MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, January 8, 2011

Laporan Jemaah Masturat Di Holland


Alhamdulillah,

Kami telah berpindah dari German ke Holland pada 26 November 2010. Saudara Ismail, pelajar Malaysia yang belajar di Holland yang datang mengambil kami bersama dengan rakan seusaha yang berbangsa Turki bernama Oktai. Belau masih lagi bujang namun begitu seronok bersama dengan kami ketika kami berada di Colonge. Perjalanan dari Dortmund ke sempadan Holland memakan masa sekitar 3 jam. Di dalam perjalanan kenderaan kami di tahan oleh polis peronda lebuh raya Holland/German. Pasport kami dan dokumun peribadi Oktai diambil oleh pihak polis. Selepas memeriksa seketika melalui komputer, dua orang pegawai polis tadi mendatangi kami lalu berkata, “There is no problems with the pasports,but this is problem,” sambil menunjukan pasport kami di sebelah tangan kanannya dan dokumen Oktai di sebelah tangan kirinya. “Mr.Oktai please follow me”, Kata salah seorang pegawai polis yang satu lagi. Wajah Oktai sedikit berubah, teman jemaah yang duduk sebelah agaknya berkumat kamit membaca doa. Dalam hati aku, “Ya ! Allah apa hal pula ni. Sangkut!sangkut!” Bila si Oktai keluar sahaja dari kereta, pegawai polis yang memegang pasport tadi terus memeluk Oktai dengan ketawa berdekah-dekah, begitu juga temannya. “Sorry, just a joke,”katanya. Kami pun ikut ketawa. “Welcome to Holland and enjoy your journey,” kata salah seorang dengan suara yang masih lagi tertawa. “Cis, polis ni kalau nak joke pun tengok le tempat, buat suspen je,” kata salah sorang dari teman aku dan kami terus ketawa beramai-ramai.

Kami buat usaha di Wakhaningen (tempat Ismail) selama dua hari. Di sini ramai yang ambil bahagian, ada yang dari Moroko, Mesir, Somalia, Plastine, Bangladesh, Paakistan, Afghanistan juga dua orang dari Malaysia selain Ismail. Saudara Ridwan menemani isteri beliau sambung belajar buat Phd kat sini manakala saudara Naim dari Terengganu juga ambil Phd kat sini. Pada hari akhir kami buat sedikit jamuan untuk semua ahli jemaah serta beberapa pelajar Islam di situ. Sambutan cukup memuaskan. Malamnya kami dijamu balas oleh mereka dengan masakan Tunisia, Moroko, Mesir dan masakan Afganistan. Perpisahan pada malam terakhir cukup memeberi kesan di dalam hati kami betapa hebatnya hubungan sesama Islam bila berada di negara orang.

Pada 28/11 : Kami berpindah keDenbosch. Jemaah wanita berada di rumah Syeikh Adil Moroko manakala kami jemaah lelaki berada di Moskee Rahma. Masjidnya cantik mengikut bentuk masjid di Moroko. Berbeza dengan German, di Holland masjid dibenarkan di bina oleh masyarakat Islam dan kubah dan menara juga dibenarkan di bina. Kalau di German sukar untuk dapat kebenaran membina masjid kerana syarat-syaratnya begitu ketat namun di sini berbeza. Walau bagaimana pun azan bagi kedua negara ini tidak dibenarkan dilaungkan keluar dari masjid, hanya di dalam masjid sahaja. Di Moskee Rahma,salji telah turun memenuhi bandar. Di shoping complex kelihatan ramai orang sebuk membeli belah pakaian musim sejuk. Kami buat jaulah di dalam shoping complex memandangkan di luar terlalu sejuk. Nampak sahaja macam Islam kami bagi salam dan jika menjawab salam terus kami pegang dan bercerita. Kekadang sahaja kami buat jaulah di luar di atas salji di sekitar kawasan perumahan berdekatan rumah tempat masturat menginap. Ini pengalaman pertama kami buat jaulah di atas salji.

Pada 30/11 : Jemaah berpindah ke Roosendal. Masturat kami berada di rumah Syeikh Said Alwalid Moroko manakala kami pula berada di Islamic Centre Roosendal. Usaha di sini seperti biasa, manakala salji makin tebal. Kawasan sekitar kelihatan putih dipenuhi salji. Ketika jaulah kami pergi ke kedai-kedai yang biasanya dimiliki oleh masyarakat Islam keturunan Turkey. Cuaca makin sejuk sehingga kekadang sampai -5 darjah. Kami terpasa membeli tambahan pakai panas. Kasut selipar yang dipakai mana boleh tahan dengan cuaca yang macam tu. Biasalah bila keluar jemaah mana nak pakai kasut kulit. Di sini berbagai peralatan Asia boleh didapati, dari daun kesom, daun pisang, cili api, cili boh, daun limau perut dari kedai barangan Asia atau supermarket Surinames. Kekadang ahlia kami masak asam pedas, nasi lemak, sambal bilis, cucor kodok dan macam-macam. Tidak ada mujahadah makanan di sini. Ikan senang dapat, kekadang ikan solomon atau mackerel yang kalau masak kari atau asam pedas rasa macam teggiri. Pak Arab Moroko pula tu suka sangat dengan asam pedas. Diorang memang suka makanan pedas. Syeikh Said bila makan cili api, ngunyah semacam je. Kalah kita orang Malaysia.

Pada 2/12 : Hanya jemaah masturat sahaja perpindah dari rumah Syeikh Said Alwalid ke rumah Syeikh Said Assyatibi Moroko selama dua hari. Usaha di sini macam biasa, tak ramai orang yang kami dapat jumpa kerana masing-masing berada di rumah kerana kesejukan di luar. Di sini juga kami berkesempatan bertemu dengan seorang Elders Moroko yang telah lama terlibat dengan usaha ini. Beliau pulang ke Moroko dan datang semula ke Holland menziarahi anak-anaknya. Kami mengambil kesempatan untuk meminta nasihat dari beliau. Di Holland ini rupanya ramai ‘Qudamak’ (Orang lama) yang terlibat dengan usaha ini semejak dari awal tahun 80an lagi. Kebanyakan mereka adalah Arab Moroko dan satu dua dari India dan Pakistan.

Pada 4/12 : Kami berpindah ke Rotterdam di rumah Atter Abbas salah seorang syura di Holland. Beliau berketurunan India Gujerati dan ketika di U.K beliau pernah belajar dan buat usaha bersama dengan beberpa orang pelajar Malaysia ketika itu. Ini termasuk saudara Muharram, Khamsani dan lain-lain lagi yang aku tak ingat nama-nama mereka. Di sini jemaah lelaki berada di Moskee Essalam dan ketika berada di sini salji terlalu tebal. Suhu di luar turun sehingga -10 darjah. Rekod sejuk di sini yang paling rendah adalah -18 darjah. Jaulah di buat di dalam keadaan salji sedang turun. Hanya seorang sahaja yang kami dapat jumpa. Kebanyakkan berada di rumah. Usaha dari rumah ke rumah tidak dapat dibuat kerana bentuk rumah tak sama dengan Malaysia dan kebanyakkan mengunakan intercom dari bawah apartment.

Pada 6/12 : Jemaah telah berpindah ke rumah Jahanger Arif. Beliau berasal dari pakistan. Pada ketika ini nusrah makan termpau sehinggakan barangt makanan terlalu banyak sehingga kami terpaksa tinggalkan sebhagianya di masjid yang berikutnya. Di sini aku bertemu dengan seorang remaja dari Surinam yang berketurunan Indonesia. Berliau bernama Howard Rakhim dan bekerja di Surinamees Chinese Market. Bila aku bertanya kepada beliau sama ada beliau seorang Islam atau pun tidak jawapannya beliau tak tahu samada Islam atau tidak. Tapi katanya beliau solat dan pakai sarong di rumah. Aku menyuroh beliau mengucap kalimah namun beliau sebak. Kemuadian beliau membaca surah Fatihah. Bila kau dengar dia membaca Fatihah lansung aku berkata kepadanya bahawa beliau sebenarnya Islam dan Rahkim itu sebenarnya adalah Rahim (Abd Rahim). Aku sempat memngambil no.telefonnya dan bila sampai di masjid aku meminta saudara Jahanger berhubung dengan beliau kerana jemaah akan bergerak pindah ke Den Haq pada malamnya.

Pada 8/12 : Kami berpindah ke Den Haq di rumah Dr Salim. Beliau saorang doktor pakar T.B dan berkhidmat dengan Pertubohan bangsa-bangsa Bersatu. Jemaah lelaki berada di Moskee Dar Salam. Masjid di bawah dan rumah beliau di bahagian atas bangunan. Usaha seperti biasa dan di sini kami bertemu dengan beberapa orang indonesia ketika jaulah. Sebahagiannya adalah Kristian dan Hindu dari pulau Bali.

Pada 10/12 : Jemaah berpindah ke daerah Utrect di rumah Syeikh Ali ben Mahdi seorang Moroko. Beliau tidak boleh berbasa inggeris dan hanya boleh bahasa Arab dan Ducth. Isteri beliau juga tidak boleh berbahasa Inggeris namun begitu jemaah begitu mesra dengan keluarga beliau. Kebanyakkan yang datang nusrah adalah rakan seusaha berbangsa Arab Moroko.

Pada 12/12 : Kami berpindah ke daerah Lokhome di rumah Syeikh Abd.Jalal Ben Tayyeb. Di sini jemaah lelaki tinggal di Madrasah Al Islah yang dikendalikan oleh rakan seusaha yang berpendidikan madrasah dari Dewsberry, England. Ketika di sini, salji makin lebat turun namun jaulah dan khususi dibuat seperti biasa.

Pada 15/12 : Jemaah pulang ke Markaz Amsterdam dan jemaah wanita berada di Syeikh Abu Yasin yang berketurunan Arab Kurdis dari Iraq. Di sini salji makin tebal, bayak jalan tertutup. Lapangan terbang dan keretapi juga tergendala.

Pada 18/12 : Jemaah lelaki masih di Markaz manakala masturat kami berada di rumah syura Holland, Syeikh Mughabah. Salji makin tebal dan kami hanya membuat jaulah di flat sekitar markaz.

Pada 20/12 : Setelah salji agak berkurangan, kami bergerak ke kawasan utara Holland. Di kawsan Gronigen. Perjalana agak jauh sekitar 3jam. Jemaah masturat berada di rumah Syeikh Omar Sudan. Isteri beliau berbangsa Holland. Di sini kami bertemu dengan orang-orang berketurunan Indonesia dari Surinam. Namun mereka hanya boleh berbahasa Jawa dan Alhamdulillah amir rombongan kami main peranan di sini kerana beliau boleh berbahasa Jawa dengan agak baik.

Pada 22/12 : Kami berpindah ke Kofazen dan di sini masturat kami berada di rumah saudara Rejab salah seorang berketurunan Indonesia manakala isteri beliau juga adalah kacukan India/Jawa. Di sini rakan seusaha dari keturunan Indonesia banyak yang kami khususi. Sebahagian besar mereka sedang di dalam khuruj di Suriname.

Pada 24/12 : Kami berpindah ke Liewerden di rumah Sajjad Ali. Beliau seorang Pakistan manakala isteri beliau berbangsa Holland. Di sini salji agak berkurangan namun angin kuat menambah kesejukan. Jemaah lelaki tinggal di masjid yang asalnya adalah Sinaggong Yahudi. Usaha amat bagus di kalang rakan seusaha dan penduduk tempatan. Imam bilal dan lain-lain Ajk masjid pernah keluar dan ke Ijtimak Tonggei di Bangladesh.

Pada 26/12 : Jemaah berpindah ke Amsterdam Di rumag Syeikh Kabiri. Beliau salah seorang dari 3 orang syura Holland. Jemaah lelaki pula berada di moskee Al Fath, sebuah masjid bagi masyarakat Moroko. Di sini usaha begitu bagus dan lima amal hidup di sini. Di dalam kesejukan salji kami melakukan amalan ziarah samada khususi mau pun umumi. Khususi juga kami lakukan di kelab-kelab masyarakat Moroko.

Pada 28/12 : Kami berpindah ke Masjid Ar Rahman (markaz) manakala jemaah masturat berada di rumah saudara Abrar. Beliau berketurunan India dan berkahwin dengan wanita Holland. Kami berada selama 3 hari sehingga hari kami berangkat pulang ke Malaysia.


Nota : Umumnya usaha masturat di Holland agak ke bawah berbanding dengan negara-negara jiran berdekatan. Jemaah masturat yang pernah datang ke sini sekitar 10 hari dan 15 hari sahaja. Jemaah kamilah satu-satunya jemaah yang bergerak selama sebulan di sini. Ini adalah kerana usaha di kalangan wanita tertumpu kepada rumpun bangsa. Jika jemaah dari India atau Pakistan, yang akan menerima hanyalah ‘Urdu Walla’ sahaja. Begitu juga jika jemaah yang datang dari Negara Arab, yang akan menerima hanyalah mereka yang berbahasa Arab.

Kedatangan jemaah dari Malaysia telah memecahkan benteng tersebut. Kami disambut oleh semua gulongan masyarakat samaada India, Pakistan, Moroko, Tunisia, Sudan mau pun Somalia. Di sini terbukti rumpun Melayu (Malaysia) di terima oleh semua gulongan.

Kata sesetengah gulongan mengatakan bahawa rumpun Melayu akan bangun di akhir zaman. Betul ke? Namun bila pulang dari German dan Holland, banyak lagi kes pembuangan bayi, macam tak percaya yang pandangan tu boleh dipakai. Apa pun “Wallahualam”.

9 comments:

Asrul Hadi said...

mashaAllah~
karguzari yang sgt menarik utk di kongsikan...
saya azam utk keluar masturat inshaAllah(^_^)dengan ibu dan adik2 prmpuan saya..tpi tak tau
bila=(...doakan saya~

Unknown said...

Asrulhadi,

Alhamdulillah

Niat pun satu amalan yang baik. Moga Allah swt memilih dan mengkabulkan niat saudara. Amin.

musa said...

Hambali aku baca karguzari hang macam aku nak pi lani juga, tapi insyaallah tahun 2011 nisab aku keluaq 40/2b masturat ,hang doa semoga aku dapt p 2b negara jauh masturat,bini aku dah ready dah

Unknown said...

Musa,

Bila hang nak karkuzari (lapuran) masturat Malaysia ke Sri Langka. Tentu ada yang menbarik yang kita boleh sama-sama dengan pengunjung blog.

Lepas dua tahun nanti, kita boleh keluar lagi ke negara jauh. Insyaallah.

musa said...

la ni tengah dok tulis sikit-sikit x dak masa sebok maklumlah baru balik belajar kat S lanka (Buat-buat sebok)

Umma-ali said...

Salam, alhamdulillah bergenang airmata saya bc karguzari ni, semoga Allah pilih jg sy n suami utk keluar ke serata alam...azam 2b 2012, nisab kami seterusnya,insyaAllah...doakan.
Semoga korban kalian jadi asbab hidayat seluruh alam...

School Of Tots said...

Alhamdulillah. Semoga Tuan dilimpahi rahmat Allah. Amiin.

Unknown said...

salam,selamat kembali..naik juga jazbah saya,baca karkhuzari,bila la saya nk lebarkan sayap sebelah lagi ni.hhhaaha

ustaz,baca jemput la baca karkhuzari 4 bulan IPB saya di blog saya..

ada yang syahid dan kenangan indah saya bersama maulana saad..

Irwan said...

karkuzari yang teliti...

selamat kembali...

tak tertahan rindu di hati, hinggakan saya termimpi saya di sana juga...

http://payabesarpedas.blogspot.com/2010/12/atan-dan-abu-walking-around-in-thin.html

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin