MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, July 21, 2009

Antara Ijtimak Malaysia 1982 Dan Ijtimak Malaysia 2009


Aku masih ingat lagi sewaktu akan diadakan Ijtimak Malaysia 1982 yang ketika itu jemaah demi jemaah dikeluarkan sebelum ijtimak. Aku termasuk dikalangan mereka-mereka yang menyambut takazar keluar 40 hari sebelum ijtimak. Kami keluar di sekitar kawasan Raub, K.Lipis dan Benta , Pahang. Keseronokan untuk buat usaha jelas kepada setiap karkun berlebih lagi bila elders Nizamuddin akan turut hadir di Ijtimak berkenaan. Hadratjie Maulana Inamulhassan, Maulana Umar Palampuri, Maulana Ahmad Lat, Maulana Izhar, Maulana Ibrahim dan beberapa orang lagi Mukimin Nizamuddin turut serta hadir.

Usaha sebelum ijtimak hampir seperti yang kita buat untuk Ijtimak Malaysia 2009 yang lalu cumanya ketika itu penentangan usaha begitu kuat dikalangan masyarakat. Masih juga aku ingat, aku , Hj.Baharuddin Ali, Abdullah Kg.Baru (dah arwah), Ramli Bandaraya (sewaktu itu baru keluar 3 hari) ditangkap polis ketika kami buat s’cond ghast di Flat Kg.Padang, Kg.Baru. Huru hara jadinya kat flat tu. Seluruh penduduk keluar menyaksikan ‘pengikut ajaran sesat’ ditangkap polis. Kami dibebaskan sebaik sahaja maklumat peribadi diambil oleh pihak polis. Namun pihak polis memohon maaf apabila mendapati Hj Baharudin Ali adalah salah seorang lawyer terkenal sewaktu itu.

Sesetengah rumah lansung tak membuka pintu pagar ketika usaha ghast dibuat malah ada yang mengherdik dan menghalau kami. Malah ketika keluar 40 hari sebelum ijtimak lagi mujahadah, ada ahli jemaah kami dikejar dengan parang ketika ghast. Bayangkanlah dengan kain pelikat berlari ketika dikejar. Aku sendiri ketika buat ghast di satu kawasan surau di Raub diajukan dengan senapang patah. Berpeloh seluroh anggota badan dibuatnya. Namun alhamdulillah tidak ada sedikit pun perasaan putus asa dikalangan karkun malah bertambah bersemangat untuk meneruskan usaha yang mulia ini. Istimewa waktu itu perahan airmata cukup mudah. Apa tidaknya asyik menangis je ahli jemaah. Keluar ghast doa menangis, lepas bayan doa menangis, sebelum tidur selepas Solat Taubat menangis, dalam taklim pagi menangis, apa lagi selepas Solat Tahajud dan Hajat di waktu Sahur lagi le banyak menangis. Hampir semua ahli jemaah akan bangun dan menangis ketika berdoa. Waktu hening pagi tu hanya kedengaran tangisan ahli jemaah. Mungki juga kerana ketika itu tidak ada apa-apa “kabel” seperti sekarang. Sekarang ini macam-macam “kabel” dengan orang atasan. Lagi pun ramai karkun dah jadi orang-orang besar, pengarah kat situ pengarah kat sini. Dato kat situ dato kat sini dan ramai karkun dah kayaraya. Waktu itu tak ada sebarang “kabel” namun ada “codeless” lansung berhubong dengan Allah swt, mengadu dengan Allah dengan perahan airmata.

Kat Markaz Masjid India waktu itu pun begitu, bila malam markaz pasti akan kedengaran suara tangisan ramai sekali di waktu Sahur. Selepas Solat Suboh kami akan membaca Yaasin sebelum Bayan Suboh. Selepas Yaasin akan berdoa beramai-ramai untuk kejayaan ijtimak. Seingat aku waktu itu karkun cukup satu hati, masing-masing kami mengenali di atara satu dengan yang lain. Cukup berkasih sayang dan berlapang dada. Indah sekali usaha agama waktu itu. Tidak ada “Hubud Dunya”,“Hubbud Raisah”,”Hubud Jah” dan “Hubud Taqadum”. (Maaf bukan semua begitu, segelintir sahaja namun masih banyak yang ikhlas. Biasalah bila usaha telah maju begitulah keadaannya.)

Hasilnya bila karkun ketika itu bersifat begitu, banyak jemaah yang dikeluarkan sebelum dan selepas ijtimak berdasarkan peratus bilangan yang hadir waktu itu. Selepas dari itu banyak jemaah dikeluarkan khususnya 4 bulan IPB. Peningkatan usaha tempatan bertambah. Istimewa lagi madrasah hafiz pertama ditubohkan oleh jemaah di Kubang Bujuk,Terengganu yang sebelum ini seingat aku belum ada madrasah tahfiz yang dibina. Kemudian diikuti oleh setiap negeri membina madrasah tahfiz masing-masing.

Khemah ijtimak tidaklah secanggih sekarang , ianya dibuat dengan buluh, malah tempat menginap Hadratjie dan elders kita hanyalah berdingdingkan buloh, beratapkan nipah dan rumbia serta katil kayu yang dianyam tali ala India/Pakistan. Aku sekali pernah masuk melihatnya ketika menjadi sekuritu beberapa hari sebelum ijtimak.

Sambutan Pembesar Negara di atas usaha teramat pudar. Ramai yang belum faham lagi usaha ketika itu. Mungkin juga ketika itu kita kekurangan khawas di dalam usaha ini. Yang ada waktu itu adalah Dato Pakjang Haris, Tn Hj.Muda Terengganu dan TG Hj.Salleh Penanti. Usaha atasan begitu kurang selain jemaah ditohmah begitu dan begini serta dianggap sesat oleh berbagai gulongan. Hasilnya rombomgan Hadratjie dan elders ditahan begitu lama di Airport serta berbagai lagi karenah sehingga mendatangkan kemarahan elders.

Habis ijtimak, Hadratjie singgah di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum berangkat pulang. Tiada program di Indonesia dan Philipina. Usaha tersangat baru di Indonesia dan Philipina. Negara yang baru berkembang di rantau ini ketika itu adalah Thailand. Sewaktu itu Ustaz Mahmud Yala baru pertama kali keluar 4 bulan. Singapura pula waktu itu masih bersama Malaysia di dalam usaha ini malah ramai karkun di sana akan keluar di Malaysia seperti negeri-negeri lain. Sewaktu singgah di Kuala Lumpur Hadratjie menginap di Kg Baru di rumah Hj.Baharuddin Ali marhalah Masjid Kg.Baru ianya juga marhalah kedua aku selepas Segambut Luar ketika aku tinggal di Kuala Lumpur. Disebabkan Hadratjie menginap di Kg.Baru,semua karkun Kg.Baru mengambil peranan untuk khidmat. Sekali lagi aku dengan beberapa teman bertugas sebagai sekuriti. Bayan Maghrib pertama di Masjid Kg.Baru disampaikan oleh Maulana Umar Palampuri dan diterjemahkan oleh Utz. Wan Ubaidullah Pensyarah UTM ketika itu. Kehadiran ahli jemaah alhamdulillah memenuhi masjid dan membuka sedikit salah faham sesetengah penduduk setempat dengan usaha yang mulia ini.

Malam seterusnya Hadrajie memberi Bayan Nasihat khas untuk karkun Kuala Lumpur di Markaz Masjid India. Setahu aku semua karkun Kuala Lumpur waktu itu hadir di dalam program itu. Penghujung dari program malam itu adalah majlis angkat nikah yang dinikahkan sendiri oleh Hadratjie. Seingat aku angkat nikah pertama Saudara Ziaraq Khan dan yang kedua adalah Cik Gu Mohd Amir Syura Seremban. Kata-kata Hadratjie yang masih aku ingat sampai sekarang adalah bahawa beliau bersumpah tidak akan datang lagi ke Malaysia. Ini mungkin layanan pemerintah serta kesusahan yang ditangung ketika masuk ke Malaysia di Airport Subang.

Selepas beberapa tahun sekitar tahun 1993/4 Hadratjie singgah di Singapura sepulangnya beliau dari Ijtimak Mellborn, Autralia. Disebabkan singgah di Singapura maka Syura Malaysia menjemput beliau untuk singgah di Malaysia. Ketika berbual dengan karkun Sg.Besi aku khabarkan kepada mereka bahawa aku begitu yakin bahawa hadratjie tidak akan datang lagi ke Malaysia disebabkan beliau pernah bersumpah di Masjid India. Sangkaan aku memang tepat beliau menolak jemputan Syura Malaysia dengan baik sehinggalah beliau wafat beliau tidak pernah datang kembali ke Malaysia.

Hari ini segala-galanya telah berubah Ijtimak Malaysia 2009 baru-baru ini membuktikan perubahan yang besar ke atas pemimpin atasan kita. Orang-orang atasan kita telah mula berubah. Kesemuanya menyukai jemaah. Malah menganggap usaha ini adalah usaha kita bersama, samaada ianya keluar dari mulut Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Menteri Agama, Menteri DJPM, Wakil Pemimpin PAS-Dato Hassan Ali, DS Anuar Ibrahim dan MB Selangor wakil PKR, YDP ABIM dan lain-lain. Perubahan ini menyukakan Elders kita khususnya Maulana Saad dan Maulana Zubir d.bhum. Ianya juga membuka banyak mata untuk orang atasan, pertengahan dan juga bawahan. Perhimpunan yang julung-julang kali begitu besar kehadirannya serta kemudahan infrastruktur yang menyenangkan banyak pihak.

Kini yang tinggal hanya khemah-khemah yang akan diruntuhkan. Ijtimak telah pun berlalu, jemaah telah pun keluar berpusu-pusu. Tetamu luar negara telah pun sedikit demi sedikit meninggalkan Malaysia. Yang tinggal hanyalah kenangan. Apakah kenangan ini akan berulang kembali. Ianya memerlukan usaha dan doa kita bersama. Meningkatkan usaha tempatan bagi yang akan keluar ujung tahun serta mereka yang telah selesai keluar. Bagi mereka yang sedang keluar berusaha mengeluarkan seberapa banyak jemaah di setiap tempat.

Semuga Allah swt kekalkan kita serta memileh seluruh umat untuk maksud usaha yang mulia ini.

Wallahu’alam

17 comments:

rahba81 said...

Ya Allah..

Menitis air mata aku baca entry ustaz kali ni..

Bila baca jer terus terbayang kepayahan,kesusahan,dan berbagai lagi mujahadah para awalin dlm usaha agama di Malaysia ni..

Ya Allah istiqomahkan kami org2 baru yg masih belajar dlm usaha agama ni,Ya Allah istiqomahkan org2 lama dlm usaha kami ni..Ya Allah mereka telah melalui segala mujahadah dahulu dari kami..Engkau muliakan mereka Ya Allah..

Ya Allah campakkan ketinggian sifat taat kami org2 baru ni terhadap para awalin kami dlm usaha agama ini..

Ya Allah seandainya mereka menolak semua takaza agama ini entah apa la yg akan jadi kpd kami..

Ya Allah salam dan selawat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabt dan tabien..Dan juga pada para awalin kami dlm usaha agama ini..
Rahmatilah mereka Ya Allah..

Ameen Ya Rabbal Allameeenn..

Dr. Bentara said...

Doakan aku Ustaz!

Sofinee Harun said...

Sememangnya mujahadah orang dulu2 di Malaysia tak sama dgn sekarang. Sekarang ramai karkun yang dah kaya raya. Untuk keleuar dan meninggalkan keperluan bukanlah sukar. Kekadang dah bercampur baur dgn holiday jugak nampaknya..

Dulu2 pengorbanan memang tinggi. Memang menangis dan satu hati..memang perasaan adalah berbeza. Kita memang berkorban seluruh apa yang ada..sampai yang tak dak pun nak di korbankan.

Memang ketika itu usaha di Thailand dan Indonesia masih baru..tapi, kalau kita tengok sekarang ni..masya Allah..habih malu kita..dulu kita yang dok tasykil depa semua..Sekarang, ijtimak Indonesia...1 juta. Abah saya kata, ijtimak baru lagi di Indonesia, nak tulis nama tasykil tak boleh, sebab bila tasykil, semua bangun nak bagi nama..! Begitu pesat berkembangnya usaha agama di sana atas pengorbanan orang lama2 di Malaysia.

Semoga ijtimak kali ini pembuka mata untuk yang bukan karkun untuk lebih tahu apa itu tabligh. Walaupun tak sebanyak yang di target bilangan jemaah yang keluar. Semoga karkun2 zaman berteknologi lebih tawajuh...Insya Allah..

Post ustaz membuatkan saya terkenang zaman kegemilangan...walaupun may be zaman lama2 orang tak faham..tapi cukup satu hati dan bermujahadah..kesannya sangatlah berbeza..

seripagi said...

salam......menitis air mata.....di atas coretan ustaz ni ........ingat kembali ketika ana pertama kali klr 40 hari...ana terpaksa jual kasut dll...pd masa tu.....xpi skrng ni cukup berbeza ....bila nk klr kna fikir berapa rm nk bawa.....semuga ALLAHswt ampunkan dosa ana......astrafirullah....

musafir said...

..Menyentuh hati dan perasaan. Pengorbanan mereka yang terdahulu merupakan asbab kesenangan kita pada hari ini..

Semua Nabi dan Rasul tidak senang dulu...mereka bermula dengan penderitaan..kesakitan..kesusahan..

...akan tetapi apabila datang kesenangan mereka tetap dalam keadaan asal...tidak mengubah corak kehidupan mereka...

Inilah yang payah..untuk di amalkan..khususnya para dai'...

Pesan Maulana Ilyas pada orang mewat... Kesenangan akan datang dalam kehidupan kamu suatu masa nanti dan pada ketika itu..hiduplah kamu sebagaimana kehidupan kamu sekarang ini..

fiqkofallah said...

sebak membaca entry kali ni..
bagaimana penuh kepayahan dan kesusahan yang dialami karkun awwalin..
kerana tuan-tuan la saya dipilih untuk buat usaha..

adakah kerana layanan itu menyebabkan 27 tahun selepasnya ijtimak baru diadakan kembali?
yaallah ampun dosa kami

One Warhead said...

Ustaz...
Hubbud Raisah”,”Hubud Jah” dan “Hubud Taqadum"...apa maknanya?

Irwan said...

Posting yang emosional.
Pada pendapat saya, lebih baik untuk tidak memandang susah payah yg telah dialami dan lebih menumpu pada apa yg boleh dibuat/nak dibuat/kelemahan dalam buat kerja.
Secara persendirian, naik atau turun usaha bukan dek usaha/mujahadah saya. Apa yg saya alami cumalah "jalan cerita" yg telah Allah tentukan.

Jangan terkesan dgn kepayahan, kesenangan, berjaya atau gagal.
Apalah sangat apa yg kita alami berbanding dgn apa pengikut baginda SAW hadapi di lembah Abi Talib semasa peristiwa pemulauan. Takyah bandinglah dgn pengorbanan baginda SAW sendiri atau para sahabat r.a

Semuanya Allah dah tentukan sebagai ujian kepada kita.
Cuma awalin (orang tua) kena dihormati dan orang baru kena disayangi.

Tetapi memang diakui, menjadi pioneer memang banyak rintangannya. Apa sajalah bidangnya, apatah lagi usaha yg memang disertai oleh mujahadah ini.

Jika dulu mujahadahnya susah payah. Kita nampak dan kita kenal. Maka kita menangis. Zaman sekarang mujahadahnya berupa kesenangan dan kemewahan. Sapa pernah menangis bila nampak nasi dan lauk berlebihan dalam talam? Sapa pernah rasa takut bila ada orang bagi selori buah durian masa kita keluar di tempat mereka?

Sekadar pendapat.

Peluncur Islam said...

Ya Allah.. tak terkata .... sedihhhhh! aku main2 byk dlm usaha ni... ampun dosaku Ya Allah...

SYUKRI ABDULLAH said...

salam....
mujahadah org awwalin berbeza..dulu kena baling batu, hari ni kena 'baling' kuih-muih masa buat ghast..

org terdahulu ibarat dah cantas dan tebang pokok2 besar dlm belantara,mharungi onak duri dgn pnuh mujahadah, hari ni, kita (saya la tu..)cuma cantas rumput2 kecil je....

berkat pgorbanan org2 terdahulu, Allah bagi hidayat dan pilih org2 terkemudian seperti saya ini utk dpt mgucap 2 kalimah syahadah dan terlibat dlm usaha ini....

semoga Allah kekalkan dan istiqomahkn kita dlm usaha in... "puri zindegi dakwah..."

hasan fatula said...

Salam, antara yang saya ingat ketika awal usaha agama dulu apabila solat berjemaah, rakan seusaha akan solat rapat-rapat dan berhimpit-himpit. Begitu juga ketika bayan samada bayan ijtimak atau bayan di marhalah. Sama-samalah kita amalkan sunnah ini sampai bila-bila...

Unknown said...

OneWarHead,

Hubud Raisah = Cinta (gila)nak jadi pemimpin (kuasa)

Hubud Jah = Cinta kemasyuran (glamore)

Hubud Taqadum = Cinta nak kehadapan (suka di beri keutamaan)

Berlindung dengan Allah agar tidak terjebak dengan hubud-hubud di atas.

musafir said...

Perkara yang Ke 5 - Ikhlas niat

Ya Allah engkaulah maksudku dan redhoMu yang ku cari...

Buzruq ke... aku orang korban ke...4b tiap2 tahun..ke...pikir man...ke..... satu je.... Lillahita'ala...

Ada niat lain....... sia sia saje... seperti debu2...yang di terbangkan angin....... satu habuk pun Allah tak pandang...

Ya Allah Islahkan Niatku dan hatiku....

Irwan said...

Tang tebas semak and tebang pokok tu, memang diakui akan kesukarannya. Serupa jugalah nak maintain kawasan rumah dari dipenuhi lalang dan tumbuhan sesaran.

Apa2pun, Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana, telah tetapkan level mujahadah yang sesuai mengikut tahap masing2.

And sangat setuju tang menjaga niat tu...

Ismi Ijmi said...

ternangis lak ustaz... tertitis air mata

Haji Z said...

Alhamdulillah,

Allah swt juga memberi kesempatan kepada saya dalam Ijtimak 1982,

Allah swt juga memberi kesempatan kepada saya untuk 4B IP1990,

Bagaimanapun satelah Markaz berpindah ke Sri Petaling, saya cuma menjadi pemerhati sahaja......

Pada pandangan saya usaha ini adalah usaha-usaha yang mirip-mirip usaha Rasulullah SAW, tetapi karkun-karkun semua perlu akur, bahawa usaha ini juga timbul hasil ijtihad Maulana M Ilyas,

Oleh itu tuan-tuan tidak perlu marah kalau orang tak nak ikut

Zul fattah said...

benar ustaz.. usaha skrang dah brubah. sy tak paham dgn usaha skrng ni.. bnyak kat2 munafik yg sy dngar, tp kerja x ade.. sy org baru, diasuh pulak dgn mindset macam ni.. jadi mkin x paham.. mujurlah Allah hantaq org lama utk btulkn kmbali niat sy.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin