MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, April 28, 2009

Sami Buddha Bersolat






Gambar di atas telah dikirim oleh teman di dalam e-mail penulis meminta pandangan. Agak menjadi kejutan di dalam masyarakat kita jika perkara sebegini berlaku. Mana pernah dalam sejarah Malaysia terjadi Sami Buddha bersolat di dalam masjd. Apa pun bila diteliti dari gambar-gambar tersebut berat sangkaan penulis bahawa gambar itu adalah di salah satu tempat di Selatan Thailand. Bila di lihat rupa bentuk masjid, kain tingkapnya, Warna bahagian bawah tiang bercat warna emas, gaya pakaian Imam, suasana tempat makan serta cara imam melayani kedua-dua Sami (Imam membelakangi kamera)Penulis berkeyakinan ianya di Selatan Thailand. Penulis kerap kali ke Thailand apabila pulang ke Utara. Cuma akhir-akhir ini sahaja tidak ke sana disebabkan suasana yang tidak mengizinkan.

Perkara begini sememangnya selalu berlaku di Thailand. Pernah pada 1983 sewaktu penulis keluar 40 hari di Chumpont, Ranong dan Mae Sod, kami sering didatangi orang-orang Buddha yang berminat dengan Islam bila melihat kami bersolat di kawasan Petrol Pump kerana ketiadaan masjid khusus di kawasan Utara Thailand. Malah disatu Ijtimak yang Penulis hadiri waktu itu juga di hadiri oleh bebrapa orang Sami-sami Buddha untuk mendengar bayan yang disampaikan. Malah ada di antara Sami-sami Buddha ini yang memeluk agama Islam waktu itu.

Untuk makluman pembaca semua, masyarakat Islam di sana sememangnya telah biasa dengan Aktaviti Dakwah di masjid-masjid mereka.Ijtimak yang di adakan di Bangkok tahun lalu yang penulis hadiri telah dapat mengeluarkan jemaah-jemaah Dakwah yang bergerak di seluroh Thailand dan juga luar negara.

Monday, April 27, 2009

"Ibadur Rahman"


Allah swt berfirman: “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati (adab sunnah) dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang-orang yang melalui malam hari dengan sujud dan berdiri untuk tuhan mereka”(Al-Furqan : 63,64)

Berdasarkan ayat di atas, ianya terbahagi kepada dua, iaitu ‘Khabar’ dan ‘Mubtada’. ‘mubtada’nya ialah berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati (adab sunnah) serta bila disapa oleh orang jahil mereka akan berkata ‘Qa lu salama’ (kata-kata yang baik).

Manakala ‘Khabar’nya hasil dari amalan tersebut bermula dengan keupayaan untuk melalui malam dengan amalan Tahajud dan doa. Ianya terkandung 9 hasil (Khabar)

1 – Bangun malam dengan bertahajud

2 - Berdoa agar dijauhi dari azab Neraka Jahanam

3 – Membelanjakan harta mengikut kehendak agama (tidak membazir dan tidak kedekut)

4- Tidak melanggari dosa-dosa besar iaitu syirik, membunuh, berzina.

5 – Bertaubat dengan sebenar-benarnya serta megerjakan amalan yag soleh.

6 – Tidak memberi saksi palsu serta bila bertemu orang-orang yang melakukan amalan yang tidak berfaedah, mereka lalui dengan menjaga kehormatan diri.

7 – Bila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan (al-quran ) mereka tidak membuta tuli dengannya.

8 – Mereka berdoa dengan doa “ Ya Tuhan kami kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyejuk mata dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.(Al-Furqan : 74 )

9 – Mereka dibalasi dengan ‘ghurfah’ (martabat yang tinggi) di dalam syurga dengan sebab kesabaran mereka dan di sambut dengan penghurmatan dan ucapan salam serta kekal di dalamnya.

Targhib dari ayat di atas

Dari sudut manakah kita boleh beramal dengan ayat di atas? Adakah dengan keluar bekerja kita boleh beramal dengan ayat di atas ? Adakah dengan ke pasar atau ke kebun kita dikira boleh beramal dengan ayat di atas? Tentunya tidak. Jadi dimanakah keadaan dan suasana yang membolehkan kita beramal dengan ayat di atas.

Jawapanya mengikut tanggapan penulis ayat di atas tersangat-sangat sesuai untuk kita beramal adalah di dalam amalan ‘Gasht’/’Jaulah’/Ziarah yang sememangnya dilaksanakan oleh Jemaah Tabligh ketika keluar /’Khuruj’ mahu pun ketika di ‘Maqomi’/ tempat sendiri. Di dalam amalan ‘Ghast’ terkandung kesemua sifat ‘Khabar’ didalam ayat di atas.

Di dalam ‘Gasht’ ini jemaah akan dibentuk bergerak dari lorong kelorong sekurang-kurang 3 orang dan seramai 10 orang. Tiga orang yang utama ‘Rahaba’ (penunjuk jalan/dalil), ‘Mutakalim’ (Jurubicara) dan Amir (ketua rombongan). Jemaah juga diingat kan untuk mengikuti ‘adab gahst’ yang antaranya merendahkan pandangan , keluar dangan berzikir iaitu dengan ‘tasbih’ dan pulangnya dengan ‘Istighfar’. Ini semua disebut ‘Haunan” di dalam ayat di atas. Ketika bertemu dengan orang-orang yang dijumpai maka ‘Mutakalim’ (jurucakap dalam robongan) akan bercakap mengenai mahfum ‘Kalimah Lailahaillah’. Terkadang-kadang apabila bertemu dengan orang-orang yang menentang , ‘Mutakalim’ juga akan berkata atas ‘mahfum kalimah’. Ini disebut ‘Qa lu salama’ di dalam ayat di atas.

Berdasarkan ayat di atas Ibn Abbas ra berkata ‘Qa lu salama’ (ucapan yang selamat) itu adalah ‘Qa lu ‘ala Kalimatillah’ (ucapan atas kalimah Lailahaillah). Sememangnya apa yang ada di dalam amalan ‘Gasht’ ini hampir mirip amalan yang dilakukan oleh ‘Ibadurrahman’ di dalam ayat di atas. Maka kalau ‘Ibadurrrahman’ boleh terhasil dengan janji ‘khabar’ dengan 9 sifat yang terhasil kepada mereka, maka apakah kita kita tidak akan memperolehinya jika amalan yang hampir sama diamalkan oleh kita. Pasti dan pasti sifat kita akan memperolehinya. Inilah yang disebutkan oelh Allah swt “Yuslih laku a’malakum wa yaghfir lakun zunubakum” ( dislahkan bagi kamu amalan kamu dan diampunkan dosa-dosa kamu ).

Jadi untuk perubahan diri khususnya dan kepada seluroh umat amnya, maka marilah kita melaksanakan ‘Gasht’/’Jaulah’/ Ziarah ini di tempat kita serta beristiqamah di dalam melaksanakannya. InsyaAllah.

Wallahu ‘alam.

Wednesday, April 22, 2009

Membaca Al-Quran Di Kuburan - Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi


Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi adalah antara ulama kenamaan India keluaran Darul Ulum Deoband. Beliau, yang terkenal dengan gelaran Hakimul Ummah dan Mujaddidul Millah, telah dilahirkan di Thana Bhawan, Muzaffarnagar, Uttar Pradesh pada 5 Rabi`ul Akhir 1280H (19 September 1863M). Antara guru-gurunya ialah Mawlana Haji Imdadullah Muhajir Makki, Syaikhul Hind Maulana Mahmud Hasan, Maulana Rasyid Ahmad Gangohi, Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Muhammad Ya’qub Nanotawi. Belia juga adalah seorang pembayan di Ijtimak-ijtimak yang diadakan di India, Pakistan dan Bangladesh semasa zaman Maulana Yusof rah. Beliau telah mengarang berbagai-bagai kitab yang digunapakai dan diterjemahkan di dalam berbagai bahasa. Antara kitabnya yang terkenal adalah "Bahisti Zewar". Beliau meninggalkan dunia pada 2 Rejab 1362H ( 4 Julai 1943) dan disemadikan di Thana Bhawan. Moga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan para sholihi.

Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi dalam karyanya berjodol “Syauqu Wathan” menulis seperti berikut:-

Diriwayatkan oleh al-Khalaal dalam “al-Jami`” daripada asy-Sya’bi yang berkata: “Adalah orang-orang Anshar apabila mati seseorang daripada mereka, berulang-aliklah mereka ke kubur si mati tadi untuk membaca al-Quran baginya (yakni bagi si mati) - Syarhush Shudur. Maka pandanganku (yakni pandangan Maulana Asyraf):- Kalaulah tidak sampai (pahala bacaan al-Quran tersebut) dalam pandangan mereka, maka kenapakah mereka membacanya (yakni kaum Anshar membaca al-Quran bagi si mati di kuburnya kerana mereka percaya bahawa pahala bacaan tersebut boleh sampai dan bermanfaat kepada si mati, jika mereka tidak berpendapat sedemikian maka kenapakah mereka membacanya). Dan mereka tidak akan beri’tiqad sampainya pahala tersebut tanpa ada dalil, maka sabitlah sampainya pahala bacaan kepada si mati. (Yakni perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur membuktikan wujudnya atau adanya dalil yang menyatakan sampainya pahala bacaan al-Quran kepada si mati).

Hujah di atas adalah diantara alasan yang membolehkan untuk membaca ayat-ayat Al-Quran di kuburan. Pandangan Maulana juga adalah pandangan beberapa Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Wallahu’alam

p/s : Penulis juga beberapa kali bila diminta membaca Talkin oleh waris arwah yang meninggal akan berbuat demikian.

Friday, April 17, 2009

Serangan Rasul ( Harian Metro )


SHAH ALAM 16 April 2009 : Tanpa kelibat diri, ketua ajaran sesat, Haji Kahar yang mendakwa ‘Rasul Melayu’ melakukan ‘serangan’ melalui pengikut taksubnya dengan mengedarkan surat terbuka di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menuntut lima pertuduhan terhadapnya digugurkan tanpa sebarang syarat.

Tindakan yang mencabar kewibawaan Jais itu dilakukan pengikut lelaki terbabit berusia 40-an di Bahagian Pendakwaan Jais, kira-kira jam 1 tengah hari pada 9 Mac lalu.

Dia yang dipercayai bertugas di sebuah hotel lima bintang di ibu negara mengedarkan surat yang tertera tanda tangan tulen ketua ajaran sesat terbabit, Abdul Kahar Ahmad Jalal, kepada kakitangan Jais di bahagian berkenaan.

Surat tiga halaman itu yang turut mengandungi catatan ‘pelik’ pendek ketua ajaran sesat itu dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Hakim Mahkamaha Tinggi Syariah serta pendakwa.

Bukan itu saja, salinan surat itu dihantar kepada 11 pihak lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Bahagian Keselamatan Negara.Ia turut dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Ketua Pengarah Jais serta Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.

Kegiatan pengikut itu terbongkar apabila beberapa pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Jais mengenal pasti lelaki terbabit termasuk dalam senarai pengikut ketua ajaran sesat yang diburu Jais sejak beberapa tahun lalu. ( Dengan sedikit Edit – Penulis Blog )

Targhib Pada Berita Di Atas

Apabila kerja dakwah ditinggalkan / tidak diambil peduli maka kita akan dapati sekurang-kurangnya 3 perkara akan berlaku pada umat ini.

Pertama : Iman orang-orang Islam akan menjadi lemah serta membawa kepada kesesatan serta kemurtadan.

Kedua : Kerosakan dalam amalan (bid’ah) serta membawa kepada perlanggaran hukum syariah.

Ketiga : Orang Kafir akan membenci Islam serta membawa kepada penghinaan kepada Orang Islam.

Ketiga –tiga perkara berkenaan telah pun berlaku pada umat ini. Kita sendiri dapat melihat dengan jelas bahawa iman orang-orang Islam begitu lemah serta membawa kepada kesesatan.Berbagai fahaman sesat yang ada di dalam dan luar Negara. Antaranya Ajaran Ghadiani yang baru-baru ini di haramkan di Indonesia. Ajaran Taslim yang berpusat di Pulau Pinang. Ajaran Martabat Tujuh, Ajaran Hasan Anak Rimau. Ajaran Syaeikh Ahmad Laksemana, Tariqat Mufaradiah Syeikh Makmun yang datang dari Indonesia.

Bukan sedikit juga yang telah mengaku menjadi Rasol. Dikalangan masyarakat kita sendiri telah ujud berbagai orang yang telah mengaku menjadi Rasol. Ajaran Ayah Pin yang agak kecoh beberapa tahun yang lalu, malah ada pengikutnya yang menganggapnya sebagai tuhan. Hj.Kahar Ahmad Jalal ini adalah antara orang yang terkini mengaku menjadi Rasol. Melalui pengakuan beliau dan pengikut beliau mengambarkan bahawa mereka-mereka ini memang benar-benar sesat. Sepatutnya telah lama diambil tindakan keras sebagaimana yng pernah dilakukan oleh Abu Bakar ra terhadap Nabi Palsu, Musailamah Al Kazzab.

Selain dari itu, kerosakan dalam amalan dengan melakukan berbagai amalan bid’ah juga telah lama berlaku di dalam masyarakat kita. Sehingga sekarang ini pun masih ramai yang membayar nazar di Pulau Besar Melaka.Manakala di Terengganu acara melepaskan Lancang ke laut dan cara Ulik Mayang telah dihidupkan kembali. Hasilnya berbagai pelanggaran Syariah berlaku di dalam masyarakat kita.

Bila semua ini berlaku maka hilanglah kehebatan Islam. Sabda Nabi saw ,” Apabila umat ini mengagungkan dunia (hasil dari kesesatan dan pelanggaran syariat tadi) tercabutlah dari pada mereka kehebatan Islam. . .” ( Riwayat : Hakim dan Tarmizi )
Hasilnya, tidak heranlah Agama Islam di cerca di sana sini. Penghinaan demi penghinaan ke atas Islam dan Umat Islam berlaku. Kerekator Nabi saw dilakarkan semata-mata menghina Nabi saw dan Islam itu sendiri. Umat Islam ditindas di Myamar, Thailand , Palestin, Iraq dan diperbagai penjuru dunia.

Tidak ada jalan keluar melainkan cara tindakan Abu Bakar perlu di laksanakan. Beliau terus mengarahkan Jemaah Usamah bin Zaid ke Rom berangkat. Dalam pada itu beliau juga membentuk jemaah untuk memerangi nabi palsu dan juga jemaah mendakwahkan orang-orang yang murtad kembali balek kepada Islam. Juga beliau membentuk jemaah khas untuk memujuk mereka-mereka yang tidak mahu membayar zakat agar berbuat demikian.

Akhirnya semuanya dapat diselesaikan satu persatu. Maknanya jemaah demi jemaah hendaklah dihantar di dalam dan luar Negara bagi maksud mengajak umat kembali kepada perintah Allah dan amalan Nabi saw. Gembar gemborkan kepada perintah Allah dan amalan Nabi saw di dalam masyarakat hendaklah dilaksanakan. Firman Allah swt, “Apabila datang yang Hak ,maka tersishlah yang Batil. . .” ( Al Israk : 81 ) dan “ …Sesungguhnya hasanat akan menyisihkan kesesatan ….“ ( Hud :114 )

Waallahu’alam

Wednesday, April 15, 2009

Tangisan Umar Bin Abdul Aziz rah


Pada satu malam, Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz rah duduk setelah menunaikan beberapa rokaat solat malamnya. Sambil kedua-dua telapak tangannya diletakan ke dahinya beliau menangis dengan esakan yang kuat diiringi dengan airmatanya membasahi pipi dan janggutnya.

Isterinya Fatimah berkata tiadalah sesaorang yang lebih takut kepada Allah swt selain suamiku. Esakan dan tangisannya seolah-olah dadanya telah terbelah. Tangisan itu berterusan sehinggalah ke Suboh. Keesokannya pula beliau akan berpuasa sepanjang-panjang hari.

Isterinya Fatimah datang mendekatinya dan bertanya dengan suara yang lembut: “ Wahai Amirul Mukminin, adakah engkau menangis kerana sesuatu dosa yang terjadi sebelumnya.” Umar bin Abdul Aziz rah menjawab, “ Ya , benar, biarkanlah aku bersendirian dengan keadaan begini wahai isteriku.”. Fatimah berkata lagi, “ Tapi wahai Amirul Mukmini ceritakanlah sedikit kepadaku.”

Umar bin Abdul Azizi berkata, “ Baiklah akan aku ceritakan kepada kamu: Sesungguhnya aku melihat pada diriku bahawa aku telah diamanahkan sesuatu tangguhjawab yang sangat besar. Aku dimanahkan untuk mentadbir umat ini samada anak-anak kecil, orang dewasa, juga yang berkulit hitam maupun yang berkulit kemerah-merahan. Setiap orang-orang gila yang hilang dari rumah kediamannya juga aku bertanggungjawab ka atasnya. Fakir miskin yang hidup melarat juga menjadi tanggung jawab aku untuk menguruskannya. Setiap tawanan perang yang hilang dari tahanan juga terpikul ke atas aku. Tangisan dan keluh kesah mereka-mereka yang sengsara di seluroh negeri , daerah dan kampong adalah amanah ke atasku untuk meyelesaikannya.”

“Aku tersangat mengetahui bahawa satu-satunya jalan keluar buat mereka adalah bilamana di dalam diri-diri mereka ada Allah dan Rasulnya.” Maka tersangat aku takut apabila Allah swt bertanya kepadaku namun pada ketika itu tidak ada satu dalih dan alasan pun untuk aku kemukakan kepada Allah atas semua amanah dan tanggung jawab ini. Juga aku malu kepada Rasulullah bilamana aku ditanyai dengan amanah dan tanggungjawab ini. Ketakutan inilah yang menyebabkan aku menangis sepanjang malam dan kehausan di siang hari. Setiap kali aku mengingati persoalan ini setiap kali itulah ketakutan mneyelubungi diriku .”

Akhirnya beliau menambah,“ Sekarang aku telah memberitahu kepada kamu semua ini dan jadikanlah ianya pengajaran dan tinggalkanlah aku sendirian.” Beliau terus menangis sehinggalah kedengaran Azan Suboh.


Targhib Dari Kisah Di Atas

Saban hari kita akan melihat berbagai berita dipaparkan di media cetak maupun media eletronik bagaimana starategi dan perancangan untuk menjawat jawatan kepimpinan, kekuasaan, pemerintahan dan sebagainya tanpa rasa takut dan gentar. Rusohan di Thailand, Strategi gabungan parti-parti selepas Pemilu di Indonesia, keluar dewan di Terengganu, lompat melompat di Perak. Ini semua mengambarkan ketiadaan perasaan takut pada persoalan amanah dan tanggungjawab jawatan kepimpinan.

Abu Zhar Al-Ghifari ra berkata:
“ Aku bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mahu melantik aku menjadi pemimpin?” Rasulullah menepuk bahu aku dan bersabda, “Wahai Abu Zhar!, engkau lemah dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah suatu amanah (yang ada kaitannya dengan hak-hak manusia), dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu (akan mendatangkan) kehinaan dan penyesalan (pada hari kiamat), kecuali orang yang memegangnya dengan (menyempurnakan) haknya serta menunaikan apa yang menjadi kewajipanya di dalam hal jawatannya itu.” ( Muslim : 4719 )

Manakala Abd.Rahman bin Samurah ra berkata bahawa Rasulullah saw pernah berkata kepadanya selaku memberi nasihat dengan katanya :
“Hai Abd.Rahman bin Samurah! Janganlah engkau meminta jawatan kepimpinan, kerana kalau kamu diberi jawatan tersebut atas permitaanmu, maka kamu akan dibiarkan (tidak diberi petunjuk atau bantuan oleh Allah swt), sebaliknya jika kamu diberi bukan atas permintaanmu, maka kamu akan dibantu ( diberi petunjuk dan bantuan dari Allah swt).” ( Bukhari : 6622 )

Selagi ketiadaan pemimpin yang hampir mirip seperti Umar bin Abdul Aziz rah selama itulah kita akan melihat perubutan demi perebutan, rusohan demi rusohan serta ketiadaan keadilan di dalam mana-mana pun pemerintahan. Selogannya cantik namun amalannya ‘Hampeh’.

“Na’uzubillah somma na’uzubillah.”

p/s: Yang tersinggung dipohon maaf

Monday, April 13, 2009

Melihat Ke Dalam Rumah


Hari ini sekiranya sesebuah rumah dipasang tabir / lansir di depan pintu rumah tersebut, maka ianya dianggap bukanlah cara menghiasi rumah dengan sempurna. Malah telah menjadi tradisi masyarakat kita setiap pintu dan tingkap akan dibuka berlebih lagi di awal pagi dengan menyangka bahawa rezeki akan masuk ke rumah berkenaan. Sikap dan kepercaan sebegini lansung tidak bersabit dari Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Sesetengahnya pula akan meletakkan kain tingkap yang terlalu nipis sehingga mana-mana orang yang melalui di hadapan rumah berkenaan pastinya akan dapat melihat dengan jelas seluruh keadaan di dalam rumah tersebut. Cara sebegini jelas bertentangan dengan kehendak syariat.

Ini bersabit dari sabdaan Nabi saw :

Dari Sauban ra berkata, telah bersabda Rasulullah saw , “ … Dan janganlah kamu melihat ke dalam sesuatu rumah sebelum kamu meminta izin ( dari tuannya ) Dan jika kamu berbuat demikian maka sesungguhnya kamu telah pun memasuki ke dalamnya….”
( Hadis riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah )


Juga Sabdaan Rasulullah saw :

“Tidak halal bagi sesaorang muslim yang mana ia melihat ke dalam rumah saudara muslimnya melainkan dengan izinnya. Maka jika ia telah melihat sesungguhnya ia telah merubek perjanjian” ( Abu Lait Samarkandi : Tanbihul Ghafilin )

Dari kedua hadis di atas menunjukan kepada kita dua larangan. Yang pertama melarang untuk melihat ke dalam mana-mana rumah selain rumah-rumah kita melainkan dengan izin saudara muslim kita. Yang kedua memelihara rumah kita agar tidak dilihat oleh mereka-mereka yang bukan mahram kita.

Untuk ini mana-mana orang yang mahu berjumpa sesaorang yang berada di dalam rumah berkenaan semistinyalah jangan melihat dan mengintai ke dalam rumah berkenaan. Perkara ini sering berlaku di dalam masyarakat kita sehingga perkara ini sudah menjadi kebiasaan. Larang ini ditentukan oleh syariat adalah kerana ketika berada di dalam rumah, sudah tentulah ahli keluarga berkenaan tidak akan memelihara aurat dengan sempurna. Ini juga agar maruah keluarga berkenaan tidak tercemar selain yang melihat itu mendapat dosa.

Dalam hal ini Al Quran sendiri mengarahkan untuk meminta izin sebagai mana firman Allah swt :

“ Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekelian memasuki sesuatu rumah selain rumah dari rumah-rumah kamu sehingga kamu sekelian meminta izin dan memberi salam kepada ahlinya (ahli rumah berkenaan ).Yang demikian itu adalah lebih baik agar kamu sekelian mengingatinya.” ( An-Nur : 27 )

Seterusnya bagi memelihara mahram kita agar terpelihara aurat mereka, maka kain tabir/langsir yang tebal perlu di pasang di pintu utama sebagaimana yang tercatit di dalam lembaran sejarah sifat rumah Nabi saw dan Sahabat rahum. Ini juga termasuk kain langsir tingkap selain sebagai penghias rumah juga hendaklah dipastikan bahawa ianya tidak nipis sehingga boleh nampak bahagian dalam rumah berkenaan jika dilihat dari luar.

Atas dasar ini jugalah telah ditentukan bahawa mana-mana rumah yang menerima Jemaah Masturat ( Jemaah Tabligh yang bersama dengan isteri dan mahram ), maka hal yang sedemikian perlu dijagai. Tapi sayangnya sesetengah rumah berkenaan hanya berbuat demikian ketika kedatangan Jemaah Masturat sahaja. Sepatutnya setiap rumah orang Islam perlu berbuat demikian di sepanjang masa.

Perlu diingatkan kepada karkun-karku yang melaksanakan amalan 'Jaulah' ( Ziarah/ Gasht ), hendaklah dipastikan bahawa jangan melihat kedalam mana-mana rumah. Hendaklah berada di kiri atau kanan rumah berkenaan.

Ini bersabit dari hadis Nabi saw :

Dari Abdullah bin Busrin ra, ia berkata ,”Ketika Rasulullah saw tiba disalah satu pintu suatu keluarga dan baginda meminta izin ( untuk masuk ke dalam atau untuk berjumpa sesaorang ), baginda tidak akan berdiri ( ketika menunggu ) di hadapan pintunya tetapi baginda akan berada di sebelah kanan atau kiri pintu berkenaan lalu memberi salam Dengan “Assalamualaikum ! Assalamualaikum !” Sebabnya pada ketika itu belum ada perintah menutup ‘satur’ ( tabir / hijab ) di pintu.” ( Riwayat Abu Daud )

Bagi kaum ibu perlulah diperhatikan bahawa setiap pintu dan tingkap rumah kita sentiasa bertabir dengan kain yang tebal yang tidak nampak bahagian dalam rumah berlebih lagi pada waktu malam.

Wallahu’alam.

Friday, April 10, 2009

HALALKAH MAKANAN KITA ? : BIRI-BIRI BERPERISA BABI



Firman Allah swt : “ Wahai sekelaian manusia, makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi.....” ( Surah An Baqarah :168 )

Firman Allah swt lagi : “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu.....” ( Surah An Nahl : 114 )

Firmannya lagi : “ Wahai Rasul, Makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh .....” ( Surah Al Mukminun : 51)

Sabda Rasulullah saw, “ Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” ( Ashabus Sunnan )

Berdasarkan firman Allah swt dan sabdaan Rasulullah saw di atas kita diminta untuk memakan makanan yang halah lagi baik dan melalui makanan yang halal lagi baik ini akan membawa kepada asbab boleh melakukan amalan yang soleh. Dan melalui amalan yang soleh iniasbabnya adalah ke syurga. Dalam pada itu melalui pemakanan yang haram menjadi asbab kepada amalan yang keji dan hasil dari amalan yang keji maka hujungnya menjadi asbab dihumban ke dalam api neraka.

Atas dasar ini berhati-hati dalam memilih makanan yang benar-benar halal adalah ‘Fardu Ain’ bagi setiap muslimin. Melalui riwayat Muslim dan Tarmizi Nabi saw pernah menceritakan mengenai sesaorang yang di dalam kesusahan , kerunsingan dan berpakaian compang camping menadah tangan menyeru, “Ya Rabbi ! Ya Rabbi !” sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya dari hasil yang haram bagaimana mungkin Allah swt akan meneriam doa-doanya.’

Kalau sesaorang itu kuat beribadat sekali pun namun jika sekiranya makanan dan minumannya serta pakaiannya dari yang haram maka doanya juga tidak akan diterima. Inilah sebabnya bila Saidina Abu Bakar ra terminum minuman dari hasil yang haram ( Tenung Nasib ) yang diberikan oleh hamba sahayanya maka bersusah payah beliau mengeluarkan minuman itu dari perutnya walaupun bersabung nyawa. Ketakutan dengan api neraka serta doa yang tidak diterima menyebabkan beliau bertindak sedemikian sedangkan mengikut syariat sesuatu yang telah tertelan dengan sebab di luar pengetahuan dimaafkan.

Hari ini sesetengah dari kita kurang mengambil peduli dengan urusan makanan, minuman dan pakaian dari sumber yang benar-benar halal. Apa sahaja yang datang asalkan berlogo halal terus dimakan bersama anak-anak. Kita tidak mengatakan semua yang berlogo halal itu haram tetapi tidak semua yang berlogo halal itu benar-benar halal. Lebih-lebih lagi banyak Logo Halal palsu berleluasa di dalam pasaran. Logo Halal Malaysia, Indonesia dan Thailand pun tidak semua diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Brunei Darul Salam Apa lagi banyak desas desus Logo Halal Malaysia sendiri menjadi was-was bila berlaku beberapa kes yang timbul akhir-akhir ini.

Barangan makanan import seperti daging perlu kita lebih berhati-hati. Ini di bimbangi adakah daging berkenaan halal dari segi penyembelihan juga daging sembelihan itu sediri apakah benar-benar dari jenis bintang yang halal untuk kita makan. Beberapa hari yang lalu penulis menerima satu e-mail yang terkandung gambar biri-biri yang mungkin di kacukan dengan baka dari babi. Kalaulah ianya sampai di dalam pasaran tempatan nampaknya masyarakat Malaysia telah makan ‘daging biri-biri berperisa babi’.

Di sini disertakan gambar binatang berkenaan (termasuk gambar di atas):




Moga Allah swt memberi kepad penulis dan semua pembaca keupayaan untuk berhati-hati dalam memilih makanan, minuman dan juga pakaian.

Wallahu'lam

Wednesday, April 8, 2009

Once Upon A Time In Kuala Pilah


Sekitar Tahun 1994 aku bersama biras aku serta keluarga pulang ke Kuala Pilah kerana esok atau lusa Hari Mantai (istilah orang Negeri sehari sebelum satu Ramadhon). Aku menumpang keretanya memandangkan kami masing-masing belum ada anak dan memadai pulang dengan satu kereta sahaja. Keseronokan untuk pulang ke kampong bertambah-tambah memandangkan kami sama-sama lama tak pulang ke kampong. Perjalanan sekitar dua jam itu kami isi dengan perbualan manakala ahlia ( isteri ) aku dan adeknya pun sibuk juga bercerita di belakang.

Dalam kami rancak bercerita rupanya masa dah hampir mencecah Waktu Asar. Kami mencari-cari masjid yang sesuai untuk berhenti mengerjakan solat. Satu masjid di tepi jalan antara Ulu Bendul dan Kuala Pilah paling sesuai untuk kami berhenti. Sebaik sahaja kami sampai Bilal masjid berkenaan pun melaungkan azan. Alhamdulillah masjidnya makin cantik tak seperti beberapa tahun yang lalu. Ini adalah kerana aku sememangnya sering ulang alik ke kampong mengikuti jalan berkenaan. Laman masjid makin cantik dan bersih. Tempat wudhuknya juga telah diubahsuai. Kiri kanan masjid telah diperbesarkan dan dicatkan dengan cat baru, pokok-pokok bunga menghiasi keliling pagar masjid. Memang cantik apa lagi dengan menaranya yang baru siap dibina.

Dalamannya juga telah banyak berubah dan berkarpet baru. “Rasanya jawatankuasa masjid ni jawatankuasa baru agaknya,” jelas aku kepada biras aku yang baru selesai solat sunat. “Ya lah lain je nampaknya” jawabnya kepada aku. Setahu aku masjid ini memang tak ada jemaah waktu salat Zohor dan Asar. Yang ada tiga waktu sahaja. Maghrib, Insya dan Suboh. Begitulah kebiasaan masjid di sepanjang jalan berkenaan, tapi masjid ini nampak lain sikit waktu Zohor dan Asar dah mula ada orang berjemaah. “Alhamdulillah “ jawab hati kecil ku. Bila aku bertanya kepada salah seorang pak cik yang berjemaah kat situ barulah aku tahu bahawa hari tu le jemaah Zohor dan Asar baru dihidupkan. Mungkin juga semangat untuk menghidupkan masjid tu datang memandangkan sehari dua lagi akan masuk bulan Ramadhon.

Selepas beberapa minit ahli jemaah mengerjakan solat sunat, Bilal pun Iqamah untuk Solat Asar. Selesai Iqamah beberapa orang tua yang rata-rata berjubah bertolak-tolak ke depan. Mungkin mereka-mereka ni AJK masjid. Aku dan biras aku melihat saja memandangkan kami sememangnya orang luar walau pun kami berjubah dan berserban. Salah seorang dari orang tua yang bertolak-tolat tu naik kehadapan menjadi Imam. Bunyi takbirnya memang dia ada suara ( boleh berlagu Quran ). Kami pun ikut bertakbir. Di dalam aku tengah membaca Doa Iftitah tiba-tiba, “ Bismilla hirrohmani nirrahim . Alhamdulillahi rambbil a’lamin,” Imam telah membaca Fatihah dengan suara yang kuat. Terkejut juga aku dibuatnya dan aku rasa biras aku pun macam aku juga. Nak tergelak pun ada. Tak pernah umur hidup aku Solat Asar baca kuat macam Solat Maghrib.

Semua makmum diam dan rasanya masing-masing menahan ketawa. Imam meneruskan bacaan dengan gaya suara merdu. Aku menyangkakan makmum kat belakang semua faham tetang kesilapan Imam menjaharkan bacaan. Rupanya sangkaan aku meleset, tak kala samapai “waladdhoolin”, rupanya ramai yang menyahut “Aaamiiin”. Mak ooii , macam solat Jumaat bunyinya” jawab hati kecil ku. Aku menahan ketawa teramat sangat. Yang bertambah kelakar sewaktu habis Fatihah tak kala membaca surah dibacanya dengan irama lagu Imam Madinah bersemangat lagi. Mungkin juga Imam ‘naik syeikh’ bila dengar bunyi ‘amin’ yang bergemuroh di belakang.

Selesai solat aku dan biras aku bersegera keluar sambil menaham ketawa. Sesampai kat dalam kereta kami ketawa terbahak-bahak. Ahlia kat belakang kehairanan mendengar kami ketawa. Selepas beberapa tahun tak kala aku berpindah ke Seremban, aku dijemput untuk berceramah Maulud Nabi saw di situ. Aku lihat Alhamdulillah jemaah semakin berubah, makin ramai. Imam yang Solat Asar tu pun ada sama dan sewaktu jamuan dia pun makan bersama-sama dengan aku. Alhamdullah lagi sekali dia dan yang lain-lain orang tua kat situ sorang pun tak mengenali aku. Kalau cam aku kacau juga jadinya.

Sampai sekarang ni pun kalau aku dudok sorang-sorang kalau teringat bab ni ketawa sakan aku.

Moral of the story

Begitu gelagat masyarakat apabila solat berjemaah telah lama ditinggalkan. Bila di hidupkan semula begitulah jadinya. Bukan solat sahaja apa pun sunnat kalau ditinggalkan pasti diperingkat awal akan jadi kekok dan janggal. Namun solat demikian sah di sisi syariat. Namun ‘sirrkan’( perlahankan ) bacaan dalam Solat Zohor dan Asar adalah sunat. Dalam kes di atas makmun tak perlu menegur imam kerana ianya adalah sunat biasa. Bukan sunat ‘Ab’ath’( tahiyyta awaldan Qunut Suboh ) atau pun tertinggal atau pun terlebih rukun atau rokaat.

Wallahu’alam

Monday, April 6, 2009

NASIHAT RASULULLAH KEPADA AISYAH R.A


‘Aisyah r.a meriwayatkan : Rasulullah SAW bersabda “Hai Aisyah, aku nasihatkan kepada kamu. Hendaklah kamu sentiasa mengingat nasihatku ini. Sesungguhnya kamu akan sentiasa di dalam kebajikan selama kamu mengingati nasihatku ini…”

Isi nasihat Rasulullah s.a.w tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, peliharalah diri kamu. Ketahuilah bahwa sebagian besar daripada kaum kamu (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka.

Diantara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) Tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan), tidak sabar apabila ditimpa musibah

(b) Tidak memuji Allah Ta’ala atas kemurahan-Nya, apabila dikaruniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur.

(c) Mengkufurkan nikmat; menganggap nikmat bukan dari Allah

(d) Membanyakkan kata-kata yang sia-sia, banyak bicara Yang tidak bermanfaat.

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) Bahwa wanita yang mengingkari kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya maka amalannya akan digugurkan oleh Allah

(b) Bahwa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya.

(c) Bahwa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya Pada hari kiamat.

(d) Bahwa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suaminya di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka.

(e) Bahwa wanita yang mengerjakan sholat dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sholatnya.

(f ) Bahwa wanita yang dikenakan musibah ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau merobek-robek pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan Isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth dan tiada harapan mendapat kebajikan syafaat dari siapa pun.

(g) Bahwa wanita yang berzina akan dicambuk dihadapan semua makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat, tiap-tiap perbuatan zina dengan lapan puluh kali cambuk dari api.

(h) Bahwa isteri yang mengandung ( hamil ) baginya pahala seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamullail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah.

(i) Bahwa isteri yang bersalin ( melahirkan ), bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diberi pahala memerdekakan seorang budak. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya.

(j) Bahwa wanita apabila bersuami dan bersabar dari menyakiti suaminya, maka diumpamakan dengan titik-titik darah dalam perjuangan fisabilillah.

Semoga ahlia-ahlia (isteri-isteri) kita dapat mengambil nasihat Nabi pada Aisyah ini di dalam kehidupan mereka. Namun kita sebagai suami hendaklah selalu mendoakan agar ahli-ahlia (isteri-isteri) kita bersifat seperti isteri-isteri Nabi saw serta kita hendaklah juga selalu memaafkan kesalahan dan kesilapan mereka. Pernah seorang lelaki mendatangi Umar r.a untuk mengambil pandangan berkaitan masaalah isterinya yang banyak bersongeh dan berleter. Setelah sampai didapati isteri Umur r.a pun seperti isterinya suka bersongeh dan berleter. Lalu ia pun meninggalkan Umar r.a. Setelah berjalan beberapa langkah Umar r.a menyedari lalu memanggil lelaki itu datang semula menghampirinya.

Setelah diterangkan maksud kedatangannya lalu Umar r.a pun berkata,: "Siapa mereka, mereka adalah isteri kita. Mereka mendidik dan memelihara anak-anak kita. Merekalah yang menjaga harta benda kita. Mereka memasak makanan serta membasuh pakaian kita. Dan yang lebih penting mereka memelihara kita dari terjebak dengan zina. Sedikit kesilapan dan kesalahan mereka maafkanlah". Lalu lelaki itu pun pulang dengan perasaan puas dengan nasihat Umar r.a.

Wallahua'lam

Thursday, April 2, 2009

Antara Ayam Daging Dan Ayam Serama.


Setiap pagi tuan rumah akan ke reban ayam dagingnya yang terletak di belakang rumah. Berguni-guni dedak disediakan untuk makanan ayam dagingnya. Dilungguknya dedak-dedak berkenaan di dalam reban tersebut bertimbun-timbun banyaknya sambil mengeluh,” Bila le ayam ni nak besar.” Ayam dagingnya pula berebut-rebut mematuk makanan. Dedak makanan itu disediakan oleh tuan rumah setiap waktu. Habis sahaja akan ditambah dengan dedak yang baru. Ayam dagingnya itu pula, pagi petang, siang malam asyik makan je. Bukan main suka mereka makan.

Sebelah malamnya pula akan disediakan lampu untuk mencerahkan reban ayam berkenaan. Kata sebahagian ayam-ayam tu , “Tuan kita ni memang sayang kat kita sebab tu le dia bagi kita makan banyak-banyak.” Jawab pula sekor lagi ayam, “ memang pun tuan kita sayang kat kita, bukan je kita ni diberi makan malah siap reban yang cantik dan berlampu lagi.” Ketawa semua ayam-ayam itu mendengar perbualan teman-temannya. Tuan rumah yang kat dalam rumah pula bila mendengar bunyi bising ayam menyumpah-nyumpah, “Cilako punya ayam tak habis-habis buat bising, dah le tu bukan main busuk taiknya.” Tuan rumah menunggu-nunggu sampai masa yang sesuai untuk tangkap dan sembelih mana yang dah gemok.

Sampai waktu yang sesuai sekor demi sekor tuan rumah tangkap dan disembelihnya. Darah memancut keluar kemudian dicampaknya kedalam bakul dalam keadaan mengelupur. Sesudah itu direndamnya di dalam air panas mendidih sekor demi sekor, Terkopak semua bulu-bulu di badan ayam berkenaan. Selepas itu dipotong-potong dan dikerat-kerat. Begitulah nasib ayam daging berkenaan.


Sebaliknya tuan rumah juga ada ayam yang lain. Namanya ayam serama. Ayam ni sekor je tak banyak macam ayam daging tadi. Ayam serama ini dibela kerana keseronokan dan kesukaan. Ia diberi beras merah untuk dimakan. Tak banyak beras yang diberi, sekitar segenggam je. Tetapi tuan rumah beri makan dengan kasih dan sayang. Diberinya makan di atas tapak tangan tuan rumah sendiri sambil disaksikan oleh isteri dan anak-anak tuan rumah dengan keseronokan. Tuan rumah, isteri dan anak-anaknya cukup sayang dengan ayam serama yang sekor ni. Apa tidaknya selain rupa yang cantik serta bulu-bulunya yang menarik, ayam serama ini mempunyai suara yang merdu.

Dengan keistimewaan ini, ayam serama ini telah mendapat johan dibanyak Pertandingan Ayam Serama di peringkat negeri dan kebangsaan. Harganya yang terakhir ini mencecah belasan ribu ringgit. Di malam hari ayam serama ini akan diletakan di reban yang tak le besar seperti mana reban ayam daging tadi. Tak ada lampu pun dalam reban berkenaan namun dikawal rapi oleh tuan rumah dan diletak di sudut di anjung rumah. Setiap waktu tahajud ayam serama ini akan berkokok dengan kokokkan yang merdu. Tuan rumah, isteri dan anak-anak tersangat suka bunyi merdu ayam serama berkenaan. Bila ianya berkokok, kokokkannya cukup menyenangkan hati tuan rumah sekeluarga.

Setiap pagi setelah diberi makan di atas tapak tangan, tuan rumah akan membelai-belai dan mengusap-usap bulu ayam serama yang cantik seraya berkata, “ Alahai cayang ciput-ciput ayam aku ni,” lalu mendukung ayam serama berkenaan. Setelah mendukung ayam serama berkenaan lalu di letaknya ayam berkenaan di atas bahunnya lalu bersiar-siar di laman rumahnya. Tiba-tiba ayam serama itu berak di atas bahunya. Tuan rumah tidak pula marah sebaliknya berkata, “ Alahai cayang ciput-ciput aku ni berak pula dia tas bahu aku ni,” sambil meletakan ayam seramanya dengan cermat lalu pergi membasuh najis berkenaan. Setelah itu datang lagi dan mendukung serta membelai kembali ayam seramanya itu.


Tamsilan Dari Kisah Di Atas

Manusia terbahagi kepada dua gulongan. Satu yang “fajir” dan yang satu lagi yang “takwa.” Bagi yang fajir ( dalam tamsilan ayam daging ) Allah swt memberi juga kekayaan dan kemewahan kepada mereka. Namun pemberian Allah swt kepada mereka adalah pemberian dengan kemurkaan atau pemberian “Istidraj”. Gulongan ini merasakan dengan amalan dosa dan maksiat yang mereka kerjakan mereka masih lagi diberi kekayaan dan kemewahan dengan meyangka Allah swt memang sayang kepada mereka ( La fatahna abwabul lasyaik ) Tetapi sebenarnya Allah swt murka dengan gelagat mereka. Akhlak yang buruk serta tingkah laku mereka ( Fafasaqu fi ha ) menjadi kebencian Allah swt. Malah Allah swt menunggu-nunggu masa sesuai dan akan tangkap mereka dengan tangkapan kejutan ( Akhazna bakhtatan ). Mereka akan terkena kemurkaan Allah swt bukan sahaja di dunia malah di Kubur, Masyar , Mizan dan Sirat serta neraka Allah swt.

Manakala gulongan yang kedua pula adalah gulongan mereka-mereka yang taqwa Tak ramai gulongan ini di dalam masyarakat ( dalam tamsilan ayam serama ). Gulongan yang bertaqwa ini biasanya hidup mereka sederhana. Limpahan kurnia rezeki kepada mereka sekadar mencukupi dan itulah rezeki yang diberkati. Tetapi dengan ketaqwaan mereka serta akhlak dan budi pekerti mereka mendatangkan kesukaan Allah dan para malaikatnya. Apabila mereka bangun di waktu tahajud megerjakan solat serta membaca Al-quran . Suara bacaan mereka mendatangkan kesukaan Allah dan malaikatnya serta seluroh pendudok langit. Sekiranya mereka-mereka ini melanggari dosa lalu memohon keampunan Allah swt, maka Allah swt memaafkan segala dosa-dosa mereka.

Fikir-fikirkanlah mana ayam menjadi pilihan seudara saudari semua.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin