Tuesday, February 3, 2009
Tips Untuk Isteri Mengesan Suami Nak Kahwin Lebih
Isteri misti selalu melihat gelagat suami jangan tak perati dan jangan pula buat tak kisah. Kalau dah jadi nanti baru nak gabra, baru nak terloncat dah tak guna.Awai-awai mau perati tengok. Tipsnya begini :-
Kalau dia orang biasa
1 ) Kalau dia selalu asyik dok depan cermin, sekejap sikat rambut, sekejap sikat membetolkan “remusnya” jambolnya. Gelagat macam ni tak pernah dibuat. Tu salah satu tanda nak tambah.
2 ) Gaya pakaiannya macam anak-anak muda cakapnya pulak “gua lu” “gua lu”. Tu pun salah satu tanda.
3 ) Kalau keluar “shopping” pula sorang-sorang, selalunya bawa anak. Ni petanda nak tunjok yang dia tu “single”.
4 ) Selalu tolong sidai kain kat luar kat ampaian, tapi akhir-akhir ni dah malas dia buat macam tu. Mungkin ada “secret admirer” kat jiran sebelah atau pun rumah budak-budak bujang perempuan yang tak jauh dari rumah.
5 ) Bila bunyi handphone cepat-cepat dimatikan. Bila ditanya katanya “maleh nak layan client”.
6 ) Bila bunyi handphone kalau menjawab pun di pergi kat luar kat laman rumah. Pahtu cakap punye le pelahan. Tu takut bocor le tu.
7 ) Selalu kalau kat luar rumah bila pergi berjalan, bergilir-gilir dukung anak kecil. Tapi akhir-akhir ni kalau isteri minta dukung anak sebab keletihan jawabnya” Eh! takan I yang nak dukung, malu le orang dok tengok tu” . Tu pun salah satu tanda.
8 ) Kalau tidur selalu “membuntutkan” isteri, dah tu lambat pula tidur. Asyek tengok “ceiling” je ,dah tu pula seyum sorang-sorang. Tu pun petanda.
9 ) Selalu balek awal dari “office”, tapi akhir-akhir ni katanya sebok ,banyak kerja , jalan “jam”. Bla! bla! bla!. Masa ni, mau kena cek kat pejabat dia.
10 ) Biasanya waktu malam selalu ada kat rumah. Lihat anak-anak buat “homework”.Tapi akhir-akhir ni dia asyek keluar menge”tea”. Tu pun salah satu tanda.
11 ) Hujong minggu biasanya kat rumah mengemas laman dll. Tapi akhir-akhir ni hilang memanjang.
12 ) Selalu kalau sikit demam je makan ubat, tapi ni tak, ada je ubat yang dimakan. Kalau ditanya jawabnya makanan kesihatan. Tapi dilihat pada botol ubat, banyak tulisan Cina dari tulisan Iggerisnya.
13 ) Selalu minuman kegemaranya kopi ‘O’. Tapi ni tak, banyak pulah jenis kopinya. Kopi Tongkat Ali , Kopi Cengkudu, Kopi Jantan dan macam-macam lagi yang kita tak tau jenamnye. Tu pun salah satu tanda.
14 ) Ni yang kemuncak tanda-tanda yang di memang nak pasang lagi satu. Bila tidur asyek mengigau, dah tu asyek sebut “tipah! tipah!”
Bila jadi cam ni jangan lupa ambil tindakan selanjutnya. Jangan sampai dia ambil cuti panjang pergi ke Utara Malaysia.
Khas Untuk Karkun.
Ni lain sikit, dia punya cara Islamik sikit .
1 ) Dah malas bangun tahajud. Bangun pun bila di kejut.
2 ) Keluar 3 hari setiap bulan asyik “miss” je. Nusrah memanjang.
3) Markas dah lama tak pergi, kalau ditanya. “Badan tak berapa sedap”katanya.
4 ) Dulu kalau keluar selalu pakai jubah, korta. Tapi akhir-akhir nik tak gitu. Dah mula pakai seluar biasa. Sesekali tak pakai ketayap. Kalau ditengor “terlupa” katanya sambil buat-buat terkejut berok.
5 ) Solat berjemaah selau terlewat dan kadang-kadang terlepas.
6 ) Ziarah “Gasht” dah lama dia tak buat. Kalau hadir pun masa waktu “bayan” je.
7 ) Kerap dok depan cermin dah tu asyik “trim” janggut.
8 ) Yang lain seperti 12 perkara di atas.
Bila dah terjadi seperti di atas, tindakan selanjutnya adalah “tasykil” dia keluar balek.Atau “contact” ahlia kawan dia minta suaminya ”ikram” balek untuk keluar jemaah. Masih ada masa.
Nota : Ini tangapan penulis je, mungkin banyak lagi yang boleh ditambah.
p/s : Satu lagi tulisan yang menyukakan kaum ibu (Masturat)
Maaf lagi sekali untuk kaum bapa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
karkun bila dh lalui peringkat-peringkat sedemikian, dia dh jadi kartun la ustaz, mcm saya
Hmm..bila dah bukak cawangan baru...mana nak dpt masa hidupkan 5 amal masjid. Yg ada satu isteri pun kelam kabut nak hidupkan 5 amal apa lagi kalau dah ada 2/3/4 isteri2. Itu baru 5 amal kat masjid isteri pertama. Bagaiman pulak usaha di masjid isteri ke 2/3/4 ? Dah sekarang ada pertambahan marhalah pulak yg nak kena usahakan. Atau semua isteri2 ditempatkan di marhalah yg sama? Wallahualam.
Saya rasa kita tak faham kebijaksanaan Nabi s.a.w apabila Baginda berfirman " Aku suka melihat umat aku ramai diakhirat nanti"
Apa yang saya faham, dengan kahwin ramai, akan dapat menambah bilangan penduduk islam. Apabila orang islam ramai, banyak kerja atau pengorbanan agama dapat dilaku. Usaha agama disetiap tempat dapat dilakukan dengan baik.
Umat islam yang ramai dan beragama akan memberi kekuatan kepada umat islam.
Umat islam yang ramai akan menjamin penguasa pemerintahan kerana mereka akan mengundi org islam sebagai wakil rakyat.
Umat islam yang ramai akan dapat meningkatkan ekonomi disebabkan "Domestic Demand".
Ibu bapa yang mempunyai ramai anak akan mendapat perhatian yang penuh dari anak2. Mereka dapat membahagi-bahagikan tanggungjawab untuk menjaga mereka dihari tua mereka.
Yang akhirnya doa anak yg soleh akan sampai kepada roh ibu bapa. Bayangkan kalau ibu bapa memiliki anak2 hafiz quran, alim, kaya dan dermawan. Dan mereka senantiasa mendoakan serta memberi sedekah buat ibu dan ayah mereka. Berapa banyak kebaikan yang akan didapati oleh ibu bapa.
Nabi s.a.w. bersabda sekiranya ibu dan bapa mendapat 2 orang anak perempuan dan mereka menjaga dan memberi pelajaran agama sehingga mereka berkahwin, syurga adalah jaminan untuk mereka. Bayangkan kalau ada empat, atau 8 atau sepuluh nak perempuan, berapa banyak kebaikan yang akan mereka perolehi.
Segala-galanya bergantung kepada niat. Masalahnya kita semua pentingkan diri sendiri daripada memikirkan kemaslahatan umat.
Jazakallah atas komen yang baik,
Ada anak satu sudut, banyak anak satu sudut, mendidik anak satu sudut.
Beruntung orang yang ada banyak anak dan berjaya mendidik anak dengan didikan yang dikehendaki oleh Allah dan rasul. Tapi yang berjaya sedikit, banyaknya yang kecundang. Apa lagi dengan suasana yang ada di hari ini.
Mahfum sabdaan Nabi saw yang suka melihat umatnya ramai dengan menggalakan umatnya banyak anak bukanya dengan banyak isteri. Kerana dalam sabdaan yang lain kata Nabi cukuplah satu sekiranya kamu takut tidak berlaku 'adil'. 'Adil' di sini bukan hanya untuk isteri-isterinya sahaja tetapi juga untuk anak-anaknya juga.'Adil' pula bukan hanya terbatas kepada makan,minum dan "kiswah" sahaja tetapi juga adalah "keagamaan".Tidak sampai doa anak-anak melainkan "saleh" dan tak akan ujud "saleh" melainkan "keagamaan"
Ada hadis yang umat ini akan di"ratah" oleh musoh-musohnya.Bila ditanya oleh sahabat ra "adakah bilangan mereka sedikit?".Jawab Nabi "tidak bilangan mereka ramai seperti bueh di lautan namun mereka terkena penyakai 'Wahan'".Hasil kekurangan "keagamaan"
Namun Islam tidak melarang untuk berkahwin lebih dari satu asalkan mengikut syarat-syarat. Haram menghalangi mereka-mereka yang mahu berkahwin lebih dari satu, namun batas-batas syariah mistilah diutamakan.
Wallahu'alam.
Post a Comment