MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, May 11, 2011

Imam Mahdi Akan Muncul Pada 2013 ....?




Komen Penulis :

Baru-baru ini satu jemaah dari Hydrabad, India datang ke tempat kami di Senawang, Negeri Sembilan. Kami mengambil kesempatan dari kedatangan mereka untuk mengadakan beberapa "Mini Jhor" serta targhib khusus untuk karkun-karkun kawasan. Salah satu dari pada targhib yang diberikan, pembayan jemaah mengatakan untuk buat usaha mengikut tertib sekarang dan juga kaedah DTI (Dakwah,Taklim dan Istiqbal) hanyalah sekitar dua tahun sahaja. Maka selepas ini adalah tahun-tahun ujian.

Perlu karkun dan juga kita semua berusaha bersungguh-sungguh untuk dua tahun terakhir ini. Mungkin selepas ini sukar bagi kita untuk melaksanakan usaha seperti biasa. Kata pembayan lagi ianya nasihat dari Maulana Saad d.bhum.

Kalau benar apa yang dikata, seolah-olah klip vedio di atas ada kebenarannya.

Wallahualam.

16 comments:

Mang said...
This comment has been removed by the author.
Sanji desu! said...

Mungkin ada kebenarannya. Tapi manusia tetap manusia. kita hanya mampu mengagak. Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.

Ummuto5 said...

Insyaallah, yg pasti usaha dakwah Nabi SAW perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan tanpa jemu dan putus asa Insyaallah

Anonymous said...

Assalam ust, org alim tomboro pun bagitau sy secara infradi yg mana zaman kita spatutnya akan menyaksikan imam mahdi krana petanda2 mengenai akhir zaman utk keluarnya imam mahdi bnyak dh terjadi.. maksiat, kemungkaran ditahap bakal mengundang kemurkaan Allah secara global.
Satu lagi semasa kluar tahun lepas d sekitar lembah hindustani sy bjumpa dgn satu org karkun yg mana dia bagitahu dia dngr dpd hazrat hj wahab sab..
Kalau kami singkapkan kpd kamu ttg apa yg bakal berlaku dlm masa terdekat ini, nescaya kamu tidak akan buang masa main2 utk usaha agama..

Karkun indonesia yg ada hubungan dgn org2 nizamuddin bagitahu secara infradi dgn dia,
Apa yg bakal berlaku kalau dibandingkan dgn tsunami di acheh, seumpama bandingan debu dgn bumi ini..
Memang benar sanji, manusia mengagak, Allah dan rasulnya benar, alquran n hadis. Tapi kalau awak bnyk menelaah kitab Alfitan, yaumul qiamah, 2/3 hadis2 akhir zaman dah nampak n terbukti. Musik, peminat musik, hidupan bathil, riba, abaikan agama, aurat wanita, arak, zina, aliran sesat, bencana alam, rmai org2 soleh mninggal..ini petanda berat yg yg sarat dlm kitab hadis akhir zaman..

Anonymous said...

Yang penting,buat usaha dakwah sungguh2...doakan saya..

bunyaminkhair said...

salam syaikh

penerangan Syeikh Nuruddin ttg Jamaah Tabligh

http://www.youtube.com/watch?v=983OgpFw0LM

part ke 2 di description :)

Irwan said...

Imam Mahdi sudah lahir. Tapi Beliau akan keluar lagi 39 tahun. Tahun 2013 yang dinyatakan disini adalah masa dimana bermula saat DUNIA yang dah tua ni mula dapat sakit tuanya, bukan keluarnya Imam MAhdi.

Takyah nak risau sangat pasal beliau. Beliau ada jalan hidupnya sendiri. Risaukan ajerlah keadaan diri dan anak bini kita ni...

Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua

Wallahualam

Irwan said...

Beliau tidak akan dapat dikesan (bahkan oleh radar para wali sekalipun, kecuali sesetengah dari yang setengah). Beliau hanya akan dizahirkan setelah beliau sendiri yang buat pengakuan tersebut di depan Kaabah nantik.

Kalau nak cari, carilah para otai yang tanpa jemu menunggu beliau di depan Kaabah setiap kali musim haji...Cari orang yang paling kita tak nak tegur sekali. Beri salam dan tanya kat dia...

Wallahualam

Unknown said...

kenapa kata pembayan tu kalau lepas 2 tahun kerja dakwah jadi susah,kenapa kalau imam mahdi muncul usaha ni jadi payah? boleh bagi jawapan?

Unknown said...

Sinar Sufi,

Yang dimaksudkan payah di sini kerana awal tahun-tahun kemunculan Imam Mahdi akan berlaku huruhara di seluroh dunia. Maka usaha agama pada maksud bergerak ke seluroh alam juga akan menjadi susah kerana keadaan dunia ketika itu.

Namun demikian ketika tahun-tahun Mahdi menguasai pemerintahan maka ianya akan manjadi mudah malah lebih mudah dari sekarang.

Wallahualam.

Geng Buku Kreatif said...

Allahuakbar!
Takut saya mendengarnya. iman lemah, amal kurang..tahun ni belum kuar lagi..doakan saya, ustaz.

http://khairitajudin.blogspot.com

syahir said...

subhanallah!

mereka ini ornag yang membaca hadis2. dikalangan mereka antaranya adalah ulama muhaddith.

kijang darulnaim said...

Assalamu 'alaikum WarahmatuLLahi Wabarakaatuh.

Bab "Imam Mahdi, Dajjal dan Turunnya Nabi Isa a.s." kita kena belajar. Sudah banyak kitab-kitab ditulis oleh ulama' mu'tabar tentang perkara ni.

Tentang masa hampirnya beliau akan dibai'ah di depan Ka'abah, itu kena tanya orang-orang yang 'alim yang "rijaal". Kita sendiri kena tingkatkan amalan supaya ALLAH s.w.t. memberi hidayah tentang perkara ni. Banyak mujahadah di jalan ALLAH s.w.t. dengan memperbanyakkan 'amalan infiradi dan ijtima'i. Perbanyakkan zikir dan banyak bermunajat, minta ALLAH s.w.t. bagi hidayah, hidayah ke suluruh 'alam, dan juga hidayah khususi tentang perkara kedatangan Imam Mahdi, Dajjal dan turunnya Nabi Isa a.s.

Mengikut hadith daripada RasuluLLah s.a.w., Imam Mahdi benci kepada jawatan.

Sebagaimana yang disebut di dalam kitab-kitab yang mu'tabar, Imam Mahdi tidak mengaku yang beliau ialah Imam Mahdi. Bahkan, beliau sendiri tidak tahu yang beliau akan menjadi Imam Mahdi. Bila orang-orang mu'min menjumpai beliau di depan Kaabah, mula-mula beliau lari ke Madinah. Mereka akan kejar beliau hingga ke Madinah, tetapi beliau akan kembali ke Makkah. Kali ni, beliau akan dipaksa dan diugut bunuh jika tidak menerima bai'ah daripada orang-orang mu'min. Barulah suara dari langit akan berseru, "Inilah dia Khalifah seluruh 'alam."

WaLLAhu a'lam bissawab.

Toko Fesyen Islamiah said...

Assalamualaikum ust, doakan seluruh karkun2 di sabah. Pada masa sekarang terlalu banyak fitnah2 jelik terhadap jemaah dan karkun, semuanya berada dalam ujian. Sandakan; iqtikaf malam markas xdigalakkan buat sementara waktu, keluar 3hari kena pergi ke tempat yang selamat, beberapa kwsn dikatakan xselamat kerana ada pengganas yg berpura2 seperti jemaah. Baru2 ni markas sandakan didatangi sb polis, prosedur biasa. Macam2 fitnah.

Unknown said...

Toko Fesyen,

Di dalam aman atau perang atau sebarang apa keadaan pun amalan dakwah perlu diteruskan.

Insyaallah disebalik itu akan ada bantuan/ nusrah dari Allah swt.

elfan said...

ISA AL MASIH DAN IMAM MAHDI


Issu kedatangan Mesiah, Imam Mah, Satrio Piningit dsb sebenarnya wujud dari harapan pengikut Nabi Ibrahim As. setelah beliau berdoa sbb.: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (QS.2:129).


Oleh katurunan beliau ini selanjutnya, ditunggu-tunggulah kedatangan ‘sang tokoh’-nya sampai datang pula nabi terakhir dari dinasti Bani Israel yakni Nabi Isa As bin Maryam. Namun sayang, dalam Kitab suci Injil masih disebut issu kedatangan sang Imam Mahdi, Mesiah, Satrio Piningit tersebut. Dengan demikian berarti masih akan datang lagi Imam Mahdi yang pamungkas, yang sesungguhnya.


Maka akhirnya, lahirlah Nabi kita Muhammad SAW sebagai Rasul Allah dan sekaligus penutup para nabi (QS. 33:40) dengan membawa Al Quran yang didalamnya memuat pernyataan atau ikrar Allah SWT bahwa Nabi Muhammad SAW dianugerahi agama ISLAM (QS. 5:3). Dimana nama dan istilah Islam tidak pernah termuat dalam kitab-kitab suci sebelum Al Quran.


Dengan kedatangan Nabi Muhammad SAW sekaligus juga terjawablah issu tentang akan datang lagi Nabi Isa bin Maryam dan issu Imam Mahdi. Nabi Isa As. tidak akan datang lagi karena sudah tegas dinyatakan dalam Al Qiran (S. 2:134 dan 141). Begitu juga Imam Mahdi tidak akan lahir lagi bagi kelompok Sunni atau 'muncul' alias 'menjelma' lagi bagi kelompok Syiah dan walaupun kedua kelompok ini 'SEPAKAT' mengakui bahwa Imam Mahdi itu dari keturunan Ahlul Bait. Aneh, disatu sisi mengakui akan ada Imam Mahdi, di sisi lain Imam Mahdinya ada dua versi karena itulah bahwa Imam Mahdi yang sesungguhnya tidak lain adalah penutup para nabi yakni Nabi kita Muhammad SAW. Jadi tak perlu ditunggu Imam Mahdi sekalipun dianya berasal dari keturunan Ahlul Bait, apalagi jika 'memang' tidak ada keturunan Ahlul Bait itu begitu juga tentang Nabi Isa As.


Kalau demikian, siapakah gerangan yang akan meneruskan risalah Nabi kita Muhammad SAW ya tidak lain adalah para khalifah, tinggal bagaimana para khalifah-khalifah (ya raja, presiden, gubernur, pangeran, sultan, bupati atau walikota) kini dan yang akan datang ‘mampu’ membumikan Islam dan Al Quran dalam kehidupan nyata di dunia ini, ya masalah sosial budaya terutama masalah kekuasaan dan pemerintahannya.


Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (ada yang jadi raja, sultan, presiden, gubernur dll.) di muka bumi. Barang- siapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (QS. 35:39)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin