Saturday, June 26, 2010
Kisah Imam Syafie Bertamu Di Rumah Imam Ahmad Bin Hambal
Pada suatu hari Imam Syafie rah datang menziarahi Imam Ahmad bin Hambal. Apabila selesai makan malam bersama, Imam Syafie masuk ke bilik tidur yang telah disediakan untuknya dan segera berbaring sehingga terbit fajar. Anak perempuan Imam Ahmad yang sentiasa memerhatikan Imam Syafie sejak dari awal lagi bertanya kepada ayahnya dengan nada menegur, “Ayah selalu memuji dan mengatakan Imam Syafie itu seorang ulama yang sangat alim. Sebaliknya apa yang saya perhatikan banyak perkara tidak mengambarkan ianya seorang yang benar-benar alim. Imam Ahmad amat terkejut mendengar perkataan anak permpuannya, lalu ianya bertanya, “Ia seorang alim wahai anakku, mengapa kamu berkata demikian?” Anak perempuannya menjawab,” Aku perhatikan ada tiga perkara menyebabkan kekurangannya, wahai ayah. Pertama, pada waktu dihidangkan makanan, ia memakannya dengan lahap sekali. Kedua, sejak masuk ke bilik tidurnya, ia tidak Solat Malam sebaliknya hanya keluar setelah masuk waktu Suboh. Ketiga, Ia Solat Suboh tanpa berwudhuk.”
Imam Ahmad bin Hambal memikirkan semua perkataan anaknya itu dan akhirnya supaya jelas persoalan anaknya itu, ianya menyampaikan semua alasan anak perempuannya itu kepada Imam Syafie. Bila mendengar semua itu, Imam Syafie tersenyum lalu ia berkata, “ Wahai Ahmad! sebabnya aku makan dengan lahap dan banyaknya di rumah kamu kerana aku tahu bahawa makanan di rumah kamu jelas halal dan baik. Aku tidak ragu dengan makanan itu sedikit pun, atas sebab itulah aku makan dengan lahap. Lagi pun aku amat memahami bahawa engkau seorang yang sangat pemurah. Makanan orang yang pemurah itu ubat dan makanan orang yang kedekut itu penyakit. Aku makan semalan bukan kerana untuk kenyang tetapi semata-mata untuk berubat dengan makananmu itu.”
Perkara kedua yang menyebabkan aku tidak solat malam kerana ketika aku meletakkan kepalaku di atas bantal untuk tidur, tiba-tiba seolah-olah aku melihat di hadapanku Kitabullah dan sunnah Rasulnya saw dan dengan izin Allah malam itu, aku dapat menyusun 72 masaalah feqah Islam sehingga aku tidak sempat Solat Malam. Perkara keempat yang menyebabkan aku tidak berwudhuk ketika Solat Suboh kerana aku Walahhi ! . . . . pada malam itu aku tidak dapat tidur sekelip pun, sehingga aku Solat Suboh dengan wudhuk Solat Insya’.”
Targhib :
Sebenarnya sebarang persoalan yang dilakukan oleh ulama tersimpul berbagai hikmah yang tidak boleh dilihat sebagai keburukan. Malah ulama tidak boleh kita mengupat serta kata sesetengah ulama “Daging ulama adalah beracun”. Jika sesiapa mengupat mereka memakan daging ulama yang beracun yang pasti akan memudaratkannya.
Ada mereka-mereka yang ke Nizamuddin melihat ulama-ulama (elders) di sana dengan pandangan keburukan. Namun begitu akhirnya jelas kepada mereka kesilapan sangkaan mereka.
Sekitar tahun 80an ramai saudara-saudara dari Negara Arab yang berkunjung ke Nizamuddin, India untuk melihat dengan lebih dekat ulama-ulama Jemaah Tabligh di sana. Ada salah seorang ahli jemaah dari Saudi bila sampai di Markaz Masjid Banglowali, Nizamuddin lansung merasa jijik dan hina apa lagi bila terdapat orang-orang miskin meminta sedekah di hadapan masjid. Kehinaan itu bertambah lagi bila melihat Amir Jemaah Tabligh yang ketiga Maulana I’namul Hassan dan beberapa lagi ulama memakan Sireh. Bila melihat semua ini, ia mencemoh dengan nada hina dengan mengatakan, “Adakah memakan sireh itu sebahagian dari Sunnah Nabi saw ?” dengan nada ketawa tak kala sampai ke bilek “foreigner”. Kebiasaan saudara Arab dari Saudi sesetengahnya berfahaman Salafi.
Namun pada malam tersebut beliau bermimpi Nabi saw menyediakan balutan sireh dan diserahkan balutan sireh berkenaan kepada Maulana I’namul Hassan. Selepas dari itu ianya menyesal dan bertaubat dari sangkaan buruknya itu. Selepas dri itu ada sesetengah orang Arab yang memakan sireh. Penulis sendiri pernah bersama dengan Amir Negara Yamen yang mana penulis mendapati beliau memakan sireh seperti orang India. Ketawa sakan penulis melihatnya.
Pernah juga berlaku perkara yang serupa kepada jemaah dari salah satu Negara Arab. Kerana kebiasaan saudara Arab kita khuruj di Pakistan serta kehebatan di dalam berdakwah. Malah banyak negara telah mereka kunjungi , namun tak kala sampai di Masjdi Banglowali, Nizamuddin (Ini adalah kerana sebahagian Negara Arab sukar untuk memasuki India kerana dikaitkan dengan Taliban) bila mendengar bayan ( Kuliah/ceramah) dari Maulana Umar Palampuri yang sememangnya cukup hibat dan memukaukan ramai saudara Arab. Sebahagianya mencemoh dengan mengatakan, “ cakap je hebat tapi hanya memerap kat masjid sahaja. Kalau hebat mengapa tidak khuruj ke seluroh dunia.” Namun sebelum habis bayan jawapan itu telah terjawab di dalam bayan yang sama. Kata Maulana sambil menangis tersedu-sedu ,” Saya sangat-sangat ingin khuruj ke seluroh dunia untuk menjalankan kerja yang mulia ini, namun apakan daya Hadratji (Amir Maulana ‘Inamul Hassan) telah memutuskan saya di sini.”
Ahkirnya baharulah sudara Arab kita menyesal dan memahami isi kedudukan sebenarnya. Ini adalah demi kerana kepentingan usaha dan menafaat kepada semua maka Maulana Umar diputuskan menjadi “Muqimin Nizamuddin”.
Wallahu’alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam Ustaz.
Saya ada rasa sangsi dengan cerita-cerita yang mengatakan bermimpi Nabi SAW.
Bagaimana hendak mengesahkan mimpi itu benar dan bukan mainan syaitan?
Bagaimana pula kita nak tahu orang tersebut betul-betul Nabi SAW sedangkan kita tak pernah melihat Baginda?
Harap dapat diperjelaskan.
Jazakallah khairan.
Alhamdulillah
Bijen M.
Saya ada mengajar "Bahrul Maazi" Bab "Rukyah" Bab Mimpi di satu Tmn di sini beberapa tahun lalu.
Saudara juga boleh merujuk kitab Tafsir Mimpi Ibn Sirin. Juga Kitab Bermimpi Nabi karangan AHQAS, Abdullah Qari Hj.Salleh miski pun mirip Salafi.
"La tamassalu bi" Maknanya syaitan tidak boleh menyerupai Nabi di dalam mimpi. Ini bersabit dari Hadis Nabi saw.
Insyaallah, saya akan timbangkan untuk menulis satu tajuk berkaitan bab ini.
Doakan untuk saya.
A'kum ustaz,
Kisah makan sireh tu, pernah saya dengar sebelum ni. Rakan yang bercerita, menambah bahawa, dikatakan sireh ini sunnah Nabi Sulaiman AS. Sewaktu hendak bersama dengan Balqis, baginda mengunyah sireh untuk mewangikan mulutnya.
Betui ke? Wallahu a'lam.
Assalamu'alaikum W.B.T..Ustaz saya mohon izin untuk share semua artikel ustaz ini...Untuk Pembacaan diri dan di kongsikan dengan rakan-rakan..Boleh Ustaz?
Post a Comment