(Kaki Gunung Merapi)
Tilapia Bercabei. – “Enak, Rangup, Gereh”
Paling aku minat tak kala sampai di Sumbar (Sumatra Barat) adalah masakan Padangnya. Pedas memang pedas tapi sedap walau pun berkeringat. Dalam banyak-banyak jenis makanan masakan Padang ni Tilapia Bercili le yang paling aku minat. Pendek kata bila sampai waktu ta’am (makan) pastinya aku akan memileh masakan Tilapia Bercili ni. Kalau tak ada rasanya tak ada selera nak makan. Sekiranya rombongan kami singgah di mana-mana Rumah Makan (Restoran) Tilapia Bercili inilah yang akan aku “order” walau pun di sana, bila duduk je kita kat Rumah Makan tu kesemua jenis lauk pauk akan di hidangkan. Bila makan je phoooh! ‘Tak dapek sei nak kobar’ kata orang Nogori. Borpoloh poloh di bueknya tambahan lagi bila disulami dengan teh nipis suam-suam kuku. “Pehh! Cakap pu tarak guna, sedaaaap gua cakap lu”(bahasa Mat Lentuk)
Kata orang Jakarta :” Di Pulau Jawa, berkeringat sewaktu membanting tapi kalau di Padang berkeringat sewaktu makan”.
Waktu di sana, aku memang akan dibawa ‘Jaulah Khususi’ ke hulu ke hilir. Kekadang hingga tak sempat nak rehat. Habis ulama-ulama akan di khususi sehingga kadang kadang mandi pun juga aku tak sempat. Akhirnya bila banyak sangat makanan pedas yang aku makan ditambah dengan kurang mandi, aku terkena menceret {cerit-birit). Pernah sekali waktu tengahari tak kala menziarahi satu orang ulama tua yang terkenal di Paya Kumboh di Pesentren tertua di sana, tiba-tiba mencerit ni datang . Berpeloh-peloh aku menahan sakit teramat sangat. Dah le tu kena pula waktu berceramah untuk santri-santri (pelajar pondok) di situ. Selesai sahaja ceramah tu, aku terus meluru keluar . “Kat mana wei seinya (w c – tandas) pak?, Menceret aku!”, sambil menyarung selipar yang hampir tersalah kirikanannya. “Sini Pak Ustaz sini!”, sahut salah seorang santri sambil menunjuk ke arah belakang berhampiran kolam. “Uhh! Tak bisa aku neh!, ngak ada pipanya (paip air).”: terang aku dengan nada cemas. “Kalau begitu ikut saya Pak Ustaz,”: terangnya lembut sambil berlari-lari anak ke hujong kolam yang berhampiran. Aku mengikutinya di belakang hingga sampai di tebing kolam ikan yang memang banyak ikan di dalamnya. “Mana wei seinya? “: tanya aku dengan kehairanan. “ Neh! Pak Ustaz “. “MasyaAllah! ini?”: kata aku dengan cemas. “Yah! Tima asih ya!. Santri tadi meninggalakan aku bersaorangan. Cemas bertambah, mencerit dah hampir keluar. “Masaalah-masaalah”,merungut aku sendirian.
Bukannya apa, tandas diorang kat Padang, Indonesia ni rupanya di atas kolam ikan, dah le tu rendah paras pinggang. Tak ada bumbong. Kalau aku buka seluar pasti separoh aurat belakang aku akan terdedah dan memang akan nampak oleh sesiapa pun kalau ada kat belakang aku. Dah le tu santri perempuan memang banyak kat belakang . Paip air biasa pun tak ada tapi ada air mengalir dari paip yang di salurkan dari air bukit. Itu pun dikira o.k le. Janji ada air nak basuh. Gayongnya tak ada,tangan le jadi gayongnya. Pandangan aku ke kiri ke kanan,depan dan belakang. Nasib aku memang baik kebetulan santri-santri perempuan tak ada sorang pun yang pandang kearah kolam waktu tu, apa lagi, terus. . . pantas. . . jadik… .. siap. Belum sempat dudok terus . . . .Heran aku berkocak-kocak air kat bawah tu, berebut-rebut. Sekelip mata najis aku hilang. Rupanya dimakan oleh ikan-ikan Tilapia yang memang banyak kat kolam tu. Aku rasa lega tapi hal tilapia tu memang tak leh aku lupa.
Kami pulang segera kerana rombongan aku dan orang tempatan sedang menunggu aku untuk ta’am tengahari. Sesampai kami, makanan telah terhidang dan kawan-kawan aku begitu berselera menjamah makanan tengahari mungkin kerana kelaparan disebabkan lama menuggu aku pulang. Aku pun dudok di saprah kosong menunggu dulang makanan bersama kenalan orang tempatan. Bila sampai sahaja dulang aku pun siap untuk menjamah dengan bacaan doa makan yang dibaca dengan agak kelam kabut . “Mak Oooiii! Jerit aku dengan perlahan sambil wajah berkerut macam buah prune. ‘Depa bagi ikan Tilapi ni”; kata aku dalam hati.” Silakan Pak Ustaz! Silakan makan Pak Ustaz !”, jemput salah seorang kenalan aku orang tempatan. Bila melihat perubahan sikap aku, dia pun menyapa“Ngapa pak?” . “ Ngak ada apa-apa”, jelas aku perlahan tapi wajah masih lagi berkerut. “Kan Tilapia bercabei ni kegemaran Pak Ustaz”, terangnya kepada aku. “ Ya! Ya! Kata aku membenarkan.namun dalam hati aku ,” Cis potong stem betol”.sambil mulut mengambarkan wajah jijik. Aku menjamah sedikit nasi beserta kuah dengan sekeping keropok buah belinjau lalu meminta izin berhenti makan dengan alasan sakit perut. Sejak hari tu tak de le lagi aku menjamah ikan Tilapia Bercabei tu.
Kepada semua kekawan , sesiapa yang ke Padang atau kemana-mana tempat kat Indonesia kalau nak rasa Tilapia Bercabei tu boleh le “order” kat mana-mana rumah makan. Pasti menyelerakan. “Enaaak, Haruuum ,Gureeeh Pak.“
No comments:
Post a Comment