MAKLUMAN :

widgeo.net

Wednesday, February 25, 2009

Tak Salah Jadi Tabligh Tapi ...( Jawapan II )

Tanggapan masyarakat mengenai Jemaah Tabligh ini yang sering kita dapati berbeza-beza. Ada yang mengatakan Jemaah Tabligh ini adalah Jemaah India, Ada pula mengatakan Jemaah Tabligh ini Jemaah Serban Ekor Dua. Ada yang mengatakan Jemaah Tabligh ini Jemaah Fadail Amal ia itu Jemaah Fadhilat yang tidak ada ilmu. Dulu-dulu ada yang memanggil Jemaah ini Jemaah Periok. Panggilan ini bila kita halusi adalah berdasarkan pengamatan masing-masing. Ini berdasarkan apa yang dilihat dan apa yang didengar tanpa melihat secara mendalam serta turut serta mengikutinya. Yang ikut serta pun tanpa menghayati usul dan tertib Jemaah ini pun pastinya tidak akan mendapat kefahaman yang sebenarnya apa itu “Tabligh”.

Ada yang hanya melihat dari luar sahaja, kemudian lansung mengkeritik Jemaah Tabligh ini. Hanya dengan berpandukan sekali atau dua kali menyertai jemaah ini lansung membuat komen yang ia telah faham dan tahu seluk beluk jemaah ini.Ada yang hanya bermuzakarah dengan satu dua ahli Jemaah Tabligh yang datang ke tempatnya ,lansung membuat rumusan mengenai Jemaah Tabligh ini. Tidak kurang pula ada yang hanya melihat kesilapan satu dua ahli jemaah ini, lansung mengharamkan jemaah ini dari masuk ke surau/masjidnya. Ada pula yang pergi ke Nizamuddin, India dan apabila pulang terus menhentam jemaah ini. Begitulah gelagat yang ada. Adilkah kita kalau begini cara kita meletakan kedudukan sesuatu jemaah?

Kalau kita melihat seorang ahli Pas yang menampal poster yang sibuk menampal poster sehingga datang waktu solat tetapi masih tak mempersiapkan diri untuk solat. Adilkah kita mengatakan “Semua ahli Pas memang tak suka menjaga solat”. Kalau kita lihat pula sebahagian ahli JIM yang berdemostrasi bercampur lelaki dan wanita, lansung kita mengatakan bahawa JIM ini memang suka bercampur lelaki dan wanita. Adilkah kita mengatakan begitu?. Begitu juga bila kita melihat sekumpulan ahli ISMA selesai sahaja berusrah lansung membonceng motorsikal lelaki dan wanita. Kemudian kita menuduh jemaah berkenaan dengan tuduhan negatif. Tentulah tidak adil bagi kita menuduh begitu pada setiap jemaah hanya dengan melihat segelintir ahlinya berbuat demikian. Kesilapan segelintir tidak mengambarkan keseluruhan jemaah. Begitu juga di zaman Nabi saw ada berlaku kes zina, Maiz ra pernah berzina dan dihukum rejam oleh Nabi saw. Begitu juga Qamidiah rha juga telenjur berzina, juga dihukum rejam oleh Rasulullah saw. Dengan melihat dua kes ini, adilkah kita mengatakan bahawa Islam memang agama yang pengikutnya suka berzina. Tentunya tidak.

Satu dua kes buang bayi, khalwat dan zina di kolej, universiti atau pondok berlaku, adilkah kita tutup terus kolej, universiti, dan pondok tersebut dari beroperasi? Atau patut kah kita mengatakan kolej, universiti dan pondok tersebut sebagai pusat buang bayi, pusat zina, tempat khalwat dan sebagainya. Sebodoh-bodoh manusia pun tidak berbuat demikian. Tidak ada satu pun manusia yang sempurna. Tidak ada mana-mana jemaah pun yang mengajar ahlinya berbuat buruk. Datangkan lah mana-mana jemaah, Badan-Badan NGO, Gerakan-Gerakan Islam di dalam mau pun luar negara, kita tidak akan dapati semua ahlinya sempurna iman, ilmu, amal dan akhlaqnya. Ini semua kita boleh terima.

Tetapi mengapa untuk Jemaah Tabligh sering diletakan hukum sesat, tidak berilmu, tidak syumul, Jemaah Juz’ah, Pengikut Ajaran Budha, Jemaah Jumud malah ada yang mengatakan darah Jemaah Tabligh adalah HALAL ( berlaku di JB) Tuduhan sebegini bukan hanya datang dari orang biasa, Jemaah-Jemaah Islam, NGO Islam malah datang dari gulongan yang bergelar ustaz / ulama. Samaada pandangan ini secara peribadi maupun mewakili jemaahnya. Adilkah kita berbuat berbuat demikian, Adakah tindakan sebegitu adalah sunnah dan Islamik? Adakah cara begitu boleh membetulkan UMMAH. Apa yang penulis sebutkan bukan kosong atau tuduhan melulu tetapi atas pengalaman penulis selama menjalankan usaha Jemaah Tabligh ini selama hampir 30 tahun lebih semejak penulis di bangku sekolah serta tidak pernah sekali pun “sejuk beku”.(maaf, bukan untuk sombong dan riak: semuga Allah swt kekalkan penulis dalam usaha yang mulia ini)

Sila lihat di dalam kitab tulisan Syeikh Hamud bin Abdullah At-Tauyujiri ,” Al Qaulul Baligh Fi Ta’zir Min Jamaahti Tabligh : cetakan Darul Sumai’i Lil Nashar Wat Tauzi’.Beliau seorang “Salafi Shadid” atau mungkin juga “Salafi Hairaki” yang memang terkenal dengan sifat keras terhadap gulungan yang tidak sefaham dengan mereka. Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Jemaah Tabligh terlalu banyak dan tidak berasas, Antaranya Jemaah Tabligh ini adalah penyembah kubur besar di Nizamuddin, India. Mungkin kelalaian penulis kitab berkenaan mendengar cerita yang salah lalu meletakan kenyataan itu di dalam kitabnya melalui teman-temannya yang datang ke Nizamuddin, India. Perlu diingatkan bahawa “Nizamuddin” ini adalah satu daerah besar. Namanya diambil sempena nama seorang ulama dan waliAllah besar di India, Syeikh Nizamuddin Auliya’. Di daerah Nizamuddin itu terdapat kubur besar Syeikh ini. Ramai orang India di seluroh dunia akan datang menziarahi kubur ini. Belebih lagi yang berfahaman ajaran “Brelwi” atau juga dikenali sebagai “Grave Worshiper”. Mungkin kerana Markaz Tabligh terbesar terdapat di daerah ini maka sesetengah orang menyangka inilah markaznya. Selain itu kerana pakaian yang dipakai oleh ahli jemaah ini memang pun pakaian orang awam di India, juga berjanggut seperti orang India (Brelwi) langsung menyangka jemaah ini meyembah kubur. Ini antara kesilapan fakta yang berlaku kerana ketidakketelitian penulis kitab berkenaan. Selain itu penulis kitab berkenaan juga telah menuduh bahawa Jemaah Tabligh ini menyebarluas amalan tarikat sesat. Sedangkan selama ini tidak ada sebarang tarikat yang disebarkan yang menjadi “ritual” amalan jemaah ini. Kalau ada pun ianya bersifat persendirian (infradiyah). Itu pun bukan semua amalan tarikat yang difatwakan sesat oleh ulama muktabar. Semua ini telah pun dijawab oleh sesetengah ulama pendukung Tabligh dan juga selain Tabligh. Antara buku jawapan seperti “Nadzrah Ilmiyah fi Ahlit Tabligh wad Da’wah “ Pengarang : Syeikh Ayman Abu Syadi. Walau pun banyak keritikan namun jumlah jemaah dari Tanah Arab terutamanya Saudi makin bertambah. Ijtimak di Yaman tahun lepas menghasil jemaah yang berganda-ganda daripada tahun-tahun sebelumnya.

Selain itu di tempat kita ni lain pulak caranya. Pantang nampak Mamak India, Pakistan, Bangla atau Nepal semua ‘dipukulnya’ Jemaah Tabligh. Kalau ada Pakistan yang jual karpet yang sememangnya ada janggut dan pakai kurta dikira orang tu Tabligh. Mamak India yang datang rumah ke rumah jual ‘Yassin’ pun dikira Tabligh. Pantang janggut dan pakai kurta semuanya Tabligh belaka. Sebab tu bila datang sekumpulan Mamak India pakai jubah warna hijau singgah di satu taman di Senawang, di tempat kami tahun lepas. Ajk dan ahli jemaah tempatan menyangka ianya adalah Jemaah Tabligh sebagaimana biasa. “Peliknya kumpulan ini tidak seperti Jemaah Tabligh biasa,” kata salah seorang Ajk dalam menerangkan hal jemaah tersebut kepada salah seorang teman penulis. “Pakaian dia semuanya hijau. Serban, baju, kain dan juga redaknya semuanya hijau,” terangnya lagi. Yang lagi pelik sambungnya,” Kumpulan ni tak baca buku Tabligh tu (fadhail amal) dia orang baca dalam bahasa Tamil yang bunyinya banyak menyebut Khidir as. Sikit-sikit Khidir as.”katanya mejelaskan. Rupanya kumpulan itu adalah kumpulan ajaran “Brelwi”, kumpulan penyembah kubur yang singgah dalam perjalanan mereka ke Pulau Besar. Bagi orang awam mereka ni Jemaah Tabligh yang sebenarnya bukan Tabligh. Jadi hal yang macam inilah yang meyebabkan masyarakat kita menuduh Jemaah Tabligh ini dengan berbagai tuduhan.

Selain itu ada beberapa kes yang pernah penulis hadapi sendiri. Pernah ketika penulis tinggal di Sg Besi, kami ‘tashkil’ (dakwah dan ajak) seorang pemuda yang baru kahwin yang berada di Masjid dengan wajah muram. Bila kami bertanyakan masaalahnya katanya dia ada masaalah dengan isterinya dan tak balik rumah serta tidur kat masjid. Bila penulis selidiki rupanya dia bergaduh sakan dengan isterinya. Kami minta dia pulang ke rumah ikram isterinya. Selang beberapa hari dia ikut keluar bersama kami 3 hari, setelah pulang dia mula kerap berjemaah di Masjid. Penulis himpit dan bertanya bagaimana hubungannya dengan isterinya, lansung dia menceritakan perkara sebenar. Rupanya isteri dia menjadi perempuan simpanan kepada seorang dato’dan bekerja sebagai GRO di satu kelab malam di Kuala Lumpur. Perkara sedemikian katanya berlaku sebelum beliau berkahwin dengan isterinya lagi. Penulis istighfar panjang mendengan cerita lanjut darinya. Selepas beberapa bulan beliau bercerai dengan isterinya.

Bila hal tersebut diketahui oleh jiran-jiran, mereka mencemoh dan mengatakan ikut ‘Tabligh’ dah jadi ‘terbalik’. ‘Ikut Tabligh dah cerai bini”, ada pula yang kata,” Tabligh apa asyik lepak masjid je.”. Yang lain pula berkata,”Orang Tabligh bini dah jadi GRO”, dan macam-macam lagi. Betulkah apa yang mereka tuduh? Adilkah mereka yang bermasaalah sebelum menjadi ‘karkun’ (ahli Tabligh) tiba-tiba bila keluar je 3 hari dituduh semua itu gara-gara Tabligh. Kes sebegini begitu banyak dalam masyarakat kita.

Namun begitu, pengikut Jemaah Tabligh ni bukannya semuanya baik-baik belaka. Banyak yang silap dan salah. Yang salah kita akui salah kerana Jemaah Tabligh memungut mereka-mereka di tepi-tepi jalan, orang yang bermasaalah, orang yang dahulunya samseng dan gangster. Jadi pastinya banyak silap dan salah. Namun biarlah kita berlaku adil dalam menghukum.

Fikir-fikirkanlah.

Nota : Pembaca diminta juga membaca setiap artikel di dalam blog ini yang berkaitan dengan Jemaah Tabligh agar mudah faham tulisan di atas. Selain itu pakat-pakat kita keluar di Jalan Allah dengan marhalah terdekat di tempat kita. Insyaallah.

20 comments:

Irwan said...

Orang akan nampak apa diorang nak tengok. Nak tengok buruk, nampaklah yg buruk, begitulah sebaliknya. Serupa macam banduan baru keluar atau penagih yg kembali ke masyarakat. Inilah yang guru saya beritahu ketika saya fana' dan nak melempang jiran2 yang menghasut mak saya dgn mengatakan yg bukan2 psl jemaah tabligh.
Jemaah terdiri dari pelbagai jenis orang dan kebanyakannya adalah orang yg nak memperbaiki diri (macam saya yg dulunya berada di tepi2 jalan, dikutip oleh jemaah, diusahakan untuk dibersihkan sehingga sekarang) maka dalam proses pembaikan itu, kami kadangkala terbuat jugaklah satu, dua, tiga perkara yg menjolok mata (dan telinga) yg dilihat (dan didengar) dek orang sekeliling. Bahkan, kami seolah sentiasa diperhatikan walaupun kami sekadar dtg ke masjid nak menjawab panggilan azan. Masa keluar di tempat orang, apatah lagi. Amir yg memimpin juga kadangkala tak mampu nak kawal ahli jemaah yg memang kepala angin. Inilah tarbiah dalaman yg kami perlu harungi dan secara peribadi, inilah training paling ketat yg pernah saya rasa dan saya mulai dengar akan 'bisikan' itu dan dapat membezakan, dari mana dan ke mana ia bertiup.
Dan kepada yg merasai perasaan ini, akan paham betapa susahnya mengawal diri dan perasaan dari gagal (terpengaruh dengan bisikan tadi) dan kembali ke petak pertama, saat kami mula2 dikutip dahulu ketika kami di tepi jalan...
Kami akui kami pernah tersasar tapi kami mahu berubah. Kami juga mahu kongsi apa yang Allah beri ini kepada rakan2 kami yang masih belum mahu mengaku (atau tahu) bahawa mereka ada masalah di luar sana. Dan kami tahu, jalan ini sukar dan kami mohon pada Allah Yang Maha Penyayang agar mengasihani kami makhluk hina ini dan semua muslimin muslimat dan selamatkan kami dari tak dapat bertemu dengan Nya.

azharjaafar said...

Hidup di zaman fitnah macam tu lah. Ada yang mengaku Islam dan memperjuangankan Islam, tapi ambik jalan Yahudi dan Nasrani, dengan alasan sekarang hanya itu saja jalan yang ada, sedangkan jalan yang dikehendaki Allah dan RasulNya terbentang di depan mata.

Semoga Allah kembalikan umat ni pada jalan petunjuk yang sebenarnya.

musafir said...

Bila meninggalkan Usaha Agama.. Dakwah ilallah...

"...Kefahaman Wahyu Di angkat..."

Unknown said...

Apa yg ustaz tuliskan di sini betul. Malngnya adik ipar saya yg sudah lama berada dalam tabligh dan begitu setia dari universiti lagi tiba2 tidak lagi aktif pada tahun lepas jika saya tidak silap. Kata isterinya ada perkara dalam tabligh yg dia tidak setuju. Saya tidak pula bertanya :)

Apa2 pun sebagai anggota jemaah yang membawa nama Islam jagalah nama baik jemaah. kerana bukan sahaja jemaah dipandang serong, Islam juga menerima tempiasnya. Terus terang saya katakan, sikap segelintir jemaah tabligh membuatkan saya tidak suka dgn jemaah tabligh tetapi apabila mendengar ceramah ustaz, tanggapan saya berubah.

Apabila mendapat tahu ustaz memberi ceramah di surau berhampiran rumah saya, saya datang :)

Suami saya yang bersikap seperti saya juga tidak akan melepaskan peluang apabila mendapat tahu ustazlah penceramah di surau/masjid yg beliau hendak pergi :)

Irwan said...

Habislaa...Bila ustaz dah meninggal, takde lagi la orang nak datang surau dengar ceramah. Atau takde sapa lagi la yang nak explain pada dunia akan ketidakpahaman masyarakat tentang usaha ini.
Dulu saya pun cam orang di atas jugak. ;)Tapi last2 Allah sedarkan saya bahawa saya sudah salah pergantungan.
Maka sejak saya bergantung pada Allah untuk beri kefahaman, Alhamdulillah, saya bebas dari sekadar menjadi pengikut Al-Hambaliah saja kepada pengikut hidayah Allah. Selagi kita jelas tentang apa yg kita mau lihat, maka Allah akan tunjukkan. Marilah pilih untuk lihat kebesaran Allah. Moga bermakna ayat 'Asy-hadu' dalam syahadah kita tu...

ibnu abdullah said...

salam

ni penyakit spesel bangsa melayu, tak kisah lah, jawa totok ke, minang kerbau ke, bugis manggis ke, melayu milemaniam ke, boyan sulawesi ke, apa sahaja rumpun, memang ada penyakit ni. bila tgk omputih, bangsa lain ada jugak, tapi takda la kronik mcm melayu.

sepanjang saya & family di australia ni, kami di sini tidaklah ramai sangat, adalah dalam 50 keluarga, & kami semua bebas dari di kata & dicela. Tapi bila semakin ramai melayu datang sekarang ni, penyakit tu mai dah. misti ada sekumpulan melayu pompuan nih (maaf buat kaum hawa) mulut mereka mcm murai. heboh ke hulu ke hilir duk mengata sana sini. mmg terasa sungguh perbezaannya.

ni mmg penyakit kronik melayu ustaz. penyakit PHD, perasan hasad dengki. tak senang melihat kejayaan orang lain.

Nabi saw dulu sehingga dipanggil 'majnun' bila berdakwah kalimat tauhid. Kerana Nabi saw TAHU, sedangkan yang mencemuh 'wallahi' TIDAK TAHU.

maka marilah kita bersabar & banyakkan berdoa agar Allah swt kurniakan hidayah seluruh alam, amin.

Irwan said...

Salam,

Hai ibnu Abdullah, saya pun perasan masalah ini amat jelas dikalangan Melayu. Tapi jika kita luaskan skop, kita akan lihat masalah ini inherent juga dengan kaum muslim.
Bukan takat mengata tapi serba-serbi jika tak kena gayanya. Cubalah ke kedai muslim, mesti kita kena uji punya. Atau pun makan di restoran muslim.
Tapi ngan bukan Islam OK je. Sampaikan nampak seolah2 mereka lagi berakhlak dari kita. Kenapa?
Sebab musuh kita yg nyata tu, berusaha sungguh2 ke atas orang yg ada kalimah. Yang takde kalimah, diorang hantar trainee jer..Kat kita diorang hantar penghasut2 pengalaman yg dah keluar 4bulan ke atas saja. Hehe.
Ingat! Musuh yang nyata ialah yang dalam hati kita ni, bukan sedara kita yang kat depan tu. So, bebanyakla bersabar. Tak silap, Baginda SAW lebih suka kita bersabar sesaat sesama sedara dari beribadat 40 malam (betul ke, ustaz?). Kalau betul, maka patutlah pahalanya banyak sebab susahhh sangat...Wallahualam..

mimk said...

biasalah perkara mcm ni..tiada siapa perlu dipersalahkn..sesuatu perkara yg baik pasti akan terzahir biarpun ada hanya sedikit buruknya..kain yg putih..akan mudah nmpk walaupon setitik hitam..nk bgtahu bhawa sucinya perkara ini..maka sedikit kotor pown kita buleh nmpk bukan?..begitu juga islam pada hari ini..dilabel sebgai teroris dimana2 oleh dunia..kerana islam itu suci.putih..maka sedikit kotor..segelintir yg ganas..segilintir yg memegang senapang dan sebagainya sudah bisa terzahir pada dunia..kenapa kafir yg memegang senapang dimana2..bom yg di sana..bom yg di sini tdk pula dilabel teroris??kerana susah untuk mencari hitam..pada kain yg memang sudah hitam...

kak aishah said...

Bismillahirahmanirahim..

2007 julai sy mula berkenalan dgn isteri seorg karkun..2 tahun dia ikram dan taskyl dengan sabar. bila dia bawa sy nusrayh program masturat, sy suruh mereka belajar public speaking.. cuma bila dengar bayan jemaah dari India/pakistan mencurah2 airmata saya. tapi kesian sahabat sy tu asyik sy dakwah2 dia utk membetulkan cara fikir dia..byk betul sy komplen apa yg dibuat mereka ni sikit2 keluar jalan Allah..apa ni..x pernah pun sy belajar semua ni.?? Namun kuasa Allah swt Allah beri sy hidayat yg (dulunya sy cukup geram bila org ckp sy belum dpt hidayat lagi) kan sy dah jadi org Islam apa nak hidayat lagi??

6 nov 2009 sy sakit tenat dn seorg hamba Allah yg bukan jemaah Tabligh hadiahkan sy sehelai purdah. dia pun pakai purdah dn sy ada minta tlg dia bacakan risalah manzil utk sy yg sgt tenat ketika itu. risalah tu dihadiahkan seorg teman yg bukan dlm jemaah Tabligh juga. dipendekkan cerita sy dlm tenat tu x pergi hospital sbb fikir akan mati juga lebih baik duduk madrasah hafiza dn Allah telah izin sy duduk situ hampir sebulan.sy tak pernah tahu yg mereka ni adalah jemaah Tabligh dn sebelah tu rumah taklim.. Setiap hari sy dengar bacaan Al-Quran dn zikir para pelajar hafiza. doa mereka yg sayu utk kedua ibubapa mereka.tiap2 hari sy seronok dengar mereka baca kitab tp hairan juga ustazah ni menangis2 klu dgr bacaan kitab2 tu..ketika sakit doktor yg monitor sy di madrasah kawan sudah berbelas tahun kenal dlm jemaah T juga(tp sejuk). dan tiba-tiba ramai kakak2 yg pakai purdah dgn wajah bercahaya mcm bidadari (ada yg tutup habis seluruh muka) ambik berat ttg sy. ceritakn ttg kebesaran Allah swt yg sy mmg minat..bagi doa2..ustazah madrasah layan sy mcm puteri semua ada org sediakan siap tidur sebelah dn gerak tahjjud lagi!! semasa sakit sy dinasihat menutup muka dn doktor kata baguslah pakai purdah lagi selamat dari facial mask.
8 Jan 2010(setelah mohon persetujuan suami) sy pakai purdah insyaAllah isitiqamah sampai hari ni.. dn sgt2lah syukur sy pd Allah x terhingga ialah,
Allah izin beri sy faham ttg usaha dakwah dn usaha atas iman dlm jemaah ini.
Subhanallah..hya Allah layak dipuji..kini tiap2 hari mata sy menangis krn syukur Allah masukkan sy dlm jemaah ini.beri sy faham usaha ini..kenal penyusun kitab taklim FA dn cintakan kitab Taklim yg dikarang atas izin Allah. Allah berikan sy teman2 rapat org2 lama dn istiqamah masturat. hari ni sy pula x henti ikram suami dn anak2 dlm keadaan jatuh bangun iman dn menangis kpd Allah MOHON HIDAYAT BUAT KELUARGA sy utk buat usaha yg mulia ini.. bertahun2 sejak kecil lg sy mencari Allah dn ingin merasai persaan gembira bertuhankan Allah swt berasulkan Nabi Muhammad saw dn beragama Islam..saat ini tiada yg lebih sy harapkan selain usaha ini Allah pelihara dn bimbing sehingga hari kiamat.
Mohon tuan dan puan doakan sy yg dhaif ini agar Allah pilih kami sekeluarga buat usaha Rasulullah saw yg mulia. TIADA AKAN MEMAHAMI SEBUAH HATI AKAN USAHA INI MELAINKAN ATAS HIDAYAT YG ALLAH YG MAHA KUASA. Apabila kita tidak dpt melakukan apa yg org lain usahakan jgnlah mencemuh. Periksalah hati apa rasanya..JANGAN ADA BENCI DIANTARA KITA.. bila yg keluar dimulut berupa kutukan cacian atau maki/laknat dsbg fikir2lah apa ada dlm hati ketika itu.

Ya Allah berilah kami hakikat 6 sifat kami takkan mampu memilikinya tanpa rahmat dan kasihsayangMu ya Allah..

kini baru ku faham (insyaAllah sedikit2) apa maksud sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku hya untuk Allah swt dan betapa bahagianya hatiku bila dapat bersolah mengadap Rabbul alamin..baru kutahu bgmn hidup ini adalah untuk mengabdi (to serve) kpd Allah swt..syukr ya Allah..Alhamdulillahirobbilalamin..
semoga dpt ku bertemu denganmu ya Habibullah..saw..

maaf zahir batin (tasbih kafarah)

INDAHNYA HIDUP BERMASTURAT..(sy mohon sekiranya tuan/puan ingat doakanlah hamba yg hina ini sekeluarga agar juga dipilih utk keluar jalan Allah swt buat masa ini suami sy belum dpt hidayat lagi)
wasalam

kak aishah said...

Bismillahirahmanirahim..

2007 julai sy mula berkenalan dgn isteri seorg karkun..2 tahun dia ikram dan taskyl dengan sabar. bila dia bawa sy nusrayh program masturat, sy suruh mereka belajar public speaking.. cuma bila dengar bayan jemaah dari India/pakistan mencurah2 airmata saya. tapi kesian sahabat sy tu asyik sy dakwah2 dia utk membetulkan cara fikir dia..byk betul sy komplen apa yg dibuat mereka ni sikit2 keluar jalan Allah..apa ni..x pernah pun sy belajar semua ni.?? Namun kuasa Allah swt Allah beri sy hidayat yg (dulunya sy cukup geram bila org ckp sy belum dpt hidayat lagi) kan sy dah jadi org Islam apa nak hidayat lagi??

6 nov 2009 sy sakit tenat dn seorg hamba Allah yg bukan jemaah Tabligh hadiahkan sy sehelai purdah. dia pun pakai purdah dn sy ada minta tlg dia bacakan risalah manzil utk sy yg sgt tenat ketika itu. risalah tu dihadiahkan seorg teman yg bukan dlm jemaah Tabligh juga. dipendekkan cerita sy dlm tenat tu x pergi hospital sbb fikir akan mati juga lebih baik duduk madrasah hafiza dn Allah telah izin sy duduk situ hampir sebulan.sy tak pernah tahu yg mereka ni adalah jemaah Tabligh dn sebelah tu rumah taklim.. Setiap hari sy dengar bacaan Al-Quran dn zikir para pelajar hafiza. doa mereka yg sayu utk kedua ibubapa mereka.tiap2 hari sy seronok dengar mereka baca kitab tp hairan juga ustazah ni menangis2 klu dgr bacaan kitab2 tu.. dan tiba-tiba ramai kakak2 yg pakai purdah dgn wajah bercahaya mcm bidadari (ada yg tutup habis seluruh muka) ambik berat ttg sy. ceritakn ttg kebesaran Allah swt yg sy mmg minat..bagi doa2..ustazah madrasah layan sy mcm puteri semua ada org sediakan siap tidur sebelah dn gerak tahjjud lagi!! semasa sakit sy dinasihat menutup muka.
8 Jan 2010(setelah mohon persetujuan suami) sy pakai purdah insyaAllah isitiqamah sampai hari ni.. dn sgt2lah syukur sy pd Allah x terhingga ialah,
Allah izin beri sy faham ttg usaha dakwah dn usaha atas iman dlm jemaah ini.
Subhanallah..hya Allah layak dipuji..kini tiap2 hari mata sy menangis krn syukur Allah masukkan sy dlm jemaah ini.beri sy faham usaha ini..kenal penyusun kitab taklim FA dn cintakan kitab Taklim yg dikarang atas izin Allah. Allah berikan sy teman2 rapat org2 lama dn istiqamah masturat. hari ni sy pula x henti ikram suami dn anak2 dlm keadaan jatuh bangun iman dn menangis kpd Allah MOHON HIDAYAT BUAT KELUARGA sy utk buat usaha yg mulia ini.. bertahun2 sejak kecil lg sy mencari Allah dn ingin merasai perasaan gembira bertuhankan Allah swt berasulkan Nabi Muhammad saw dn beragama Islam..saat ini tiada yg lebih sy harapkan selain usaha ini Allah pelihara dn bimbing sehingga hari kiamat.dn hidayat tersebar ke seluruh alam.
TIADA AKAN MEMAHAMI SEBUAH HATI AKAN USAHA INI MELAINKAN ATAS HIDAYAT ALLAH YG MAHA KUASA. Apabila kita tidak dpt melakukan apa yg org lain usahakan jgnlah mencemuh. Periksalah hati apa rasanya..?JANGAN ADA BENCI DIANTARA KITA.. bila yg keluar dimulut berupa kutukan cacian atau maki/laknat dsbg fikir2lah apa ada dlm hati ketika itu.

6 nov 2009 sy sakit tenat dn seorg hamba Allah yg bukan jemaah Tabligh hadiahkan sy sehelai purdah. dia pun pakai purdah dn sy ada minta tlg dia bacakan risalah manzil utk sy yg sgt tenat ketika itu. dipendekkan cerita sy dlm tenat tu x pergi hospital sbb fikir akan mati juga lebih baik duduk madrasah hafiza dn Allah telah izin sy duduk situ hampir sebulan.sy tak pernah tahu yg mereka ni adalah jemaah Tabligh dn sebelah tu rumah taklim.. Setiap hari sy dengar bacaan Al-Quran dn zikir para pelajar hafiza. doa mereka yg sayu utk kedua ibubapa mereka.tiap2 hari sy seronok dengar mereka baca kitab tp hairan juga ustazah ni menangis2 klu dgr bacaan kitab2 tu.. dan tiba-tiba ramai kakak2 yg pakai purdah dgn wajah bercahaya mcm bidadari (ada yg tutup habis seluruh muka) ambik berat ttg sy. ceritakn ttg kebesaran Allah swt yg sy mmg minat..bagi doa2..ustazah madrasah layan sy mcm puteri semua ada org sediakan siap tidur sebelah dn gerak tahjjud lagi!! semasa sakit sy dinasihat menutup muka.

kak aishah said...

(sambungan)

8 Jan 2010(setelah mohon persetujuan suami) sy pakai purdah insyaAllah isitiqamah sampai hari ni.. dn sgt2lah syukur sy pd Allah x terhingga ialah,
Allah izin beri sy faham ttg usaha dakwah dn usaha atas iman dlm jemaah ini.
Subhanallah..hya Allah layak dipuji..kini saban hari mata sy menangis krn syukur Allah masukkan sy dlm jemaah ini.beri sy faham usaha ini..kenal penyusun kitab taklim FA dn cintakan kitab Taklim yg dikarang atas izin Allah. buat majlis taklim dlm rumah. Allah berikan sy teman2 rapat org2 lama dn istiqamah masturat. hari ni sy pula x henti ikram suami dn anak2 dlm keadaan jatuh bangun iman dn menangis kpd Allah MOHON HIDAYAT BUAT KELUARGA sy utk buat usaha yg mulia ini.. bertahun2 sejak kecil lg sy mencari Allah dn ingin merasai perasaan gembira bertuhankan Allah swt berasulkan Nabi Muhammad saw dn beragama Islam..saat ini tiada yg lebih sy harapkan selain usaha ini Allah pelihara dn bimbing sehingga hari kiamat.dn hidayat tersebar ke seluruh alam.
TIADA AKAN MEMAHAMI SEBUAH HATI AKAN USAHA INI MELAINKAN ATAS HIDAYAT ALLAH YG MAHA KUASA. Apabila kita tidak dpt melakukan apa yg org lain usahakan jgnlah mencemuh. Periksalah hati apa rasanya..?JANGAN ADA BENCI DIANTARA KITA.. bila yg keluar dimulut berupa kutukan cacian atau maki/laknat dsbg fikir2lah apa ada dlm hati ketika itu.

Ya Allah berilah kami hakikat 6 sifat kami takkan mampu memilikinya tanpa rahmat dan kasihsayangMu ya Allah..

kini baru ku faham (insyaAllah sedikit2) apa maksud sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku hya untuk Allah swt dan betapa bahagianya hatiku bila dapat bersolah mengadap Rabbul alamin..baru kutahu bgmn hidup ini adalah untuk mengabdi (to serve) kpd Allah swt..syukr ya Allah..Alhamdulillahirobbilalamin..
semoga dpt ku bertemu denganmu ya Habibullah..saw..

maaf zahir batin (tasbih kafarah)

INDAHNYA HIDUP BERMASTURAT..(sy mohon sekiranya tuan/puan ingat doakanlah hamba yg hina ini sekeluarga agar juga dipilih utk keluar jalan Allah swt buat masa ini suami sy belum dpt hidayat lagi)
wasalam

Zulkifli Ahmad said...

Salam, aku pernah ikut jemaah tabligh 17 tahun dulu masa student di poli pd, cikgu Sham aku memang hormat. walaupun dah bertahun tak aktif, tapi aku masih hormat prinsip jemaah tabligh, aku pernah tersalah arah sebelum joint,lepas tu aku berubah, rajin jemaah, sampai rasa tak boleh lupa masjid, tapi lepas tinggalkan jemaah, walaupun semua ada, nampak happy tapi aku rasa tak ada arah tuju. Moga Allah SWT menyertakan aku semula dengan golongan yang mengajak manusia pada kebenaran dan mencegah dari kemungkara. Aku sedih orang tak faham tapi hina tabligh, jangan kerana nila setitik susu rosak sebelanga. Wahai pendakwh, jangan biar tingkahlaku negatif mu menjadi fitnah pada agama. Wassalam

JUNDULLAH said...

Salam,

kepada semua karkun,Dalam kita menilai setiap kritikan drp berbagai pihak,pendekatan/jawapan yang di beri oleh kebanyakan karkun semacam streotape atau standard.Ataupun kalau nak di buat perbandingan macam syarikat MLM.

Menyanggah kritikan dengan ucapan "kalau nak tahu tentang tabligh,jom kita keluar dakwah(khuruj 3 hari)," "jom kita dengar bayan" dan seumpamanya.Sama macam salesman MLM yg ajak orang dengar seminar di syarikat mereka jika ada org yg kritik.

sepatutnya para karkun boleh berhujjah/menjawab "on the spot" setiap kritikan tanpa perlu ajak org yg kritik tersebut ke majlis/markaz anda.

Barulah nampak kehebatan umat islam kerana mampu menanggani masalah dengan berhujjah menggunakan al quran dan hadis.Dan barulah setiap pengkritik akan kagum dan nampak kehebatan islam.

Apa yang kita nampak punca perkara itu berlaku ialah kerana tidak menguasai ilmu islam khususnya ilmu tauhid dan fiqh secara mendalam di kalangan karkun tabligh dan kurang membaca kitab-kitab ulama muktabar yang ada di masjid/surau sebaliknya hanya tertumpu kitab2 yg hanya di tulis oleh ulama tabligh drp india sahaja(fadhail amal dll)

Inilah antara kelemahan karkun tabligh yg perlu di perbaiki supaya dakwah yg mereka seru itu lebih berkesan.

Unknown said...

Jundullah,

Jazakallah atas pandangan yang baik dari saudara.

Perlu diingatkan bahawa bukan semua di dalam JT terdapat orang yang alim ketika artikel ini ditulis. Sebab itu saya sendiri telah menyiapkan satu "Booklet" untuk jawapan kepada hampir semua persoalan di dalam JT yang dikemukakan oleh sesetengah orang. Hampir-hampir mendapat No ISBN dari Dewan Bahasa. Namun keadaan tidak membolehkan.

Pun begitu semua topik dan isi di dalam buku kecil itu telah pun saya copy/pathkan di dalam blog ini. Harapan saya agar setiap jemaah JT yang keluar di Jalan Allah boleh sedikit sebanyak memberi penerangan dengan baik bagi setiap persoalan.

Pun begitu akhir-akhir ini setiap jemaah JT yang khuruj ada bersama mereka sekurang-kurangnya seorang alim dan seorang Hafiz Quran. Ini hampir-hampir tercapai.

Atas sebab inilah banyak madrasah hafiz dan alim berlebih di dalam "Daurah Hadis" didirikan oleh JT hampir disetiap Markaz.

Tuan doakanlah agar semua ini akan tercapai. Bukanya apa agar ujudnya gulongan yang takwa di atas muka bumi ini. Bukanlah bermaksud untuk meramainya bilangan Karkun. Sebab ini le juga jumlah bilangan karkun tidak dicatatkan.

Sekali lagi Jazakallah atas pandangan yang baik.

'Abdus Soghier said...

tuan2 yg di rahmati Allah..maafkan saya..mohon doa untuk insan ini..

pinta saya, jg di kritik, tp bawalah insan ini dgn kasih sayang n kelembutan..mg2 allah beri hidayat utknya..

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2011/12/tabligh-satu-penilian-semula.html?showComment=1325671116429#c2219322515473172089

ramlee said...

Kematian Haji Khalid (Syura Malaysia) baru-baru ini didalam keadaan yang amat baik sekali.. telah menambahkan semangat saya untuk terus dalam usaha ini sehingga akhir hayat saya. Insya Allah.

Haji Z said...

Jemaah Tabligh bagus tetapi
entah kenapa saya dah tak khuruj selama 19 tahun, saya pernah keluar 40H tiga kali dan 4 Bulan (2 Bulan India dan 2 Bulan di Pakistan ) pada tahun 1990,

Ketika itu masih student USM.

Tetapi setelah lama tak khuruj semakin di tinggalkan karkun-karkun...dan tertinggal dalam usaha

Pertama kali keluar pada Ijtimak Padang Hiliran Trengganu 1982 dan Alhamdulillah dipilih Allah untuk mendengar bayan Ijtimak Sepang 2009

Tetapi yang penting, sebagai orang Islam apa-apa saja amalan yang mengajak kita kepada Allah kita ikut........

Pada pandangan saya dengan kematian Maulana Inamul Hasan (1995)

bermakna sesuatu telah berlaku dalam usaha agama ini..yang saya sendiri pun tak faham

2021 jg said...

alhamdulilah...terharu baca.menitis air mata... Ya Allah..ampunkanlah dosa2 kami..satukan hati kami dengan al quran dan sunnah.. kami jahil dan xtau apa2.. :( matikanlah kami dalam islam .ameen -Hamba Allah swt..Muhammad Azam Al Yahya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin