Friday, February 27, 2009
Jadual Kuliah Mac 2009
2 Mac 2009 : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Sri Pagi
3 Mac 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah
5 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Gadong Jaya
7 Mac 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn RM/Cempaka 2
8 Mac 2009 : Kuliah Suboh Masjid Tmn Tuanku Pn. Cik
8 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Desa Melor
9 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Garden Home Surau Ibrahim
10 Mac 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah
12 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Cempaka Fasa 1
13 Mac 2009 : Maulud Nabi Sek. Men. Sri Pagi, Senawang.
13 Mac 2009 : Maulud Nabi Tmn Permai Pantai.
14 Mac 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn RM/Cempaka 2
14 Mac 2009 : Maulud Nabi Tmn Mantau Endah, Seremban.
17 Mac 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah
19 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Pengasih Kuala Lumpur
20 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Desa Oked
21 Mac 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn RM/Cempaka 2
22 Mac2009 : Kuliah Bulanan Tmn Dato Wan
23 Mac 2009 : Kuliah Bahrul Maazi Tmn Sri Pagi
24 Mac 2009 : Kuliah Muntakhabah Hadis Tmn Rose Mewah
26 Mac 2009 : Kuliah Bulanan Tmn Jusmine
28 Mac 2009 : Kuliah Suboh Bahrul Maazi Tmn RM/Cempaka 2
Nota: Jadual tertakluk kepada perubahan.Teman-teman setempat harap ambil maklum.Jazakallah.
Wednesday, February 25, 2009
Tak Salah Jadi Tabligh Tapi ...( Jawapan II )
Tanggapan masyarakat mengenai Jemaah Tabligh ini yang sering kita dapati berbeza-beza. Ada yang mengatakan Jemaah Tabligh ini adalah Jemaah India, Ada pula mengatakan Jemaah Tabligh ini Jemaah Serban Ekor Dua. Ada yang mengatakan Jemaah Tabligh ini Jemaah Fadail Amal ia itu Jemaah Fadhilat yang tidak ada ilmu. Dulu-dulu ada yang memanggil Jemaah ini Jemaah Periok. Panggilan ini bila kita halusi adalah berdasarkan pengamatan masing-masing. Ini berdasarkan apa yang dilihat dan apa yang didengar tanpa melihat secara mendalam serta turut serta mengikutinya. Yang ikut serta pun tanpa menghayati usul dan tertib Jemaah ini pun pastinya tidak akan mendapat kefahaman yang sebenarnya apa itu “Tabligh”.
Ada yang hanya melihat dari luar sahaja, kemudian lansung mengkeritik Jemaah Tabligh ini. Hanya dengan berpandukan sekali atau dua kali menyertai jemaah ini lansung membuat komen yang ia telah faham dan tahu seluk beluk jemaah ini.Ada yang hanya bermuzakarah dengan satu dua ahli Jemaah Tabligh yang datang ke tempatnya ,lansung membuat rumusan mengenai Jemaah Tabligh ini. Tidak kurang pula ada yang hanya melihat kesilapan satu dua ahli jemaah ini, lansung mengharamkan jemaah ini dari masuk ke surau/masjidnya. Ada pula yang pergi ke Nizamuddin, India dan apabila pulang terus menhentam jemaah ini. Begitulah gelagat yang ada. Adilkah kita kalau begini cara kita meletakan kedudukan sesuatu jemaah?
Kalau kita melihat seorang ahli Pas yang menampal poster yang sibuk menampal poster sehingga datang waktu solat tetapi masih tak mempersiapkan diri untuk solat. Adilkah kita mengatakan “Semua ahli Pas memang tak suka menjaga solat”. Kalau kita lihat pula sebahagian ahli JIM yang berdemostrasi bercampur lelaki dan wanita, lansung kita mengatakan bahawa JIM ini memang suka bercampur lelaki dan wanita. Adilkah kita mengatakan begitu?. Begitu juga bila kita melihat sekumpulan ahli ISMA selesai sahaja berusrah lansung membonceng motorsikal lelaki dan wanita. Kemudian kita menuduh jemaah berkenaan dengan tuduhan negatif. Tentulah tidak adil bagi kita menuduh begitu pada setiap jemaah hanya dengan melihat segelintir ahlinya berbuat demikian. Kesilapan segelintir tidak mengambarkan keseluruhan jemaah. Begitu juga di zaman Nabi saw ada berlaku kes zina, Maiz ra pernah berzina dan dihukum rejam oleh Nabi saw. Begitu juga Qamidiah rha juga telenjur berzina, juga dihukum rejam oleh Rasulullah saw. Dengan melihat dua kes ini, adilkah kita mengatakan bahawa Islam memang agama yang pengikutnya suka berzina. Tentunya tidak.
Satu dua kes buang bayi, khalwat dan zina di kolej, universiti atau pondok berlaku, adilkah kita tutup terus kolej, universiti, dan pondok tersebut dari beroperasi? Atau patut kah kita mengatakan kolej, universiti dan pondok tersebut sebagai pusat buang bayi, pusat zina, tempat khalwat dan sebagainya. Sebodoh-bodoh manusia pun tidak berbuat demikian. Tidak ada satu pun manusia yang sempurna. Tidak ada mana-mana jemaah pun yang mengajar ahlinya berbuat buruk. Datangkan lah mana-mana jemaah, Badan-Badan NGO, Gerakan-Gerakan Islam di dalam mau pun luar negara, kita tidak akan dapati semua ahlinya sempurna iman, ilmu, amal dan akhlaqnya. Ini semua kita boleh terima.
Tetapi mengapa untuk Jemaah Tabligh sering diletakan hukum sesat, tidak berilmu, tidak syumul, Jemaah Juz’ah, Pengikut Ajaran Budha, Jemaah Jumud malah ada yang mengatakan darah Jemaah Tabligh adalah HALAL ( berlaku di JB) Tuduhan sebegini bukan hanya datang dari orang biasa, Jemaah-Jemaah Islam, NGO Islam malah datang dari gulongan yang bergelar ustaz / ulama. Samaada pandangan ini secara peribadi maupun mewakili jemaahnya. Adilkah kita berbuat berbuat demikian, Adakah tindakan sebegitu adalah sunnah dan Islamik? Adakah cara begitu boleh membetulkan UMMAH. Apa yang penulis sebutkan bukan kosong atau tuduhan melulu tetapi atas pengalaman penulis selama menjalankan usaha Jemaah Tabligh ini selama hampir 30 tahun lebih semejak penulis di bangku sekolah serta tidak pernah sekali pun “sejuk beku”.(maaf, bukan untuk sombong dan riak: semuga Allah swt kekalkan penulis dalam usaha yang mulia ini)
Sila lihat di dalam kitab tulisan Syeikh Hamud bin Abdullah At-Tauyujiri ,” Al Qaulul Baligh Fi Ta’zir Min Jamaahti Tabligh : cetakan Darul Sumai’i Lil Nashar Wat Tauzi’.Beliau seorang “Salafi Shadid” atau mungkin juga “Salafi Hairaki” yang memang terkenal dengan sifat keras terhadap gulungan yang tidak sefaham dengan mereka. Tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Jemaah Tabligh terlalu banyak dan tidak berasas, Antaranya Jemaah Tabligh ini adalah penyembah kubur besar di Nizamuddin, India. Mungkin kelalaian penulis kitab berkenaan mendengar cerita yang salah lalu meletakan kenyataan itu di dalam kitabnya melalui teman-temannya yang datang ke Nizamuddin, India. Perlu diingatkan bahawa “Nizamuddin” ini adalah satu daerah besar. Namanya diambil sempena nama seorang ulama dan waliAllah besar di India, Syeikh Nizamuddin Auliya’. Di daerah Nizamuddin itu terdapat kubur besar Syeikh ini. Ramai orang India di seluroh dunia akan datang menziarahi kubur ini. Belebih lagi yang berfahaman ajaran “Brelwi” atau juga dikenali sebagai “Grave Worshiper”. Mungkin kerana Markaz Tabligh terbesar terdapat di daerah ini maka sesetengah orang menyangka inilah markaznya. Selain itu kerana pakaian yang dipakai oleh ahli jemaah ini memang pun pakaian orang awam di India, juga berjanggut seperti orang India (Brelwi) langsung menyangka jemaah ini meyembah kubur. Ini antara kesilapan fakta yang berlaku kerana ketidakketelitian penulis kitab berkenaan. Selain itu penulis kitab berkenaan juga telah menuduh bahawa Jemaah Tabligh ini menyebarluas amalan tarikat sesat. Sedangkan selama ini tidak ada sebarang tarikat yang disebarkan yang menjadi “ritual” amalan jemaah ini. Kalau ada pun ianya bersifat persendirian (infradiyah). Itu pun bukan semua amalan tarikat yang difatwakan sesat oleh ulama muktabar. Semua ini telah pun dijawab oleh sesetengah ulama pendukung Tabligh dan juga selain Tabligh. Antara buku jawapan seperti “Nadzrah Ilmiyah fi Ahlit Tabligh wad Da’wah “ Pengarang : Syeikh Ayman Abu Syadi. Walau pun banyak keritikan namun jumlah jemaah dari Tanah Arab terutamanya Saudi makin bertambah. Ijtimak di Yaman tahun lepas menghasil jemaah yang berganda-ganda daripada tahun-tahun sebelumnya.
Selain itu di tempat kita ni lain pulak caranya. Pantang nampak Mamak India, Pakistan, Bangla atau Nepal semua ‘dipukulnya’ Jemaah Tabligh. Kalau ada Pakistan yang jual karpet yang sememangnya ada janggut dan pakai kurta dikira orang tu Tabligh. Mamak India yang datang rumah ke rumah jual ‘Yassin’ pun dikira Tabligh. Pantang janggut dan pakai kurta semuanya Tabligh belaka. Sebab tu bila datang sekumpulan Mamak India pakai jubah warna hijau singgah di satu taman di Senawang, di tempat kami tahun lepas. Ajk dan ahli jemaah tempatan menyangka ianya adalah Jemaah Tabligh sebagaimana biasa. “Peliknya kumpulan ini tidak seperti Jemaah Tabligh biasa,” kata salah seorang Ajk dalam menerangkan hal jemaah tersebut kepada salah seorang teman penulis. “Pakaian dia semuanya hijau. Serban, baju, kain dan juga redaknya semuanya hijau,” terangnya lagi. Yang lagi pelik sambungnya,” Kumpulan ni tak baca buku Tabligh tu (fadhail amal) dia orang baca dalam bahasa Tamil yang bunyinya banyak menyebut Khidir as. Sikit-sikit Khidir as.”katanya mejelaskan. Rupanya kumpulan itu adalah kumpulan ajaran “Brelwi”, kumpulan penyembah kubur yang singgah dalam perjalanan mereka ke Pulau Besar. Bagi orang awam mereka ni Jemaah Tabligh yang sebenarnya bukan Tabligh. Jadi hal yang macam inilah yang meyebabkan masyarakat kita menuduh Jemaah Tabligh ini dengan berbagai tuduhan.
Selain itu ada beberapa kes yang pernah penulis hadapi sendiri. Pernah ketika penulis tinggal di Sg Besi, kami ‘tashkil’ (dakwah dan ajak) seorang pemuda yang baru kahwin yang berada di Masjid dengan wajah muram. Bila kami bertanyakan masaalahnya katanya dia ada masaalah dengan isterinya dan tak balik rumah serta tidur kat masjid. Bila penulis selidiki rupanya dia bergaduh sakan dengan isterinya. Kami minta dia pulang ke rumah ikram isterinya. Selang beberapa hari dia ikut keluar bersama kami 3 hari, setelah pulang dia mula kerap berjemaah di Masjid. Penulis himpit dan bertanya bagaimana hubungannya dengan isterinya, lansung dia menceritakan perkara sebenar. Rupanya isteri dia menjadi perempuan simpanan kepada seorang dato’dan bekerja sebagai GRO di satu kelab malam di Kuala Lumpur. Perkara sedemikian katanya berlaku sebelum beliau berkahwin dengan isterinya lagi. Penulis istighfar panjang mendengan cerita lanjut darinya. Selepas beberapa bulan beliau bercerai dengan isterinya.
Bila hal tersebut diketahui oleh jiran-jiran, mereka mencemoh dan mengatakan ikut ‘Tabligh’ dah jadi ‘terbalik’. ‘Ikut Tabligh dah cerai bini”, ada pula yang kata,” Tabligh apa asyik lepak masjid je.”. Yang lain pula berkata,”Orang Tabligh bini dah jadi GRO”, dan macam-macam lagi. Betulkah apa yang mereka tuduh? Adilkah mereka yang bermasaalah sebelum menjadi ‘karkun’ (ahli Tabligh) tiba-tiba bila keluar je 3 hari dituduh semua itu gara-gara Tabligh. Kes sebegini begitu banyak dalam masyarakat kita.
Namun begitu, pengikut Jemaah Tabligh ni bukannya semuanya baik-baik belaka. Banyak yang silap dan salah. Yang salah kita akui salah kerana Jemaah Tabligh memungut mereka-mereka di tepi-tepi jalan, orang yang bermasaalah, orang yang dahulunya samseng dan gangster. Jadi pastinya banyak silap dan salah. Namun biarlah kita berlaku adil dalam menghukum.
Fikir-fikirkanlah.
Nota : Pembaca diminta juga membaca setiap artikel di dalam blog ini yang berkaitan dengan Jemaah Tabligh agar mudah faham tulisan di atas. Selain itu pakat-pakat kita keluar di Jalan Allah dengan marhalah terdekat di tempat kita. Insyaallah.
Tuesday, February 24, 2009
Tak Salah Jadi Tabligh Tapi . . . . . .( Jawapan 1 )
Telah menjadi lumrah dalam masyarakat kita sekiranya suami tinggalkan isteri untuk beberapa bulan atau beberapa tahun demi kerana kemewahan hidup menjadi perkara yang disenangi dalam masyarakat.Tidak akan ada cemuhan, cacian , kritikan samaada dari isterinya sendiri, keluarga terdekat mau pun masyarakat. Ada beberapa teman yang ke Dubai kerana berkerja, penulis mendapati lansung tidak ada bangkangan dari isteri, keluarga terdekat maupun kawan-kawan sepejabat. Malah sokongan dan galakan yang diberikan. Tinggalkan isteri dan anak-anak bukanya sebulan dua malah bertahun-bertahun.
Kalau ditanya pada isteri. “ Kalau abang ke Dubai, nanti siapa yang akan jaga anak-anak kita?”.Pasti dan pasti kita akan dapati si isteri akan menjawab sepontan,” Tentulah I yang akan jaga mereka semua, kan I ni ibu mereka”. Kalau ditanya pula pada mentua, “Siapa yang akan hantar anak-anak saya ke sekolah nanti kalau saya keluar negara?”. Juga pasti dan pasti si mentua akan berkata,” Kalau bukan atok mereka yang uruskan siapa lagi, kan mereka tu cucu abah, Jangan bimbang, abah akan uruskan semuanya.” Kalau ditanya pula pada kawan-kawan sepejabat,” Aku dapat tawaran kerja di Dubai, gaji bulanan USD 15,000.00 belum dikira elaunnya lagi, amacam?” Pastinya kita akan dapati jawapannya ,” Ini peluang keemasan, jangan kau lepaskan. Bukannya senang nak dapat tawaran macam ni.” Kalau ditanya pula pada Imam Masjid atau Ustaz tempatan. Pasti akan didapati jawapan tegas seperti berikut,”Islam menyuruh kita mencari rezeki, kalau dicatatkan rezeki kamu kat Dubai, pergi kamu jangan tak pergi, itu semua dikira ibadah. Paham kamu !.”
Sebaliknya kalau ada sesaorang yang bercadang untuk khuruj (keluar) bersama rombongan Jemaah Tabligh. Meninggalkan pekerjaan dan keluarga SEBENTAR, pasti dan pasti segala cemuhan dan kritikan akan datang dari semua gulungan. Isteri akan protes, “Kalau macam ni siapa yang akan menjaga anak-anak kita, tak kan saya nak urus semua. Abang telah abai tanggungjawab sebagai seorang suami,bang.” Kalau bagi tau pada mentua, jawapannya mungkin begini,” Hang jangan jadi gila, anak dan cucu aku sapa nak bagi makan, awat hang nak sukhuh depa semua makan pasiaq.” Kalau ditanya pandangan kawan-kawan sepejabat, mungkin jawapannya begini,” Woi ! hang nak jadi mamak cendol ke? Pakistan jual kapet ke? atau nak jadi Mat Bangla? Dah jangan dok buat perkara mengakhut.” Kalau ditanya pada Tok Imam atau Pak Ustaz pula , Mungkin jawapannya macam ini,” Mai hang dok sini, ni aku nak bagi tau hang Islam tak sukhoh buat macam ni semua. Mana nafkah zahir mana nafkah batin. Ada pun meninggalkan anak isteri sebegini adalah HARAM dalam Islam. Cuba hang pikiaq”.
Begitulah dua keadaan yang boleh kita dapati dalam masyarakat kita. Sebab apa, keluar negara untuk KERJA semuanya sokong dan beri galakan serta bersedia menanggong kesusahan dan kepayahan. Sebaliknya untuk bersama Jemaah Tabligh bukannya bertahun hanya 3 hari 40 hari atau 4 bulan akan ada cemohan, kritikkan dan bangkangan. Ini adalah kerana hala tuju kehidupan kita adalah “dananir wa darahim”. Matlamatnya adalah keduniaan semata. Ini adalah kerana untuk kerja , nampak kemewahan dunia. Sebaliknya untuk Jemaah Tabligh tak nampak kemewahan dunia. Sedangkan keluar bersama Jemaah Tabligh ini adalah satu tarbiah keagamaan untuk diri keluarga dan masyarakat. Lihat di dalam “Al Qaulul Baligh Fi Jamaahtu Tabligh” karangan Syekh Abu Bakar Jaber Al Jazairi.Juga tulisan Syeikh Ahmad Harun Al Rasyid, ulama hadith Pondok Pesantren Al Fatah, Temboro, Indonesia di dalam buku beliau “Melurus salah faham terhadap Jemaah Tabligh”, menyatakan bahawa hasil dari “Khuruj” itu akan tercapai perkara berikut :
A ) Membangkitkan perasaan khairah untuk mengamalkan agama secara sempurna dalam peribadi setiap muslim.
B ) Bagi menyedarkan diri kita bahawa dakwah adalah tanggungjawab setiap individu umat ini.
C ) Agar setiap orang Islam dapat berusaha mengujudkan kehidupan yang Islami dalam diri, keluarga dan masyarakatnya.
Ini semuat terbukti melalui kehidupan para sahabat rahum dan juga terbukti hari ini di sesetengah tempat seperti di Sri Langka yang peratus beramal dengan agama begitu tinggi dan kadar peratus solat berjemaah mencecah 100% di setiap tempat orang-orang Islam di sana. Membetulkan diri, keluarga dan masyarakat telah difatwakan oleh sesetengah ulama adalah “FARDU AIN”.
Wallahu’alam
Thursday, February 19, 2009
Barack Obama Yahudi !
Agama Yahudi adalah Agama Bangsa. Mereka tidak akan membenarkan mana-mana bangsa lain untuk menganut agama mereka. Hal ini menjadi satu kesalahan bagi mereka. Sebab itu kita dapati tidak ada pendakwah agama Yahudi ini dihantar untuk menyebarkan agama mereka. Tidak seperti Agama Islam dan Kristian, ada pendakwah agama masing-masing. Macam mana hebat pun sesaorang itu, Yahudi tidak akan membenarkan untuk menganut agama mereka. Kalau mereka mahu dakwahkan bangsa lain kepada mereka, mereka akan dakwahkan kepada satu ajaran yang mereka cipta iaitu “Ajaran Kabala”. Ajaran ini adalah ajaran sihir yang banyak dianuti oleh selebriti Amerika seperti Madonna, Demi Moore dan lain-lain.
Begitulah dengan tradisi Presiden Amerika, tidak akan dibolehkan mana-mana presiden dilantik melainkan atas restu Yahudi Sedunia. Seboleh-bolehnya dari rumpun bangsa mereka atau pun "Kristian Avengelist" atau pun juga sekurang-kurangnya misti menyokong Yahudi dan Agenda Yahudi Sedunia (Zionist). Sekiranya mana-mana Presiden Amerika yang dilantik tidak menyokong mereka , Presiden itu akan jatuhkan atau pun ditembak mati. Dikatakan Abraham Lincoln dan John F.Kannedy mati atas perancangan Yahudi. Sekandal "Watergate" yang menyebabkan kejatuhan Nixon dan juga skandal "Monica Lewinsky" yang meyebabkan kejatuhan Clinton. Semua itu dikatakan atas perancangan Yahudi. Begitu juga dengan Presiden Amerika yang terbaru Barack Obama ini pun tidak terlepas dari olahan dan acuan Yahudi. Gambar-gambar yang di lampirkan membuktikan yang berkemungkinan besar Barack Obama ini juga adalah seorang Yahudi. Berkemungkinan dari sebelah ibunya.
Mustahil kalau dia bukan Yahudi, dia boleh melaksanakan ibadat Yahudi dan membaca kitab Talmud. Umat Islam jangan terlalu mengharapkan sesuatu atas perlantikan beliau. Hanya yang bodoh sahaja yang berperasaan begitu.
Walallahu'alam.
p/s: Sila baca juga artikel:"Charge:Ahmedinejad Rants to Hide His Jewish Roots"
Wednesday, February 18, 2009
Hero Bunga
Teringat aku ketika tinggal kat rumah ipar aku, waktu itu isteri aku baru bersalin anak pertama. Oleh kerana anak pertama , adek ipar aku pula mempelawa kakaknya untuk tinggal bersama sehingga lepas pantang, ditambah lagi aku terikat dengan kerja-kerja pejabat. Hanya ambil cuti beberapa hari sahaja untuk menjaga isteri aku. Jiran sekeliling kebanyakan adalah keluarga Cina. Dalam pada itu mereka memang baik dengan keluarga ipar aku. Aku pula telah jadi biasa di situ disebabkan sering menziarahi ipar aku. Cina-Cina kat situ macam Cina-Cina lain juga, pantang nampak Amoi lawa pasti akan diusiknya.
Pernah satu pagi minggu, ketika kami asyik bersarapan pagi dan membaca surat khabar tiba-tiba bunyi bising kat luar. Bunyi suara-suara dalam bahasa Cina, riuh rendah bunyinya. Kami pun mengitai kat luar rupa-rupanya beberapa orang pemuda jiran-jiran Cina kat situ mengerumuni kereta Kancil yang rosak kat tepi jalan. Kereta yang rosak tu memang kereta baru .Dilihat pada nombor pendaftaranya memang baru keluar sehari dua. Pemandunya memang pun Amoi muda dan memang lawa. “Patut le pun khamai yang dok keliling,” kata aku pada biras aku. Biras aku senyum je mendengar kata-kata aku. Kami pergi kat pagar, ikut melihat lebih dekat.
Amoi tu keluar dari kereta yang rosak tu, sementara seorang pemuda Cina awal dua pulohan membukakan bonet ijin depan. Gelagat dia diperhatikan oleh rakan-rakan jiran yang lain. Ada pula makcik-makcik Cina ikut melihat dari tepi pagar. Orang yang melihat dah bertambah ramai. Munkin sebab bunyi bising ianya menjadi perhatian jiran-jiran yang lain. Pemuda tu nampak macam pandai mengenai masaalah kereta rosak. Dilihatnya injin kereta tersebut serta menyentuh sesuatu kat injinnya . Kemudian cuba menghidupkan injin kereta tersebut tetapi gagal. Kemudian seorang lagi pemuda Cina yang nampak handsome sikit minta mencuba. Menggunakan screwdriver dan beberapa lagi peralatan, dia membuka sesuatu mungkin diusiknya beteri kereta berkenaan. Kemudian dipasangnya balek dan mengidupkan suis injinnya. Namun injinnya masih tak mahu hidup. “Dah dua okhang hero pun tak selesai,” Kata aku pada biras aku. Dia senyum je sambil berkata pada aku ,”hang pi le cuba terai tengok,”.”Tak dak pasai aku nak jadi hero bunga,” kata aku padanya.
Kemudian mereka ramai-ramai tolak sehingga hampir ke depan pagar rumah ipar aku, namun masih ijinnya tak mahu hidup. Dah dekat sepuluh sebelas orang pemuda Cina kat situ cuba untuk menolong Amoi lawa tu namun seorang pun belum berjaya menjadi “hero sejati”. Ada yang buka penutup minyak hitam. Ada yang usik “starter”, ada yang buka “sparkplug”. Namun injin tetap tak mahu hidup. Si Amoi tu nampak macam gelisah. Beberapa orang pemuda Cina yang ada kat situ mengusik dia dalam bahasa Cina yang aku tak faham. Kemudian datang seorang pemuda yang baru sampai dengan seluar pendek dan bertanya sesuatu dalam bahasa Cina lansung masuk ke dalam kereta dan melihat sesuatu kat “dashboard” kereta berkenaan. Tiba-tiba “Ayyaa! Ciilaaakak! Dia punya minyak sudah kering maa” sambil ketawa, dan yang lain ikut terbahak-bahak ketawa termasuk lah aku dan biras aku.
“Kalau dah tak dak minyak panggil pomen F1 pun tak boleh hidup,” kata aku sabil masuk ke rumah bersama-sama biras aku yang belum habis ketawa.
p/s : Sekali sekala apa salahnya cerita lucu. Relax sikit minda.
Tuesday, February 17, 2009
Mahu Berhutang ?
(Jawapan Pada Persoalan Saudara Karkun)
Tidak dinafikan dalam asam garam kehidupan kita pasti kita tidak dapat lari dari berhutang. Rasulullah saw dan sahabat pun ada berhutang. Namun mereka berhutang atas maksud keagamaan atau pun perkara asas di dalam kehidupan. Rasulullah saw selalu berhutang bagi maksud membantu fakir miskin. Pernah datang seorang fakir miskin meminta sesuatu kepada Rasulullah saw yang mana pada ketika itu Rasulullah saw tiada apa sesuatu untuk diberi kepada fakir miskin berkenaan. Namun baginda mengarahkan sesaorang memberi kepada fakir berkenaan yang dihutangkan atas nama Rasulullah saw.
Pernah juga diriwayatkan yang Rasulullah pernah berhutang dengan Yahudi, yang mana dikatakan Yahudi tadi datang meminta hutangnya sebelum sampai hari yang dijanjikan. Sahabat Bilal ra juga pernah berhutang dengan seorang kafir musyrik yang mana ia telah datang meminta dilunasi juga sebelum hari yang dijanjikan.Malah kebanyakan sahabat memang berhutang namun hutang mereka dengan rahmat Allah swt telah diselesaikan sebelum mereka meninggal. Namun begitu ramai dikalangan sahabat begitu takut untuk berhutang dan kalau berhutang pun berusaha melunasinya dengan kadar segera.
Menjadi persoalan besar hari ini di dalam masyarakat kita, rata-rata suka berhutang. Behutang bukan kerana keagamaan atau pada perkara asas tetapi berhutang di atas perkara bermegah-megah dan perkara bermewah-mewah. Akhirnya diselebungi dengan bebanan hutang yang banyak. Ditambah lagi dengan sistem pinjaman yang tidak syar’i, maka bertumpuk-tumpuk hutang sekeliling pinggang. Hutang rumah, hutang kereta, hutang motor, hutang kad kredit, hutang perabut, hutang komputer, hutang pinggan mangkuk, hutang belajar, hutang berkahwin dan macam-macam lagi. Pendek kata tiada satu pun barangan di dalam rumah yang tidak berhutang, semuanya hutang belaka.
Bila berhutang, lambat pula melunasinya. Belum selesai hutang lama, hutang yang baru pula yang dibuat. Kereta sentiasa bertukar baru, perabot sentiasa silih berganti, handphone pula jika ada model terbaru pasti akan diganti. Hutang lama belum selesai hutang baru bertambah-tambah. Akhirnya dibelit dengan masaalah dan bebanan hutang.
Maka persoalan hutang ini adalah satu persoalan yang sangat berat yang kita perlu berhati-hati. Ini adalah kerana hutang ini berkaitan dengan muamalat dan muasyarat sesama manusia. Walau pun hebat keagamaan sesaorang itu namun jika tersangkut dengan manusia melalui persoalan hutang maka akan menyebabkan ia terhalang jalan ke syurga.
Sebagaimana sabdaan Rasulullah saw :
Dari Muhamad bin Abdullah bin Jahsy r.huma, menceritakan, “ Kami sedang duduk di serambi masjid (nabawi) yang ketika itu terdapat beberapa jenazah yang diletakan sedang Rasulullah duduk di tengah-tengah kami. Tiba-tiba beliau mengangkat pandangannya melihat ke arah langit lalu menundukan pandangannya serta meletakan tangannya ke atas dahinya.(mengambarkan kerisauan). Lalu beliau berkata,”Subhanallah! , Subhanallah! Peringatan keras tentang sesuatu telah turun. Muhammad bin Abdullah r.huma melanjutkan ceritanya: Kami tetap diam sepanjang hari dan malam itu, tetapi kami merasa tidak ada kebaikan terus berdiam sehingga ke pagi. Muhammad bin Abdullah r.huma melanjutkan lagi, :” Maka aku pun bertanya kepada Rasulullah saw,”Peringatan yang keras tentang apa yang telah turun?” Rasulullah saw menjawab,” Tentang hutang. Demi Zat yang diri Muhammad (saw) di dalam genggamannya! Seandainya sesaorang terbunuh (syahid) di jalan Allah, kemudian hidup lagi, kemudian terbunuh lagi di jalan Allah, kemudian hidup lagi sedangkan ia memiliki hutang, niscaya tidak akan masuk Syurga, sehingga hutangnya dilunasi.” (H/R Ahmad V/289)
Sabda Rasulullah saw lagi :
Dari Salman bin Akwa’ r.a meriwayatkan bahawa telah didatangkan kepada Nabi saw satu jenazah untuk disolati, lalu beliau bertanya “Apakah jenazah ini memiliki hutang?” Mereka (para sahabat) menjawab,”Tidak.” Maka beliau pun menyolatinya. Kemudian dibawa lagi satu jenazah lain di hadapan beliau. Lalu beliau bertanya, “ Apakah jenazah ini memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ya.” Nabi saw bersabda,” Solati saja oleh kamu semua jenazah kawan kamu ini!” Abu Qatadah menyahut,”Wahai Rasulullah, saya yang akan menanggung hutangnya.” Maka Rasulullah saw pun menyolati nya.” (H/R Bukhari No.2295)
Untuk ini setiap kita patut berhati-hati dalama masaalah hutang. Jangan berhutang melainkan tersangat perlu. Dan jika terpaksa berhutang biarlah kita berhutang dengan kadar yang bersesuaian dengan kemampuan kita dan berkeyakinan kita mampu melunasinya. Sebaiknya berhutanglah di atas perkara yang disukai Allah swt.Sebagaimana disebutkan di dalam hadis :
Dari Abdullah bin Ja’far r.huma berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,” Allah bersama-sama orang yang berhutang sehingga ia melunasi hutangnya, selama ia tidak berhutang untuk sesuatu yang tidak disukai oleh Allah.”( H/R Ibn Majah No.2409)
Selain itu jangan sekali-kali berhutang dengan kaedah yang tidak syar’i, kaedah sistem riba (along).Sistem riba ini bukan sahaja dibebani dengan hutang malah dilaknati oleh Allah dan Rasulnya. Hidup akan bertambah sempit dan keluh kesah. Disabitkan dari sabdaan Nabi saw bahawa mereka-mereka yang banyak berhutang ini akan mendapati maruahnya tercemar di siang hari dan keluh kesah di malam hari. Apa tidaknya siang hari dicari oleh pemberi hutang, kawan-kawan akan hilang sebab hutang tak bayar. Malam hari tak dapat tidur memikirkan soal hutang yang banyak.
Sesiapa yang berhutang berusahalah untuk membayar dengan kadar segera sebelummaut datang menyambar kita. Na’uzubillah!. Fikirkan saol hutang diselesaikan dahulu dari perkara dunia yang lain. Ini adalah tuntutan syar’i bagi setiap muslim.
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, “Seandainya aku memiliki emas sebesar gunung Uhud, Maka aku tidak suka menyimpanya melebihi tiga hari, kecuali sebahagian kecilnya aku simpan untuk membayar hutang.(H/R Bukhari No.2389)”
Ingat semua (intonasi seperti Upin dan Ipin)
“TIADA KEBAHAGIAN KALAU HIDUP DIPENUHI HUTANG”
Fikir-fikirkanlah wahai saudaraku semua.
p/s : Akan menyusul adab-adab berhutang dan memberi hutang. Insyaallah.Doakan semua untuk penulis yang lemah ini.
Monday, February 16, 2009
Anak Syubhat Dan Kedudukan Nasab
(Jawapan Kepada Persoalan Saudara Muslim)
2) Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahwa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu sebenarnya bukan isterinya, atau lelaki tadi menyangka bahwa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syara`, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah. Maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa di bawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam "wati syubhat", iaitu persetubuhan yang meragukan.(Qanun Jenayah Syari’ah Perkara :14 zina)
Huraian :
“Wati Syubhat” : Wati bermakna persetubuhan .Manakala Syubhat bermakna meragukan. Maka makna wati syubhat itu ialah persetubuhan berlaku antara suami dan isteri dalam mana kedua-duanya berkeyakinan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah. Tetapi sebenarnya mereka bukan pasangan suami isteri yang sah.
Contoh 1 : Sepasang suami isteri pada malam pertama tampa mengenalinya terlebih dahulu, hanya orang berkata itulah suaminya, lalu ia menyetubuhinya.
Contoh 2 : Lelaki mendapati seorang perempuan yang berbaring di tempat tidurnya dan disangkanya itu adalah isterinya, lalu di setubuhinya.
Contoh 3 : Persetubuhan yang berlaku di dalam iddah sedangkan suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga dan ia berkeyakinan isterinya itu masih halal baginya.
Jika hasil dari persetubuhan di atas, perempuan itu melahirkan anak setelah berlalu masa enam bulan atau lebih dari masa persetubuhan, sabitlah nasab dari orang yang menyetubuhinya kerena yakin kehamilan itu dari padanya.
Hukum yang diambil anak itu adalah Anak Syubhat. Anak Syubhat ini adalah anak yang dikira SAH dan DINASABKAN kepada bapanya serta DIBINKAN dengan bapanya. Persetubuhan begini tidak dianggap Zina.
Wallahu’alam
(Sumber: Qanun Jenayar Syari'ah Perkara :14/2 Al-Fiqh Al_Islami Wa-Adillatuhu Juz :7 M/S :867)
p/s : Sama dengan hukum makanan yang “syubhat” , hukumnya adalah HALAL.
Saturday, February 14, 2009
Syarat Iddah Bagi Isteri Kematian Suami.
Makna Iddah: Pada bahasa bermakna bilangan atau hitungan. Ada yang mengatakan iddah itu adalah suatu tempoh masa yang ditentukan oleh syara’ bagi menghabiskan saki baki kesan-kesan perkahwinan yang lalu.(Mazhab Hanafie)
Makna pada Jumhur Ulama : Suatu tempoh di mana perempuan menunggu bagi mengetahui kebersihan rahimnya dan pengabdian kepada tuhannya.
Hukum Iddah : Hukum pada syara’ adalah wajib ke atas perempuan. Tiada hokum ini kepada lelaki.
Kata Imam Ghazali rah di dalam Ihya’ dan Ithafus Sadah, mana-mana isteri yang kematian suami, adalah wajib baginya tidak memakai pakaian perhiasan diri. Sebaliknya digalakan memakai pakaian berkabung bagi mengambarkan kesedihan atas kematian suami. Berkabung sedemikian diharuskan oleh syara’ dan boleh juga berkabung dengan memakai pakaian biasa yang tidak menampakan berhias diri. Perkara ini berjalan selama 4 bulan 10 hari.
Selama dalam masa edah 4 bulan 10 hari ini wajib bagi isteri berkenaan menjauhkan dirinya dari memakai sebarang wangi-wangian , berhias-hias. Ini termasuk tidak boleh bercelak, tidak boleh menggunakan minyak rambut melainkan kerana uzur. Selain itu isteri berkenaan juga tidak dibolehkan berinai yang biasanya diamalkan oleh wanita-wanita dulu. Selain itu pakaian yang berwarni-warni juga dilarang .Sebarang tindakan yang dianggap berhias dan melawa semuanya dilarang. Larangan ini khusus pada perempuan Islam yang cukup umur. Ke atas isteri yang masih belum cukup umur yang masih belum lagi berkumpul dengan suaminya tidak termasuk di dalam larangan ini. Hal ini juga tidak dikenakan kepada isteri-isteri ‘Kitabiyah” yang sememang jarang berlaku sekarang ini.
Selain itu ulama berselisih pandangan penggunaan minyak bijan dan zaitun atau apa-apa minyak. Yang paling sahih dan diterima adalah menjauhi sebarang minyak kerana penggunaanya dikira sebagai berhias. Sekarang ini penggunaan sebarang lotion, mascara, bedak wangi serta alat-alat solek modern juga dilarang melainkan darurat.Contoh darurat adalah seperti ubat jerawat, bedak pengubat, lotion berubat dan lain-lain yang berkaitan yang mana sekiranya tidak menggunakanya akan mendatangkan mudarat padanya. (Bahrul Maazi – kemudaratan yang zahir)
Selain itu ada ulama melarang bersikat rambut yang terlalu kerap, kerana kerapnya bersikat diketogori berhias diri. Lainlah kalau bersikat atas keperluan maka ianya dibolehkan. Selain itu isteri yang kematian suami ini juga dilarang memakai pakaian sutera. Kerana penggunaan pakaian sutera dianggap berhias. Sebaliknya jika isteri tersebut berpenyakit kulit yang tampa memakai sutera bertambah sakitnya maka syara’ membenarkannya berbuat demikian kerana diketogorikan mudarat Atau pun juga tidak ada di rumahnya pakaian lain melainkan semuanya sutera maka dibolehkan kerana menutup aurat itu adalah wajib.
Selain itu kain atau pakaian yang baru juga tidak harus dipakai, hanya kain atau pakaian yang lama yang biasanya dia memakainya dibenarkan. Asalkan ianya tidak dianggap berhias.
Perkara di atas adalah pandangan di dalam Mazhab Syafie yang bersabit dari firman Allah swt :
“Dan mereka-mereka yang meninggal dunia di antara kamu sedang mereka meninggalkan isteri-isteri , hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (bereddah) selama empat bulan sepuluh hari”.(Al-Baqarah 2:234)
Kalau kita perhatikan sekarang ini perkara-perkara di atas amat jarang dititik beratkan oleh wnita sekarang ini. Lihat sahaja di akhbar tempatan atas tuntutan “hadhanah” anak-anak. Isteri-isteri yang di dalam iddah tidak pun mengikuti ketentuan syara’ yang di sebutkan di atas. Malah ada yang telah mencari pasangan dengan lelaki yang lebih muda darinya ketika masih lagi di dalam iddah.
Berat memang berat bagi isteri yang di dalam iddah tersebut. Namun hokum tetap hukum. Hanya yang benar-benar “solehah” sahaja yang mampu beramai dengannya.
Wallahualam
(Rujukan : Bahrul Maazi Jld 8 : M/S : 216 Msaalah : 323 dan Al-Fiqah Al-Islami Wa- Adillatuhu : Juz 7 : M/S: 778)
Friday, February 13, 2009
Aurat Wanita Putus Haid
SOALAN
Saya ingin ustaz jelaskan maksud ayat 60, surah An-Nur yang bermaksud: Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-Nur: 60)
Adakah ini bermaksud wanita tua tidak diwajibkan bertutup kepala atau bertudung, kerana mereka sudah beruban dan tidak menarik lagi?
JAWAPAN
Mengikut pandangan Said bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan, Al-Dohhak serta Qatadah: "Mereka (wanita) yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah wanita yang sudah terputus haid dan tidak dapat melahirkan anak kerana usia yang lanjut (menopaus).
"Mereka juga tiada minat dan keinginan untuk berkahwin (tiada nafsu). Maka tiada halangan bagi mereka untuk membuka jilbab (penutup muka), serta membuka jubah berwarna hitam yang biasa disarung pada tubuh selepas memakai jubah bagi tujuan tidak memperlihatkan perhiasan dalaman". (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 404).
Dijelaskan lagi oleh Ibn Masud dan Mujahid: "Tiada perselisihan di kalangan para ulama mengenai rambut wanita tua, rambut wanita tua tetap tidak boleh dilihat oleh ajnabi (bukan mahram). Hukum berkaitan rambut adalah sama tiada bezanya antara yang perempuan tua dan muda.
"Maka yang diharuskan dalam ayat ini ialah wanita yang sudah tua harus baginya tidak menyelubung dengan kain hitam, dan kedua-dua tangan dan wajah harus dibuka. Ini kerana secara saintifiknya wanita tua tidak berkeinginan dan tidak menjadi perhatian orang lelaki". (Ibn al-'Arabiy, Ahkam al-Quran, jld:3, hlm:419).
Ibn al-'Arabiy melihat bahawa kalimah al-qawaaid yang membawa makna perempuan tua semata-mata tanpa yang lainnya kerana mereka tidak lagi bernafsu. Dalam tafsir al-Tabari, Ibn Jarir r.a menjelaskan bahawa: "wanita tua yang sudah tiada nafsu keinginan kepada hubungan jantina, ketika mana orang lelaki tidak lagi berminat kepada, maka diringankan kaedah menutup aurat keperingkat yang lebih mudah, tujuannya bagi meringankan bebenan yang mungkin memenatkan mereka. (Ibn Jarir al-Tabari, Tafsir al-Tabari).
Dalam ayat yang sama Allah SWT berfirman: Dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, iaitu tidak mendedahkan serta memperlihatkan perhiasan supaya dia dilihat, kerana yang demikian ialah sangat buruk dan sangat jauh dari kebenaran.
Kesimpulannya, wanita yang sudah berumur atau yang sudah lanjut usianya wajib menutup aurat seperti mana wanita yang baligh belum sampai usia tua. Namun Islam memberi sedikit kelonggaran untuk tidak menyelubung badan dan segolongan ulama mengharuskan bagi wanita tua mendedahkan wajah dan kedua tangan. Walaupun demikian sekiranya wanita-wanita tua itu mahu menutup auratnya seperti wanita muda itu adalah lebih baik.
Ini kerana perbuatan menutup aurat bukan untuk sekadar mengawal diri dari terdedah kepada gangguan seksual malahan sebagai tanda tunduk dan patuh kepada kehendak Allah yang menjadi akan segala sesuatu.
Kita rasa pelik ialah wanita di negara kita kebiasaannya di usia remaja hingga menemui usia tua mendedahkan aurat semahu mereka, apabila sudah tua baru terasa dekat dengan Allah SWT.
Manakala syariat Islam melalui sumber rujukannya al-Quran dan al-Sunnah mewajibkan wanita menutup aurat apabila mencapai usia baligh. Dan tidak salah kalau lebih awal daripada itu sebagai satu tarbiah. Kerana ketika mudalah Allah SWT mengurniakan manusia keindahan paras rupa yang menawan, lebih-lebih lagi yang bergelar wanita.
Sebab itulah Allah SWT mengkategorikan wanita sebagai perhiasan dunia yang bisa memporak-perandakan kaum Adam. Dan ada pula wanita yang merasakan dirinya hebat kerana ramai lelaki yang tersungkur dengan kecantikannya.
Seperkara perlu diingat betul-betul iaitu Allah memberi kemudian diuji dengan apa yang diberi untuk melihat tabiat manusia. Adakah dia kenal siapa yang memberinya nikmat tersebut atau dia alpa dengan apa yang dia ada?
Sangat beruntunglah mereka yang sedar bahawa apa yang dimilikinya adalah pinjaman dan setiap yang dipinjamkan perlu dipulangkan kepada tuannya.
(Jawapan Disediakan Oleh Ust:Ravi)
(Sumber : Utusan Malaysia Jumaat:13/02/2009)
Buku-Buku Menjawab Tuduhan Ke Atas Jemaah Tabligh
Judul asli : Nadzrah Ilmiyah fi Ahlit Tabligh wad Da’wah
Pengarang : Syeikh Ayman Abu Syadi
Penerbit : Maktabah Al-Majallad Al-Araby Cairo
Jumlah siri : 5 buku
Jumlah hal : seri I (128 h) seri II (128 h) seri III (270 h) seri IV (285 h) seri V (319 h)
Buku ini terdiri dari 5 siri dengan jumlah halaman yang berlainan. Dikarang oleh Syeikh Ayman Abu Syadi. Beliau adalah bekas mahasiswa Universiti Al-Azhar dengan memperoleh ijazah ‘aliyah dari fakulti Syariah Islamiyah, sebagaimana tertulis pada sampul bukunya. Beliau juga memiliki sanad (rantai ilmu) dalam bidang aqidah, hadits, ushul fiqh, dan fiqh, bahkan telah diberi kebenaran (ijazah) oleh gurunya untuk menyampaikan ilmu yang telah dimilikinya.
Kelima-lima siri buku karya Syeikh Ayman Abu Syadi ini amat-amat sesuai dijadikan buku bacaan para pendakwah ( khusus : Jamaah Tabligh) agar tidak lemah oleh banyaknya tuduhan-tuduhan dari berbagai gerakan yang tidak menyukainya. Bahkan, perlu dibaca juga oleh mereka-mereka yang menganggap Jamaah Tabligh (yang sesetengah orang-orang menuduh) ini telah menyimpang dari ajaran Nabi SAW (bid’ah). Juga kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui lebih jauh tentang Jamaah Tabligh itu sendiri.
Setiap siri dari kelima siri buku berkenaan menjawab satu tuduhan (syubuhat) yang dilontarkan oleh berbagai gerakan yang menuduh Jemaah Tabligh ini sesat, pengarang menjawab dengan dalil dari Quran, Sunnah, maupun perkataan ulama-ulama salaf dengan mengutipkannya dari rujukan-rujukan Kitab Klasik (turats).
Siri pertama membahaskan tentang penentuan nishab (tahdidul awqath) yang ada dalam aktiviti Jamaah Tabligh seperti 3 hari, 40 hari, 4 bulan, serta menjawab berbagai tuduhan yang berkaitan dengan hal tersebut. Pada siri pertama ini sebelum masuk pada jawapan atas tuduhan, pengarang menjelaskan terlebih dahulu tentang :
1 ) Pengertian bid’ah menurut berbagai pendapat ulama (Imam Az-Zarkasyi, Syaikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalany, dll),
2 ) Mengketogorikan bid’ah itu ke dalam bid’ah hasanah dan bid’ah sayyi’ah (Imam Syafi’i, Imam Syatiby, Al-’Allamah Al-Ainy, dll),
3 ) Juga memaparkan pendapat-pendapat ulama lain yang membahagikan bid’ah menjadi 5 bagian; wajibah, mandubah, mubahah, mamnu’ah, makruhah (Imam Al-Qarafy, Imam Nawawy, Imam Al-’Izz bin Abdus Salam, dll).
Siri pertama ini disudahi dengan lampiran fatwa-fatwa dan pandangan para ulama tentang Jamaah Tabligh. Di antaranya; Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abu Bakr Al-Jazairy, Dr. Muhammad Bakr Ismail, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, dll.
Siri kedua membahas tentang konsep jihad (mafhumul jihad), bagi menjawap atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh mengingkari adanya jihad dan menyempitkan makna jihad serta mengalih makna jihad pada makna ‘dakwah’. Siri kedua ini disudahi dengan fatwa dan pandangan beberapa Ulama Islam (Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi, dll)
Siri ketiga membahaskan tentang konsep’kesetiaan dalam Islam’ (al-wala’ wal bara’), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak memiliki ‘kesetiaan dalam Islam’ dan tidak memiliki ikatan keimanan yang teguh. Kemudian sebagaimana pada siri sebelumnya, disudahi dengan pandangan dan fatwa ulama (Syeikh Abu Hasan Ali An-Nadwy, Prof. Dr. Wahidudin Khan, dll)
Siri keempat membahas tentang konsep keislaman cara Nabi SAW (manhaj nabawy), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak ingin menegakkan agama Islam di muka bumi dan tidak menginginkan masyarakat Islam itu terbentuk. Lalu disudahi dengan pandangan dan fatwa para ulama (Syeikh Sa’duddin Sayyid Shalih, dll)
Siri kelima membahas tentang konsep mencegah kemunkaran (taghyirul munkar), sebagai jawapan atas tuduhan bahawa Jamaah Tabligh tidak mempedulikan adanya kemunkaran dan tidak menganggap bahawa mencegah kemunkaran adalan sebahagian dari kewajipan seorang Muslim. Siri ini juga disudahi dengan fatwa dan pandangan para ulama (Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buthy, dll)
Demikian ulasan singkat dari buku ini. Sebenarnya banyak pembahasan-pembahasan yang menarik terdapat di dalam setiap siri buku-buku ini, malah hampir semua tuduhan dijawab dengan jawaban yang dirujuk dari kitab Islam Klasik (turats) bahkan pengarang juga membahaskan dengan menggunakan kaedah ushul fiqh, namun apa yang dipaparkan di sini hanyalah gambaran singkat sahaja dari isi buku-buku berkenaan.
( Sumber: http://estethiques.blogspot.com )
Nota: Tak dapat dipastikan samaada buku-buku ini telah sampai ke Malaysia. Namun di Indonesia telah pun ada.
Thursday, February 12, 2009
Karkun Oh! Karkun
( Siswa Universitas Negeri Padang)
Pada perhimpunan kecil (Jhor) ulama pada 18 Januari 2009 yang lalu ada disentuh oleh Maulana Johari Jerantut bekaitan perilaku “karkun”. Beliau memohon berbayak maaf bagi pihak “Jemaah Tabligh” kepada ulama-ulama yang hadir atas kesilapan dan perilaku “karkun” yang tidak meyenangkan sambil menahan sebak.
Memang pun kalau dilihat dari tingkah laku “karkun” berlebih lagi bagi mereka yang baru terlibat dengan “Jemaah Tabligh” ini. Bukan semua yang betul-betul dapat mengikut usul, yang betul-betul berubah. Kalau diperhatikan, memang banyak yang salah dan silap dari ibadat, akhlaq, ilmu dan lain-lain. Biasalah kerana usaha ini memungut mereka-mereka yang di “tepi jalan”. Memungut mereka-mereka yang jauh dari hidayat Allah swt. Tidak seperti sesetengah “Jemaah / Fikrah”, mereka lebih selesa memilih orang yang akan menjadi ahli dikalangan mereka-mereka yang terpilih, yang terpelajar, yang berada di masjid /surau dan di menara gading. Sebab itulah ahli-ahli biasanya orang-orang yang terpelajar. Yang tidak terpelajar tidak boleh menjadi ahli. Apa lagi pekebun, peneroka, tukang kerja bawahan dan berlebih lagi gangster mau pun kaki pukul, memang tidak akan disenaraikan sebagai ahli.
Sebaliknya di dalam “Jemaah Tabligh” terdiri berbagai gulongan dari ulama, bekas menteri dan exco sehingga kepada penagih dan kaki pukul jalanan boleh meyertainya. Tiada ada had sempadan tempat, rupa bangsa, kelas pendidikan maupun kelas kehidupan. Semuanya boleh meyertai jemaah ini. Justeru dari itu, maka tidak heranlah terdapat sedikit kesilapan dan kekurangan pada ahlinya /“karkun”.
Kadang-kadang cara solat pun sekejap Syafie, sekejap Hanafi, sekejap Hambali, cacamarba jadinya. Bila diperhatikan oleh sesetengah orang pasti akan mengkritik, komen dan banyak juga yang mengutuk.
Ketika “bayan” atau ceramah pula, kadang-kadang cerita Firaun jadi cerita Namrud, Firman Allah jadi hadis Nabi, kata-kata ulama bertukar menjadi hadis Nabi dan macam-macam lagi.
Keterampilan pula ada yang macam Pakistan, ada yang macam Bangla, ada yang macam Arab, malah ada yang yang macam ‘rockers’. Kalau ke Seri Petaling macam-macam rupa boleh dilihat.
Namun begitu telah ada garis panduan untuk semua itu. Telah dinasihatkan kepada semua “karkun’ agar mereka mempelajari hukum fekah dari mazhab mereka sendiri. Jangan mengikuti Mazhab Hanafie yang sememangnya di amalkan oleh sejumlah besar ulama dan “elders” Jemaah Tabligh. Pernah seorang ahli jemaah dari Negara Arab bertanya kepada ulama/elders berkaitan keinginannya untuk bertukar mazhab dari Hambali ke Hanafie. “Ikut lah mazhab di tempat kamu” tegas mereka. Begitulah dengan tempat kita, mereka menasihatkan kita untuk beramal berdasarkan Mazhab Syafie. Ini selaku satu keputusan.
Bagi mereka yang memberi “bayan” atau ceramah hendaklah mengikut garis yang telah ditetapkan. Jangan menghurai Al-quran dan hadis sekiranya beliau bukan orang alim. Bercakaplah di atas 6 perkara dan di dalam ruang lingkup ‘Fadhail Amal’, ‘Mutakhab Ahadis’ serta kitab-kitab yang di arahkan. Selain itu hendakalah mengutamakan orang-orang yang lebih lama dan alim untuk program bayan/ceramah utama. Sebab itulah setiap jemaah yang akan “keluar” akan disertakan ulama/ustaz dan hafiz quran bersama-sama jemaah berkenaan. Ini adalah kehendak Maulana Elyas rah sendiri. Di Indonesia dan Thailand telah pun berbuat demikian. Di Malaysia sebahagiannya telah dapat disempurnakan untuk 40 hari / 4 bulan. Namun setakat ini 3 hari belum lagi dapat. Hanya di sesetengah tempat sahaja yang telah pun berbuat demikian.
Keterampilan “karkun” juga telah diminta berbuat mengikut kesesuaian tempat berkenaan. Pakain baju Melayu dan jubah telah diterima oleh masyarakat Malaysia. Pakaian ala India dan Pakistan juga tidak menjadi masaalah bagi sesetengah tempat khususnya di Bandar, tetapi tidak disenangi di sesetengah tempat di kampong. Pakaian “rockers” memang tidak digalakan namun tegoran dibuat secara hikmah.
Jadi sekiranya kita terlihat mana-mana “karkun” yang bertidak tidak secocok maka tegurlah dengan cara berhemah atau bersangka baiklah. Sesetengah orang memakan masa untuk berubah. Apa pun kita bersyukur dalam pada itu pun ramai yang telah berubah. Ada dari Penagih berubah menjadi Hafiz Quran. Ada bertatoo berubah menjadi ustaz.
Wallahu’alam
Nota: Tulisan di atas adalah pengamatan penulis melalui ‘Khususi Ustaz’ dan ‘Khawas’.Munkin ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan di atas. Komen yang baik dialu-alukan.
Pada perhimpunan kecil (Jhor) ulama pada 18 Januari 2009 yang lalu ada disentuh oleh Maulana Johari Jerantut bekaitan perilaku “karkun”. Beliau memohon berbayak maaf bagi pihak “Jemaah Tabligh” kepada ulama-ulama yang hadir atas kesilapan dan perilaku “karkun” yang tidak meyenangkan sambil menahan sebak.
Memang pun kalau dilihat dari tingkah laku “karkun” berlebih lagi bagi mereka yang baru terlibat dengan “Jemaah Tabligh” ini. Bukan semua yang betul-betul dapat mengikut usul, yang betul-betul berubah. Kalau diperhatikan, memang banyak yang salah dan silap dari ibadat, akhlaq, ilmu dan lain-lain. Biasalah kerana usaha ini memungut mereka-mereka yang di “tepi jalan”. Memungut mereka-mereka yang jauh dari hidayat Allah swt. Tidak seperti sesetengah “Jemaah / Fikrah”, mereka lebih selesa memilih orang yang akan menjadi ahli dikalangan mereka-mereka yang terpilih, yang terpelajar, yang berada di masjid /surau dan di menara gading. Sebab itulah ahli-ahli biasanya orang-orang yang terpelajar. Yang tidak terpelajar tidak boleh menjadi ahli. Apa lagi pekebun, peneroka, tukang kerja bawahan dan berlebih lagi gangster mau pun kaki pukul, memang tidak akan disenaraikan sebagai ahli.
Sebaliknya di dalam “Jemaah Tabligh” terdiri berbagai gulongan dari ulama, bekas menteri dan exco sehingga kepada penagih dan kaki pukul jalanan boleh meyertainya. Tiada ada had sempadan tempat, rupa bangsa, kelas pendidikan maupun kelas kehidupan. Semuanya boleh meyertai jemaah ini. Justeru dari itu, maka tidak heranlah terdapat sedikit kesilapan dan kekurangan pada ahlinya /“karkun”.
Kadang-kadang cara solat pun sekejap Syafie, sekejap Hanafi, sekejap Hambali, cacamarba jadinya. Bila diperhatikan oleh sesetengah orang pasti akan mengkritik, komen dan banyak juga yang mengutuk.
Ketika “bayan” atau ceramah pula, kadang-kadang cerita Firaun jadi cerita Namrud, Firman Allah jadi hadis Nabi, kata-kata ulama bertukar menjadi hadis Nabi dan macam-macam lagi.
Keterampilan pula ada yang macam Pakistan, ada yang macam Bangla, ada yang macam Arab, malah ada yang yang macam ‘rockers’. Kalau ke Seri Petaling macam-macam rupa boleh dilihat.
Namun begitu telah ada garis panduan untuk semua itu. Telah dinasihatkan kepada semua “karkun’ agar mereka mempelajari hukum fekah dari mazhab mereka sendiri. Jangan mengikuti Mazhab Hanafie yang sememangnya di amalkan oleh sejumlah besar ulama dan “elders” Jemaah Tabligh. Pernah seorang ahli jemaah dari Negara Arab bertanya kepada ulama/elders berkaitan keinginannya untuk bertukar mazhab dari Hambali ke Hanafie. “Ikut lah mazhab di tempat kamu” tegas mereka. Begitulah dengan tempat kita, mereka menasihatkan kita untuk beramal berdasarkan Mazhab Syafie. Ini selaku satu keputusan.
Bagi mereka yang memberi “bayan” atau ceramah hendaklah mengikut garis yang telah ditetapkan. Jangan menghurai Al-quran dan hadis sekiranya beliau bukan orang alim. Bercakaplah di atas 6 perkara dan di dalam ruang lingkup ‘Fadhail Amal’, ‘Mutakhab Ahadis’ serta kitab-kitab yang di arahkan. Selain itu hendakalah mengutamakan orang-orang yang lebih lama dan alim untuk program bayan/ceramah utama. Sebab itulah setiap jemaah yang akan “keluar” akan disertakan ulama/ustaz dan hafiz quran bersama-sama jemaah berkenaan. Ini adalah kehendak Maulana Elyas rah sendiri. Di Indonesia dan Thailand telah pun berbuat demikian. Di Malaysia sebahagiannya telah dapat disempurnakan untuk 40 hari / 4 bulan. Namun setakat ini 3 hari belum lagi dapat. Hanya di sesetengah tempat sahaja yang telah pun berbuat demikian.
Keterampilan “karkun” juga telah diminta berbuat mengikut kesesuaian tempat berkenaan. Pakain baju Melayu dan jubah telah diterima oleh masyarakat Malaysia. Pakaian ala India dan Pakistan juga tidak menjadi masaalah bagi sesetengah tempat khususnya di Bandar, tetapi tidak disenangi di sesetengah tempat di kampong. Pakaian “rockers” memang tidak digalakan namun tegoran dibuat secara hikmah.
Jadi sekiranya kita terlihat mana-mana “karkun” yang bertidak tidak secocok maka tegurlah dengan cara berhemah atau bersangka baiklah. Sesetengah orang memakan masa untuk berubah. Apa pun kita bersyukur dalam pada itu pun ramai yang telah berubah. Ada dari Penagih berubah menjadi Hafiz Quran. Ada bertatoo berubah menjadi ustaz.
Wallahu’alam
Nota: Tulisan di atas adalah pengamatan penulis melalui ‘Khususi Ustaz’ dan ‘Khawas’.Munkin ada kesalahan dan kesilapan pada tulisan di atas. Komen yang baik dialu-alukan.
Wednesday, February 11, 2009
Kedudukan Emas / Emas Putih / Platinum
( Jawapan Kepada Persoalan Shamajid )
Emas sememangnya haram bagi lelaki, Keharamannya telah pun termaklum di dalam banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a berkaata :
“Rasulullah s.a.w mengambil sutera, ia letakan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakan di sebelah kiranya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang lelaki dari umatku.” ( Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah )
Dalam riwayat Ibnu Majah ada tambahan :
“halal buat perempuan”
Pernah berlaku Nabi seorang melihat lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi mencabutnya cincin itu dan membuannya. Kemudian Nabi bersabda :
“Salah seorang dari kamu sengaja mengambil bara api kemudian ia meletakan di tangannya. Setelah itu Rusulullah pergi, kepada lelaki itu dikatakan : ‘Ambillah cincin itu dan menafaatkanlah,’ Maka jawabnya : ‘Tidak demi Allah, aku tidak akan mengambil sesuatu yang telah dibuang oleh Rasulullah.” ( Riwayat Muslim )
Dari beberapa hadis di atas maka telah difatwakan bahawa emas adalah HARAM bagi gulongan lelaki memakainya. Ini termasuklah jam emas, gelang emas, gigi emas, binkai cermin mata emas, lighter emas, pen emas, butang baju melayu emas, bingkai pistol atau senapang (Cth : seperti yang dimiliki oleh Saddam Hussain) dan lain-lain yang berkaitan.
Namun ada ulama-ulama membataskan hanya yang dikenali sebagai perhiasan sahaja yang diharamkan. Ini diqiaskan kepada cincin kerana cincin adalah perhiasan. Kata mereka sekiranya ianya jenis peralatan maka ianya di BOLEHkan ( mubahah ). Contohnya seperti lighter emas, jam emas, bingkai cermin mata emas, pen emas dan lain-lain yang dianggap peralatan. Ini adalah kerana sekiranya ianya tidak berfungsi adakah kita akan memakainya ?. Tentunya tidak, sekiranya jam emas (Rolex) rosak adakah kita akan memakainya?. Bingkai cermin mata kalau tak ada cerminnya adakah kita akan memakainya?. Bergitu juga dengan lighter, maka pastinya kita tidak akan memakainya. Dengan itu ianya diketogorikan sebagai peralatan bukan perhiasan. Kata mereka ini semua peralatan ini walau pun dibuat banyak atau sdikit diBOLEHkan.
Dalam pada itu ada ulama meHARAMkan lansung sebarang perhiasan atau peralatan dari emas walau bercampor sedikit emas. Ini di sabitkan dari di atas, penharaman mutlak untuk sebarang benda samaada peralatan mau pun perhiasan.
Jalan Ikhtiad (berhati-hati):
Adalah lebih baik kita tidak menggunakan sebarang perhiasan atau pun peralatan sekiranya diperbuat dari emas banyak atau sedikit. Ini termasuk cincin suasa.
Kedudukan Emas Putih (White Gold) dan Platinum
Kedudukan emas putih adalah ianya seperti emas kuning ?. Untuk ini kita mistilah memahami apakah yang terkandung dalam emas putih berkenaan.
Dalam Wikipedia disebutkan :-
“Emas adalah unsure kimia dalam table periodic yang memiliki sibol Au (bahasa Latin :’aurum’) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalent dan univalent) yang lembek, mengilap, kuning, berat,”malleable”, dan “ductile”. Eamas tidak bereaksi degan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kofe ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.” (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas)
Inilah yang dikatakan emas. Jadi sekiranya emas putih dari jenis logam yang sama dengan emas kuning maka hukumnya adalah HARAM.
Baiklah, kita lihat pula apakah dia emas putih ini atau “white gold”.:-
“ What are ‘White golds’?Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often ask of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. (http://www.gold.org/jewellery/technology/colour/white.html)
Manakala di dalam Wikipedia disebutkan :-
“White gold is an alloy of gold and at least one of whit metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats.”
(http:// en.wikipedia.org/wiki/White gold)
Bila kita lihat kedua-dua takrifan emas kuning dan emas putih (white gold), maka hukum yang boleh kita tentukan adalah HARAM memakai emas putih bagi lelaki walau pun mungkin ada campuran dari logam berwarna putih samaada dari perak (silver) atau pun palladium.
Bagaimana pula dengan Platinum?. Baik kita lihat takrifannya:-
“Platinum adalah satu unsure kimia dalam table periodic yang memiliki lambing Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, “malleable”, “ductable”, berharga, berwarna putih- keabuan. Platinum tahan karat dan terdapat dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan control emisi mobil.” (http://id.wikipedia.org/wiki/Platina)
Jadi jelas di atas bahawa platinum boleh dipakai oleh lelaki. Jadi kita kena pastikanadakah cicin yang di pakai yang berwarna putih “white gold” atau platinum. Kalau “white gold” ianya adalah haram sama seperti emas kuning.
Wallahualam
Nota: Saya sendiri mempunyai dua bentuk cincin satu Perak dan yang lagi satu Platinum.
Tuesday, February 10, 2009
Faktor Lelaki Berpoligami
Islam tidak menghalangi lelaki untuk berkahwin lebih dari satu isteri. Namun lelaki tersebut mistilah melalui syarat mampu berlaku adil terhadap semua isteri-iaterinya. Adil ini khususnya di dalam urusan nafkah, tempat tinggal dan ‘kiswah’ (pakaian). Sekiranya dia bimbang tidak boleh berlaku adil maka kahwinilah seorang sahaja isteri. Ini di sabitkan dari firman Allah swt:
فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ
Artinya : “kemudian jika kamu takut tidak akan dapat Berlaku adil, Maka (kawinilah) seorang saja, atau hamba sahaya yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (QS. An Nisaa : 3)
Berdasar dari ayat di atas, ulama-ulama telah menuntukan bahawa poligami dilarang terhadap seorang lelaki yang tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Ini dikeranakan kegagalan untuk meyempunakan perkara asas di atas dikira mengabaikan hak-hak isteri. Untuk ini mana-mana lelaki yang ingin berpoligami maka persedian pada perkara di atas adalah perlu agar tujuan dari poligami itu tercapai.
Poligami di dalam islam bukanlah satu kewajipan atau disunnahkan, namun ianya dibolehkan dan dibenarkan asalkan faktor-faktor berikut diambil kira :
A ) Berlaku perang di dalam Negara Islam yang mana ramai kaum lelaki khususnya para suami gugur syahid di dalam medan perang yang mengakibatkan ramai wanita menjadi janda. Bagi meyelesaikan tututan tanggungjawab janda dan anak-anak mangsa perang ini, maka islam membenarkan lelaki berpoligami. Dengan cara ini janda-janda dan anak-anak mangsa perang ini akan terbela.
B ) Jumlah kaum wanita lebih ramai melebihi dari jumlah kaum wanita. Ini juga sebahagian dari faktor yang disyaratkan oleh sesetengah ulama.
C ) Kesanggupan lelaki untuk berkeluarga lebih besar dan kesanggupan fizikal lelaki dari segi seksual.
D ) Terkadang seorang istri mengalami kemandulan atau menderita sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh padahal mereka tetap ingin melanjutkan hubungan suami istri dan suami ingin mempunyai keturunan.
E ) Sifat lelaki yang sesetengahnya mempunyai dorongan nafsu seks yang lebih besar dan ia merasa tidak puas dengan seorang istri saja disokong pula dengan suasana persekitaran yang terdorong ke arah itu. (dari Fiqhus Sunnah)
Lelaki yang ingin berpoligami hendaknya mempertimbangkan kelima faktor di atas serta kemampuan diri untuk melakukannya. Namun begitu meletakan kepentingan agama serta keluarga di hadapan itu terlebih utama.
Wallahu’alam
Nota : Lihat tulisan yang lalu “Tips Nak Mengesan Suami Nak Kahwin Lebih” dan “Nak Ke Payong Emas”
P/s : Satu tulisan yang menyukakan kaum bapa.
Saturday, February 7, 2009
“YANG LOMPAT TU KATAK, YANG BEREBUT TU BUDAK”
Tidaklah adalah manusia yang paling baik di atas muka bumi selain nabi-nabi dan para rasul adalah gulungan yang dikenali sebagai ‘Sahabat’, yakni sahabat Nabi Muhammad saw. Mereka lah gulungan yang terbaik yang disebutkan melalui fiman Allah swt dan melalui sabdaan Nabi saw. Kata Qadhi I’yad rah ,”tidak akan ada lagi gulungan manusia seperti ‘Sahabat’ sehingga ke Hari Kiamat”. Sebagaimana Allah swt memagari Bulan Purnama dengan bintang-bintang begitulah Allah swt ‘memagari’ Nabinya dengan para-para sahabat. Kata salah seorang Tabi’in “ Demi Allah!, aku pernah berjumpa 22 orang para sahabat Nabi saw, kesemua raut wajah mereka mengambarkan ketakutan kepada Allah swt dan Hari Akhirat.”
Tiadalah perkara yang menjadi ketakutan kepada Sahabat ra melain apabila mereka dipilih memegang sesuatu jawatan kepimpinan ( khalifah / amir / gabnor ) .Namun demi kepentingan Islam dan umah mereka menjawatnya dengan penoh ketakutan dan tangisan. Ini adalah kerana mereka memahami dengan yakin bahawa jawatan tersebut adalah amanah yang tersangat besar .Kiranya gagal melaksanakannya pasti dan pasti ditimpa kehinaan dan penyesalan di Hari Akhirat nanti.
Abu Zhar Al-Ghifari ra berkata:
“ Aku bertanya kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah! Mengapa engkau tidak mau melantik aku menjadi pemimpin (amir)?” Rasulullah menepuk bahu aku dan bersabda, “Wahai Abu Zhar!, engkau lemah dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu adalah suatu amanah (yang ada kaitannya dengan hak-hak manusia), dan sesungguhnya jawatan kepimpinan itu (akan mendatangkan) kehinaan dan penyesalan (pada hari kiamat), kecuali orang yang memegangnya dengan (menyempurnakan) haknya serta menunaikan apa yang menjadi kewajipanya di dalam hal jawatannya itu.” ( Muslim : 4719 )
Manakala Abd.Rahman bin Samurah ra berkata bahawa Rasulullah saw pernah berkata kepadanya selaku memberi nasihat dengan katanya :
“Hai Abd.Rahman bin Samurah! Janganlah engkau meminta jawatan kepimpinan ( amir / gabnor ) , kerana kalau kamu diberi jawatan tersebut atas permitaanmu, maka kamu akan dibiarkan (tidak diberi petunjuk atau bantuan oleh Allah swt), sebaliknya jika kamu diberi bukan atas permintaanmu, maka kamu akan dibantu ( diberi petunjuk dan bantuan dari Allah swt).” ( Bukhari : 6622 )
Atas dasar inilah maka hampir kesemua sahabat Nabi saw khususnya yang memegang jawatan banyak menangis di malam hari. Bahagian akhir malam akan digunakan oleh mereka untuk memohon keampunan dan tangisan. Sebagaiman firman Allah swt :
“ Maka sedikit dari bahagian malam mereka berada di tempat tidur mereka. Dan pada waktu sahur itu mereka memohon keampunan .” (Az-Zariyyat :17&18 / 26)
Ini sering terjadi apabila mereka mendengar dari Nabi saw memberi pesan kepada mereka di saat-saat mereka dipilih menjadi gabnor di sesuatu daerah sebelum dihantar ke daerah berkenaan. Ini terjadi kepada Muaz bin Jabal ra.
Selain dari itu penerangan Nabi kepada mereka apa maksud sebenar jawatan kepimpinan itu, amat-amat mengecutkan hati mereka sebagaimana pada sabdaan berikut :-
Dari Auf bin Malik ra meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda,” Jika kamu semua mau aku akan beritahukan pada kamu semua tentang apa itu jawatan kepimpinan
( Khalifah / amir / gabnor ) , apa sebenarnya ia?” Mendengar pertanyaan beliau, aku pun berseru dengan suara yang kuat sebanyak tiga kali, “Apa dia ya! Rasulullah?” Rasulullah pun bersabda”Jawatan kepimpinan itu awalnya penuh celaan( kecam dan kritikan ), pertengahanya penyesalan dan hujungnya azab pada hari kiamat, kecuali pada mereka yang berlaku adil, tapi bagaimana ia boleh berlaku adil ditengah-tenagh kaum kerabatnya (group / puak / sedara maranya).” ( Al-Bazzar, Tabrani di dalam Al_Kabir dan Al-Ausath : Sahih )
Khusus Bagi Mereka Yang Berkenaan
Renunglah wahai saudara-saudaraku semua, lihatlah dengan “matahati”, fikirkanlah. Berapa hari lagi kita akan hidup. Panjang sangat kah hidup kita ini. Bersedia kah kita dengan kematian kita. Boleh kah persolan di atas di jawab. Sehingga berebut-rebutan. Sesunggohnya kita tidak matang dalam urusan ini malah kita “buta”. Kita seperti anak-anak kecil berebut hendakan kereta mainan. Si Bapa memberi nasihat, “ Biarkan!, itu cuma mainan bukannya betul. Nanti besar nanti cek beli yang betul.” Tapi anak-anak terus menagis berebut-rebut, gigit menggigit, sepak menyepak tidak mengendahkan nasihat Si Bapa. Kemudian celah Si Ibu, “Budak-budak fikirannya memang begitu”, sambil meleraikan anak-anaknya.
Memang kita macam budak-budak tak matang dengan kehendak Allah dan Rasulnya. Tak sedar bahawa semua ini adalah ‘permainan’. Berapa ramai president yang telah berkuasa telah jatuh,. Dahulu dimuliakan tapi sekarang hidup dengan kehinaan Cth di Korea, Jepun, Indonesia dll. Berapa ramai yang dahulunya duduk di atas tapi sekarang dia sudah berada di bawah. Macam mainan “chess”, sekejap hitam menang dan sekejap putih yang menang. Hujung-hujungnya habis permainan dua-dua masok kotak, Raja masok kotak, Permaisuri masok kotak, Menteri masok kotak, panglima pun masok kotak. Ini lah adat permainan, kan dunia ni firman Allah swt permainan. “La’ibun wa lahwu” permaian dan senda gurau. Hujongnya pati masuk kotak “KERANDA”.
“YANG LOMPAT TU KATAK”
“YANG BEREBUT TU BUDAK”
Wallhu’alam.
Friday, February 6, 2009
Huraian Kitab Bahrul Maazi
( Ulasan Atas Pertanyaan Ust:Rafai Rembau )
Huraian pada Bab : Yang Telah Datang Ia Pada Menyatakan Seorang Laki-laki Yang Sembahyang Seorang Dirinya Kemudian Mendapat Akan Jemaah.
Pada Masaalah 199 M/Surat 99 Jld.2. ( Jawi Cetakan Mesir)
199 – Masaalah : Berjemaah kemudian daripada telah sembahyang seorang diri yakni mengulang sembahyang dengan berjemaah ( ketahwi olehmu ya saudaraku) telah (berkata Abu ‘Isa) Al-Tarmizi – dan ialah yakni seperti di dalam hadis pada masaalah 197 itulah perkataan bukan seorang daripada ahli ilmu, dan dengan dialah berkata Sufian As-Sauri dan Syafie dan Ahmad dan Ishak. Kata mereka itu apabila sembahyang seorang laki-laki seorang dirinya kemudian mendapat ia akan jemaah maka bahwasanya mengulang ia akan sembahyangnya semuanya pada jemaah. Dan apabila sembahyang sesaorang akan Maghrib seorang dirinya kemudian mendapat ia akan jemaah, kata mereka itu – sembahyang ia akan mereka itu dan digenapkannya dengan serokaat pula. Dan bermula sembahyang yang sembahyangnya seorang diri itulah yang terbilang fardhu disisi mereka itu. (Alif Ha) tamat.
Maka kaifiat menggenapkan Maghrib dengan serokaat sunat yaitu apabila telah memberi salam Imam hendaklah berdiri menyempurnakan empat rokaat maka jadilah ia genap (lihat masaalah 85 Jld 2) lagi. ( INI LAH PERSOALAN YANG TIDAK DI FAHAMI- a'stari )
Huraian :
Untuk memahami kitab lama seperti Bahrul Maazi ini kita mistilah lihat satu persatu setiap perkara yang diminta kita lihat (rujuk). Pada persoalan di atas diminta kita lihat :-
I ) Masaalah 197 : Masaalah sembahyang jemaah yang memadai (kata Imam Syafie) di dalam Al-Umm begini :- Dan sekelian jemaah yang sembahyang padanya oleh sesaorang di rumahnya atau di masjid kecil (surau – a’stari) atau besar (masjid jamek- a’stari) samaada sedikit atau banyak jemaahnya nescaya memadai daripadanya. Dan bermula masjid yang lebih besar sekira-kira banyak orang jemaahnya lebih suka kepadaku dan jika adalah bagi sesaorang itu masjid berjemaah di dalamnya tiba-tiba luput berjemaah padanya , sekiranya pergi ia ke masjid lain yang ada berjemaah nescaya adalah lebih suka kepadaku , dan jika tiada diperginya bahkan sembahyang ia di masjdnya dengan seorang diri maka elok jua.
II ) Masaalah 85 : Sembahyang ma’adah (yang diulangi- a’stari) pada Suboh dan Maghrib dan Asar (kata Nawawi) dan pada dalam masaalah 81 itu menunjukan bahawasanya tiada mengapa mengembalikan Suboh dan Asar dan Maghrib seperti yang baki daripada segala sembahyang kerana bahwasanya Nabi saw metalak ia akan amar (perintah- a’stari) dengan mengulang sembahyang dan tiada berfarak (membezakan) antara satu sembahyang dan satu sembahyang. Maka inilah wajah yang sahih pada mazhab kita. Dan bagi kita satu wajah bahwasanya tiada diulang Suboh dan Asar kerana sembahyang yang kedua itu sunat dan tiada ada sunat kemudian daripada keduanya. Dan satu wajah bahwasanya tiada diulangkan Maghrib supaya tiada jadi genap ia dan ialah dhaif.
Nota : Masaalah 81 : tiada ada kaitan.dengan perbincangan.
Huraian Lanjut :
Kaedah menggenapkan Solat Maghrib dengan satu rokaat lagi itu adalah kerana bagi mereka-mereka yang telah pun solat maghrib bersendirian atau di masjid atau surau atau pun di rumahnya dengan bersendirian kemudian ada orang datang ramai solat berjemaah dan dia pun ikut sekali lagi solat berjemaah maka solat yang kedua itu dikira sebagai solat SUNAT sahaja. BUKAN solat FARDHU, yang dikira fardhu yang dia buat sorang-sorang. Ini pandangan empat ulama di atas ia itu Sufian As-Sauri. Imam Syafie, Imam Ahmad bin Hambal dan Ishak bin Rawiyah. Hujjah ini kat masaalah 197.
Bagi mazhab kita, tak perlu ulang solat Asar dan Suboh sekali lagi kerana bila jadi sunat tak boleh sebab lepas solat keduanya. Tidak boleh solat sunat kerana waktu itu WAKTU HARAM solat. Hujah ini kat Masaalah 85.
Tetapi bagi solat Maghrib kalau diulang BOLEH kerana ia dikira solat SUNAT sebab lepas solat Maghrib BUKAN waktu haram. Jadi kalau dia buat TIGA rokaat sahaja ikut jemaah dengan orang ramai yang solat Maghrib TAK BOLEH kerana mana ada lepas Maghrib solat sunat tiga rokaat. Yang ada solat sunat tiga rokaat adalah solat “Witir”. Solat sunat “Witir” mana ada lepas Maghrib. Jawabnya Tak boleh buat solat sunat “Witir” lepas solat Maghrib. JADI kena tambah SEROKAAT lagi supaya jadi EMPAT, baru le boleh.
Demikian apa yang di maksudkan dari persoalan di atas.
Wallahu'alam.
P/s: Pernah berjumpa dengan Ust.Rafai ketika temuduga dengan J/K fatwa NSDK untuk tauliah. Gambar kat atas ketiak menghadiri kuliah tafsir di Bukit Tinggi, Sumatra Barat.Penulis yang bertongkat dagu.
Thursday, February 5, 2009
Dakwah Dalam Penjara
(Penjara Twin Rivers Amerika Syarikat)
Alhamdulillah kerja dakwah bukan setakat di dalam Masjid atau Surau yang sesetengah masyarakat kita fikirkan. Malah ianya diperlukan di berbagai tempat asalkan ianya bersesuaian. Antara tempat yang jarang masyarakat kita fikirkan adalah dakwah di dalam penjara. Kesan yang amat menakjubkan apabila dakwah ini dibuat di tempat sebegini kerana mereka-mereka yang yang berada di sini biasanya dahaga kepada bimbingan dan hidayah dari Allah swt. Banduan yang berada di penjara biasanya terputus dari keluarga dan sahabat handai serta terputus dengan urusan keduniaan mereka. Mereka yang tersisih begini jika didakwahkan kepada harapan kepada rahmat Allah swt pastinya banyak memeberi kesan.
Sebagaimana yang dilapurkan, ramai banduan yang berada di penjara-penjara di Amerika Syarikat dan di Eropah banyak yang memeluk Islam apabila dakwah di dalam penjara di jalankan oleh saudara kita yang berada di sana. Seperti di Monroe Correctional Complex,Twin Rivers, Amerika Syarikat, ramai banduan telah memeluk agama Islam bila kerja-kerja dakwah di laksanakan di sana. Kerja dakwah ini biasanya di jalankan ketika waktu rehat penjara yang biasanya dibuat di ruang yang diizinkan oleh pihak penjara. Hasilnya ramai yang terbuka kepada hidayat. Kata sebahagian para banduan “Penjara boleh menjadi satu kuburan atau menjadi salah satu dari taman-taman syurga.”
Di Malaysia, seingat penulis memang ada dakwah yang dilaksanakan oleh Jemaah Tabligh, khususnya di Kuala Lumpur. Cuma kerja-kerja dakwah ini terbatas oleh orang-orang tertentu sahaja dan di atas kebenaran pihak Penjara Malaysia serta atas mesyuarat Syura Sri Petaling. Dulu pernah dilaksanakan kerja dakwah ini dengan kerjasama pihak JAKIM. Semejak berpindah ke Seremban tidak tahu pulak penulis samaada aktiviti ini masih berterusan atau pun tidak.
Pengalaman penulis ketika keluar 40 hari beberapa tahun yang lalu di Jambi, Indonesia. Penulis pernah di bawa ke Penjara Kota Jambi. Penulis bersama teman di sana yang sememangnya ada hubungan baik dengan pegawai penjara telah pergi ke salah satu penjara besar di Kota Jambi. Sesampai di sana kami bertemu dengan pegawai tertinggi Penjara dan kami dibenarkan memasuki penjara berkenaan dengan melalui tiga pintu utama yang sememangnya dikawalan ketat. Bila masuk ke dalam penjara berkenaan kami melalui kawasan penjara wanita. Apa lagi semua mata memerhatikan kepada kami. Apa taknya dengan pakaian jubah serta serban yang kami pakai menjadi perhatian semua warga penjara. Kebetulan waktu itu waktu istirehat penjara, maka mudah untuk kami berjumpa banduan-banduan di situ. Kami terus ke Mushalla yang terdapat di dalam penjara berkenaan bersebelahan dengan gereja.
Pegerakan kami diperhatikan oleh setiap banduan yang berada di situ. Ada yang memberi salam kepada kami, mungkin sebab teman penulis memang dikenali oleh sebahagian besar warga penjara berkenaan. Sesampai penulis dan teman ke dalam Mushalla tersebut sudah ada ramai yang menunggu sambil mendegar “Taklim Fadhail” yang di baca oleh salah seorang banduan. Rupa-rupanya “jaulah” telah mereka lakukan sebelum kedatangan kami. Penulis diminta untuk “bayan” (ceramah). Perasaan sebak yang teramat menyelubungi penulis ketika memberi bayan yang menyebabkan sebahagian besar banduan di situ menangis teresak-esak. “Bayan” yang penulis sampaikan banyak membawa kepada rahmat Allah swt serta diselitkan dengan kisah Nabi Yusof as dipenjarakan, lamanya sekitar satu jam dan di akhir kami macam biasa buat “tasykilan”. MasyaAllah hampir semua yang bagi nama untuk “keluar”. Apa taknya bila kami “tasykil”, “Siapa yang sedia mau keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari pak!” pinta teman penulis. “Saya sedia pak!, kontan pak!”. “Memang le, siapa yang yang tak nak keluar semua nak, ye le keluar dari penjara. Sapa yang tak nak, kontan lagi” Jawab hati kecil penulis. “Patut le ramai yang bagi nama”. Namun penulis yakin mereka memberi nama atas keazaman yang ikhlas melalui raut wajah mereka. Hampir waktu istirehat selesai kami pun meminta izin beredar.
Itu lah pengalaman penulis melaksanakan dakwah di dalam penjara. Kat Malaysia ni belum lagi, mungkin satu masa nanti.Insyaallah.
Alhamdulillah kerja dakwah bukan setakat di dalam Masjid atau Surau yang sesetengah masyarakat kita fikirkan. Malah ianya diperlukan di berbagai tempat asalkan ianya bersesuaian. Antara tempat yang jarang masyarakat kita fikirkan adalah dakwah di dalam penjara. Kesan yang amat menakjubkan apabila dakwah ini dibuat di tempat sebegini kerana mereka-mereka yang yang berada di sini biasanya dahaga kepada bimbingan dan hidayah dari Allah swt. Banduan yang berada di penjara biasanya terputus dari keluarga dan sahabat handai serta terputus dengan urusan keduniaan mereka. Mereka yang tersisih begini jika didakwahkan kepada harapan kepada rahmat Allah swt pastinya banyak memeberi kesan.
Sebagaimana yang dilapurkan, ramai banduan yang berada di penjara-penjara di Amerika Syarikat dan di Eropah banyak yang memeluk Islam apabila dakwah di dalam penjara di jalankan oleh saudara kita yang berada di sana. Seperti di Monroe Correctional Complex,Twin Rivers, Amerika Syarikat, ramai banduan telah memeluk agama Islam bila kerja-kerja dakwah di laksanakan di sana. Kerja dakwah ini biasanya di jalankan ketika waktu rehat penjara yang biasanya dibuat di ruang yang diizinkan oleh pihak penjara. Hasilnya ramai yang terbuka kepada hidayat. Kata sebahagian para banduan “Penjara boleh menjadi satu kuburan atau menjadi salah satu dari taman-taman syurga.”
Di Malaysia, seingat penulis memang ada dakwah yang dilaksanakan oleh Jemaah Tabligh, khususnya di Kuala Lumpur. Cuma kerja-kerja dakwah ini terbatas oleh orang-orang tertentu sahaja dan di atas kebenaran pihak Penjara Malaysia serta atas mesyuarat Syura Sri Petaling. Dulu pernah dilaksanakan kerja dakwah ini dengan kerjasama pihak JAKIM. Semejak berpindah ke Seremban tidak tahu pulak penulis samaada aktiviti ini masih berterusan atau pun tidak.
Pengalaman penulis ketika keluar 40 hari beberapa tahun yang lalu di Jambi, Indonesia. Penulis pernah di bawa ke Penjara Kota Jambi. Penulis bersama teman di sana yang sememangnya ada hubungan baik dengan pegawai penjara telah pergi ke salah satu penjara besar di Kota Jambi. Sesampai di sana kami bertemu dengan pegawai tertinggi Penjara dan kami dibenarkan memasuki penjara berkenaan dengan melalui tiga pintu utama yang sememangnya dikawalan ketat. Bila masuk ke dalam penjara berkenaan kami melalui kawasan penjara wanita. Apa lagi semua mata memerhatikan kepada kami. Apa taknya dengan pakaian jubah serta serban yang kami pakai menjadi perhatian semua warga penjara. Kebetulan waktu itu waktu istirehat penjara, maka mudah untuk kami berjumpa banduan-banduan di situ. Kami terus ke Mushalla yang terdapat di dalam penjara berkenaan bersebelahan dengan gereja.
Pegerakan kami diperhatikan oleh setiap banduan yang berada di situ. Ada yang memberi salam kepada kami, mungkin sebab teman penulis memang dikenali oleh sebahagian besar warga penjara berkenaan. Sesampai penulis dan teman ke dalam Mushalla tersebut sudah ada ramai yang menunggu sambil mendegar “Taklim Fadhail” yang di baca oleh salah seorang banduan. Rupa-rupanya “jaulah” telah mereka lakukan sebelum kedatangan kami. Penulis diminta untuk “bayan” (ceramah). Perasaan sebak yang teramat menyelubungi penulis ketika memberi bayan yang menyebabkan sebahagian besar banduan di situ menangis teresak-esak. “Bayan” yang penulis sampaikan banyak membawa kepada rahmat Allah swt serta diselitkan dengan kisah Nabi Yusof as dipenjarakan, lamanya sekitar satu jam dan di akhir kami macam biasa buat “tasykilan”. MasyaAllah hampir semua yang bagi nama untuk “keluar”. Apa taknya bila kami “tasykil”, “Siapa yang sedia mau keluar 4 bulan, 40 hari, 3 hari pak!” pinta teman penulis. “Saya sedia pak!, kontan pak!”. “Memang le, siapa yang yang tak nak keluar semua nak, ye le keluar dari penjara. Sapa yang tak nak, kontan lagi” Jawab hati kecil penulis. “Patut le ramai yang bagi nama”. Namun penulis yakin mereka memberi nama atas keazaman yang ikhlas melalui raut wajah mereka. Hampir waktu istirehat selesai kami pun meminta izin beredar.
Itu lah pengalaman penulis melaksanakan dakwah di dalam penjara. Kat Malaysia ni belum lagi, mungkin satu masa nanti.Insyaallah.
Tuesday, February 3, 2009
Tips Untuk Isteri Mengesan Suami Nak Kahwin Lebih
Isteri misti selalu melihat gelagat suami jangan tak perati dan jangan pula buat tak kisah. Kalau dah jadi nanti baru nak gabra, baru nak terloncat dah tak guna.Awai-awai mau perati tengok. Tipsnya begini :-
Kalau dia orang biasa
1 ) Kalau dia selalu asyik dok depan cermin, sekejap sikat rambut, sekejap sikat membetolkan “remusnya” jambolnya. Gelagat macam ni tak pernah dibuat. Tu salah satu tanda nak tambah.
2 ) Gaya pakaiannya macam anak-anak muda cakapnya pulak “gua lu” “gua lu”. Tu pun salah satu tanda.
3 ) Kalau keluar “shopping” pula sorang-sorang, selalunya bawa anak. Ni petanda nak tunjok yang dia tu “single”.
4 ) Selalu tolong sidai kain kat luar kat ampaian, tapi akhir-akhir ni dah malas dia buat macam tu. Mungkin ada “secret admirer” kat jiran sebelah atau pun rumah budak-budak bujang perempuan yang tak jauh dari rumah.
5 ) Bila bunyi handphone cepat-cepat dimatikan. Bila ditanya katanya “maleh nak layan client”.
6 ) Bila bunyi handphone kalau menjawab pun di pergi kat luar kat laman rumah. Pahtu cakap punye le pelahan. Tu takut bocor le tu.
7 ) Selalu kalau kat luar rumah bila pergi berjalan, bergilir-gilir dukung anak kecil. Tapi akhir-akhir ni kalau isteri minta dukung anak sebab keletihan jawabnya” Eh! takan I yang nak dukung, malu le orang dok tengok tu” . Tu pun salah satu tanda.
8 ) Kalau tidur selalu “membuntutkan” isteri, dah tu lambat pula tidur. Asyek tengok “ceiling” je ,dah tu pula seyum sorang-sorang. Tu pun petanda.
9 ) Selalu balek awal dari “office”, tapi akhir-akhir ni katanya sebok ,banyak kerja , jalan “jam”. Bla! bla! bla!. Masa ni, mau kena cek kat pejabat dia.
10 ) Biasanya waktu malam selalu ada kat rumah. Lihat anak-anak buat “homework”.Tapi akhir-akhir ni dia asyek keluar menge”tea”. Tu pun salah satu tanda.
11 ) Hujong minggu biasanya kat rumah mengemas laman dll. Tapi akhir-akhir ni hilang memanjang.
12 ) Selalu kalau sikit demam je makan ubat, tapi ni tak, ada je ubat yang dimakan. Kalau ditanya jawabnya makanan kesihatan. Tapi dilihat pada botol ubat, banyak tulisan Cina dari tulisan Iggerisnya.
13 ) Selalu minuman kegemaranya kopi ‘O’. Tapi ni tak, banyak pulah jenis kopinya. Kopi Tongkat Ali , Kopi Cengkudu, Kopi Jantan dan macam-macam lagi yang kita tak tau jenamnye. Tu pun salah satu tanda.
14 ) Ni yang kemuncak tanda-tanda yang di memang nak pasang lagi satu. Bila tidur asyek mengigau, dah tu asyek sebut “tipah! tipah!”
Bila jadi cam ni jangan lupa ambil tindakan selanjutnya. Jangan sampai dia ambil cuti panjang pergi ke Utara Malaysia.
Khas Untuk Karkun.
Ni lain sikit, dia punya cara Islamik sikit .
1 ) Dah malas bangun tahajud. Bangun pun bila di kejut.
2 ) Keluar 3 hari setiap bulan asyik “miss” je. Nusrah memanjang.
3) Markas dah lama tak pergi, kalau ditanya. “Badan tak berapa sedap”katanya.
4 ) Dulu kalau keluar selalu pakai jubah, korta. Tapi akhir-akhir nik tak gitu. Dah mula pakai seluar biasa. Sesekali tak pakai ketayap. Kalau ditengor “terlupa” katanya sambil buat-buat terkejut berok.
5 ) Solat berjemaah selau terlewat dan kadang-kadang terlepas.
6 ) Ziarah “Gasht” dah lama dia tak buat. Kalau hadir pun masa waktu “bayan” je.
7 ) Kerap dok depan cermin dah tu asyik “trim” janggut.
8 ) Yang lain seperti 12 perkara di atas.
Bila dah terjadi seperti di atas, tindakan selanjutnya adalah “tasykil” dia keluar balek.Atau “contact” ahlia kawan dia minta suaminya ”ikram” balek untuk keluar jemaah. Masih ada masa.
Nota : Ini tangapan penulis je, mungkin banyak lagi yang boleh ditambah.
p/s : Satu lagi tulisan yang menyukakan kaum ibu (Masturat)
Maaf lagi sekali untuk kaum bapa.
Monday, February 2, 2009
"Nak Ke Payong Emas?"
Kisah ini berlaku sekitar penghujong tahun 1997 yang mana sewaktu itu aku baru pindah ke Seremban dari Sg.Besi Kuala Lumpur. Disebabkan keluarga kami cuma tiga beranak, membeli makanan untuk makan malam memang menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Satu malam selepas Solat Insya’, aku ke salah satu warong Tom Yam kat Ampangan, Seremban. Ketika aku keluar dari kerata yang aku parking kat sebelah warong,tiba-tiba “ Assalamualaikum ustaz!” kedengaran suara memberi salam yang datang dari salah satu meja kat luar warong berkenaan.”alaikumsalam” jawab aku sambil menoleh ke arah meja berkenaan. Rupanya kawan-kawan aku tiga orang (karkun) yang sememangnya aku kenali sejak di K.L lagu. “Jemput dudok Ustaz” kata salah seorang mempelawa aku dudok di kerusi yang kosong bersama mereka. “Minta order ustaz” Kata salah seorang yang lagi satu. Setahu aku ketiga-tiga mereka memang kawan rapat. Rapat sungguh, kalau kat mana-mana pasti akan bertiga lebih-lebih lagi kalau pergi pekena minuman Tongkat Ali kat salah satu warong kat Pantai. “Kasi power” kata mereka atau "Rumber-rumber power" dalam bahasa Tamil.
Setelah mula dudok, mereka pun menyambong perbualan seolah-olah mengajak aku berbual sama. Rupanya topik kahwin dua, patut le senyum labar masing-masing. “Bukanya apa ustaz , la ni khamai pompuan tak kawin, kalau kita tak tolong sapa lagi, ustaz, kesiaaan kat depa”, bersunggoh-sunggoh menerangkan kepada aku dengan sedikit loghat utara. Aku senyum je tak kata apa-apa sambil menghirup sedikit teh tarik panas. “Masa ni le kita nak tolong isteri kita dapat payong mas kat dalam syurga nanti” mencelah seorang lagi. “Ye ke payong mas?” tanya aku dengan wajah buat-buat hairan. “Eh ! eh! Buat-buat tak tahu plak untaz ni” sampok salah seorang dari mereka. “Kalau ustaz nak, cakap je kami boleh tolong,” sambungnya lagi. “ Sorang pun aku tak terdaya apa lagi dua”, jawab aku tersenyum sambil menghirup kembali teh tarik. “Ustaz! sunnah le ustaz.”tegas salah seorang dari mereka. “Blom tergerak le hati aku “, jawab aku selamba. Setelah siap pesanan yang aku order( bungkus), aku pun minta diri.
Setelah hampir 8 bulan kemudian salah seorang kawin kedua dan selepas itu kahwin lagi yang ketiga. Hebat! Memang hebat! Dah tu aku dengar nak kawin ke empat pula. Fooh! lagi hebat. Selepas setahun perbualan kat warong tu salah seorang lagi kahwin dua. Dengar cerita isteri keduanya seorang pegawai kerajaan. Yang seorang lagi cari punya cari tak dapat-dapat. Namun selepas 5 tahun selepas perbualan itu,dia pula kahwin dua setelah menghadapi berbagai ranjau. Berjaya ketiga-tiganya “menolong pompuan dan memiliki payong mas untuk isteri masing-masing”. Betol ke? bila aku fakir dan renung sendirian aku senyum.Lagi pun aku amat-amat mengetahui kehidupan mereka selepas kahwin dua.Maleh aku nak cerita kat sini. Biar le sorang. Biar le tak dapat payong mas pun tak ape. Nak tolong perempuam bukan cara tu sahaja, banyak lagi cara lain.Banyakan kerja agama, dakwah dan nasihat bila mereka dah dapat hidayat itu jauh lebih untuk menolong mereka.
Tapi kadang-kadang aku jadi takut juga, bukanya apa takut ter.x%/& sebab keempat-empat tu, tiga dah jalan, cuma aku sorang je lagi yang blom. Seraaam !aku tapi orang rumah (ahlia) aku lagiiii seraaam. Sebab setengah orang kata:-
SATU “IS ONE”, DUA “IS TWO” , TIGA BARU “IS THREE”
Peeeh! Laagii seraaam. Ye ke seram ni. Jangan-jangan ada ati tak? Aku tanya, aku le yang jawab. Baik,aku jawab :-
Jawapan :
Naluri lelaki memang nak kahwin lebih. Itu memang naluri lelaki, orang buta yang dok raba-raba pun kalau tanya dia nak ke kahwin lagi sorang . Tentu di jawab nak. Tapi kalau di ukur dan fikirkan hal anak-anak , pengorbanan isteri, susah payah hidup bersama, nak bagi masa untuk kerja agama dan bla! bla! bla!. Maka pasti jawapanya biar le dia sorang. Itu le buah hati aku. Dia le harimau dia le kucing manja. Lagi pun Nabi saw tak pernah kahwin lebih ketika ada isteri pertama. Isteri Pertama itu le yang banyak berkorban. Selepas kematian Isteri Pertama baru le Nabi saw kahwin lebih. Itu pun perintah Allah swt, sebagaimana firmanya :-
“Wahai Nabi (saw) , sesunggohnya kami telah menghalalkan bagimu isteri-isterimu yang telah kami berikan mas kahwinya dan hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang kamu perolehi dalam peperangan yang dikuniakan Allah untukmu.. . . . .”
Kalau di lihat catatan sejarah boleh la kita susun seperti berikut:-
Umur 25 Hingga 50 Tahun
Berkahwin dengan Khdijah Al Qubra ra hingga kematian Khadijah sewaktu umur Nabi 50 tahun. Ini bermakna Khadijah ra meninggal lira-kira 10 tahun selepas kereasulan Nabi saw.
Umur 50 tahun
Baginda berkahwin dengan Saudah ra dan A’aisyah ra. Saudah ra terus bersama dengan Nabi manakala A’aisyah ra bersama dengan Nabi 2 tahun selepas hijrah. Pada ketika itu baginda berumur 54 tahun.
Umur 55 tahun (3 SH.)
Baginda berkahwin dengan Hafsah ra. Selepas beberapa bulan, baginda berkahwin pula dengan Zainab bin Khuzaymah ra yang telah bersama dengan Nabi saw hanya selama 3 tahun 18 bulan sahaja ( sebagaimana terdapat di dalam sesetengah riwayat ) sebelum beliau meninggal dunia.
Umur 56 tahun (4 SH.)
Baginda telah berkahwin dengan Ummi Salamah ra
Umur 57 tahun (5 SH.)
Baginda berkahwin dengan Zainab ra.
Umur 58 tahun (6 SH)
Baginda berkahwin dengan Juwairiyah ra
Umur 59 tahun (7 SH.)
Mula-mula banginda berkahwin dengan Ummi Habibah ra kemudianya berkahwin pula dengan Safiyyah ra. Selepas itu berkahwin pula dengan Maimunah ra. Ini terjadi di dalam tahun yang sama.
Rumusan:
Dari menerangan di atas, amat jelas pada kita yang mana Rasulullah saw berkahwin hanya satu (Monogamous) ketika bersama Khadijah ra. Ketika ini baginda tidak pernah pun berkahwin lebih.. Perkahwinan beliau lebih dari satu (Polygamous) selepas berumur 50 tahun dengan kebanyakanya adalah janda itu pun atas perintah Allah swt. Jadi bermakna yang nabi kahwin bukan kerana tuntunan nafsu tetapi adalah kepentingan Agama. Kalau kerana nafsu pasti nabi akan memilih anak dara daripada janda.
Jadi untuk yang telah kahwin lebih dari satu,adakah perkahwinan itu kerana tuntunan Agama atau . . . . .? Bagi yang bercadang nak tambah satu lagi atau yang ketiga atau keempat fakir-fikirkan lah.
Maaf kalau ada yang tersinggung (Khusus untuk Kaum Bapa)
Wallahu’alam.
P/s : Rasanya tulisan ini menyukakan Kaum Ibu (Masturat)
An e-mail For Young Muslim
O servants of Allah
Young Muslims of today
You wait impatiently everyday
For e-mail messages of the day
You log on several times a day
It makes you feel good
Then you hear "you got mail"
You cannot wait to read it
Some messages are good
From your friends and relatives
But most are plain junk
That waste your time
You delete them fast
Did you know 1400 years ago
Allah sent you a long e-mail
Through Angel Gabriel of course
Revealed upon the holy Prophet(p)
Did you open that e-mail?
Subj: Quran: the guide
Did you down load that file?
And book marked in your heart?
Had you opened that e-mail
You had read in it all
The stories of the prophets sent
The stories of nations destroyed
There are warning to the mankind
And guidance for your daily life
Good news and hope for the future
To bring you closer to Allah
Now,every morning when you wake up
Read this e-mail first
Saved in Quran,al-Furqan
Memorize and act upon
Dear young Muslims
The future of Islam
(Ehsan : Inaamiyyah / Tidak diketahui penulisnya)
Subscribe to:
Posts (Atom)