MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, January 21, 2010

Satu Lagi Tanda Kehebatan Allah swt



Baru-baru ini teman saya yang baru pulang dari South Africa setelah keluar 2 bulan masturat di sana menceritakan keajaiban ciptaan tuhan melalui firman Allah swt di dalam surah Ar-Rahman ayat 19 dan 20. Pertemuan dua laut yang airnya tidak bercapur di antara satu sama lain. Iaitu pertemuan di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.

Namun demikian beberapa jam yang lalu penulis menerima satu email dari teman yang menceritakan lagi tanda-tanda kehebatan dan kebesaran Allah swt yang mungkin juga berkaitan dengan ayat dari surah Ar-Rahman ini.

Ianya berkaitan sungai di bawah sungai, iaitu ada lagi sungai di dalam sungai berkenaan. Ianya terdapat di satu tempat di Cenote Angelita , Mexico. Di sana terdapat gua yang di dalamnya terdapat sungai air tawar jika kita menyelam sedalam 30 metar. Namun begitu jika kita menyelam sedalam 80 meter maka kita akan dapati satu sungai yang terdapat di bawah sungai berkenaan yang berair masin. Ianya benar-benar meyerupai sebuah anak sungai yang mengalir di bawahnya. Rupa bentuk pokok-pokok jelas dari batang dan ranting pokok dari atas dataran yang tenggelam di dasarnya.


Sila lihat gambar yang tertera.

Penulis pernah menyelam sedalam 80 meter ‘Scuba Diving’ di Pulau Perhentian sewaktu berkhidmat dengan LKIM, boleh merasai bila melihat gambar berkenaan. 80 meter sebenarnya tidaklah begitu dalam namun kita akan merasai kesejukan air berlebih lagi jika ianya air tawar.

Yang anehnya air masin berkenaan seolah-olah tidak bercampur dengan air tawar sungai berkenaan. Ianya mengalir seperti sungai-sungai biasa dipermukaan membentuk dan mengalir seperti biasa.


Para pengkaji mengatakan bahawa ianya bukan sungai tetapi ianya adalah lapisan hidrogen sulfida. Namun di sisi kita ianya sebahagian dari tanda-tanda kehebatan ciptaan tuhan yang juga bersabit dari firman di atas.

Wallahua’lam.

9 comments:

مسافر اسلام said...

Salamatan wa Tihiyyatan tuan mulia,
Sukran ana ziarah blog tuan sebentar, mehilangkan rasa megatuk di pejabat. Ana sering membaca tulisan tuan, jumpa tuan shj belum.

ShubbahanaAllah.....Allah punya kuasa, manusia tak ada kuasa.

Manusia sekadar sains dan kajian. Allah hebat dengan ciptaanNYa.

Insyallah..kita jumpa lagi...

Syukran.

EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

assalamualaikum....

subahannallah.........ya allah....x ada apa pun yang pelik jika allah swt mengkehendakinya....

Unknown said...

Musafir Islam,

Jazakallah atas kunjungan saudara ke blog ini.

Semuga Allah swt merahmati kita semua.

Unknown said...

Epal,

Sebenar masih banyak lagi hasil ciptaan Allah yang belum lagi manusia terokai.

Cuma bagi yang beriman pasti dan pasti akan nampak kehebatan dan keagungan Allah swt.Ianya akan menambah keyakinan dan kehebatan Allah.Dan Ia akan memuji-muji Allah swt.

Bagi yang lalai akan nampak kehebtan kajian manusia.Dan ia akan memuji-muji kehebatan kajian manusia dan meninggalkan pujian kepada Allah swt.

Moga kita tergulong di dalam gulongan yang memujia Allah swt.

مسافر اسلام said...

salam tuan, insyallah 30hb ini ana nak ke mlm markas seremban. Boleh jumpa tuan jika sempat di sana.
Ana nak belajar-belajar.

Insyallah ya tuan,

Unknown said...

Musafir Islam,

Tarikh 30 hb ana kena balek kampong (Kg. Aliah ana) kerana besoknya ana dijemput untuk Kuliah Suboh di masjid berdekatan.

Insyaallah kita jumpa lain kali.

مسافر اسلام said...

Insyallah tuan, Allah tak izinkan lagi utk ketemu. Insyallah.

Kuliah tuan itu di Masjid mana?

مسافر اسلام said...

Salam tuan, boleh ana mintak no tel tuan. Kalau sukar boleh emailkan pada email saya.
yung7730@yahoo.com
Insyallah..

Unknown said...

Subhanallah
(ilmanmuttaqin.student.ipb.ac.id)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin