Monday, November 10, 2008
Kuala Kedah Vs Kuala Pilah
Jodoh ditangan tuhan, kita boleh merancang tapi tuhan yang menentukan. Begitulah dengan aku , telah ditakdirkan tuhan aku berkahwin dengan gadis Kuala Pilah setelah di dahului dengan Solat Istikharah yang hampir bebulan lamanya. Aku begitu yakin dengan Solat Istikharah walau pun banyak halangan-halangan yang aku hadapi. Kekawan pejabat aku banyak yang nasihat agar jangan kahwin dengan orang ‘Nogori’ nanti kau ‘Masok Suku’. Keluarga sebelah Utara pula banyak yang tak setuju nanti hilang ‘Pak Jang” kata mereka melainkan abang aku yang nombor dua. Dia tu yang tak kisah aku kawin dengan sapa pun. Janji Istikharah. Munkin sebab dia dah jadi ‘karkun’ lagi pun aku yang tasykil dia sewaktu dia di ‘zaman Jahiliyah’nya. Jadi misti kena sokong punya.
Setelah kahwin hampir tujoh tahun aku tak dapat anak. Kekawan yang kat pejabat riuh rendah megejek aku “ memang confirm hang masok suku” kata mereka. Tapi berkat doa isteri yang sunggoh-sunggoh beserta solat hajat yang tak henti-henti aku pun dapat anak. Dan sekarang dah tiga orang , dua perempuan dan seorang lelaki yang boleh dilihat kat gambar sebelah.
Peringkat awal kahwin memang le aku konfius. Apa tidaknya, bayak longat ‘Nogori’ aku tak faham. Bagi isteri aku, dia tak ada masaalah dengan loghat Kedah sebab kawan serumah bujangnya memang ramai orang Utara. Pernah ketika bergaul mesra dengan ‘uwan-uwan’ kawan emak mentua aku, mereka bertanya :“ Ni kawan omah ke? untuk kepastian. “Dak aih, bukan kawan dia, ni laki dia” Jawab aku sepontan dengan loghat Kedah pekat. Berdekah-dekah diorang ketawa. Aku pun hairan sebab apa ketawa. “‘kawan’ tu suami le” kata emak mentua aku menjelaskan. Oo! bulat mulut aku mengiakan. Anak-anak aku pun konfius juga, sebabnya kat Kedah ‘atok’ dipanggil ‘wan’ manakala ‘wan’ dipanggil ’tok’. Kan dah bertukar. Bila balek kat Kedah bebudak tu pakat panggil ‘tok’ diorang dengan panggilan ‘wan’.Di Kedah ‘wan’ biasanya untuk lelaki. Hairan sakan mak aku. “Awat anak-anak hang panggil kat mak ‘wan’ aku bukannya jantan”, jelas mak aku. Setelah di beri penerangan baru lah mak aku faham. Anak-anak aku pula sekejap wan sekejap tok. “Hentam saja le Labu “ sampok isteri aku sambil ketawa.
Anak-anak aku cakap diorang dah bercampor-campor. Kadang-kadang bunyi Kedah dan kadang-kadang bunyi Nogori. Pernah satu ketika salah seorang anak aku nak ke bilek air. Dia pun minta izin, katanya :” Bah cek nak pi bilek Ayaq” dengan loghat Kedah’. “ Ye lah”, jawab aku merestui. Tiba-tiba ia bersuara,”Tak dapek bah.”dengan loghat Nogori.”Apa yang tak dapat” Tanya aku. “Kain tuala bah” jawabnya bila tak dapat mencapai tuala yang tersangkut kat ampaian.
Bila menghadapi makanan, aku ,isteri dan anak-anak akan makan dalam dulang. Itu memang kebiasaan kami sekeluarga. Pernah ketika menghadapi makanan yang berlaukkan kari sotong, anak aku minta pada aku dengan katanya ”Bah tolong kokhek “. Aku pun korek le telor sotong tu. “ dak bah, kokhek” katanya lagi. “ Ni kan abak dah kokhek telornya”, jawab aku.” Kokheeek ” katanya dengan meninggikan suara sambil mulut menahan pedas”. “Eh ! kan ni abah dah kokhek “terang aku dengan suara lembut. ‘Bukaaaan, kokhek le abah kokheeeek” mintanya lagi dengan mulutnya tercungap-cungap menahan pedas. Akhirnya baru le aku faham rupanya dia cakap loghat Nogori . Kokheek tu maksudnya kerat / potong sotong tu. Ketawa sakan aku dan isteri.
Semua peristiwa itu menambah keseronokan dalam keluarga kami dan hari ini aku bahagia berasama keluarga aku, mungkin sebab aku dah “masok penoh” agaknya.
Wasallam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Assalamu'alaikum ustaz.
Saya peminat ustaz :D Maksud saya, saya suka mendengar cara untaz menyampaikan dakwah. Saya tinggal di Desa Melor, Senawang.
Hmm... nak tegur sikit ejaan Tuhan dalam entri ustaz ini. Tuhan jika dimaksudkan Allah hendaklah huruf besar di permulaan ejaannya.
Bukan nak mengajar sekadar tegur menegur:) Kerana ustaz ada bakat menjadi penulis kreatif. manalah tahu satu masa nanti kisah ustaz, ustaz mahu bukukan.
Saya link blog ustaz di blog saya ya :)
Alaikumsalam,
Jazakillah di atas respond dan nasihat yang baik. Sebenarnya dah lama tak menulis hampir 4 tahun dan blog ni baru saja di buat kira-kira 3/4 minggu yang lalu.
InsyaAllah akan saya baiki dalam tulisan yang akan datang nanti.
assalamu'alaikum.
orghang pilah ghupo eh' bini tuan ni yo..takpolah...mulo2 dulu ingatkan masuk "suku" ..penyudah eh' "ponoh" gak yo.takpolah apa nak dibuekkan...tak dapek nak den nolong doh...(maaf tuan ..cubo nak ambil bhgian)
apapun drpd cerita tuan , yg lbh penting adalah pengajaran .jadikanlah solat istikharah sbg amalan dlm setiap sesuatu yg ingin kt putuskan.apatah lg ttg perkara yg besar...kahwin cthnya...sbb itulah pd hari ini byk psgan ...baru nikah dah bercerai berai...kahwin kerana nafsu...tgk paras rupa..ikut artis..harap lps ni tuan blh bagi panduan kpd masyarakat bgmana mencari jodoh yg berlandaskan syariat islam..tak lama lg cuti panjang sekolah byklah majlis nikah kahwin...sama2lah kt lihat samada majlis yg dijlnkan berlandaskan syariat islam atau tidak...byk perkara yg bertentangan dgn syariat ..pergaulan,aurat.solat berjemaah..mcm2 lglah.
Tertarik dgn komen yg diberikan oleh zalisa maz..yg baik ambil sbg tauladan..wsslm
Assalamualaikum..
Mmm..dah jadi blogger sekarang ye?
Dasyat jugak Dai'e zaman IT nie..hehe..
Kelakar gak cerita "koghek" sotong ustaz tu..tapi takpo..Lamo-lamo expert la tu..
Ustaz doakan saya sentiasa didalam petunjuk hidayah Allah..
Assalamualaikum Ustaz,Awat tak bubuh gambaq ustaz kt blog ni,saya nk cadangkan bubuh sekali gambaq masa ustaz pi keluar(kalau ada),sekadar berkongsi pengalaman dan mudah2an dapat menarik minat orang baru..insyaAllah.Kami doakan semoga dipermudahkn perjalanan ustaz di Padang nanti...kami semua akan tunggu ustaz balik,insyaAllah...Man JI
Alaikum Salam Semua,
Jadi Bogger ni bukannye ape cuma nak kembangkan sikit dakwah melalui tulisan. Macam maulana Zakaria rah serta lain-lain ulama. Cuma mereka melalui penulisan kitab,kita pula dah ada kemudahan internet ni melalui internet le. Tak gitu.
Persoalan gambar tu bakannya tak nak masokkan tapi sebab tak 'hansome' tunggu le kalau dah 'hansome' nanti saya masokkan.
Jazakaallah semua.
Awatlah masukkan cerita purbakala dalam blog ni. tapi kalau atas niat nak beritahu yang kalau nak buat apa-apa... Istikharah takpe !.
Kisah yang menarik. boleh dijadikan panduan. Tang istikharah, tang muamalah, tang munakahat.
Kita mmg digalakkan kahwin dengan orang yg jauh dr pertalian keluarga, dalam konteks M'sia ni lain2 negeri,kan ustaz
Tahniah ustaz atas blog yang ilmiah & menarik
Post a Comment