MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, September 23, 2011

I - Pelajar Tahfiz Dibunuh Kejam : Kosmo 22 Sept 2011


Berita I :

SHAH ALAM – Polis semalam mendedahkan pembunuhan seorang remaja perempuan yang mayatnya ditemui dengan kesan terbakar hampir 80 peratus di dalam semak berhampiran loji kumbahan di Jalan Bukit Belacan 5 September lalu berikutan keengganannya untuk melakukan hubungan seks.

Menurut polis, akibat penolakan tersebut, teman lelaki mangsa yang juga suspek dalam kes itu disyaki cuba memperkosa remaja berkenaan. Suspek merupakan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 19 tahun dari Ukay Perdana, Ampang.

Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan itu ditahan pada pukul 12 tengah hari, 12 September lalu di Seri Iskandar, Perak.

Ketika ditahan, polis merampas sebuah telefon bimbit milik mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil milik keluarga suspek yang didapati mempunyai keterangan-keterangan fizikal seperti rambut yang diyakini ada hubung kait dengan kes bunuh itu.

Siasatan awal ketika itu mendapati, suspek membeli petrol di dua buah stesen minyak di kawasan Ampang Jaya untuk membakar mangsa.

Mangsa dikenali sebagai Nurul Awatif Syakir, 19. Dia merupakan pelajar Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, Gombak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, siasatan pihaknya setakat ini mendapati suspek dikatakan mengambil tindakan drastik untuk membunuh mangsa selepas berang apabila permintaannya ditolak.

Katanya, polis juga telah mendapatkan laporan penuh bedah siasat ke atas mangsa tetapi enggan mendedahkannya sehingga siasatan selesai.

“Sehubungan itu, permohonan kita untuk melanjutkan tempoh reman ke atas suspek telah dibenarkan sehingga 27 September ini bagi membantu polis menjalankan siasatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan, mayat seorang remaja perempuan ditemui berhampiran loji itu pada 5 September lalu dengan kesan terbakar hampir 80 peratus badannya pukul 1.35 petang.

Sebelum itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan mengatakan mangsa tidak pulang selepas keluar pada pukul 8.30 malam sehari sebelum itu dan pengecaman dibuat berdasarkan cebisan baju kurung serta sepasang anting-anting.

Berita II :

Budak 2 Tahun Diperkosa Di Rumah Pengasuh : Metro 23 Sept 2011

PETALING JAYA: Seorang budak perempuan berusia dua tahun yang baru dibawa pulang ibunya dari rumah pengasuh dipercayai dirogol selepas mengadu sakit pada kemaluannya di Kota Damansara, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ibu mangsa yang baru pulang dari tempat kerja menjemput anaknya seperti biasa di rumah pengasuh terbabit.

Bagaimanapun, setibanya di rumah, kanak-kanak itu menangis dan mengadu sakit di kemaluan dan selepas diperiksa, terdapat luka dan bengkak di bahagian berkenaan.
“Ibu mangsa membawa anaknya itu ke pusat kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Wanita itu terperanjat apabila doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan pada kemaluan anaknya akibat tusukan objek keras,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati semua penghuni di rumah pengasuh terbabit adalah wanita, namun tidak menolak kemungkinan suspek adalah orang dikenali mangsa.

Sedikit Komentar :

Bila kita membaca dua berita di atas, maka jelas pada kita bahawa masyarakat kita telah terdedah dengan maksiat zina yang telah sampai ke tahap tepu. Bayangkanlah bagaimana ianya mungkin boleh berlaku kepada pelajar tahfiz yang sentiasa bersama dengan al-Quran dan kepada kanak-kanak seusia 2 tahun.

Pada pandangan penulis solat dan puasa sahaja tidak mencukupi jika tidak dilaksanakan amalan dakwah.

Tadi beberapada jam sebelum posting ini dibuat penulis telah kaunseling dua orang pelajar, lelaki dan perempuan. Sebagai pensyarah/kaunselor di kolej yang penulis berkhidmat, maka menjadi tanggungjawab penulis memberi kaunseling setiap pelajar yang bermasaalah.

Kedua dua pelajar ini ditangkap khalwat dan terlibat beberapa kali dengan maksiat zina. Pelajar lelaki mendapat pendidikkan agama sehingga ketingkatan 5 sekolah agama. Manakala pasangannya pelajar perempuan pula memang katanya tidak tinggal solat. Pelajar lelaki hanya sekali sahaja masuk ke kuliah penulis, manakala pasangannya pula tidak pernah hadir walau pun sekali. Kedua-duanya menangis terisak-isak di hadapan penulis.

Tindakan yang penulis ambik ke atas pelajar lelaki :

a) Tidak dibenarkan berjumpa dengan pasanganya walau pun sekali. Jika diketahui tindakan yang lebih berat akan diambil ke atas beliau.
b) Perlu hadir solat berjemaah setiap waktu solat. Keutamaan Maghrib dan Insya.
c) Hendaklah keluar dakwah 3 hari dan diikuti 10 hari pada cuti semister ini.


Tindakan ke atas pelajar perempuan :

a) Tidak dibenarkan berjumpa lagi dengan pasangannya. Jika berbuat demikian tindakan yang lebih berat akan diambil ke atas beliau.
b) Keterampilan dan gaya perlu dibuktikan bahawa ianyanya telah berubah.
c) Hadir dalam kuliah Syahsiah sepanjang semester hadapan.

Bila direnung-renung maka betullah kata-kata ulama-ulama dakwah bahawa hukum kedudukan dakwah pada masa kini telah menjadi “Fardhu Ain” iaitu pada maksud memelihara iman. Jadi dakwah bukan sekadar seruan pada manusia berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran tetapi lebih kepada pengislahan diri.

Sebagaimana firman Allah swt :
“ Wahai orang-orang yang beriman katakanlah oleh kamu ucapan yang benar (qaulan Sadida) . Akan diislahkan bagi kamu amalan kamu dan akan diampunkan bagi kamu dosa-dosa. Dan Allah itu tuhan yang maha pengampun lagi maha mengasihani.” ( Surah al-Ahzab : 70,71)

Jadi dakwah yang sedang Jemaah Tabligh lakukan adalah lebih kepada pengislahan diri dan dalam rangka memperbaiki iman. Maka hasil dari dakwah ini akan mendorong kita kepada amalan kesalihan. Memberi keupayaan untuk menjauhkan diri dari sebarang maksiat kepada Allah swt. Namun jika terlibat dengan dosa-dosa maka akan ada keupayaan untuk bertaubat kepada Allah swt.

Atas dasar ini juga sebagaimana di dalam 10 ayat yang akhir dari surah al-Furqan menyatakan, setelah berjalan di muka bumi (berdakwah) dengan “qaalu salama” maka di hujungnya disebutkan “wa man taaba. . .” sesiapa yang bertaubat dan melakukan amalan kesalihan maka Allah akan menukarkan keburukkan mereka kepada kebaikkan.

Sememangnya kita manusia kekadang akan terlanggar dengan kesalahan dan maksiat, namun melalui proses dakwah maka akan diberi kesedaran dan keupayaan untuk bertaubat kepada Allah swt.

Maka untuk ini dakwah hendaklah dijadikan sebahagian daripada aktiviti harian kehidupan kita sebagaimana yang dilakukan oleh umat awal iaitu Rasulullah saw dan Sahabat Nabi r.hum, di samping aktiviti kehidupan yang lain.

Moga Allah swt gulongkan kita sebagai pendukung kerja-kerja dakwah dan melaksanakannya secara istiqamah. Insyaallah.

p/s : Isyaallah penulis akan keluar 40 hari pada 1 Okt 2011 nanti. Doakan untuk penulis.

Wednesday, September 14, 2011

Anak 3 Tahun Mampu Menghafal 37 Surah al-Quran





Firman Allah swt " Dan telah Kami menjadikan al-Quran itu mudah untuk dihafal,maka siapakah yang mahu menghafalkannya." (al-Qamar :40)

Aisyah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda," Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai kemuliannya yang manusia berbangga dengan kemulian itu. Sesungguhnya kebanggaan dan kemulian umatku adalah al-Quran." (Hilyah)

Sedikit Komentar :

Sejuk hati kita bila melihat anak sekecil ini (3 Tahun) boleh menghafal 37 surah al-Quran. Maknanya memang betullah firman Allah swt di atas. Namun bagi sesiapa yang ingin berbuat demikian. Bagi sesiapa yang tak mahu satu kalam dari al-Quran pun tidak akan berupaya menyebutnya.

Anak kecil di atas adalah anak salah seorang muslim di Azerbaijan. Satu negara yang dibawah pemerintahan Komunis satu waktu dahulu. Namun keinginan yang mendalam dari ibu dan bapa maka anak sekecil ini mampu menghafal 37 surah. Kita yang telah 57 tahun merdeka pun setakat yang penulis mengetahui belum ada seperti ini.

hari ini berbangga dengan anak-anak kita yang dapat 6A PMR atau apa sahaja ujian peperiksaan namun dalam waktu yang sama anak-anak berkenaan kekadang lansung tidak tahu membaca al-Quran. Kita berasa malu jika anak-anak kita gagal di dalam ujian, sebaliknya kita tidak malu anak-anak kita tidak dapat membaca al-Quran.

Dari tahun empat dah dihantar tuisyen untuk persaediaan ujian PMR namun al-Quran lansung tidak difikirkan kepada anak-anak.Kita dapati begitu ramai yang telah berbuat demikian.

Penulis pernah membawa seorang pelajar tingkatan dua keluar 3 hari, terkejut penulis bila dapati bahawa budak berkenaan bukan sahaja tidak tahu membaca al-Quran tetapi juga tidak dapat mengucap Kalimah Syahadah dengan betul.

Di hadapan penulis ratusan pelajar yang mengambil Sijil/Diploma namun banyak dikalangan mereka yang lansung tidak tahu membaca al-Quran. Bila diselidiki ianya bermula dari keluarga itu sendiri.

Apakah kita akan berbangga dengan Ijazah/Diploma anak-anak kita, sedangkan Rasulullah menegaskan "kebanggaan dan kemulian umatku adalah al-Quran". Sabdaan Rasulullah saw tidak mungkin silap dan salah.

Zaman fitnah akan datang tidak akan boleh diselesaikan dengan yang lain tetapi adalah berkaitan dengan al-Quran sebagaimana pernah ditegaskan oleh Rasulullah saw.

Atas dasar inilah kita perlu kembali balek kepada pendidikkan al-Quran dan mengujudkan satu perasaan kebanggaan dan kemulian pada anak-anak kita bilamana mereka boleh membaca dan menghafal al-Quran.

Untuk ini jadikanlah anak-anak kita hafiz/hafizah al-Quran kemudian barulah pelajaran yang lain.

Wallahualam.

Jadual Kuliah September 2011/ Syawal 1432


11 Sept 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Tmn pinggiran Senawang.
12 Sept 2011 (Isn) : Kuliah Hadis Tmn Seri Pagi
13 Sept 2011 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
14 Sept 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.Sembilan.
15 Sept 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Gadong Jaya.1
16 Sept 2011 (Jum) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 7 Tmn Matahari Height
17 Sept 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
18 Sept 2011 (Ahd) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi G/Home Fasa F
18 Sept 2011 (Ahd) : Kuliah Hadis Tmn Desa Melor.
19 Sept 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Hanger 6 KLIA
19 Sept 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi jld 3 Tmn Rembau Utama.
20 Sept 2011 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
21 Sept 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.Sembilan.
22 Sept 2011 (Kha) : Program Bulanan Pengasih, Kulala Lumpur.
23 Sept 2011 (Jum) : Nusrah Jaulah Ke Dua Tmn Matahari Height.
24 Sept 2011 (Sab) : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Surau Al-Amin
24 Sept 2011 (Sab) : Program 3 Hari Surau Al- Amin
25 Sept 2011 (Ahd) : Program 3 Hari Surau Al- Amin
26 Sept 2011 (Isn) : Program 3 Hari Surau Al- Amin
26 Sept 2011 (Isn) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 Hanger 6 KLIA
27 Sept 2011 (Sel) : Kuliah Hadis Tanbihul Ghafilin Surau Al- Amin
28 sept 2011 (Rab) : Mesyuarat Mingguan J.Tabligh N.Sembilan.
29 Sept 2011 (Kha) : Kuliah Bahrul Maazi Jld 3 G/Home Fasa F
30 Sept 2011 (Jum) : Kuliah Bulanan Tmn Lavender Height.

Nota : Program Kuliah Bulan Oktober 2011 Ditangguhkan Kerana Saya Akan Keluar 40 Hari Di Jalan Allah swt

Tuesday, September 6, 2011

Suami Gagal Lampias Nafsu Cuba Bunuh Diri : Isu Payong Emas


Metro : Selasa 6 September 2011

AMPANG: Hanya kerana isteri menolak permintaannya untuk melakukan hubungan seks, seorang suami bertindak nekad cuba membunuh diri dengan menikam diri sendiri, namun berjaya dihalang isterinya, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam di rumah pasangan itu di daerah ini, suami berusia 27 tahun itu mengajak isterinya berusia 29 tahun untuk melakukan hubungan seks, namun permintaan itu ditolak dengan cara baik.

Menurut sumber, tindakan isterinya menyebabkan suami naik berang lalu memaki- hamun wanita itu menyebabkan berlaku pertengkaran sesama mereka.

“Lelaki itu kemudian pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau sebelum masuk semula ke bilik lalu meletakkan pisau di perutnya sambil memberitahu mahu membunuh diri,” katanya.

Sumber berkata, isterinya yang terkejut dengan tindakan itu menepis pisau dipegang suaminya itu.

Namun, lelaki itu mengambil semula pisau yang jatuh ke lantai dan melakukan perkara sama sekali lagi selain menyuruh isterinya menikamnya pula.

Berikutan tindakan itu, isterinya sempat merampas pisau dipegang suaminya itu sebelum keluar membuat laporan di balai polis berhampiran.



Komen Penulis :

Bila kita membaca berita di atas, maka terbukti bahawa puasa yang telah kita jalani di dalam masyarakat kita dan yang telah pun meninggalkan kita beberapa hari yang lalu tidak cukup untuk mengekang hawa nafsu serta membawa sifat takwa ke sebelas bulan selain Ramadhan.

Mungkinkah puasa yang kita telah jalani di dalam masyarakat kita hanya sekadar lapar dan dahaga sahaja? Jika di lihat pada berita di atas maka terbukti bigitulah sifat puasa kita.

Rasulullah saw pernah bersabda melalui riwayat Ibn Masud r.a” ……Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Bayangkanlah hanya semata-mata keinginan hawa nafsu tidak ditunaikan, hingga ketahap sanggup untuk membunuh diri. Ini bermakna bahawa ada di dalam masyarakat kita terdapat sekelumpok gulongan yang merasai bahawa meyempurnakan nafsu syahwat adalah kesempurnaan segala-galanya.

Apa tidaknya , setiap filem dan drama yang ditayangkan saban hari meransang ke arah itu. Berlebih lagi di dalam bulan sambutan Hari Raya ini dan bulan kemerdekaan ini. Gulongan yang dikatakan sibuk dengan aktiviti keagamaan pun kekadang terperangkap dengan masaalah nafsu syahwat ini. Tidak heran terdapat gulongan seperti ini lebih banyak meceritakan fadhilat kahwin dua daripada fadilat beramal dengan amalan agama. Lebih banyak menceritakan kehebatan kahwin dua daripada menceritakan kehebatan Allah swt. Maka dihujungnya terhasillah apa yang diinginkan.

Penulis tidaklah bermaksud anti kepada golongan yang kahwin dua atau yang bercadang untuk berkahwin dua. Kalau ditanya pada nafsu semua orang nak kahwin dua, malah inginkan yang muda-muda lagi. Sibuta yang tak nampak apa-apa pun kalau ditanya maka dia pun nak kahwin dua. Malah penulis pun ingin kahwin dua,tiga dan juga empat macam Salleh Yaakob jika ditanya pada nafsu. Namun jika di renung dan difikirkan soal memberi masa untuk kerja-kerja agama juga nilai pengurbanan isteri serta hak anak-anak, maka ini yang menghalang penulis berbuat demikian.Selain itu faktor usia tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Bila dah berusia maka sudah tentunya tidak mampu "berdiri" dengan betul. Maka pastinya memerlukan "tongkat",maka sebuklah mengatakan yang "tongkat" itu sunnah. Namun jika "Tongkat Ali" yang digunakan sudah tentunya bukan lagi "sunnah".......Dalam tu maksudnya.

Bagi penulis kahwinlah dua,tiga atau empat. Tidak ada masaalah asalkan berkemampuan dan boleh berlaku adil serta mampu menunaikan hak-hak atas isteri dan anak-anak. Namun yang banyak e-mail serta sms yang penulis terima serta juga soalan ketika penulis mengajar di masjid dan surau, rata-rata golongan ini gagal berbuat demikian. Kalau ada pun bilangannya terlalu sedikit. Jadi maksud tulisan penulis di sini adalah soal nafsu itu yang ingin penulis bincangkan.

Mungkin begitu ramai juga dikalangan orang yang kehadapan di dalam Jemaah Tabligh di Malaysia ini mula ingin beramal dengan “sunnah” ini serta mungkin juga ramai “ahliah-ahliah” karkun yang inginkan payong emas sehinggakan akan ada soalan berkaitan isu ini di Mesyuarat Malaysia di Nizamuddin, India pertengahan bulan ini. Setahu penulis persoalan ini ramai berlaku di Thailand namun tidak pula kedengaran soalan sebegini dikemukakan di sana. Sebab? Kerana mereka di sana rata-rata memahami hak kerja agama serta hak isteri dan anak-anak.Wallahulam.


P/s : Mohon maaf jika tulisan ini menyinggung saudara yang terlibat.
Untuk artikel berkaitan, sila layari posting Feb 2009 pada "blog achive" pada tajuk "Nak Ke Payong Emas", "Tips Mengesan Suami Kahwin Lebih" dan juga "Faktor Lelaki Berpoligami"

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin