Thursday, January 29, 2009
Perlukah Wanita Berkerja ?
Sabda Nabi saw : “ Mencari rezeki yang halal adalah fardhu selepas daripada fardhu” (Miskat Musabbih)
“Fridhatun ba’dal faridhah…” “Fardhu selepas daripada fardhu” telah dihuraikan oleh ulama hadis bahawa berusaha mencari rezeki yang halal dalam masa yang sama menyempurnakan fardhu yang “maktubah”. Contoh fardhu yang “maktubah” seperti solat fardhu, muamalat dan muasyarat ketika mencari rezeki berkenaan serta juga memelihara diri dari perkara-perkara yang diharamkan ketika keluar bekerja mencari rezeki tadi.
Syariat telah menentukan bahawa lelaki lah yang keluar mencari rezeki manakala wanita berada di rumah sesuai dengan fitrah mereka. Namun begitu bagi wanita yang ‘terpaksa’ keluar mencari rezeki bagi menampong keluarga maka syariat telah menggariskan beberapa adab agar mereka terselamat dari fitnah di luar.
Kalimat ‘terpaksa’ ini boleh diketogori kepada beberapa perkara :-
a) Kerana kematian suami manakala tanggongjawab memelihara anak-anak telah terpikul pada dirinya.
b) Pendapatan suami tidak dapat menampong keluarga pada perkara-perkara asas dalam kehidupan. Bukan perbelanjaan pada perkara bermewah-mewah.
c) Bagi wanita yang belum bersuami yang terpaksa keluar bekerja bagi memelihara ibubapa yang tua serta adek-adek yang masih kecil.
d) Bagi wanita yang “Pakar” dalam sesuatu bidang yang kepakaran itu hanya ada padanya ketika itu dan di tempat itu yang tampanya tuntutan “fardhu Kifayah” tercicir maka “wajib” baginya keluar bekerja. Contoh : Doktor Pakar Sakit Puan.
Namun begitu wanita yang keluar bekerja (mencari rezeki) telah ditentukan oleh syariat beberapa adab antaranya :-
a) Pekerjaan itu mistilah tidak bertentangan dengan syariat dari semua sudut samada maumalat mahupun muasyarat.
b) Pekerjaan itu mistilah bersesuaian dengan naluri wanita. Contoh : Tukang jahit, jururawat, doktor, pendidik dan lain-lain.
c) Tempat bekerjanya itu bebas dari fitnah pada dirinya. Bukan tempat yang membuka ruang fitnah padanya. Contoh: Pelayan Pub dan Karaoke walau pun pekerjaan itu sesuai dengan naluri wanita namun mengundang fitnah yang banyak.
d) Wanita berkenaan hendaklah menutup aurat yang sempurna ( mengikut syariat) supaya tidak mengundang fitnah.
e) Perjalanan pergi dan balek ke tempat kerja juga bebas dari fitnah. Contoh : tidak menumpang kenderaan ke tempat kerja bersama lelaki yang bukan mahramnya.
f) Tidak bergaul mesra dengan lelaki yang bukan mahram melainkan pada perkara penting urusan kerja.
g) Menjaga akhlak sepanjang pekerjaan tersebut.
Sekiranya garis panduan yang telah di tetapkan di atas terhasil, maka boleh lah mana-mana wanita untuk keluar bekerja. Namun sesetengah ulama mengharamkan wanita keluar bekerja sekiranya kemampuan suami telah mencukupi. Manakala perjalanan serta tempat kerjanya mengundang fitnah. Malah ada yang mengatakan haram selamanya kerana zaman sekarang ini sememangnya zaman yang penoh dengan fitnah. Manakala yang lainnya mengatakan harus sekiranya tidak ada sebarang fitnah. Namun saat-saat akhir ini memang tidak dapat mengelak fitnah.
Wallahu’alam
p/s: Namun hakikatnya rezeki mencari kita, bukan kita mencari rezeki. Malah rezeki mengejar kita mendahului maut mengejar kita. Maut tidak akan boleh menghampiri kita selama rezeki belum disempurnakan kepada kita. Daripada manusia sibuk membetulkan dunia (urusan rezeki) lebih baik manusia sibuk membetulkan amalan. Hasilnya bukan rezeki “halal” sahaja malah rezeki yang “mulia” (Rizqan Karim)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
"cukup" tu satu perkara yang subjektif.
Cukup seorang berkereta Proton Wira samakah cukupnya dengan berkereta Toyota Camry?
So ini masing-masing kena jawab dalam hati.
Selamat datang Abang Ben ke blog yang tak seberapa ini.
"Cukup" bagi mangsa perang Pelastine mungkin "segeggam nasi" manakala "cukup" masyarakat kita mungkin "Family Feast"KFC.
Biarlah "cukup" sebagaimana Nabi saw mengatakan "cukup" dan kemuncak "tak cukup" kata Nabi saw tiga lembah(wadi) penoh dengan emas.
Wallahu'alam
Salam singgah,
Tidak bekerja - Mmg suatu mujahadah perasaan yg hebat bg seorang wanita dlm kehidupan akhir zaman ini. Apatah lagi, di zaman di mana manusia lelaki & perempuan berlumba2 mencari ilmu dgn niat utk mendapat imbalan dunia. It is a vicious cycle. The buck stops here. Semoga kita dpt hentikan budaya ini dgn anak2 kita. InsyaALlah mrk akan dpt mengalihkan kerisauan mrk dr maal kepada amal.
Tanpa iman yang sempurna sukar bagi wanita boleh memahami sebagaimana Ummu fahami.
Berkeyakinan rezeki yang Allah swt agihkan berperantaraan suami sukar di fahami oleh wanita hari ini selama kehidupan bermatlamat "Dananir Wa Darahim" ada di dalam keluarga Islam.
Untuk kefahaman sebeginilah yang menyebabkan Maulana Elyas "keluarkan" ahliahnya di Jalan Allah (Masturat) agar wanita yang lain memahami penting berada di rumah masing-masing.
Wallahu'alam
Tanda rezeki yang berkah mudah sahaja, apabila ia banyak, tidak membazir, apabila ia sedikit, mencukupi.
di zaman fitnah ni umat islam lebih suka memilih untuk membazir & melabelkan sebagai keperluan.
assalamualaikum..
tersentak sebentar membaca entry tuan..yaAllah, ampunkan dosa ku..
sy mmg tertekan dgn tekanan family yg srh sy bekerja..sdgkan sy tahu, sy tak layak bekerja(stlh di teliti syarat2 di entri tuan)..gaji suami lbh2 mampu utk membiayai kami berdua..tp apakan daya..sy cuma anak yg tidak mahu menderhaka..
penat sy terangkan n teguhkan pendirian sy shgga terjadinya sedikit pertengkaran antara sy, suami dan keluarga.. sehgga ada yg melebel kami anak derhaka..sy n suami malu
jd kami ambil kptsn utk biarkan sy bekerja..
hanya Allah shj yg tahu bgaimana perasaan sy n diri sy masa ini..sy merancang tp prncgn Allah terbaik..
Post a Comment