MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, January 21, 2009

Tertib Berubat Dengan Dokter Bagi Muslimah


Hari ini rata-rata Muslimah kita tidak begitu menjagai adab berubat atau bertemu dokter apabila sakit. Sesetengahnya lansung tidak peduli untuk menjaga aurat masing-masing. Suami masing-masing tidak mengambil kisah dan merasakan tidak ada apa-apa apabila membawa isteri untuk bertemu dokter. Malah hal-hal yang mengaibkan khusus pada perkara sakit puan dan juga ketika bersalin tidak dititik beratkan. Perkara ini seolah-olah menjadi satu lumrah kepada kita semua. Namun agama menekankan perkara memelihara aurat ini bagi setiap muslim dam muslimah. Malah hukumnya haram jika mendedahkan aurat walau pun ketika disaat-saat kita berubat melainkan darurat yang teramat sangat.

Syariat telah menentukan bagi setiap muslimah adab-adab ketika kita berubat dan bertemu dokter. Antaranya :-


- Hendaklah berubat dengan dokter wanita yang Islam

- Sekiranya tidak ada dokter wanita Islam yang boleh menangani maka boleh lah
berubat dengan dokter lelaki yang Islam.

- Sekiranya tidak menemui dokter lelaki yang Islam, maka boleh lah berubat
dengan dokter wanita yang kafir.

- Jika sekiranya tidak menemui dokter wanita yang kafir, maka boleh berubat
dengan dokter lelaki yang kafir.

Dalam pada itu disyaratkan bagi wanita muslimah tadi ditemani oleh Mahramnya (suami, bapa atau saudara lelakinya) ketika berobat dengan dokter lelaki samaada dokter lelaki Islam berlebih lagi dokter lelaki kafir. Selain itu hendaklah diusahakan dengan sunggoh-sunggoh untuk menemui dokter wanita Islam dahulu kemudian seterusnya. Begitu juga dengan yang lain-lain turutan mistilah didahului dengan usaha yang sunggoh-sunggoh barulah berpindah kepada turutan seterusnya.

Wallahualam

Nota : Artikel berkaitan sila lihat "Wanita dan Aurat"
(Sumber Rujukan : Bughatul Mustarsyidin halaman 296 / Kifayatul Akhyar juz 2 halaman 47 / Al-Bajuri juz 2 halaman 99)

2 comments:

Unknown said...

Ustaz, jika ke hospital kerajaan kita tak diberi pilihan melainkan kita mahu berkeras :)

Unknown said...

Zalisa, Mempertahankan aurat adalah tuntutan besar dalam agama. Imam Ahmad bin Hanbal rah ketika di ikat dan di cemeti oleh khalifah dia berdoa agar auratnya terpelihara yang ketika itu pakaiannya hampir terlucut manakala tangannya terikat. Allah swt kabulkan doanya.

Sekiranya perlu berkeras, berkeraslah namun hikmah dan doa perlulah disertakan bersama. Selain itu ketegasan suami memainkan peranan yang sangat utama. Wallahualam

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin