( Siswa Universitas Negeri Padang)
Pada perhimpunan kecil (Jhor) ulama pada 18 Januari 2009 yang lalu ada disentuh oleh Maulana Johari Jerantut bekaitan perilaku “karkun”. Beliau memohon berbayak maaf bagi pihak “Jemaah Tabligh” kepada ulama-ulama yang hadir atas kesilapan dan perilaku “karkun” yang tidak meyenangkan sambil menahan sebak.
Memang pun kalau dilihat dari tingkah laku “karkun” berlebih lagi bagi mereka yang baru terlibat dengan “Jemaah Tabligh” ini. Bukan semua yang betul-betul dapat mengikut usul, yang betul-betul berubah. Kalau diperhatikan, memang banyak yang salah dan silap dari ibadat, akhlaq, ilmu dan lain-lain. Biasalah kerana usaha ini memungut mereka-mereka yang di “tepi jalan”. Memungut mereka-mereka yang jauh dari hidayat Allah swt. Tidak seperti sesetengah “Jemaah / Fikrah”, mereka lebih selesa memilih orang yang akan menjadi ahli dikalangan mereka-mereka yang terpilih, yang terpelajar, yang berada di masjid /surau dan di menara gading. Sebab itulah ahli-ahli biasanya orang-orang yang terpelajar. Yang tidak terpelajar tidak boleh menjadi ahli. Apa lagi pekebun, peneroka, tukang kerja bawahan dan berlebih lagi gangster mau pun kaki pukul, memang tidak akan disenaraikan sebagai ahli.
Sebaliknya di dalam “Jemaah Tabligh” terdiri berbagai gulongan dari ulama, bekas menteri dan exco sehingga kepada penagih dan kaki pukul jalanan boleh meyertainya. Tiada ada had sempadan tempat, rupa bangsa, kelas pendidikan maupun kelas kehidupan. Semuanya boleh meyertai jemaah ini. Justeru dari itu, maka tidak heranlah terdapat sedikit kesilapan dan kekurangan pada ahlinya /“karkun”.
Kadang-kadang cara solat pun sekejap Syafie, sekejap Hanafi, sekejap Hambali, cacamarba jadinya. Bila diperhatikan oleh sesetengah orang pasti akan mengkritik, komen dan banyak juga yang mengutuk.
Ketika “bayan” atau ceramah pula, kadang-kadang cerita Firaun jadi cerita Namrud, Firman Allah jadi hadis Nabi, kata-kata ulama bertukar menjadi hadis Nabi dan macam-macam lagi.
Keterampilan pula ada yang macam Pakistan, ada yang macam Bangla, ada yang macam Arab, malah ada yang yang macam ‘rockers’. Kalau ke Seri Petaling macam-macam rupa boleh dilihat.
Namun begitu telah ada garis panduan untuk semua itu. Telah dinasihatkan kepada semua “karkun’ agar mereka mempelajari hukum fekah dari mazhab mereka sendiri. Jangan mengikuti Mazhab Hanafie yang sememangnya di amalkan oleh sejumlah besar ulama dan “elders” Jemaah Tabligh. Pernah seorang ahli jemaah dari Negara Arab bertanya kepada ulama/elders berkaitan keinginannya untuk bertukar mazhab dari Hambali ke Hanafie. “Ikut lah mazhab di tempat kamu” tegas mereka. Begitulah dengan tempat kita, mereka menasihatkan kita untuk beramal berdasarkan Mazhab Syafie. Ini selaku satu keputusan.
Bagi mereka yang memberi “bayan” atau ceramah hendaklah mengikut garis yang telah ditetapkan. Jangan menghurai Al-quran dan hadis sekiranya beliau bukan orang alim. Bercakaplah di atas 6 perkara dan di dalam ruang lingkup ‘Fadhail Amal’, ‘Mutakhab Ahadis’ serta kitab-kitab yang di arahkan. Selain itu hendakalah mengutamakan orang-orang yang lebih lama dan alim untuk program bayan/ceramah utama. Sebab itulah setiap jemaah yang akan “keluar” akan disertakan ulama/ustaz dan hafiz quran bersama-sama jemaah berkenaan. Ini adalah kehendak Maulana Elyas rah sendiri. Di Indonesia dan Thailand telah pun berbuat demikian. Di Malaysia sebahagiannya telah dapat disempurnakan untuk 40 hari / 4 bulan. Namun setakat ini 3 hari belum lagi dapat. Hanya di sesetengah tempat sahaja yang telah pun berbuat demikian.
Keterampilan “karkun” juga telah diminta berbuat mengikut kesesuaian tempat berkenaan. Pakain baju Melayu dan jubah telah diterima oleh masyarakat Malaysia. Pakaian ala India dan Pakistan juga tidak menjadi masaalah bagi sesetengah tempat khususnya di Bandar, tetapi tidak disenangi di sesetengah tempat di kampong. Pakaian “rockers” memang tidak digalakan namun tegoran dibuat secara hikmah.
Jadi sekiranya kita terlihat mana-mana “karkun” yang bertidak tidak secocok maka tegurlah dengan cara berhemah atau bersangka baiklah. Sesetengah orang memakan masa untuk berubah. Apa pun kita bersyukur dalam pada itu pun ramai yang telah berubah. Ada dari Penagih berubah menjadi Hafiz Quran. Ada bertatoo berubah menjadi ustaz.
Wallahu’alam
Nota: Tulisan di atas adalah pengamatan penulis melalui ‘Khususi Ustaz’ dan ‘Khawas’.Munkin ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan di atas. Komen yang baik dialu-alukan.
5 comments:
pendapat saya..Jemaah Tablighlah yg seringkali mendekati warga yg kurang bernasib baik nii..kesanggupan "keluar" dari keselesaan..tidak ramai yg mampu..agaknya apa agama/pegangan kita jika tiadanya usaha2 ini dari pedagang2 Arab dulu??
lu kalau nak kutuk karkun....lu pegi mampos laaaa
saudara cia...maksud tuan saya ke pegi mampos....apa sebab dan puncanya...saya tak faham...
terima kasih kongsi ni wlupun dah lambat sgt sy baca. Alhamdulillah.
Memang ade hikmahnya, karkun2 dizahirkan seperti jahil. Saya terharu bile ade ustaz2 karkun kononya minta maaf kerana kejahilan karkun2 depan org lain. Usaha agama ini digerakkan oleh orang2 yang jahil agama iaitu orang2 mewat. Kalaulah usaha agama ni lebih ramai org yg berilmu maka akan ramailah org yg khibir dlm dakwah mereka. Org yg jahil akan belajar sedikit demi sedkit ilmu, tetapi merekalah yg paling ramai memalukan muke utk berdakwah. kritikan, ejekan utk mereka perkara biasa. So, please jgn sentuh artikel pasal karkun2 yg jahil..atau kamu mahu tgk karkun2 yg jahil ni berputus-asa. Lebih baik karkun yg jahil yg korban & buat usaha drp karkun yg berilmu yg tinggalkan usaha atau yg kurang berusaha. Fikirkan.
Post a Comment