Friday, January 16, 2009
Antara Mereka Dan Kita
Anak-anak mereka berebut-rebut menadah tangan meminta makanan.
Anak-anak kita makan sambil santai di "KFC" dan "McDonalds"
Anak-anak mereka kepala berbalut luka sambil meraung kesakitan
Anak-anak kita topi baseball terbalik sambil hilai ketawa
Anak-anak mereka tidur tidak berselimut dengan dentuman bunyi meriam
Anak-anak kita tidur ber”econd” dengan diringi muzik “Hifi”
Anak-anak mereka menangis kehilangan adek beradek tersayang,
Anak-anak kita bergaduh dan membenci sesama adek beradek.
Isteri mereka meraung kehilangan suami
Isteri kita meraung kerana suami tambah isteri
Isteri mereka memasak bubur kosong
Isteri kita memasak Beriani Gam resipi terkini
Isteri mereka berparut di muka
Isteri kita ber”botox” agar nampak muda.
Isteri mereka baju koyak rabak
Isteri kita berkebaya moden macam tak cukup kain
Mereka meraung dengan badan berbalut di hospital
Kita ketawa menonton Astro sambil terkangkang di katil empok
Mereka menangis mengenangkan isteri yang mati di atas ribaan
Kita meleleh air liur kemaruk nak tambah isteri
Mereka kehilangan harta dan segala-galanya
Kita kita rancang nak tukar Merc kelas “S”
Mereka gugur syahid sebagai syuhada
Kita mati katak dilanggar mat rempit
( Fikir-fikirkan lah wahai saudaraku semua )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya agak lewat bersama tuan2 semua di alam maya ni (kira tertinggal 500 tahun ni), baru terjumpa blog karkun2 kat sini... alhamdulillah. Allah temukan kita di sini.
Mohon kebenaran, blog tuan ini saya senaraikan dalam bloglist saya.
Sesekali, buatlah ghast di blog saya tamindhari.blogspot.com
Puri Zendegi Iman Zaruri,
Bohot Dakwat iman Masbuk..
Saudara Tamin,
Jazakallah atas kesudian kunjong blog yang tak sempurna ini.Tiada masaalah untuk masokkan di dalam bloglist saudara.Insyaallah ana akan masok "khususi" di bolg saudara nanti.
Maaf lewat sikit menjawab sebab Sabtu dan Ahad kat Sri Petaling.18/01/2009 jam 9.30 pagi ada Perhimpunan Ulama Zon Selatan dan ana tanggungjawab karkuzari untuk Negeri Sembilan.
Post a Comment