Friday, January 2, 2009
Selamat Tahun Baru / Hijrah dan Selamat Bertemu Kembali
(Sawah Padi Huma Padang Panjang)
Assalamualaikum Semua.
Alhamdulillah saya selamat kembali ke Tanahair beberapa hari yang lalu dari Khuruj ke Jalan Allah di Sumbar (Sumatera Barat).
Alhamdulillah selama berada di sana kami diberi nusrah yang terbaik oleh teman dan pendudok setempat. Kerja agama talah meningkat di Indonesia walaupun di Sumatera Barat ini agak sedikit perlahan. Namun kegigihan teman-teman di sana cukup mengkagumkan.
Selama di sana, saya diberi pelaung untuk berceramah/berkhutnah di masjid-masjid samaada atas tiket Jemaah maupun jemputan pendudok setempat. Sekali di Markaz Kota Padang, Masjid Muhamadan yang kehadirannya mencecah hampir 2 ribu orang. Markaz Padang panjang 2 kali, yang kehadirannya mencecah 1 ribu orang lebih. Ceramah khusus untuk kaum ibu di Indarung, Kota Pasdang yang kehadiran hampir 200 orang.
Sekali berkhutbah Aidil Adha di Masjid Indarung, Kota Padang. Ini pengalaman berkhutbah Aidil Adha yang pertama yang dilaksanakan di lapangan terbuka yang memang menjadi amalan tahunan mereka. Khutbah itu diVCDkan oleh pendudok setempat. Sekali khutbah Jumaat di Masjid Nurul Islam di Paya Kumboh yang terkenal dengan bayak pondok pesentrennya.Sebenarnya ada beberapa lagi masjid yang menjemput namun ditolak dengan cara terbaik memandangkan kurang memahami ehwal pendudok setempat yang terkadang-kadang ada yang berfahaman Mahammadiah, Salafi, Majahidin,Nu, Ikhwan dll.
Saya dan ahli jemaah juga berpeluang menuntut ilmu dari ulama-ulam setempat serta berpeluang menziarahi ulama,kiyai dan buya di sana. Selain itu dapat juga menziarahi Kantor Dato Bandar serta Timbalan Dato Bandar di rumah-rumah mereka secara Khusus.
Pengalaman 40 hari kali ini benar-benar terasa dan pengalaman mendalami hati nurani masyarakat setempat serta mengauli gulongan ulamak dan umarak di sana menjadi kenagan yang tak dapat dilupakan.
Semuga semuanya menjai asbab hidayat walaupun usaha yang terlalu kerdil.
Walahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment