Thursday, June 30, 2011
Persolan Mengangkat Jari Ketika Tasyahud
Persoalan mengangkat jari telunjuk ketika tasyahud sewaktu menyebut kalimah “illallah” kekadang dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Kata mereka ia tidak menepati amalan Nabi saw. Malah kata mereka menggerakkan jari dari awal tasyahud sehingga ke akhir itulah yang menepati pada sunnah dan yang lainnya adalah bid’ah.
Penulis dapati ada juga karkun-karkun yang terikut-ikut dengan fahaman gulongan yang tidak berpegang kepada mazhab ini. Jelas sekali kerana kekurangan kita menghayati pandangan dan fatwa mazhab kita sendiri.
Ulama Syafi’iyyah telah menentukan kaedah meletakan kedua tangan di atas paha ketika sedang duduk tasyahud. Kata mereka jari-jari tangan kanan hendaklah digenggam kecuali jari telunjuk. Maka takkala membaca “illallah” jari tersebut hendaklah diangkat tanpa digerak-gerakkan.
Berdasarkan hadis Muslim dari Ali bin Abdirrahman al-Muawi diceritakan bahawa pada satu ketika Ibnu Umar ra melihat Ali bin Abdirrahman sedang bermain dengan anak-anak batu (batu kerikil) ketika solat. Selepas bersolat Ibnu Umar ra menegur Ali dengan berkata,” Apabila kamu bersolat maka kerjakanlah sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw.”
Ibnu Umar ra lalu berkata:
“Apabila Nabi saw duduk ketika melaksanakan solat, beliau meletakkan telapak tangan kanannya di atas paha kanannya dan menggenggamkan semua jarinya. Kemudian beliau berisyarat dengan (menggangkat) jari telunjuknya (ketika mengucapkan “illallah” ) dan meletakan tangan kirinya di atas paha kirinya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Hadis ini menjadi rujukkan ulama tentang sunnahnya mengangkat jari telunjuk ketika tasyahud atau tahiyat. Hikmah di sebalik amalan ini mengambarkan keesaan tuhan pada anggota tuboh berpandukan jari telunjuk.
Syeikh Wahbah Az-Zuhaili juga menyebutkan bahawa sunnah mengerakkan jari ketika tasyahud ini di dalam Mazhab Syafie kerana dari jari telunjuk terdapat sejenis urat yang memberi kesan sampai ke jantung.
Di dalam kitab Matan Zubad halaman 24, Syeikh Ibnu Rulan rah menyebutkan di dalam syairnya, “ Ketika mengucapkan “illallahu” maka angkatlah jari telunjukmu untuk mengesakan zat yang kamu sembah.”
Jadi menganggakt jari ketika tasyahud tanpa digerak-gerakan itu adalah sunnah dan perbuatan ini tanda atau isyara tauhid pada Allah swt.
Wallahulalm.
Sumber :Tulisan Makalah Pesentren Nurul Islam,Jember. Feqah Wahbah Az-Zuhaili Jld 1 DBDP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
masalah mengoyangkan jari telunjuk juga masih jd perdebatan...cuba ustaz huraikan masalah ini...
satu lagi,kes jari telunjuk melebihi lutut,mcm mana tu ustaz,ada yg ckp makruh...
jazakallah. Mohon ustaz post banyak lagi soal2 masail.
Anak Pendang,
Kalau ikut maka yang sebih sahih adalah sebagaimana pandangan Syafie dan Syafieyyah.
Yang lain tidaklah salah namun masaalahnya membid'ahkan cara orang lain.
Hidayutullah,
Insyaallah akan ada beberpa posting berkaitan masaalah feqah ini.
Bukanlah maksud penulis untuk merendahkan padangan orang lain. Tetapi lebih kepada membuktikan hujjah apa yang dibuat oleh ulama-ulama Syafieyyah ini ada sandarannya.
Lagi pun keputusan Elders Di N'deen agar kita mengikuti Mazhab di tempat kita Bukan ikut Mazhab Hanafie atau tidak bermazhab.
Wallahulam.
Post a Comment