MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, January 8, 2009

Palestine Oh! Palestine

(Suboh Di Sri Petaling)


Regim Zionis Israel begitu rakus membantai umat Islam Palestine. Saban hari kita di saji dengan berita-berita beserta gambar terkini pulohan yang mati dibantai oleh tentera Zionis Yahudi laknatullah itu. Apa yang boleh kita buat? Hanya tunjuk perasaan di kedutaan Amarika / Israel, bakar bendera, mengangkat poster-poster mencaci Zionis dengan bercampor lelaki dan wanita. Wanita pula ada yang tidak menutup aurat sempurna ketika tujuk perasaan tersebut. Yang lelakinya pula meletakan di leher serban merah/putih yang sering dipakai oleh pemimpin Palestine dengan mulut tidak henti-henti mencaci Zionis Yahudi. Hakikatnya dia sendiri tidak pernah memapakai serban ketika waktu solat. Mulutnya berbiuh-buih mencaci Zionis sedangkan mulut itu juga tidak pernah berbuih-buih berzikir pada Allah pagi dan petang.Apakah ini caranya kita perihatin dengan saudara-saudara Islam kita di Plastine? Kalau ini lah caranya maka ianya sama sahaja dengan protes yang dianjurkan oleh NGO disesetengah negara-negara barat, Jepun ,Korea Taiwan serta lain-lain Negara Asia yang rata-rata mereka bukan Islam. Malah tindakan Pemimpin Negara Vanezuela mengusir keluar Duta Israel dan kakitanganya itu jauh lebih baik berbanding kita jika diukur dari segi kesan kepada Regim Zionis itu.

Kita tidak mengatakan segala protes dan tunjuk perasaan tersebut itu sia-sia belaka namun apakah itu cara terbaik bagi kita sebagai seorang Islam/mukmin.Maka saat-saat akhir ini sebenarnya perlu bagi kita kembali balik dengan cara kita sebagai yang dituntut oleh Islam. Bagaimana Islam mengajar kita cara memulihkan umat ini supaya tidak di hina oleh musoh-musoh kita khususnya Yahudi dan Nasrani. Kata-kata Imam Malik bin Anas (rah) :

“Lan yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha”

Maknanya :

“Ummat ini tidak sekali-kali boleh dipulihkan melainkan ummat ini kembali kepada carapulih ummat yang terdahulu (Sahabat Nabi).”

Maulana Elias An-Kandalawi (rah) pernah berkata didalam Mahfuzatnya (Kata-kata Nasihat) bahawa Ummat ini akan dihina selamanya sehingga ummat ini kembali melaksanakan amalan kemulian ummat sebagaimana yang tercatit di dalam surah Ali Imran :110

“Kamu (wahai ummat Muhammad saw )adalah sebaik-baik ummat yang dikeluarkan bagi (faedah) ummat manusia(kerana) kamu menyuruh manusia berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkarserta kamu beriman kepada Allah swt.” (Ali Imran :110)

Seruan yang serupa juga telah dilakukan oleh Maulana Yusof (rah) dan juga Maulana Innamul Hassan (rah) di setiap bayan-bayan mereka hampir pada setiap ijtimak yang besar-besar yang dianjurkan.

Apabila Arab mengalami kekalahan dalam Perang Tahun 1967 ditangan Yahudi, Syeikh Yusof Qaradhawi menulis dalam bukunya yang bertajuk: “ Dars an-Nukbah ats-Tsaniyah : Limadza Inhazamnaa Wa Kaifa Nantshir.” Di terjemah di dalam bahasa Indonesia dengan judul : “Mengapa Kita Kalah Di Palestina?”.Beliau menegaskan :”Satu hal yang amat saya tegaskan di sini adalah kewajiban kita untuk kembali kepada Islam. Islam yang benar. Islam yang menyeluruh yang mengembalikan diri kita, sebagaimana yang dulu pernah terjadi, menjadi sebaik-baik ummat yang pernah dihadirkan untuk seluruh ummat manusia. Tanpa kembali kepada Islam, maka nasib yang akan kita alami, sungguh amat mengerikan, dan masa depan pun akan demikian gelap gulitanya.”

Kita sebenarnya telah rosak. Rata-rata orang Islam telah rosak. Segala-galanya telah rosak berpunca dengan kerosakan iman kita. Hasilnya tidak ada bantuan pertolongan dari Allah apabila kita dibantai oleh Zionis Yahudi /Amerika. Maka saat ini perlu kita kembali kepada meneliti amal-amal kita. Apakah ianya menepati kehendak Allah dan rasul sebagaimana sahabat yang sememangnya senantiasa mendapat bantuan pertolongan dari Allah swt. Untuk ini kita hendaklah bertaubat dan beristikhfar di atas segala kesilapan kita kerana sebarang kehinaan pada ummat ini adalah gara-gara kelalaian dan kesilapan kita semua. Firman Allah :

“ Dan (dia berkata ) : “Hai kaumku mohonlah ampun pada tuhanmu lalu bertaubatlah kepadanya niscaya Dia menurunkan hujan yang banyak atasmu dan Dia akan menambah kekuatan pada kekuatanmu (wayazidkum quwwatan ila quwwatikum) dan jaganlah kamu berpaling dengan membuat dosa.” (Hud : 52/12)

Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

p/s : Tulisan ini tidak bermaksud menghina mana-mana gulongan yang berdemontrasi. Masih banyak yang ikhlas dan risau atas ummat ini. Doakan untuk penulis yang serba lemah ini.

4 comments:

Wak Jiboi said...

Betul la kata Sdr. Al-Alostari. Walaupun Allah SWT menjanjikan kemenangan dan kejayaan kepada umat Islam, tapi kita kena faham jenis umat Islam macam mana yang diberikan kejayaan. Brand Islam yang ada sekarang ni susah lah. Kalau 10 orang pergi masjid buat solat hajat, 100 orang pergi enjoy layan konsert kat jom heboh. Lagipun, kalau nak menentang musuh ni, kena la bersatu. Tapi dalam keadaan sekarang ni bilamana kita sesama kita pun tak boleh duduk semeja, apa la sangat yang dapat kita buat? Doa je lah........

Unknown said...

Jazakallah Wak atas komen.
Itu le masaalah yang kita hadapi sekarang ini.Yang mengajak kearah kebaikan tu boleh dikira yang mencemoh tu berdozen. Apa pun dakwah perlu diteruskan demi agama. InsyaAllah sama-sama kita doakan untuk ummat Islam Di Palestine dan seluroh dunia.

ابن جعفر said...

Benar apa yang ust khobar tu, kerana selagi umat ini terkena penyakit wahan maka selagi itulah umat islam tewas pada yahudi laknatullah.Semoga Allah memberi kekuatan pada ust didalam usaha ini.

farisd junos said...

trawUsaha itu sunnatullah.. MEreka yg lebih usahanya, maka selayaknya mendapat yg lebih juga.. Secara halusnya, isi kandungan blog di atas mempertikaikan ngo2 islam yg memperjuangkan isu palestin di negara ini (maafkan ana kalau salah tfsiran ana).. Perlu juga utk kita ketahui bahawa mereka2 yg memperjuangkan isu palestin (ngo2) juga menjaga solat mereka, menjaga iman mereka dan tidak cukup sekadar itu, memperbanyakkan amalan2 sunat mereka dan turut mendoakan kemenangan umat palestin di dalam solat hajat mereka.. persoalannya, adakah cukup sekadar itu..? masyarakat yg di luar sana masih ramai yg belum tidak tahu isu ini.. maka tidak salah kalau kita membuat perhimpunan secara aman jika ini juga boleh mnjadikan saluran kpd masyarakat yg tidur terlena bertukar mnjadi BANGKIT utk turut mntu memperjuangkan isu ini.. Akhir kata, percayalah, doa sahaja tidak cukup utk kembalikan kemenangan kepada Al-Aqsa yg kita sayangi walaupun doa itu dari individu yg tinggi imannya.. Tetapi mesti dan wajib disertai dgn usaha! -semoga ruangan komen ini mnjadi tempat utk kita berdiskusi dan bukan utk brtengkar..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin