Tuesday, January 20, 2009
Pakai serban: Pelajar enggan bayar saman
Gambar Kanan : Dibenarkan Pakai Di Seloroh Negara di Dunia (Tak Kena Saman)
Gambar Kiri : Kena Saman Kalau Memakainya ( Negara Islam Malaysia )
KOTA BHARU 19 Jan. - Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan seorang pelajar pondok dipenjarakan dua hari setelah enggan membayar saman atas kesalahan menunggang motosikal dengan berserban.
Ahmad Nasir Darus, 27, dikenakan hukuman itu setelah memilih tidak membayar saman RM90 yang diputuskan oleh Majistret Tengku Amalin Ai'shah Putri Sultan Ismail Petra.
Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman kerana menunggang motosikal pada kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar.
Peguam bela, Ahmad Rizal Effande Zainal ketika ditemui di luar mahkamah berkata: "Kita akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh tujuh hari dari sekarang.
"Sekiranya kes ini dibawa ke mahkamah ia akan menjadi bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya. (Sumber Utusam Malaysia)
( "Lu Pikir Lah Sendiri!" )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment