Saturday, February 20, 2010
Maulana Umar Palampuri rah
Seluroh Indopak, juga hampir di seluruh dunia mengenali siapa itu Maulana Umar Palanpuri rah. Beliau dikenali sebagai “Suara Emas Dalam Kerja Dakwah” (Golden Voice of Dakwah Work). Sewaktu penulis berada di India pada 1990 ketika keluar 40 hari Masturat sempat menghabiskan masa beberapa hari di Markaz Dunia, Madrasah Kasyaful Ulom, Masjid BangoWali, Nizamuddin, India. Ketika itu penulis berkesempatan berada beberapa kali di dalam majlis beliau.
Pada waktu yang sama juga markaz didatangi rombongan yang pertama yang sebelum ini belum pernah sampai ke situ. Ia itu rombongan pertama dari Russia (USSR). Seingat penulis rombongan itu terdiri dari tujuh orang yang pakaian dari ketayap sampai ke stokin warna yang sama iaitu warna biru. Sesampai mereka di markaz berkebetolan dengan malam perhimpunan mingguan di daerah berkenaan. Kesemua mereka berada di tempat khas di atas kolah wudhuk berhadapan dengan pintu masjid (sekarang ini sudah tiada). Pada petang itu Maulana Umar Palanpuri rah memberi bayan (ceramah) yang mana dalam bayan tersebut beliau menyentuh bagaimana asal ujudnya fahaman Kominis.
Fahaman berkenaan bertapak apabila sistem Zakat yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis Nabi gagal dilaksanakan. Akhirnya gulongan miskin terpinggir dan seterusnya fahaman ini mulai bertapak. Beliau mengulas begitu panjang lebar sehingga penulis tidak sangka bahawa maulana yang begitu sibuk dengan ilmu agama dan madrasah begitu arif dengan sistem politik semasa serta begitu mahir dengan berbagai idologi yang ujud akhir-akhir ini.
Di dalam bayan beliau, beliau begitu yakin dengan kedatangan tetamu ronbongan jemaah pertama dari Russia itu menjadi titik permulaan perkembangan dan kebangkitan Islam di negara berkenaan. Beliau bersumpah dengan nama Allah swt bahawa Russia (USSR) akan berpecah satu persatu selepas dua tahun dari sekarang. Kata-kata beliau mengejutkan ramai hadirin yang hadir termasuk penulis. Ternyata selapas dua tahun kata-kata beliau ianya benar-benar menjadi kenyataan. Satu persatu Negara Kesatuan Russia telah berpecah. Cechnya, Yogoslavia,Cekoslovakia,Bosnia,Serbia,Angustia,Balarus dan lain-lain. Kata-kata beliau dua tahun selepas itu benar-benar berlaku.
Kekadang bila beliau membaca potongan ayat-ayat Quran, irama suaranya begitu sayu menahan sebak yang pastinya akan menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengar. Kekadang juga bila beliau menceritakan kisah Asyash yang beliau nukilkan dari kitab “maarif e mathnawi” karangan Maulana Hakim Muhammad Akhtar serta tafsiran oleh Syeikh Jalaluddin Rumi, beliau akan menangis sambil menahan sebak. Hadirin juga akan turut menangis ini termasuklah jemaah luar negara, Eropah, Amerika serta juga dari beberapa Negara Arab miski pun bayan di dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan ke dalam bahasa masing-masing.
Bayannya cukup memberi kesan di dalam hati hadirin yang mendengarnya. Ada beberapa orang tetamu luar negara yang datang ke Markaz Nizamuddin tersebut semata-mata ingin bertanyakan sesuatu berkaitan Jemaah Tabligh, namun apabila selesai mendengar bayan dari beliau, jawapan persolan berkenaan akan terjawab di dalam bayan tersebut. Ini diperakui oleh banyak tetamu yang datang ke Markaz Nizamuddin.
Mengikut maklumat yang diterima, bahawa beliau semasa kecil dipelihara dan dididik oleh ibunya yang terkenal sabagai saorang wanita yang solehah ketika itu. Ketika masih kecil beliau menunjukkan tanda-tanda kecerdikkan yang mana dengan kecerdikan tersebut membuatkan bapa saudaranya menyekolahkannya mengikut pendidikan sekular yang ada ketika itu. Namun sebaliknya ibunya yang solehah itu berkeinginan anaknya itu diasuh dengan pengajian dan pendidikan agama yang akhirnya inilah terjadi kepada maulana.
Ketika masih umur kanak-kanak beliau telah pun menghafal Al-Quran dan ketika remaja beliau seterusnya melanjutkan pelajaran agamanya di Darul Ulum Deoband yang berkesudahan mendapat keputusan yang cermelang sehingga mengkagumkan guru-guru beliau. Pun begitu di dalam bidang kerohanian, beliau menjadikan Syeikhul Hadis Maulana Zakaria Al-Kandalawi rah sebagai Syeikh Khalifah beliau.
Seringkali di dalam bayan beliau, takkala beliau menceritakan mengenai sejarah silam beliau, beliau akan menceritakan bagaimana apabila pulang dari madrasah ibunya akan meminta beliau menceritakan apa ilmu yang beliau dapat di madrasah. Ibunya akan memberi perhatian kepada beliau serta berkata,”Sekarang ini tidak ada yang mendengar melainkan ibu sahaja namun ibu berdoa suatu hari nanti kamu akan saksikan bahawa ribuan orang akan mendengar apa yang kamu cakapkan.” Bila beliau menceritakan kisah ini, beliau akan menangis terisak-isak di hadapan ribuan dan jutaan manusia yang mendengar bayan beliau. Doa ibu beliau telah pun dikabulkan.
Pada 21 May 1997 jam 1.30 petang bersamaan hari Rabu, beliau telah dipanggil oleh Allah swt pulang ke rahmatullah di Nizamuddin, India. Inya terjadi setelah beliau beserta beberapa orang elders Nizamuddin bersafar ke Ijtimak Agra dan di dalam perjalanan, beliau telah jatuh sakit serta pulang semula ke Delhi. Kemudian beliau dimasukan ke hopital dan telah dibenarkan pulang namun selepas itu beliau diserang sakit jantung dan meninggal dunia.
Sekitar 80an dan awal 90an beliau begitu suka dengan jemaah dari Malaysia serta akan menyapa serta bersarapan pagi bersama jemaah dari Malayisa. Kesukaan beliau dengan jemaah Malaysia kerana ketika itu kebanyakkan yang datang ke markaz Nizamuddin adalah muda-muda belaka.
Pengurbanan beliau terhadap agama memberi menafaat yang banyak kepada ramai manusia yang datang ke Nizamuddin, India.
Semuga Allah swt mencerahkan tempat rehat beliau dan menerima pengurbanan beliau.
P/s : Allahum maghfir lahu warhamhu wa’afihi wa fuanhu. Amin !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
saya hanya sempat jumpa maulana umar di madinah ketika haji terakhirnya 1997 bersama maulana zubir..bln 6 1997 saya ke sana dapat ziarah kuburnya sahaja....
aSSALAMUALAIKUM MEMANG BENARLAH KATA aL aLOSTRI MASA SAYA PERGI IPB 4b TAHUN 1982 UMUR SAYA BARU MASUK 21 TAHUN. KAT NIZAMUDDIN SAYA TIAP2 PAGI BERSARAPAN DENGAN HADRAJI DAN MAULANA OMAR R.ALAIH.DI DALAM BILIK HADRAJI R. ALAIH.BEGITU JUGA MAKAN PETANG DAN MALAM MAKAN BERSMA HADRAJI DAN MAULANA UMAR. SARAPAN PAGI AIR TEH DIBANCUH OLEH MAULANA ZUBIR, LAYANAN MAKANAN DAN MINUMAN DIHIDANG OLEH MAULANA AHMAD LAT, SAYA AMAT MALU KETIKA ITU KERANA DIIKRAM OLEH ORANG YANG PALING CEMERLANG ZAMAN INI, TAPI ITULAH IKRAM MEREKA KERANA MASA ITU BILANGAN ORANG MALAYSIA DAN ARAB SEDIKIT BILANGANNYA. TIKA ITU BANGGUNAN BARU BANYAK TINGGKAT TU BELUM SIAP KAMI TIDOR TINGKAT ATAS MASJID BANGLAWALI DAN TANDAS GUNA YANG DIBAWAH TANAH. KEMUDIAN SAYA PERGI 40HARI MASTURAT DI NIZAMUDDIN TAHUN 1991 SUASANA SUDAH BERUBAH DAH TAK DAPAT PELUANG MAKAN BERSAMA ELDERS LAGI.
Teringat satu pak kiyai yg datang di Seremban dgn jemaah dia. Dalam bayan dia, dia pergi serata tempat termasuk ke negara dekat kutub utara dan selatan, semua ada usaha tabligh. Dan semasa beliau di Nizamuddin, ketika itu jenazah Maulana Umar di bawa ke bilik bawah,untuk dimandikan dan dikafan. Ketika itu waktu solat pun masuk dan semuanya telah tinggalkan jenazah untuk solat dan akan sambung selepas solat. Apa yang menakjubkan, bila semua kembali ke bilik tu, jenazah Maulana dah siap dimandikan dan dikafankan, siap dengan haruman yang luarbiasa. Terus Pak Kiyai tu kata...Ini lah usaha yg dia cari selama ini dan ready kasi whole life....
Semuga Allah swt merahmati Maulana Umar rah..
Allahu Akbar..
Saya hanya berpeluang ke Bangawali Masjid pada tahun 2003.. Walaubagaimanapun syukur pada Allah..
OneWarHead,
Kiyai berkenaan rapat dengan saya. Namanya kiyai Safri Pekan Baru. Di Pekan Baru beliau dikenali sebagai Datok Puncak gelaran dlm masyarakat Minang. Salah seorang tanggungjawab Pekan Baru. Sebelum keluar jemaah, beliau menjadi salah seorang "Tahkik Muhammadiah" tempat rujukan gerakan Muhammadiah Indonesia.Selepas menyelidiki JT beliau diberi taufik utk bersama JT. Macam Ust.Ghazali Bangi bekas pengasas ABIM.
Ustaz, rasanya Maulana Umar Palampuri satu satunya pembayan yang boleh menjawap soalan yang dikemukakan dalam hati tanpa menzahirkan dengan lisan dalam bayannya.Sesiapa yang mendengar bayannya akan terjawap apa yang termuskyil di hati. Semoga Allah merahmati kita semua.
Wallahuaklam
mgkn bukan maulana yang jawab tp Allah zahirkan pertanyaan orang itu melalui maulana kerana ingin memuliakannya..mgkn maulana umar sendiri pun tak tahu ada orang nak tanya benda tu
tp tidak mustahil juga klu dia tahu....
Imam Masjidil Haram Shaykh Abdur Rahman as Sudaisi bermimpi Rasulullah saw mengiringi janazah seseorang. Shaykh as Sudaisi bertanya siapakah janazah itu. Rasulullah saw mengatakan janazah Maulana Umar al Hindi. Keesokannya Shaykh as Sudaisi mengirim takziah kepada Markaz Nizamuddin.
Salam, paling mengingatkan saya pasal Maulana Umar ni, cermin matanya yang tebal macam kanta. Tertarik dengan cerita ibu Maulana Umar, keinginannya meletakkan anaknya dalam suasana kesolehan, bagaimana suasana boleh membantu membentuk peribadi anak-anak.
MasyaAllah, banyak perkara @ cerita pelik dalam usaha jemaah.
semuanya bila buat usaha ikut tertib yang di anjurkan
Assalamu 'alaikum wr. wb.
Dengan izin Allah swt, Insya Allah, asbab usaha da'wah ini akan terlahir da'i, alim yang banyak seperti Maulana Ummar Palanpuri Rah.
Seperti mana para Shahabat RA di jaman Rasulullah SAW, beliau-beliau ini penuh dengan korban terhadap PIKIR dan RISAU Nabi Muhammad SAW. Generasi kemudian terlahir banyak Ulama-Ulama besar yang mencatat kehidupan Nabi Muhammad SAW dan para Shahabat RA.
Kita senang mendengar kisah-kisah para Ulama, mudah-mudahan kita digolongkan untuk menjadi Ulama. Jika kita tidak menjadi Ulama, mudah-mudahan di antara keluarga kita ada yang menjadi Ulama, seperti mana Maulana Ummar Palanpuri Rah.
Untuk itulah kita berlomba untuk menghafal 40 hadist Rasulullah SAW, mudah-mudahan digolongkan menjadi Ulama di akherat.
Wassalamu'alaikum wr. wb.
Haitan Rachman
http://usahadawah.com
"muka org malaysia...megingatkan saya pd imam bukhari..."
~kata Maulana Umar.... :'(
Alhamdulillah.. dapat baca pasal maulana umar.. tp syg, sy x smpat nk jumpa beliau.. masih baru dlm usaha
Aamii.. smg Allah merahmati beliau di quburnya..
Post a Comment