Thursday, March 1, 2012
Persoalan Solat Qasar Siri 1
Bahrul Maazi Jld 3 M/S :23
Dan kata Malik Bin Anas dan Syafie dan Ahmad apabila berniat mungumpulkan atas bermukim 4 hari nescaya menyempurna ia akan sembahyangnya.Dan ada pun Ishak memikir ia akan yang terlebih kuat daripada mazhab pada ialah hadis Ibn Abbas ra katanya," kerana bahwasanya diriwayatkan daripada Nabi saw kemudian ditakwilnya akan dia kemudian daripada Nabi saw, apabila berniat mengumpulkan atas bermukim 9 hari nescaya menyempurna ia akan sembahyangnya ( kata Abu Isa At Turmizi ) kemudian telah ijmak Ahlul Ilmu atas bahawasanya musafir itu harus qasar sembahyang selama tiada niat mengumpulkan bermukim dan jika datang atasnya musafir beberapa tahun.(intaha)
Sedikit Huraian :
Berdasarkan petikkan isi kitab Bahrul Maazi di atas, ulama berbeza pandangan tentang niat bermukim. Ada berpendapat 4 hari, 9 hari 15 hari dan ada 19 hari. namun bagi kita yang bermazhab Syafie berpegang dengan 4 hari. Ini bermakna bahawa sekiranya sesaorang itu ingin bermusafir ke satu tempat yang mengharuskan solat qasar maka jika dia berniat untuk tinggal di tempat berkenaan selama 4 hari, maka jika sampai di sana dia tidak boleh solat qasar. malah hendaklah dia menyempurnakan solat tersebut (Solat Tamam). Selama dia berada di sana tidak boleh ia qasarkan solatnya. Jika dia ingin sambung musafirnya ke satu tempat yang lain maka hendaklah ditempat baru itu adalah tempat yang mengharuskanya solat qasar.Cth cukup kadar dua marhalah 98 km. Jalan paling selamat maka hendaklah dia meniatkan 3 hari sahaja di tempat tujunya.
Cth : Jika ianya bermusafir dari Seremban ke Pulau Pinang dengan niat bermukim 3 hari, maka harus baginya untuk qasarkan solatnya (memenuhi syarat-syarat) selama sampai di sana dengan kadar 3 hari tidak termasuk hari berangkat dan hari pulang. Tetapi jika ditengah perjalanan (cth ; Ipoh) datang niat untuk menetap di Pulau Pinang, maka apabila sampai di sana ( Pulau Pinang ) tidak boleh baginya untuk solat qasar, kerana ianya telah berniat bermukim di sana. Jika datang pula di hatinya tidak mahu bermukim di sana (berubah hati / keputusan) maka syarat qasar ( yang baharu )bermula di tempat tersebut ( Ipoh ) jika mahu sambung bermusafir.
Ulama mengatakan jika sesaorang yang bermusafir mengelilingi dunia maka tidak boleh baginya solat qasar. Sebabnya tidak ada niat tempat yang dituju, maknanya mesti ditentukan tempatnya.Cth dari Seremban ke Bangkok, kemudian dari Bangkok ke Ranggon dan seterusnya.
Wallahualam.
P/s : Akan disambung dengan Siri 2, Insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum ustaz, saya pernah terfikir tentang masail ini tapi cuma dalam lintasan minda dan tidak pernah mengemukakan kepada mana-mana ulama.
Saya celaru terutamanya ketika khuruj di jalan Allah yang lama-lama cthnya 4B, 40H etc, yang routenya kita tak tahu.
Dalam kes ini ustaz,macam mana kita nak tahu bila boleh qasar dan bila tidak boleh?
Jazakallahukhair
Nazri Kasuan,
Sebaiknya kita niatkan berada di route yg kita akan pergi 3hari sahaja.Biasanya sehari sebelum sambung route kita telah dimaklumkan tempat route yg baharu.
Begitu pun kebiasaan jika sampai disesuatu route
kita tidak jamak/qasarkan solat.Kita akan bersama solat tamam dgn ahli qaryah.Cumanya jika di dlm perjalanan.Maka jarak route baru itulah yg perlu kita kira apakah ianya termasok syarat2 mengharuskan jamak/qasar.
Wallahualam
Post a Comment