MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, April 22, 2009

Membaca Al-Quran Di Kuburan - Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi


Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi adalah antara ulama kenamaan India keluaran Darul Ulum Deoband. Beliau, yang terkenal dengan gelaran Hakimul Ummah dan Mujaddidul Millah, telah dilahirkan di Thana Bhawan, Muzaffarnagar, Uttar Pradesh pada 5 Rabi`ul Akhir 1280H (19 September 1863M). Antara guru-gurunya ialah Mawlana Haji Imdadullah Muhajir Makki, Syaikhul Hind Maulana Mahmud Hasan, Maulana Rasyid Ahmad Gangohi, Maulana Muhammad Qasim Nanotawi dan Maulana Muhammad Ya’qub Nanotawi. Belia juga adalah seorang pembayan di Ijtimak-ijtimak yang diadakan di India, Pakistan dan Bangladesh semasa zaman Maulana Yusof rah. Beliau telah mengarang berbagai-bagai kitab yang digunapakai dan diterjemahkan di dalam berbagai bahasa. Antara kitabnya yang terkenal adalah "Bahisti Zewar". Beliau meninggalkan dunia pada 2 Rejab 1362H ( 4 Julai 1943) dan disemadikan di Thana Bhawan. Moga Allah merahmatinya dan menempatkannya di kalangan para sholihi.

Maulana Asyraf ‘Ali Thanwi dalam karyanya berjodol “Syauqu Wathan” menulis seperti berikut:-

Diriwayatkan oleh al-Khalaal dalam “al-Jami`” daripada asy-Sya’bi yang berkata: “Adalah orang-orang Anshar apabila mati seseorang daripada mereka, berulang-aliklah mereka ke kubur si mati tadi untuk membaca al-Quran baginya (yakni bagi si mati) - Syarhush Shudur. Maka pandanganku (yakni pandangan Maulana Asyraf):- Kalaulah tidak sampai (pahala bacaan al-Quran tersebut) dalam pandangan mereka, maka kenapakah mereka membacanya (yakni kaum Anshar membaca al-Quran bagi si mati di kuburnya kerana mereka percaya bahawa pahala bacaan tersebut boleh sampai dan bermanfaat kepada si mati, jika mereka tidak berpendapat sedemikian maka kenapakah mereka membacanya). Dan mereka tidak akan beri’tiqad sampainya pahala tersebut tanpa ada dalil, maka sabitlah sampainya pahala bacaan kepada si mati. (Yakni perbuatan kaum Anshar untuk membaca al-Quran di kubur membuktikan wujudnya atau adanya dalil yang menyatakan sampainya pahala bacaan al-Quran kepada si mati).

Hujah di atas adalah diantara alasan yang membolehkan untuk membaca ayat-ayat Al-Quran di kuburan. Pandangan Maulana juga adalah pandangan beberapa Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Wallahu’alam

p/s : Penulis juga beberapa kali bila diminta membaca Talkin oleh waris arwah yang meninggal akan berbuat demikian.

9 comments:

azharjaafar said...

Salam ustaz,

Baru2 ni kwn sy meninggal dunia. mengikut cerita maknye, semasa rohnye dicabut, bdn n muka kwn sy tu berpeluh2 n basah habis bajunye.Org2 kate berpeluh2 tu tanda mati yg baik. betul ke ustaz?

Ahlia Azhar

Irwan said...

Jadi, boleh lah baca Surah Yassin kat kubur?

Unknown said...

Ahlia Azharjaafar,

Sememangnya saya membaca kitab 'Bahrul Maazi jld 7' di satu surau di NS berkaitan 'Janaaiz' (jenazah). Memang pun ada dibahaskan oleh ulama berkaitan hadis kematian Abu Salamah. Ada ulama berpendapat bahawa berpeluh di dahi adalah petanda kematian yang baik selain dapat mengucap kalimah.Manakala berbiauh di mulut petanda kesusahan di dalam kematian.

Wallah'alam

Unknown said...

Irwan,

Boleh, samaada Yasiin atau pun apa-apa surah. Atau pun tak nak baca apa-apa. Cuma jangan mengatakan membaca Quran kat kuburan tu bid'ah. Tu je.

sepohonkayu said...

salam ustadz, apa pendapat ustadz bg orang yang mengamalkan ibadatnya dengan mencari dalil atau fatwa dari semua mazhab? maksudnya dia mengamalkan ibadat dengan beberapa mazhab sekali gus. contohnya solat dengan mengikut kaedah beberapa mazhab?

Unknown said...

Sepohonkayu,

Pendukong-pendukong mazhab melarang berbuat demikian yang juga dikenali sebagai 'talfiq'. Cuma yang membenarkan adalah ulama salafiwahabi sahaja. Kalau kita berbuat demikian bermakna kita lebih hebat dari ulama mazhab. Mereka tarjih kita siap memilih mengikut selera kita. Siapa kita dan siapa mereka.

ibnu abdullah said...

benar ustaz, kat tmpt saya ni kepala wahabi ni suka membeza-bezakan pendapat ulama-ulama besar & most of the time imam syafie yang selalu diperlekehkan, sebagai contoh bab mandi wajib. Dia kata hambali lagi mudah, basuh kepala 3 kali dh settle bab mandi wajib, tak perlu nak mandi basah kuyup ikut imam syafie. Lepas tu siap kata "mat saleh pun pelik tengok orang melayu basah kuyup pagi-pagi (sebab mandi wajib)". Bahaya wahabi ni, depa cari alasan untuk amalkan sesuatu dengan mudah, atau tidak amalkan langsung sebab tiada dalil sahih & claim islam itu mudah.

Lagak mereka seolah-olah mereka lebih pandai dari ulama-ulama besar terdahulu, sedangkan mereka tidak menghabiskan masa mengkaji Al Quran & hadis, serta hukum hakam agama, 15 cabang agama, namun sesuka hati berbuat keputusan, asalkan menyenangkan hidup mereka. Yang kepala tu, malam-malam kerja cuci lantai dgn taik omputih, pastu ujung minggu nanti sebarkan fahaman dia.

sori ustaz, saya laser skit.

sepohonkayu said...

Salam, ustadz. Apa yang membolehkan seseorang itu berbuat talfiq? bila kita dibolehkan atau bekeperluan untuk berbuat demikian? sebenarnya saya kurang faham 'status' talfiq ni... macam naik haji? bukankah kita dah bertalfiq apabila...

Satu lagi, di Malaysia Zakat Fitrah, Imam Syafie menyatakan bahawa Zakat Fitrah itu hanya sah dibayar dengan beras dan gandum. Tetapi, kita dibolehkan membayarnya dengan wang tunai mengikut Mazhab Hanafi.

Boleh x ustadz masukkan entry tentang perkara ini dengan lebih lanjut ataupun mungkin ustadz dah 'post'kan... boleh bg linknya?

Jazakallah ustaz...

Unknown said...

Talfiq tidak dibenarkan oleh ulama mazhab memandangkan pengamalnya tidak menggunakan sistem ilmu yang betul. Sekadar melihat hadis yang sahih yang telah di tarjihkan lansung memilih berdasarkan pandangan peribadi(individu)

Yang dibenarkan oleh ulama-ulama (bukan pandangan peribadi)tetapi sepakat ulama-ulama apabila praktik hukum tidak dapat disempurnakan atas dharurat maka dibolehkan memilih pandangan mazhab yang lain.

Persoalan zakat fitrah dibolehkan mengikuti mazhab Hanafi disebabkan perubahan kehidupan bukan memilih kerana memudahkan.Namun begitu bukanlah keputusan muktamat.Masih lagi disesetengah tempat khusus di Utara dan Kelantan/Terengganu masih membayar dengan beras.

Perlu diingat bahawa keputusan membayar zakat fitrah dengan wang bagi mengantikan beras bukanlah keputusan individu namun ianya adalah keputusan 'ulama-ulama syafieyyah.

Wallau'alam

p/s: rasanya perlu saya menulis sesuatu berkaitan 'talfiq' ini. Muga Allah swt memudahkan. Insyaallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin