MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, February 2, 2009

"Nak Ke Payong Emas?"


Kisah ini berlaku sekitar penghujong tahun 1997 yang mana sewaktu itu aku baru pindah ke Seremban dari Sg.Besi Kuala Lumpur. Disebabkan keluarga kami cuma tiga beranak, membeli makanan untuk makan malam memang menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Satu malam selepas Solat Insya’, aku ke salah satu warong Tom Yam kat Ampangan, Seremban. Ketika aku keluar dari kerata yang aku parking kat sebelah warong,tiba-tiba “ Assalamualaikum ustaz!” kedengaran suara memberi salam yang datang dari salah satu meja kat luar warong berkenaan.”alaikumsalam” jawab aku sambil menoleh ke arah meja berkenaan. Rupanya kawan-kawan aku tiga orang (karkun) yang sememangnya aku kenali sejak di K.L lagu. “Jemput dudok Ustaz” kata salah seorang mempelawa aku dudok di kerusi yang kosong bersama mereka. “Minta order ustaz” Kata salah seorang yang lagi satu. Setahu aku ketiga-tiga mereka memang kawan rapat. Rapat sungguh, kalau kat mana-mana pasti akan bertiga lebih-lebih lagi kalau pergi pekena minuman Tongkat Ali kat salah satu warong kat Pantai. “Kasi power” kata mereka atau "Rumber-rumber power" dalam bahasa Tamil.

Setelah mula dudok, mereka pun menyambong perbualan seolah-olah mengajak aku berbual sama. Rupanya topik kahwin dua, patut le senyum labar masing-masing. “Bukanya apa ustaz , la ni khamai pompuan tak kawin, kalau kita tak tolong sapa lagi, ustaz, kesiaaan kat depa”, bersunggoh-sunggoh menerangkan kepada aku dengan sedikit loghat utara. Aku senyum je tak kata apa-apa sambil menghirup sedikit teh tarik panas. “Masa ni le kita nak tolong isteri kita dapat payong mas kat dalam syurga nanti” mencelah seorang lagi. “Ye ke payong mas?” tanya aku dengan wajah buat-buat hairan. “Eh ! eh! Buat-buat tak tahu plak untaz ni” sampok salah seorang dari mereka. “Kalau ustaz nak, cakap je kami boleh tolong,” sambungnya lagi. “ Sorang pun aku tak terdaya apa lagi dua”, jawab aku tersenyum sambil menghirup kembali teh tarik. “Ustaz! sunnah le ustaz.”tegas salah seorang dari mereka. “Blom tergerak le hati aku “, jawab aku selamba. Setelah siap pesanan yang aku order( bungkus), aku pun minta diri.

Setelah hampir 8 bulan kemudian salah seorang kawin kedua dan selepas itu kahwin lagi yang ketiga. Hebat! Memang hebat! Dah tu aku dengar nak kawin ke empat pula. Fooh! lagi hebat. Selepas setahun perbualan kat warong tu salah seorang lagi kahwin dua. Dengar cerita isteri keduanya seorang pegawai kerajaan. Yang seorang lagi cari punya cari tak dapat-dapat. Namun selepas 5 tahun selepas perbualan itu,dia pula kahwin dua setelah menghadapi berbagai ranjau. Berjaya ketiga-tiganya “menolong pompuan dan memiliki payong mas untuk isteri masing-masing”. Betol ke? bila aku fakir dan renung sendirian aku senyum.Lagi pun aku amat-amat mengetahui kehidupan mereka selepas kahwin dua.Maleh aku nak cerita kat sini. Biar le sorang. Biar le tak dapat payong mas pun tak ape. Nak tolong perempuam bukan cara tu sahaja, banyak lagi cara lain.Banyakan kerja agama, dakwah dan nasihat bila mereka dah dapat hidayat itu jauh lebih untuk menolong mereka.

Tapi kadang-kadang aku jadi takut juga, bukanya apa takut ter.x%/& sebab keempat-empat tu, tiga dah jalan, cuma aku sorang je lagi yang blom. Seraaam !aku tapi orang rumah (ahlia) aku lagiiii seraaam. Sebab setengah orang kata:-

SATU “IS ONE”, DUA “IS TWO” , TIGA BARU “IS THREE”

Peeeh! Laagii seraaam. Ye ke seram ni. Jangan-jangan ada ati tak? Aku tanya, aku le yang jawab. Baik,aku jawab :-

Jawapan :

Naluri lelaki memang nak kahwin lebih. Itu memang naluri lelaki, orang buta yang dok raba-raba pun kalau tanya dia nak ke kahwin lagi sorang . Tentu di jawab nak. Tapi kalau di ukur dan fikirkan hal anak-anak , pengorbanan isteri, susah payah hidup bersama, nak bagi masa untuk kerja agama dan bla! bla! bla!. Maka pasti jawapanya biar le dia sorang. Itu le buah hati aku. Dia le harimau dia le kucing manja. Lagi pun Nabi saw tak pernah kahwin lebih ketika ada isteri pertama. Isteri Pertama itu le yang banyak berkorban. Selepas kematian Isteri Pertama baru le Nabi saw kahwin lebih. Itu pun perintah Allah swt, sebagaimana firmanya :-

“Wahai Nabi (saw) , sesunggohnya kami telah menghalalkan bagimu isteri-isterimu yang telah kami berikan mas kahwinya dan hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang kamu perolehi dalam peperangan yang dikuniakan Allah untukmu.. . . . .”

Kalau di lihat catatan sejarah boleh la kita susun seperti berikut:-

Umur 25 Hingga 50 Tahun

Berkahwin dengan Khdijah Al Qubra ra hingga kematian Khadijah sewaktu umur Nabi 50 tahun. Ini bermakna Khadijah ra meninggal lira-kira 10 tahun selepas kereasulan Nabi saw.

Umur 50 tahun

Baginda berkahwin dengan Saudah ra dan A’aisyah ra. Saudah ra terus bersama dengan Nabi manakala A’aisyah ra bersama dengan Nabi 2 tahun selepas hijrah. Pada ketika itu baginda berumur 54 tahun.

Umur 55 tahun (3 SH.)

Baginda berkahwin dengan Hafsah ra. Selepas beberapa bulan, baginda berkahwin pula dengan Zainab bin Khuzaymah ra yang telah bersama dengan Nabi saw hanya selama 3 tahun 18 bulan sahaja ( sebagaimana terdapat di dalam sesetengah riwayat ) sebelum beliau meninggal dunia.

Umur 56 tahun (4 SH.)

Baginda telah berkahwin dengan Ummi Salamah ra

Umur 57 tahun (5 SH.)

Baginda berkahwin dengan Zainab ra.

Umur 58 tahun (6 SH)

Baginda berkahwin dengan Juwairiyah ra

Umur 59 tahun (7 SH.)

Mula-mula banginda berkahwin dengan Ummi Habibah ra kemudianya berkahwin pula dengan Safiyyah ra. Selepas itu berkahwin pula dengan Maimunah ra. Ini terjadi di dalam tahun yang sama.

Rumusan:

Dari menerangan di atas, amat jelas pada kita yang mana Rasulullah saw berkahwin hanya satu (Monogamous) ketika bersama Khadijah ra. Ketika ini baginda tidak pernah pun berkahwin lebih.. Perkahwinan beliau lebih dari satu (Polygamous) selepas berumur 50 tahun dengan kebanyakanya adalah janda itu pun atas perintah Allah swt. Jadi bermakna yang nabi kahwin bukan kerana tuntunan nafsu tetapi adalah kepentingan Agama. Kalau kerana nafsu pasti nabi akan memilih anak dara daripada janda.
Jadi untuk yang telah kahwin lebih dari satu,adakah perkahwinan itu kerana tuntunan Agama atau . . . . .? Bagi yang bercadang nak tambah satu lagi atau yang ketiga atau keempat fakir-fikirkan lah.

Maaf kalau ada yang tersinggung (Khusus untuk Kaum Bapa)
Wallahu’alam.

P/s : Rasanya tulisan ini menyukakan Kaum Ibu (Masturat)

13 comments:

Unknown said...

Maaf terlupa letak surah pada firman Allah dalam tulisan di atas. Ianya surah "Al-Ahzaab ayat 50". Artikel berkaitan ialah pada sajak saya yang bertajuk "Antara Kota Jambi Dan Muara Bulian I"

Wasaallam

azharjaafar said...

Masa saya keluar 40 hari di K Trengganu tahun lepas, ada pengajian di satu masjid tu. Ustaz buka kitab bab poligami.

Kesimpulannya; saya rasa memang susah nak berlaku adil. Jadi cukup lah satu isteri saja untuk orang yang lemah iman dan amal macam saya.

Unknown said...

Selamat berkunjung kat sini Saudara Azhar.

Ada teman kita tanya kat Hadraji sekitar awal 90an tentang cadangan beliau nak tambah isteri, Jawapannya, timbang lah berkali-kali sebelum buat keputusan.

Wallahualam

Tamindhari said...

errmmm, ada musykil sikit ni... saje nak bagi pening kepala sikit.. Kalau ada 4 isteri, macam mana dgn nisab 3H masturat 3 bulan sekali ni yek.
Boleh ker, bulan ni kluar msturat dgn ahlia pertama, bulan depan ngan ahlia ke-2, bulan satu lagi ngan ahlia ke-3, n bulan berikutnya ngan ahlia ke-4. Bulan seterusnya balik semua ngan ahlia pertama... Tiap2 bulan keluar masturat jer... bleh ker?

Kalau nak tunggu 3 bulan sekali, payah pulak kan... sebab bulan ni ahlia pertama, 3 bln lagi baru dpt ahlia ker-2, tiga bulan lagi baru ahlia ke-3...

Ermm kena bawak mesyuarat Nizamuddin ni...Kalau bawak ke Nizamuddin, Pening lagi ler Maulana Saad ngan karkun M'sia ni, banyak sangat soalan... Kerja tarak jugak...

Sebab tu ler bagi aku, alhamdulillah, cukuplah dgn 1 isteri skrang ni. Alhamdulillah, cuti sekolah baru ni, dpt kluar 40H Masturat di India...

Solehah said...

Terbuka luas mulut saya menampakkan gigi-gigi bila baca post ni. =D Para wanita memang akan menyukai penulisan ini hehehe Harap2 bakal suami saya dapat mengamalkan monogami dan mengabdikan hidupnya terhadap kerja agama ameen.. Pak cik2 sume, tolong berdoa untuk saya yg lemah ini..

ibnu abdullah said...

ya ustaz, adakah hukum Allah s.w.t itu untuk menyusahkan hamba-hambaNya?

Unknown said...

Ibn Abdullah,

Hukum Allah bukanlah untuk menyusahkan hamba-hambanya. Malah ianya menjadikan hamba-hambanya "Isyraful Makhluqat" dan "Ahsanu Taqwim". Sebab ada kaedah hukum yang di panggil "Adamul Kharaj". Yakni "tidak menyusahkan". Cth;Solat Jamak/Qasar, Tayammum dll. Namun di dalamnya ada sedikit "ujian" dari Tuhan.

Wallahualam

Unknown said...

Comel Lote,
(Jawapan dari kotak "Komen dan Pertanyaan)

Tu gambar isteri dan anak-anak.Gambar diambil di depan pintu masok Madrasah Darul Ulum Ulu Langat tempat anak saya belajar.

Sebenarnya tiada masaalah kalau satu keluarga dah faham. Dengan rahmat Allah kedua-dua keluarga saya di Kedah dan K.Pilah faham. Hingga hari ini adik ipar isteri saya (Biras saya) belum lagi pernah penatap wajah kakak iparnya walau pun mereka dah kahwin hampir 18tahun.Isterinya (Adik ipar saya) juga berpurdah seperti isteri saya.

Kita kena fahamkan bukan sahaja keluarga kita malah keluarga dikedua belah pihak (Keluarga Emak kita dan keluarga mentua kita)juga perlu kita fahamkan.

Wallhu'alam

Unknown said...

TaminDhari,

Nampaknya kita satu "jemaah". Maksud saya "jemaah satu isteri".

Alhamdulillah dah keluar kat India Masturat. Saya dan ahlia keluar kat India tahun 1990 dulu. Waktu tu ahlia-ahlia boleh "baiat" dengan Hadratji dah tu boleh pula bergaul mesra dengan keluarga mereka. Sempat le ahlia betemu dengan isteri kedua Maulana Yusof d.b.

Pengalaman keluar kat Indonesia 40 hari sekali dan dalam negeri 2 kali 40 hari. Tahun ni bercadang keluar 2 bulan .Tolong semua doakan.

Wasallam.

ibnu abdullah said...

benar ustaz, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan emosi manusia. namun kemampuan manusia berbeza-beza baik lelaki mahupun perempuan. Niat pun kene betul. Apabila diletakkan nafsu di hadapan maka susah untuk tercapai niat itu, sehinggakan ada yang mengambil jalan tidak baik, tetapi apabila diletakkan Allah s.w.t di hadapan, saya yakin Allah s.w.t akan mudahkan.

sekadar pandangan, tiada maksud untuk menasihati sesiapa, sedangkan saya orang islam biasa sahaja.

shidah_melati said...

Salam.. artikel yg mnarik.. scr pribadi sy ska pnrgan yg dberikan. Pd sy, ckup lah kta bahagia dgn seorg isteri shj. Tp bg mrk yg sdh pn b'pligami trskn dan pstikan blaku adil. Smg kta smua dibwh lindungan Nya. Amin.

Unknown said...

Pada mereka-mereka yang kahwin 4 isteri.

Cara untuk keluar masturat mudah je. Tak payah tanya Nizamuden, caranya jadikan 2 isteri dari 4 isteri tu beranak kecil.Dah tentu tak dapat keluar sebabnya hak menyusu 2 tahun baru boleh kluar. "Rotate"kan 2 isteri untuk kluar masturat. Bila dah sampai 2 tahun, bila yang menyusu dah tamat jadikan pula dua lagi beranak kecil."rotate" lagi.Waktu ni susun atur mau betol kena pada target. Masok 10 tahun dah tentu 5 kali "rotate",Jadi anak bejumlah 20 orang tu paling minima belum kira lagi kalau dapat kembar.Blom kira lagi kalau 20 tahun.

Pahtu pergi le tanya Nizamuden. Takat tu je aku punya cadangan.Hujongnya agak-agak macamana rupa si laki tu. Pasti "melengkong". Jawapan terakhir "Padan muka, sapa sukhoh hang kahwin 4"

Maaf semua, saja nak usik sikit.

Hanisumayyah said...

Apa nak buat kalau dah jodoh berpoligami. Kadang bukan lelaki yg gatal...hanya asbab jodoh..dan adil tu memang di luar jangkauan manusia...kalau isteri boleh redha maka bolehlah suami berlaku adil..insyaallah...

isteri karkun..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin