Friday, January 23, 2009
Pengumuman : Pandangan Dan Hukum Dalam Blog Ini
Kepada Semua Yang Singgah Ke Blog Ini,
Dimaklumkan bahawa setiap pandangan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi penulis yang serba lemah ini. Pandangan itu adalah padangan yang biasanya berkecederongan kepada “fikrah Jemaah Tabligh” kerana penulis berada di dalam jemaah berkenaan. Namun penulis sangat-sangat menghormati pandangan saudara-saudara kita yang di dalam fikrah lain ( JIM, ABIM, PAS, ISMA, Hizbut Tahrir, Ikhwan dan lain-lain).Menghormati jemaah yang penulis sebutkan adalah selaku keputusan dari Elders Jemaah Tabligh sendiri. Selain daripada itu penulis tidak boleh mengelak kerana di dalam kuliah pengajian yang penulis kendalikan di hadiri ramai orang yang dari berbagai fikrah tadi.
Selain daripada itu sekiranya persoalan hukum yang ditanya maka penulis akan berkecenderongan kepada padangan Mazhab Shafie yang sememangnya pegangan penulis dan Malaysia umumnya ( biasanya di Malaysia akan cenderong kepada fatwa Al-Azhar ) .Miski pun pandangan lain mungkin lebih tegas namun penulis memilih padangan Mazhab Shafie. Pegangan mazhab sebegini juga adalah selaku keputusan dari Elders Jemaah Tabligh sendiri yang memutuskan bahawa bagi setiap “pekerja dakwah” (karkun) hendaklah mengikuti pegangan mazhab ditempatnya.
Namun beramal pada jalan”taqwa” jauh lebih baik daripada jalan “fatwa”. Ini yang lebih penulis sukai dan beramal. Contoh : lihat lah pada “Video Bar” , penulis memilih Nasyid tanpa ada bunyian muzik miskin hukum yang penulis paparkan berbeza dengan pegangan penulis.
Wallhu alam
Nota: Tiada sebarang posting selama cuti Hari Raya Cina kerana penulis dan isteri akan keluar “Masturat”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamualaikum..
Tuan Guru..
Ana mau menegur sikit kenyataan tuan mengenai ini..
"Namun penulis sangat-sangat menghormati pandangan saudara-saudara kita yang di dalam fikrah lain ( JIM, ABIM, PAS, ISMA, Hizbut Tahrir, Ikhwan dan lain-lain).Menghormati jemaah yang penulis sebutkan adalah selaku keputusan dari Elders Jemaah Tabligh sendiri."
Apa yang ana paham dan dengar dari pada elders dan ulamak2..Usaha "tabligh" ni bukan 1 jemaah or bukan 1 fikrah..Usaha tabligh ni untuk semua orang Islam..So,bukan jemaah seperti JIM,HT,ABIM dan lain2..Usaha "tabligh" jugak bukan 1 fikrah sebab ia adalah agama..ia adalah fikrah nabi s.a.w dan sahabat2 ra.hum..Jika tuan telah declare usaha "tabligh" ni 1 jemaah or 1 fkrah..bermakna usaha "tabligh" ni takda beza dengan mereka2 yang dalam jemaah yg so called Islam..Disebabkan usaha "tabligh" ni agama..orang PAS kene buat usaha "tabligh",orang Ikhwan kene wat usaha "tabligh",orang UMNO kene buat usaha "tabligh" dan selanjutnye..semua orang kene buat tabligh mengikut sunnah seperti nabi dan sahabat telah buat..
Itu pandangan ana..
Tuan orang alim mungkin tuan tahu lagi banyak..
Itu pandangan ana..
(Maaf baru terbaca dan terlewat membalas)
Memang benar, apa yang tuan
sebutkan jemaah Tabligh bukan fikrah malah juga bukan jemaah.Kerana jemaah sediri bermaksud menjadikan Islam itu juz'ah.
Namun apa yang penulis maksudkan "fikrah" itu adalah "pemikiran" bukan maksud penulis "fikrah" itu gerakan, pertubuhan malah jemaah sendiri.
Malah nama "Jemaah Tabligh" itu sendiri tidak disenangi oleh Maulana Elyas.
Sememangnya Tabligh adalah "amalan" Bukan fikrah juga bukan jemaah kalau dilihat pada asal kerja Nabi.( sila lihat pada tulisan penulis yang lepas-lepas)
Maaf sekali lagi atas kesilapan penulis kerana penulis mengambil kira mereka-mereka yang masuk ke blog ini yang terdiri dari berbagai "fikrah".Hanya untuk memudahkan mereka memahami apa yang penulis sampaikan.
Wallahualam
P/s : Jazakallah atas teguran
Post a Comment