MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, March 16, 2012

Persoalan Solat Qasar Siri 2















Masaalah 64 M/S :33 Bahrul Maazi Jld.4



Qasarkah bagi orang yang menurut jalan jauh pada halnya ada jalan dekat? ( Kata Syafie ) dalam Al-Umm "dan apabila menghendaki seorang akan musafir satu negeri yang ada baginya dua jalan, jauh dan dekat yakni satu daripadanya sejauh boleh qasar sembahyang dan satu daripadanya tiada sampai sejauh boleh qasarkan sembahyang maka hukumya ( Kata Syafie ) tiadalah baginya di sisiku qasarkan sembahyang hanya sanya adalah baginya qasarkan sembahyang itu apabila tiada ada kepadanya jalan melainkan perjalanan qadar barang yang diqasarkan kepadanya akan sembahyang melainkan pada jalan yang dekat seteru yang ditakuti olehnya atau pun ada kawan baginya menempuhi jalan jauh. Maka apabila ada ia yang demikian itu nescaya adalah bagi bahwa qasar ia bila adalah jauh perjalanan barang yang harus qasar sembahyang kepadanya.


Sedikit Komentar :


Ianya bermaksud jika ada dua jalan ke sesuatu distinasi, satu jalan yang jauh yang cukup kadar yang mengharuskan solat qasar dan satu lagi jalan yang dekat jalan tidak membolehkan kita qasar solat. Maka TIDAK BOLEH bagi kita memilih jalan yang jauh semata-mata untuk kita qasarkan solat ke distinasi berkenaan MELAINKAN jalan yang dekat itu terdapat halangan cth musoh, jambatan runtuh (jika terdapat jambatan) binatang buas, banjir dan lain-lain halangan yang tidak membolehkan kita melalui jalan dekat tersebut.

Satu lagi yang membolehkan kita mengikuti jalan jauh yang mengharuskan solat qasar itu apabila di jalan jauh itu terdapat sesaorang yang kan kita ambil untuk bersama dengan kita di dalam perjalanan ke distinasi berkenaan di dalam musafir.

Persoalan di atas seringkali menjadi keraguan bagi sesetengah teman dan kawan-kawan apabila ingin untuk mengqasarkan solat di dalam sesuatu perjalanan.

Wallahualam.


2 comments:

pakar copy said...

perkongsian yg menarik.

ibnsaad61@yahoo.com said...

Pakar copy,

Rasanya elok kalau saudara copy. Barulah perkongsian yang baik. Tak begitu?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin