MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, March 31, 2010

Program Kuliah April 2010


1 April 2010 (Kha) : Ceramah Agama Flat Lobak Seremban.
2 April 2010 (Jum) : Kuliah Pagi Tapak Projek Politeknik Nilai.
3 April 2010 (Sab) : Mengendali Kursus Hotel Sri Malaysia, Taiping.
4 April 2010 (Ahd) : Mengendali Kursus Hotel Sri Malaysia, Taiping.
5 April 2010 (Isn) : Kuliah Hadith MAS Hanger 6.
5 April 2010 (Isn) : Kuliah Hadith Tmn Seri Pagi.
6 April 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
7 April 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
8 April 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2. Tmn Gadong Jaya.
9 April 2010 (Jum) : Mengendali Kursus Hotel Sri Malaysia, Port Dickson.
10 April 2010 (Sab) : Mengendali Kursus Hotel Sri Malaysia, Port Dickson.
11 April 2010 (Ahd) : Mengendali Kursus Hotel Sri Malaysia, Port Dickson.
12 April 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2.Surau Ibrahim Fasa E.
13 April 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
14 April 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
15 April 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Tmn Rembau Utama.
16 April 2010 (Jum) : Kuliah Khas Sek.Men.Tmn Seri Pagi.
16 April 2010 (Jum) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Matahari Height.
17 April 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
18 April 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 2 G/Home Fasa F.
18 April 2010 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor.
19 April 2010 (Isn) : Kuliah Hadith Tmn Seri Pagi.
20 April 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
21 April 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
22 April 2010 (Kha) : Kuliah Bulanan Pengasih K.Lumpur.
23 April 2010 (Jum) : Kuliah Pagi Tapak Projek Politeknik Nilai.
23 April 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Hadith Tmn Lavender Height.
24 April 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
24 April 2010 (Sab) : Program 3 Hari Jemaah Tabligh Bulan April.
25 April 2010 (Ahd) : Program 3 Hari Jemaah Tabligh Bulan April.
26 April 2010 (Isn) : Program 3 Hari Jemaah Tabligh Bulan Mac.
27 April 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
28 April 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
29 April 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 2 G/Home Fasa F.
30 April 2010 (Jum) : Kuliah Petang ILP Pedas.
30 April 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Rembau Utama.

Nota : Kepada AJK Masjid/Surau berkaitan :Sila maklumkan jika ada sebarang perubahan.

Thursday, March 25, 2010

Kesahihan Kisah Anak Saidina Umar ra.


(Jawapan Kepada Persoalan Ibn Abdullah)


assalamualaikum ustaz, saya ada terbaca kisah zina yang melibatkan anak Khalifar Umar ra dari salah satu blog karkun :

http://pianed.blogspot.com/2010/02/kisah-zina-anak-sayyidina-umar-ibnu.html

pada masa yang sama apabila berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain, maka ada yang mengatakan kisah ini tidak benar, hadis maudhu, dipanjang lebarkan atau ditokok tambah, seperti di bawah ini :

http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/08/26/cerita-israeliyyat-umar-al-khattab-sebat-abu-syahamah-hingga-mati/
minta ustaz perjelaskan, jazakAllah, wassalam

ibnu_abdullah


Jawapan :

Pernah ketika penulis mendengar Bayan Suboh (Kuliah Suboh) Maulana Umar Palampuri, dalam menceritakan seorang musoh Islam yang berkeinginan membunoh Nabi saw, namun kesudahannya beliau mendapat hidayat dari Allah swt. Semua yang mendengar memahami bahawa kisah itu adalah kisah Saidina Umar r.a . Namun kerana disebalik kisah berkenaan ada sedikit kerendahan kepada sahabat Nabi saw beliau tidak menyebut nama Saidina Umar r.a di dalam menceritakan kisah berkenaan. Ini adalah kerana ada larangan dari Nabi saw agar tidak menghina para-para sahabat di dalam banyak riwayat.
Sahl bin Abdillah rah berkata, “ Barang siapa yang tidak menghurmati para sahabat r.hum maka ia tidak beriman kepada Rasulullah saw.”

Berkaitan dengan kisah anak Saidina Umar r.a, Ulama-ulama Hadis sepakat mengatakan bahawa kisah berkenaan terdapat unsur “tabbara” yang biasanya diketengahkan oleh gulongan “Rawafid” atau Syiah. Memang terkenal di dalam sejarah sampai ke hari ini bahawa gulongan Syiah cukup benci dan sentiasa melaknati sahabat Nabi saw di dalam doa-doa mereka dan khutbah-khutbah mereka.

“Tabbara” adalah satu konsep yang telah menjadi prinsip di dalam perancangan musoh-musoh Islam khususnya Syiah untuk melaknati sahabat-sahabat Nabi saw secara tersembunyi melalui cereka-cereka atau hikayat-hikayat yang pada lahirnya nampak seolah-olah memuji namun pada hakikatnya adalah penghinaan dan cemuhan. Di dalam ilmu Balaghah ianya dikenali dengan “ Ta’kiduu Adzzammi bima yusybihu al madha” atau “celaan di dalam bentuk pujian”

Ulama-ulama di dalam bidang hadis menghukumkan riwayat di dalam kisah berkenaan adalah “maudhu” atau palsu. Imam Ibn al- Jauzi rah berkata, “ Hadis berkenaan adalah maudhu’. Ia telah direka oleh ahli cerita. Banyak perkara karut yang terdapat di dalamnya.” Manakala Hafiz Jalaluddin as- Sayuti pula berkata, “ Riwayat ini maudhu’. Ianya direka oleh ahli-ahli cerita yang mana di dalamnya terdapat seorang yang majhul.” Selain itu Allamah Muhammad Thahir bin Ali al-Hindi pula berkata, “ Kisah Abu Syahmah anak Saidina Umar ini adalah cerita rekaan oleh ahli cerita.” Daruqutni pula berkata ,” Riwayat Mujahid ini tidak sahih.”

Sebenarnya kisah ini terdapat tiga versi yang sedikit sebanyak ada tokok tambah. Ianya terdapat dua riwayat iaitu dari Said bin Masruq dan Abu al-Quddus.

Antara kesan kecacatannya adalah seperti berikut :

1. Perawi kisah ini menggunakan perkataan ‘Ghulam’. Pada beberapa tempat maknanya adalah berbeza-beza. Sesetengahnya perkataan ‘Ghulam’ bermakna ‘Hamba’ namun pada tempat yang lain pula bermakna ‘budak lelaki’. Ini menunjukkan dengan jelas bahawa pereka cerita ini adalah orang Parsi, yang mana bahasa Arab bukan bahasa ibundanya. Kekadang ia tersasul menggunakan makna bahasa Arab dan kekadang di dalam makna Parsi. Dalam bahasa Parsi perkataan ‘ghulam’ bermakna ‘hamba atau khadam’. Manakala di dalam bahasa Arab pula ‘ghulam’ bermakna ‘budak lelaki yang belum baligh’. Tentunya perkataan ‘ghulam ‘ pada makna ‘hamba’ tidak boleh digunakan untuk Abu Syahmah, yang mana sepatutnya dengan makna Arab yakni ‘budak lelaki’. Namun begitu perkataan ‘ghulam’ pun tidak juga boleh digunakan untuk menunjukan semua peringkat budak lelaki. Ianya hanya merujuk kepada budak lelaki yang belum baligh sahaja.

2. Jika ‘ghulam ‘ dirujuk kepada Abu Syahmah sebagaimana yang dinyatakan di dalam kisah berkenaan, maka ini menunjukan bahawa kisah ini tidak logik. Mana mungkin budak yang belum baligh boleh berbuat demikian dan mana mungkin hukuman tersebut boleh dikenakan kepada anak kecil.

3. Di dalam kisah berkenaan, Aflah atau Muflih adalah hamba Saidina Umar r.a sedangkan hamba saidina Umar r.a yang ada di dalam catitan sejarah bernama Aslam bukannya Aflah atau Muflih. Aflah atau muflih adalah nama seorang muazzin di masjid Nabi saw. Saidina Umar telah melantiknya menjadi muazzin di masjid Nabawi.

4. Di dalam cerita berkenaan digambarkan bahawa wanita berkenaan berulang alik ke rumah Saidina Umar r.a dengan membawa anaknya. Ini menunjukkan bahawa ianya seorang wanita yang telah berkahwin, bukan gadis. Umar r.a pula tidak mengenalinya dan hanya mengenalinya takala melihatnya di masjid.

5. Sepatutnya wanita berkenaan melaporkan kejadian berkenaan pada peringkat awal kejadian. Sikap berdiam diri sehingga melahirkan anaknya dan telah besar membuktikan bahawa kejadian itu berlaku dengan kerelaannya. Maka kedua-duanya sepatutnya dihukum.

6. Nama Abu Syahmah adalah nama “kunyah” dan ianya tidak jelas siapakah orang yang di’kunyah’kan. Jika ianya dikunyahkan pada anaknya maka kisah ini menjadi begitu lucu kerana seorang yang ada anak bererti “zina muhsan” yang mana hukum sebenarnya adalah ‘rejam’ (lihat pada posting bulan Jan 2010 : Hukum Rejam Bagi Penzina)

7. Sesiapa yang membaca cerita ini akan tergambar bahawa suasana Madinah semasa pemerintahan Saidina Umar r.a dipenuhi dengan arak. Kedai-kedai arak di mana-mana, malah anak-anak sahabat yang ulung juga tidak ketinggalan terlibat dengan arak. Betulkah begitu ? Sedangkan Allah swt mengatakan kehidupan mereka sebagai “Hayatan thoiyyiba”.

8. Cacatan sejarah membuktikan bahawa Saidina Umar r.a telah menghalau semua suku-suku Yahudi dari Madinah. Jadi mana mungkin masih ada lagi Yahudi di Madinah?

9. Dikatakan bahawa Abu Syahmah telah meminum arak tersebut di kebun Yahudi Bani an-Najjar dan kejadian zina itu juga berlaku di sana. Tahu tak kita bahawa kebun Bani an-Najjar itu sebenarnya adalah kawasan Masjid Nabi saw dan rumah Abu Ayub an-Ansori juga terdapat di dalam kawasan ini. Kawasan ini telah dibangunkan Masjid Nabi saw ketika Nabi saw hijrah ke Madinah. Ini bermakna, ketika zaman Saidina Umar r.a menjadi khalifah ianya telah tiada.

10. Tindakkan Saidina Umar r.a mengumpulkan penduduk Madinah sebelum siasatan dibuat menunjukkan ceteknya ilmu feqah Saidina Umar r.a sedang ulama-ulama mengatakan bahawa Umar r.a adalah salah seorang yang mahir tentang hukum hakam. ( Cth : Kitab Feqah Saidina Umar r.a karangan Syah Waliyullah Dehlawi )


Atas dasar semua inilah maka Imam Ibn al-Jauzi rah berkata, “ Mula-mula mereka mengatakan Abu Syahmah itu rupanya mirip dengan Rasulullah saw. Kemudian mereka menuduh pula dia merogol perempuan. Perawinya Abu al-Quddus adalah penduta besar.”

Dalam cacatan sejarah yang di akui bahawa Abu Syahmah ini bukanlah nama kunyah (samaran) Ubaidullah tetapi adalah nama samaran Abdul Rahman al-Ausath. Beliau adalah salah seorang anak lelaki Saidina Umar r.a. Cacatan sejarah yang diterima menyatakan beliau pernah bersama robongan Amru bin al-Asy r.a di dalam satu angkatan jihad ke Mesir. Satu hari beliau meminun nabiz dan kebetulan beliau mabuk. Sedangkan nabiz sememangnya adalah halal namun jika telah lama maka ianya akan bertukar rupa dan memabukkan.

Namun begitu beliau telah berjumpa denga Amru bin al-Asy r.a dan meminta hukum had dikenakan ke atas beliau. Namun Amru bin al-Asy r.a tidak mahu melaksanakan kerana beliau tidak mendapati kesan mabuk pada Abdul Rahman serta juga ketiadaan saksi. Abdul Rahman mengertak untuk mengadu kepada ayahnya Saidina Umar r.a dan akhirnya hukuman ini dilaksanakan di dalam khemah dengan tidak diketahui oleh sesiapa pun. Bila berita ini sampai kepada Umar r.a maka beliau menegur Amru bin al-Asy r.a kerana tidak melaksanakannya dikhalayak ramai. Bila Abdul Rahman pulang ke Madinah dengan kemenangan menguasai Mesir, Umar r.a pun melaksanakan hukuman itu sebagai pendidikan dan tarbiah. Secara kebetulan selepas beberapa hari kejadian itu Abdul Rahman pun jatuh sakit dan meninggal dunia.

Selepas mengemukakna cerita ini Ibn Jauzi dan As Sayuti menulis bahawa,” Sekadar inilah asal cerita ini tetapi penulis cerita telah menakuk tambah sehingga menjadi satu cerita yang tersendiri.”

Ini sebahagian kisah-kisah yang telah dibuktikan oleh ulama-ulama yang terkandung “Tabbara” terhadap musuh dan “tawalla” terhadap yang dikasihi iaitu Ali r.a dan keluarganya oleh orang-orang Syiah.

Wallahua’lam.
(Rujukan : Himpunan Kisah-Kisah Benar karangan Abu Sulaiman Nashir)

Monday, March 15, 2010

SURAT PERTANYAAN DARI U.K DAN JAWAPAN.


----- Forwarded Message ----
From: (Nama Dirahsiakan)
To: Ibn Saad Saad
Sent: Sun, March 14, 2010 4:17:54 AM
Subject: Slm ust..

Assalamualaikum ustaz,
harap ustaz dan keluarga sentiasa dlam keredhaan Allah SWT...
juga harap email ni tak mengganggu kesibukan ustaz insyaAllah.

Ustaz,

Saya percaya yang ilmu yg sebenar bukanlah dlm bidang matematik, bidang sains dan sebagainya. Ilmu yang sebenar adalah ilmu yang membantu kita mendefinasikan hidup kita di dunia, untuk hidup macam mana kita dapat menghadap Allah SWT kelak..ilmu agama lah kiranya ustaz..

jadi macam mana kiranya ustaz, kami yang menghabiskan sebahagian besar masa kami nih ustaz dalam aliran bidang bukan agama....sia2 kah masa kami ustaz? Apa habuan kami di akhirat kelak bilamana kami menghabiskan masa sebegini banyak dalam bidang2 sebegini ( engineering , sains dsb.) makin dekatkah kami dengan Allah ? mujahadah kami dalam bidang sebegini diterimakah di sisi Allah...

ustaz, saya menghadapi masalah untuk mendifinisikan purpose/tujuan saya belajar di universiti sekarang ustaz. bidang saya memerlukan saya bekerja kuat, tapi saya tidak yakin macam mana Allah SWT memandang kerja2 saya dlm bidang ni. Logikkah untuk bekerja keras untuk sesuatu yang sia2 di sisi Allah? sia-sia kah semua ni.Kadangkala saya fikir, saya perlu belajar sambil lewa sahaja.kerana ini bukan maksud hidup saya.

* Dulu saya berkeyakinan seperti jihad ekonomi dsb. bahawa perlu adanya engineer2 muslim untuk kekuatan ummah dsb.
Tetapi setelah join usaha tabligh nih..saya rasakan ini bukan sepatut fokusnya. and saya sudah pun berada dalam keadaan yang mana masa dan keringat saya lebih banyak dihabiskan untuk pembelajaran di universiti. Saya rasa seolah-olah saya menumpukan masa pada perkara yang sia-sia.

Jazakallahukhairan ustaz.
Doakan saya.


JAWAPAN :

Alaikum Salam,

Saudara Yang Dimuliakan,

Di dalam Jemaah Tabligh, kita dinasihatkan berusaha bersungguh-sungguh di dalam usaha agama juga kerja dunia kita yang diamanahkan kepada kita. Malah bagi seorang student, kita dinasihatkan oleh ulama/elders kita untuk berusaha sungguh-sungguh sebagai seorang student. Ingat! jangan lemah, sudah banyak tohmahan yang telah dilemparkan kepada usaha yang mulia ini oleh masyarakat apabila melihat student gagal di dalam pelajaran mereka. Kegagalan kita akan menyebabkan fitnah yang sangat besar kepada usaha agama ini.

Lihat kepada elders kita di Nizamuddin, seperti Prof. Abd.Alim, Prof. Naidar Ali Khan, Prof. Abd.Majid Pasha, Prof.Abd.Rahman, Prof.Munawir Bacha dan banyak lagi. Mereka adalah orang "dunia" namun hasil pengorbanan mereka atas pelajaran "dunia" mereka dengan menggunakan platform akedemik mereka membantu usaha agama di seluroh dunia. Peringkat awal, mereka berfikiran seperti saudara tetapi elder Nizamuddin menasihati mereka bersungguh-sungguh di dalam bidang yang mereka ceburi, akhirnya mereka berjaya menjadikan bidang mereka sebagai "asbab" hidayat seluroh dunia.

Mereka bukan sahaja mahir di dalam bidang mereka, namun pendampingan mereka dengan elders serta penglibatan mereka yang sungguh-sungguh di dalam usaha yang mulia ini menjadikan mereka bertambah maju di dalam bidang mereka juga tidak ketinggalan di dalam bidang agama. Bukan sahaja ilmu agama mereka bertambah malah kefahaman mereka juga bertambah. Hari ini mereka adalah pembayan ijtimak dan Jhord di seluroh dunia. Jika sesaorang mendengar bayan mereka pastinya sukar membezakan adakah itu bayan orang biasa atau seorang alim disebabkan kehebatan dan kerohanian yang tinggi di dalam bayan mereka. Saudara jadikanlah bidang akademik saudara sebagai mana mereka, jadikan ianya asbab hidayat pada seluroh manusia.

Kisah Dr.Sana'ullah :

Pada tahun 1967/1968 seorang student dari India telah dihantar oleh pemerintah India ke Perancis. Beliau bernama Dr.Sana'ullah. Beliau pada peringkat awal tidak mahu pergi ke Perancis kerana suasana di sana begitu dahsyat dengan maksiat serta sukar beliau untuk memelihara usaha agama. Namun begitu setelah beliau bermesyuarat dengan Maulana Inamul Hassan (Amir ke 3) dan elders di Nizamuddin, maka dengan fikir dan tawajuh beliau mengikut keputusan mesyuarat tersebut. Sesampai di Perancis tidak ada satu pun masjid ketika itu, namun beliau terus berusaha menjalankan dakwah setiapa hari tanpa membelakangkan pelajaran beliau. Beliau berusaha berjumpa beberapa orang student Asia dan juga saudara-saudara Arab khususnya dari Afrika Utara. Hasilnya pada 1970 beberapa masjid telah terbina di sana. Selepas itu beberapa gereja telah bertukar menjadi masjid. Hari ini hasil usaha beliau beribu-ribu masjid telah ujud di Perancis. Cerita pengorbanan Dr.Sana'ullah menjadi perbualan sahabat kita di sana.

Kisah Seorang Student Dari India ke U.S :

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1980an mengenai seorang student juga dari India yang tidak disebutkan namanya yang pergi menyambungkan pelajarannya di U.S. Universiti tempat beliau belajar ni ramai dipenuhi oleh student Arab dan juga pelajar dari Asia.. Telah menjadi kebiasaan kakitangan universiti berkenaan akan menjual tubuh kepada student luar berlebih lagi student Arab yang sememangnya kaya raya. Mana-mana student yang baru datang akan disediakan seorang perempuan untuk tujuan tersebut. Begitu juga dengan karkun ini, bila beliau masuk ke biliknya, tiba-tiba beliau mendapati seorang perempuan berada di atas katilnya dengan tidak berpakaian. Beliau begitu terkejut dan mengarahkan wanita itu berpakainan semula dan keluar dari biliknya. Namun wanita itu enggan berbuat demikian dan cuba menggodanya.

Setelah puas memujuk agar keluar dari biliknya dan wanita itu masih lagi enggan keluar. Beliau lansung berwudhuk dan mengerjakan solat 2 rokaat. Setelah solat dua rokaat beliau berdoa sambil menangis terisak-isak. Perbuatanya tersebut telah dilihat oleh wanita berkenaan yang akhirnya ikut sama-sama menangis dan memakai semula pakaiannya serta berlari keluar dari bileknya. Akhirnya perbuatanya itu menjadi asbab hidayat dan perbualan pelajar-pelajar Islam di situ yang akhirnya menggelarkan beliau sebagai "waliAllah".Kisah ini diceritakan oleh Amir Jemaah Sri Langka yang datang ke marhalah sebelah taman saya beberapa tahun yang lalu.

Saudara,

Teruskan usaha agama dan dalam masa yang sama saudara perlu bersungguh-sungguh di dalam bidang saudara sekarang ini. Yakinlah Isyaallah, Allah akan membantu saudara dan memajukan saudara di dalam kedua-dua bidang. Dunia tidak akan tercicir dan akhirat akan dipermudahkan.

Sekian. Doakan untuk saya yang lemah ini.

Wallahu'alam.

Saturday, March 13, 2010

Al-Azhar mesti bebaskan diri daripada pengaruh kerajaan untuk pulihkan imej: Pemerhati


2010/03/12
KAHERAH: Al-Azhar kekal menjadi institusi Islam paling dihormati walaupun kredibiliti ketuanya, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi - yang meninggal dunia kelmarin - dicemari hubungan rapatnya dengan kerajaan Mesir.
Pemerhati Islam, Kamal Habib, berkata hubungan akrab Tantawi dengan kerajaan Mesir mencemarkan imej al-Azhar pada pandangan dunia.

Januari lalu, sebuah majlis dianggotai ulama terkemuka dan diarah Tantawi, menyokong keputusan kerajaan membina tembok besi bagi menyekat penyeludupan barangan keperluan untuk penduduk Gaza yang dizalimi Zionis di sempadan kedua-dua negara.

“Sesiapa yang menentang pembinaan tembok besi ini dianggap melanggar syarak,” kata Tantawi.

Kata Kamal, Tantawi adalah ketua al-Azhar paling lemah dalam sejarah kerana menganggap dirinya tidak lebih daripada kakitangan kerajaan apabila dia sepatutnya menguruskan masalah orang Islam.

“Al-Azhar mesti membebaskan dirinya daripada kongkongan kerajaan dan sekali lagi muncul sebagai institusi memperjuangkan orang Islam.
“Ketuanya mesti dilantik ulama terkemuka di seluruh dunia, bukannya presiden Mesir,” katanya. – AFP

Sikit Komen :

Sewaktu Syeikh Nuruddin AL-Banjari al-Makki pulang dari Mesir pada akhir tahun lepas, penulis sempat bertemu secara peribadi dengan beliau. Penulis bertanyakan beberapa fatwa yang terkini yang dikeluarkan oleh al-Azhar. Kata beliau bahawa al-Azhar seperti juga lain-lain Negara Islam,ianya banyak dipengaruhi oleh Parti Politik Pemerintah.
Penulis pernah bertanya kepada teman penulis rakyat Mesir juga jiran sebelah taman dengan penulis, Syeikh Usama tetang kedudukan al-Azhar dan Syeikhul Azhar. Kata beliau bahawa Syeikhul Azhar yang sekarang tidak seperti yang dulu-dulu. Kebiasaannya Syeikhul Azhar akan dilantik oleh badan atau Syura al-Azhar sendiri tetapi Syekhul Azhar yang sedia ada adalah lantikan yang dipengaruhi/campurtangan Parti Pemerintah Mesir.

Al-Azhar sememangnya menjadi rujukan umat Islam Sunni seluroh dunia semejak kejatuhan sistem Khalifah Islam terakhir Kerajaan Othmaniah.. Semejak dari dahulu setiap fatwa yang dikeluarkan akan menjadi rujukan dan pedoman umat Islam. Malah setiap fatwa yang dikeluarkan oleh al-Azhar dianggap fatwa yang disepakati dan direstui oleh ulama-ulama seluroh Dunia Islam.

Al-Azhar sepatutnya kembali seperti dahulu tanpa sebarang pengaruh politik semasa jika ianya mahu mengembalikan kedudukan dan kehebatan serta penghurmatan Umat Islam Seluroh Dunia.

Apa pun kita doakan agar kegemilanganya akan kembali terserlah disaat umat Islam sekarang ini dipengaruhi kejatuhan dan kemerosotan.

Wallahu’alam.

Monday, March 8, 2010

Bayi Luar Nikah : Tindakan Kita.


Buang Bayi : Polis tahan wanita
KUCHING 7 Mac - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebatang longkang berhampiran Pasar Stutong, semalam.
(Utusan Malaysia Hari Ini : 8 Mac 2010 bersamaan 22 Rabiulawal 1431)



“Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan lebih membimbangkan, ia tidak lagi berlaku di bandar besar malah di desa dan luar bandar. Setiap bayi baru lahir yang ditemui mati dikira kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu) yang menandakan keadaan kesihatan tidak sempurna, malah awal Julai lalu dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita di bilik asrama sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama bayi dilahirkannya.

Dalam pada itu statistik antara 2000 sehingga 2006 menunjukkan sebanyak 580 bayi dibuang dengan majoriti 92 peratus baru lahir manakala lapan peratus lagi masih janin.

Berdasarkan maklumat di atas, Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj berpendapat bahawa masyarakat perlu di sedari masaalah ini dengan pendekatan agama yang lebih menyeluroh. Memahami keperluan kehidupan yang lebih Islamik amat perlu dari pucuk pimpinan negera hinggalah kepada rakyat di kampong-kampong.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd Ralip pula berpendapat bahawa hukuman yang sedia ada bagi pesalah jenayah syariah seperti khalwat, zina, pembuangan bayi dan lain –lain jenayah syariah perlu dirombak semula agar hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas peasalah jenayah syariah ini. Di bawah undang-undang jenayah syariah mengenakan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda sehingga RM5,000 atau enam sebatan, jika sabit kesalahan. Apakah hukuman sebegini masih lagi bersesuaian ? Malah hukuman sebeginilah yang menyebabkan mereka tidak takut melakukan jenayah syariah berkenaan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah K Hamzah menjelaskan hukuman berat yang bakal dikenakan terhadap pesalah jenayah syariah itu perlu menjadi jalan terakhir untuk menyedarkan mereka. Menurutnya, yang lebih penting adalah mendidik dan menyemai sikap sayangkan agama, bangsa dan diri sendiri dalam setiap individu sejak kecil lagi. Jika tiada kesedaran dalam diri mereka, buatlah hukuman seberat mana pun tetap tidak akan memberi kesan kepada golongan berkenaan.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk G. Palanivel pula berpendapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan satu sistem dan melatih pegawainya bagi mengesan ibu yang mengalami masalah pembuangan bayi agar gejala pembuangan bayi ini tidak ketara. ( Rumusan dari Harian Metro : 2010/02/17 )

Targhib :

Persoalan paling besar pada perkara di atas adalah masaalah kehidupan beragama telah hilang di dalam kehidupan umat hari ini. Inilah perkara yang paling mendasar yang perlu saya dan saudari saudari semua fikirkan.

Sabda Nabi saw :

Dari Abu Hurairah r.a , “ Saya mendengar dari Nabi saw bersabda, “ Ada tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah swt pada hari yang tidak ada naungan melainkan naunganNya. . . . . . lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan lagi jelita lalu ia berkata,”sesungguhnya aku takut pada Allah.” . . . . ( Bukhari / Muslim )

Mengujudkan gulongan yang takut/takwa pada Allah tidak akan terhasil melainkan dengan amalan kekasihnya saw iaitu amalan dakwah. Hanya melalui amalan ini sahajalah akan merubah kehidupan manusia sejagat. Cara hukum dan perundangan hanyalah bersifat secondary miski pun hukum yang berdasarkan al-Quran dan Hadis Nabi saw dilaksanakan. Ianya juga tidak akan selesai selama hati-hati manusia tidak takut pada Allah swt. Sejarah telah membuktikan kepada kita melalui proses dakwah yang dibuat oleh nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu yang mana Allah swt telah mngutuskan mereka di kalangan masyarakat yang penuh dengan maksiat, sesat dan kejahilan. Dari kaum Nabi Nuh a.s hinggalah kepada Arab Jahiliyah mereka mempunyai masaalah yang serupa. Namun jalan penyelesaainya juga adalah serupa iaitu dakwah ilallah.

Bayangkan jika gejala pembuangan bayi dan kelahiran anak luar nikah ini berleluasa. Untuk 3 / 4 bulan kebelakangan ini, Negeri Melaka merekodkan kadar kelahiran anak luar nikah tertinggi. Beberapa tahun lalu Mentari Pembangunan Wanita melaporkan bahawa jumlah anak luar nikah ketika itu telah berjumlah 366 ribu orang lebih. Bayangkan untuk 10 / 15 tahun akan datang. Kehidupan kita akan dikelilingi dengan anka-anak luar nikah. Juga bayangkan untk 10/15 tahun akan datang anak-anak luar nikah ini dibesarkan dengan ketiadaan kasih sayang ibu dan bapa.

Yang terjebak dengan khalwat, zina, pembuangan bayi, mat rempit, najis dadah ini adalah anak-anak yang ada ibu dan bapa serta mendapat kasih sayang ibu dan bapa. Betapa pula anak-anak luar nikah yang ketiadaan kasih sayang ibu dan bapa. Akhlak dan tingkah laku yang pastinya kan merwarnai budaya kehidupan kita akan datang. Apakah kita dan anak-anak kita boleh hidup dengan suasana begitu?

Untuk inilah kita semuanya bertanggungjawab untuk merubah suasana yang ada sekarang ini kepada suasana yang lebih Islamik dan lebih takwa. Jalan dan caranya adalah dakwah, warwarkan kehebatan keagungan Allah, warwarkan kepentingan perintah Allah dan sunnah Nabi, warwarkan nilai-nilai kehidupan beragama di dalam semua lapisan masyarakat.

Insyaallah pasti akan berubah. Jika zaman Arab Jahiliyah boleh berubah kepada ‘hayatan toiyyiba’ maka zaman kita ini juga akan boleh berubah asalkan kita bangun bersama-sama.

Insyaallah.

Wednesday, March 3, 2010

Antara Anak Kita Dan Anak Mereka - Syukurilah

Anak Kita
Anak Mereka
Anak Kita
Anak Mereka
Anak kita
Anak mereka

Targhib :

Kenikmatan yang ada pada kita kekadang kita lupa mensyukuri. Bila kenikmatan yang ada tidak disyukuri, natijahnya berbagai keburukan zahir di dalam masyarakat. Bila anak-anak dibesarkan di dalam kenikmatan yang tidak disyukuri ini maka lahirlah anak-anak yang tidak berakhlak, yang durhaka pada Allah dan Rasul serta berlebih lagi durhaka pada ibubapa.

Bukan hanya bersyukur atas nikmat rezeki sahaja malah sebarang nikmat yang jelas mau pun yang tersembunyi selama ianya sebagai satu nikmat dari Allah swt.

Hassan r.a meriwayatkan dari Nabi saw bersabda," Tidaklah Allah memberi nikmat pada hambaNya dari beberapa nikmaNya kecil atau pun besar kemudian ia menyebut Alhamdulillah, melainkan telah diberi kepadanya sesuatu yang lebih besar dari nikmat yang diterimanya." (Abullaiits Samarkandi : Tanbihul Ghafilen)

Said bin Jubair rah berkata," Orang yang pertama masuk syurga ialah orang yang selalu mengucap Alhamdulillah di dalam kesenangan maupun di dalam kesusahan."

Abu Zhar Al Ghifari r.a bila ditanya oleh sesaorang," Manusia manakah yang menerima nikmat yang paling besar? Jawab Abu Zhar r.a ," Dia yang merasa aman di dalam kuburnya serta menanti ganjaran pahala."

Semuga kita tergulong di kalangan hamba-hambanya yang bersyukur. Aamiin.

p/s : "Alhamdulillahi a'la kullihal wa fi kulli hal"

Tuesday, March 2, 2010

Ikhtibar Dari Kisah Musa a.s


Petikan Pertama

Suatu hari Allah swt bertanya kepada Nabi Musa a.s dengan katanya ,” Wahai Musa tahukah kamu mengapa aku melantik kamu menjadi utusanKu serta Aku beri keistimewaan dapat berkata-kata denganKu? Jawab musa a.s ,”Enkaulah yang maha mengetahui segala sesuatu,”.

Maka Allah swt pun menerangkan,” Ingat tak kamu ketika kamu mengembala kambing, pada ketika itu salah seekor kambing kamu telah lari yang menyebabkan kamu sebok mengejarnya di atas bukit. Setelah kamu berjaya menangkapnya, kamu tetap masih bersabar dan tidak mengutuknya. Perkara itulah yang menyebabkan Aku memberi kamu keistimewaan untuk berkata-kata dengan Aku.,”

(Al-Qurtubi : Tafsir Al-Jami’ li Ahkamil Quran)

Petikan Kedua

Nabi Musa a.s berkata ,”Ya Tuhan mengapa Engkau mengangkat aku sebagai pilihanMu”? Maka jawab Allah swt ,” Kerana kesanyanganmu terhadap makhlukKu, iaitu ketika engkau mengembala kambing Nabi Syuaib a.s maka lari seekor kambing dan kamu mngejarnya sehingga kepenatan. Ketika telah kamu pegang lalu kamu dakap dan peluk kambing berkenaan sambil berkata ,” Alahai sayang kamu memenatkan aku dan memenatkan dirimu.” kerana sayangnya kamu kepada makhlukKU,maka Aku memilih kamu sebagai rasulKu.”

(Abullaits Assamarqandi : Tanbihul Ghafilin)

Targhib :

Hubungan kasih terhadap binatang pun diperkira oleh Allah swt memilih Nabi Musa a.s sebagai rasul dan diberi gelaran Musa Kalamullah. Hari ini perasaan sayang sesama manusia pun telah terkeluar dari hati-hati manusia.

Akhir-akhir ini, kita saban hari dikejutkan dengan berita pembuangan anak, cabul kanak-kanak dan yang terkini penderaan terhadap kanak-kanak. Inilah keadaan orang Islam hari ini bila usaha atas hidayat telah dipinggirkan dan sebaliknya usaha kecintaan atas ‘dananir wa darahim’ menjadi darah daging.

Terdapat gulongan yang datang dari pintu ke pintu menjaja benda dan menceritakan kebaikan /fadhilat benda dan akhirnya setiap benda ada di dalam rumah orang-orang Islam hari ini. Dari peti ais, mesin basuh hinggalah kepada hometheatre LCD. Jika ada rumah orang-orang Islam yang salah satu dari peralatan ini tidak ada, maka ianya menjadi satu kehairanan dan kejanggalan. “ Macam mana dia nak hidup kalau tak ada mesin basuh?”. “Macam mana nak berhibur kalau tak ada TV”. Macam mana nak hidup kalau tak ada peti ais?”

Kita tidak akan terjumpa kalimat ini,” Rumah kamu ada Tahajud?.Rumah kamu ada bacaan Hadis dan Al-Quran?.Macam mana kamu hidup kalau tak ada Tahajud?. Macam mana kamu hidup kalau tak ada Al-Quran dan amalan Nabi saw?”

Ini adalah kerana cerita kebaikan amalan ini tidak dijaja dan dicakapkan sebagai ucapan harian kita.Tidak ada yang datang dari rumah ke rumah meceritakan kebaikan/fadhilat amalan ini. Yang ada hanyalah kebaikan/fadhilat benda semata dan tidaklah menghairankan bila setiap benda berada di rumah orang-orang Islam hari ini. Kalau ada yang menjaja pun terbatas, malah ramai yang mengherdik dan mencaci mereka-mereka yang datang rumah ke rumah berbuat demikian.

Bila amalan-amalan ini tidak ada di dalam rumah orang-orang Islam maka rahmat Allah swt tidak berada di rumah berkenaan. Bila ketiadaan rahmat Allah swt maka hilanglah perasaan raham/kasih sayang. Bila hilang perasaan raham/kasih sayang ini maka terjadi seperti yang berlaku sekarang ini.

Saya dan saudara/saudari semua bertanggungjawab di atas semua ini. Allah swt pasti akan tanya dan apakah alasan yang akan kita kemukakan.

Fikir-fikirkanlah.

Monday, March 1, 2010

Program Kuliah Bulan Mac 2010


1 Mac 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6,MAS KLIA.
2 Mac 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
3 Mac 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
4 Mac 2010 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.3 Tmn Gadong Jaya.
5 Mac 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Matahari Height.
6 Mac 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
6 Mac 2010 (Sab) : Ceramah Maulud Nabi saw Masjid Legung Ulu.
7 Mac 2010 (Ahd) : Ceramah Petang Maulud Nabi saw Tmn Rembau Utama.
7 Mac 2010 (Ahd) : Ceramah Maulud Nabi saw S’ban Jaya fasa 9.
8 Mac 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 1 G/Home Fasa E.
9 Mac 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
10 Mac 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
11 Mac 2010 (Kha) : Kuliah Muntakahb Ahadis Masjid B’dar Baru Senawang.
12 Mac 2010 (Jum) : Kuliah Hadis Tmn Cempaka Fasa 1.
13 Mac 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
13 Mac 2010 (Sab) : Ceramah Maulud Nabi saw Tmn Selasih Lukut.
14 Mac 2010 (Ahd) : Kuliah Bahrul Maazi Jld.3 G/Home Fasa F
14 Mac 2010 (Ahd) : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor.
15 Mac 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 13 Tmn Seri Pagi.
16 Mac 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
17 Mac 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
18 Mac 2010 (Kha) : Kuliah Tahzib Atraf Al-Hadis Tmn Jasmine
19 Mac 2010 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.
20 Mac 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
20 Mac 2010 (Sab) : Program 3 Hari Jemaah Tabligh Bulan Mac.
21 Mac 2010 (Ahd) : Program 3 Hari Jemaah Tabligh Bulan Mac.
22 Mac 2010 (Isn) : Program 3 Hari Jemaah Tabligh Bulan Mac.
22 Mac 2010 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 G/Home Fasa F.
23 Mac 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
24 Mac 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.
25 Mac 2010 (Kha) : Program Bulanan Pengasih, K.Lumpur.
26 Mac 2010 (Jum) : Kuliah Petang ILP, Pedas.
26 Mac 2010 (Jum) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Rembau Utama.
27 Mac 2010 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Cempaka 2.
28 Mac 2010 (Ahd) : Kuliah Suboh Masjid Tmn Tuanku Puan Cik.
29 Mac 2010 (Isn) : Kuliah Hadis Hanger 6, MAS KLIA
30 Mac 2010 (Sel) : Kuliah Muntakhab Ahadis Tmn Cempaka 2.
31 Mac 2010 (Rab) : Mesyuarat Mingguan Masjid Rahang.

Nota : Sekiranya Ada Perubahan Akan Dimaklumkan Kemudian.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin