qureisy meminta Nabi saw membuktikan kerasulan baginda. Pihak tokoh-tokoh Qureisy ketika itu seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Al Ash bin Qail meminta Nabi untuk membelah bulan agar menjadi dua. Nabi saw berkesanggupan berbuat demikian jika mereka bersedia memeluk agama Islam. Setelah mereka bersetuju untuk memeluk Islam maka Rasulullah saw pun berdoa dan dengan isyarat jari, baginda membelah bulan. Setelah bulan terbelah dua, mereka tetap menolak untuk menerima Islam dengan mengatakan ianya adalah semata-mata sihir. Kisah ini terdapat di dalam catatan hadis Bukhari dan Muslim serta pemegang kitab sunnan. Di atas peristiwa inilah maka Allah swt menurunkan surah Al-Qamar ayat 1-2.

Dikatakan semasa kejadian bulan terbelah maka ianya disaksikan oleh Raja Karala India ketika itu. Baginda bernama Raja Rama Kulasekhara , Raja bagi Kodangallur, Karala. Beliau memerintah panglima-panglima istana mencari sesuatu bagi mebuktikan kejadian bulan terbelah. Setelaah beberapa tahun mereka sampai di Mekah dan berjumpa dengan Rasulullah saw serta memeluk agama Islam. Bersama dengan mereka juga terdapat daun sireh dan mereka memberinya kepada Rasulullah saw.Kisah ini terdapat di dalam buku 1000 Kisah Hadratji terbitan Klang Book Centre.

Setelah itu mereka pulang ke Karala India dengan membawa berita tentang ajaran Islam. Pada tahun ke 4 selepas Hijrah (629M) Rasulullah saw mengutuskan salah seorang sahabat baginda ke Karala India. Di tangan sahabat inilah maharaja Karala Rama Kulasekhara memeluk agama Islam.

Lanjutan dari itu, Raja Rama Kulasekhara mewakafkan sekeping tanah kepada sahabat Nabi berkenaan untuk membina masjid. (seperti di dalam gambar)

Selepas daripada itu beberapa orang Tabien datang ke Karala India selepas pembukaan India oleh Muhamad bin Qasim rah. Ini termasuklah Malek bin Dinar rah. Kubur beliau terdapat di satu daerah di Kasargod setelah beliau berpindah dari Kodangallur.

Masjid ini membuktikan bahawa Islam telah bertapak di India sekitar 1376 tahun yang lalu.

Wallahualam

8 comments:

amirhailmi said...

masyaAllah....
terkesima membaca kisah ni.

AkuHuduh said...

saje nak infokan...
maharaja india antar 4 org...2 balik india beri laporan dan 2 lagi stay kat madinah.
dan salah sorang yg stay itu ialah TAMIM DARI RDHU.
waallahualam..

Unknown said...

Akuhuduh,

Jazakallah atas info yang berguna.

Unknown said...

cerita ini memang betul,soheh di dengari oleh sy di nizhamuddin...

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah,
awal betul India dapat Islam.
Ustaz, betulkan India adalah negara Islam suatu masa dulu?

Peluncur Islam said...

jazakallah atas perkongsian ini

One Warhead said...

Ustaz..ada yang kata makan sireh tu sunnah, mengikut dari kisah ini..tolong confirm..

Unknown said...

Subhanallah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin