Tuesday, February 24, 2009
Tak Salah Jadi Tabligh Tapi . . . . . .( Jawapan 1 )
Telah menjadi lumrah dalam masyarakat kita sekiranya suami tinggalkan isteri untuk beberapa bulan atau beberapa tahun demi kerana kemewahan hidup menjadi perkara yang disenangi dalam masyarakat.Tidak akan ada cemuhan, cacian , kritikan samaada dari isterinya sendiri, keluarga terdekat mau pun masyarakat. Ada beberapa teman yang ke Dubai kerana berkerja, penulis mendapati lansung tidak ada bangkangan dari isteri, keluarga terdekat maupun kawan-kawan sepejabat. Malah sokongan dan galakan yang diberikan. Tinggalkan isteri dan anak-anak bukanya sebulan dua malah bertahun-bertahun.
Kalau ditanya pada isteri. “ Kalau abang ke Dubai, nanti siapa yang akan jaga anak-anak kita?”.Pasti dan pasti kita akan dapati si isteri akan menjawab sepontan,” Tentulah I yang akan jaga mereka semua, kan I ni ibu mereka”. Kalau ditanya pula pada mentua, “Siapa yang akan hantar anak-anak saya ke sekolah nanti kalau saya keluar negara?”. Juga pasti dan pasti si mentua akan berkata,” Kalau bukan atok mereka yang uruskan siapa lagi, kan mereka tu cucu abah, Jangan bimbang, abah akan uruskan semuanya.” Kalau ditanya pula pada kawan-kawan sepejabat,” Aku dapat tawaran kerja di Dubai, gaji bulanan USD 15,000.00 belum dikira elaunnya lagi, amacam?” Pastinya kita akan dapati jawapannya ,” Ini peluang keemasan, jangan kau lepaskan. Bukannya senang nak dapat tawaran macam ni.” Kalau ditanya pula pada Imam Masjid atau Ustaz tempatan. Pasti akan didapati jawapan tegas seperti berikut,”Islam menyuruh kita mencari rezeki, kalau dicatatkan rezeki kamu kat Dubai, pergi kamu jangan tak pergi, itu semua dikira ibadah. Paham kamu !.”
Sebaliknya kalau ada sesaorang yang bercadang untuk khuruj (keluar) bersama rombongan Jemaah Tabligh. Meninggalkan pekerjaan dan keluarga SEBENTAR, pasti dan pasti segala cemuhan dan kritikan akan datang dari semua gulungan. Isteri akan protes, “Kalau macam ni siapa yang akan menjaga anak-anak kita, tak kan saya nak urus semua. Abang telah abai tanggungjawab sebagai seorang suami,bang.” Kalau bagi tau pada mentua, jawapannya mungkin begini,” Hang jangan jadi gila, anak dan cucu aku sapa nak bagi makan, awat hang nak sukhuh depa semua makan pasiaq.” Kalau ditanya pandangan kawan-kawan sepejabat, mungkin jawapannya begini,” Woi ! hang nak jadi mamak cendol ke? Pakistan jual kapet ke? atau nak jadi Mat Bangla? Dah jangan dok buat perkara mengakhut.” Kalau ditanya pada Tok Imam atau Pak Ustaz pula , Mungkin jawapannya macam ini,” Mai hang dok sini, ni aku nak bagi tau hang Islam tak sukhoh buat macam ni semua. Mana nafkah zahir mana nafkah batin. Ada pun meninggalkan anak isteri sebegini adalah HARAM dalam Islam. Cuba hang pikiaq”.
Begitulah dua keadaan yang boleh kita dapati dalam masyarakat kita. Sebab apa, keluar negara untuk KERJA semuanya sokong dan beri galakan serta bersedia menanggong kesusahan dan kepayahan. Sebaliknya untuk bersama Jemaah Tabligh bukannya bertahun hanya 3 hari 40 hari atau 4 bulan akan ada cemohan, kritikkan dan bangkangan. Ini adalah kerana hala tuju kehidupan kita adalah “dananir wa darahim”. Matlamatnya adalah keduniaan semata. Ini adalah kerana untuk kerja , nampak kemewahan dunia. Sebaliknya untuk Jemaah Tabligh tak nampak kemewahan dunia. Sedangkan keluar bersama Jemaah Tabligh ini adalah satu tarbiah keagamaan untuk diri keluarga dan masyarakat. Lihat di dalam “Al Qaulul Baligh Fi Jamaahtu Tabligh” karangan Syekh Abu Bakar Jaber Al Jazairi.Juga tulisan Syeikh Ahmad Harun Al Rasyid, ulama hadith Pondok Pesantren Al Fatah, Temboro, Indonesia di dalam buku beliau “Melurus salah faham terhadap Jemaah Tabligh”, menyatakan bahawa hasil dari “Khuruj” itu akan tercapai perkara berikut :
A ) Membangkitkan perasaan khairah untuk mengamalkan agama secara sempurna dalam peribadi setiap muslim.
B ) Bagi menyedarkan diri kita bahawa dakwah adalah tanggungjawab setiap individu umat ini.
C ) Agar setiap orang Islam dapat berusaha mengujudkan kehidupan yang Islami dalam diri, keluarga dan masyarakatnya.
Ini semuat terbukti melalui kehidupan para sahabat rahum dan juga terbukti hari ini di sesetengah tempat seperti di Sri Langka yang peratus beramal dengan agama begitu tinggi dan kadar peratus solat berjemaah mencecah 100% di setiap tempat orang-orang Islam di sana. Membetulkan diri, keluarga dan masyarakat telah difatwakan oleh sesetengah ulama adalah “FARDU AIN”.
Wallahu’alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Sedih bila mengenangkan bahawa perkara ini mmg benar berlaku dlm masyarakat kita. Susah nak buang tanggapan negatif keluarga/kawan-kawan terhadap jemaah tabligh. Allah jua yg berkuasa atas hati2 mereka. Kelemahan saya yg tak pandai mengambil hati & mengjak mereka utk turut bersama. Semoga mereka di beri pemahaman utk sama2 menggembleng tenaga atas usaha nabi saw. Jika tidak, mereka juga yg rugi...melepaskan ganjaran2 Allah yg tak ternilai hebatnya.
Artikel yg diutarakan sungguh jelas menunjukkan bahawa penipuan syaitan sedang berlaku. Jika ia berkaitan dengan duniawi, bukan main galak. Jika ukhrawi, bukan main bangkang. Soalnya, pernahkah kita terfikir mengapa syaitan beria-ia menjauhkan kita dari aktiviti jemaah tabligh? Kenapa aktiviti tabligh ini dipandang serong, bahkan dari "golongan masjid" sendiri? Haaaaa...Lu pikir la sendiri...
Dunia senang faham, susah nak dapat. Akhirat susah faham senang nak dapat.
Dunia makin lama kita kejar, makin la lari jauh2, agama, makin lama kita hampiri, makin kita didekati.
Sri Lanka telah di beri kebenaran untuk berdakwah pada bukan islam kerana mereka telah hamapir 100% mangamalkan agama berkat usaha tabligh, alhamdulillah.
Kat UK ni sekarang, banyaklah yg bergelar ustaz2 datang ke sini untuk belajar islamic finance, islamic governance dan politik dengan bergurukan orang2 bukan islam. boleh bagi komen sikit tak ustaz? Malah ada satu ustaz pensyarah UIA ni nak sambut maulid nabi dengan cara mengadakan ceramah dan menjemput bukan islam untuk menceritakan tentang Prophet Muhammad s.a.w.
Semoga Allah terus memberi hidayah kepada kita untuk teruskan usaha nabi ini.
Ustaz, saya lebih suka arahkan salah tanggapan masyarakat pada pengikut tabligh sendiri. Salah mereka apabila keluar(insyaAllah ustaz bukan begitu), anak2 tidak diberi perbelanjaan yg cukup. Sehingga masyarat menganggap lelaki pengikut tabligh tidak bertangungjawab terhadap keluarga. Mudah lepas tangan dengan alasan jihad (keluar).
Ummi,
Itulah keadaannya umat Islam hari ini. Bukan sahaja Ilmu Dunia malah Ilmu Islam pun kita mengambil dari orang bukan Islam. Lihatlah dalam tulisan dan kajian ulama Islam hari ini, tidak lengkap tulisan dan kajian itu kalau tidak disertakan pandang Orientalist. Berbangga dengan kata-kata "Goldziher,Sacht, Brown, Snouck Hongronje dan lain-lain.
Hasilnya berilmu tapi kosong dari kerohanian.Pandai mengkritik tapi kosong dengan amalan.Maka ujudlah "Sister In Islam", JIL "Jaringan Islam Liberal", "Anti Hadith" dll. Sedangkan Allah swt berfirman:
"Maka ia diterima tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkan dengan didikan yang baik, serta diserahkan untuk dipelihara oleh Zakaria ......" (Maryam :37 Juz 3)
Walau pun ada ulama mengatakan tiada masaalah dalam hal ini, namun berdasarkan dari ayat di atas, ramai ulama mengatakan hendaklah mempelajari agama dari guru yang terbaik (Mursyid, Alim, Taqwa, dalam ayat di atas adalah Zakaria as) bukan dari orang fasiq apalagi dari orang-orang kafir.
Kata Maulana Zakaria," Mempelajari Ilmu dari guru yang fasiq akan menyebabkan 'Fikrah' guru itu akan berpindah kepada mereka-mereka yang belajar daripadanya (anak muridnya).Juga dari sebuah buku yang dibaca juga akan menyebabkan 'Fikrah" pengarangnya berpindah kepada siapa sahaja yang membacanya"
Untuk ini berhati-hati dalam memilih guru dan kitab yang dibaca.
Di tempat saya juga pernah berlaku, acara Maulud Nabi saw, penceramahnya adalah Prof. Khoo Kay Kim (Tokoh anugerah Ma'al Hijrah. Innalillahi....raji'un.
Zalisa, penipuan syaitan itu halus. Dan untuk golongan musuh ketat syaitan (orang yg ikut tabligh) ini, syaitan serang lagi dahsyat. Mereka terdedah dek bisikan dari dalam diri mereka (dengan anggapan bahawa keimanan keluarga yg mereka tinggalkan adalah setebal keimanan mereka sendiri atau kelalaian untuk buat persediaan secukupnya untuk anak bini). Kemudian syaitan juga cucuk dari anak bini mereka (agar buat keputusan untuk hilang sabar dengan si bapa). Kemudian syaitan juga mendatangi jiran2, serta sedara2-mara (agar mereka buat keputusan untuk lihat keburukan saja). Walhal jika kecik2 hati kita dah belajar tauhid, kita akan lihat semua yg berlaku adalah ketentuan dari Allah untuk ajar kita sesuatu, maka bisikan syaitan ini dapat kita tepis.
Kita akan nampak apa yg kita nak tengok. Jika kita duduk di tepi highway dan tak berniat nak lihat apa2, kita akan nampak kenderaan lalu lalang saja. Tapi jika kita buat keputusan nak tengok Juara, kejap2 kita nampak Juara, kejap2 nampak Juara. Macam Juara ajer kat highway tu. Serupalah. Jika kita suka nak lihat ia buruk, maka buruklah yg kelihatan. Baginda SAW suruh kita cari 70 alasan baik untuk elak prasangka buruk walaupun sedara depan mata kita ni buat perkara yg zahirnya buruk sebab penipuan syaitan ni halus. Bila nampak buruk jer, timbullah benci. Dan bila benci sudah ada dalam hati, maka mudahlah syaitan nak suruh kita buat mungkar yg lebih dahsyat lagi seperti mengumpat atau sebagainya. Wallahualam. Ini sekadar pemahaman saya saja. Tapi komen Zalisa itu perlulah orang2 cam saya ambil positif dan elak dari melakukan perkara yg sama. Baiklah. Saya akan pastikan bekalan cukup baru saya tinggalkan anak bini saya. Soalnya, berapa yg cukup? Haaaa...Gua pikir la sendiriii
Zalisa,
Mungkin ada, tapi biasanya tak ikut kehendak mesyuarat. Nak keluar tabligh, bukan senang. ada interview berperingkat. Ada jugak yang tak mau dengar kata atau tak inform betul2 tentang keperluan yang perlu di tinggalkan.
Tapi biasanya cerita2 isteri kena tinggal tanpa cukup keperluan ni bila di siasat rupanya hilang atas angin. Rupanya tunjuk2 jari, tapi tak ada hala tuju siapa.
Ni dari pengalaman saya yang tak seberapa as my father is one of the syura for long...time ago, alhamdulillah.; Masaalah sentiasa ada dan bab tinggal2 tak cukup keperluan ni selalu cuma indah khabar dari rupa.
Manusia suka mencari kesalahan...sebagaimana Nasihat Luqman kepada anak nya...
Cerita anak dgn Bapa...dan keldai..
1) Bapa Naik Keldai.. anak tuntun
2) Bapa Tuntun keldai... anak naik
3)Dua dua naik...
4) dua dua turun
Semua keadaan kena komplain...itu lah manusia.... Bila HATI tiada ALlah...
salam
izinkan saya berkongsi pengalaman sy atas perkara baik ini. kali pertama saya keluar 3 hari dengan jemaah sg merab, semoga Allah swt limpah rahmat ke atas mereka ( tak lupa juga pada sekelian jemaah serta umat islam pada hari ini).
pada masa itu amir sepanjang hayat sri putra bangi belum bentuk jemaah. beliau baru pindah ke situ. alhamdulillah, berkat kesabaran, & keikhlasan orang lama ini melayan kerenah orang-orang baru belajar seperti saya & rakan2 lain akhirnya jemaah sri putra berjaya dibentuk.. ustaz kenal dia, sy pernah smpaikan salam dia pd tuan. malahan ustaz pernah keluar 40 hari dengan dia. kecil dunia ni sebenarnya.
terasa ada beza bila ada usaha & tiada usaha. sememangnya Allah swt beri kemampuan pada yang berusaha, ada hadis pasal ini, pasal mereka yang berusaha. saya belajar untuk tidak lalai dengan dunia, saya belajar untuk tidak terkesan dengan dunia, saya juga turut belajar betapa singkatnya dunia. (Nabi saw mengisyaratkan 2 jari menunjukkan betapa dekatnya kiamat). & benar hidayah itu milik Allah swt. 'wallahi' sesungguhnya sukar untuk amal agama tanpa hidayah.
alhamdulillah juga keluarga saya & mertua saya tiada halangan. Allah mudahkan.
pesan saya pada manusia; hidup ini terlalu singkat untuk dipenuhi dengan perkara2 yang melalaikan. sedarlah Allah swt sentiasa menilai amalan kita, jangan sehingga tiba izrael dtg jemput, masa tu bila kalimah tiada keluar dr mulut, maka tiada jaminan syurga.
InsyaAllah balik nnt 40 hari, 4 bulan semula. di sini saya pening skit dgn tertib hanafi. sat tebelit lidah bila halakah Quran, tapi gaz ada buat, dakwah tetap dakwah, doa ye, insyaAllah
Post a Comment