MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, July 6, 2010

Mike Tyson Mengerjakan Umrah Ziarah

(Mike Tyson Bersma Dengan Beberapa Perwakilan Universiti Islam Madinah)

Madinah : 4 Julai 2010

Bekas Juara Tinju Dunia Mike Tyson, baru-baru ini buat pertama kalinya menjejak kakinya di Tanah Haram bagi melaksanakan amalan Umrah dan Ziarah. Beliau telah sampai di Madinah Al- munawwarah pada hari Jumaat yang lalu bagi melaksanakan Solat Jumaat bersama penduduk tempatan di Masjid Nabi saw.

Sepanjang di Madinah, belaiu berkesempatan bertemu dengan Presiden University Islam Madinah, Dr.Muhammad Al- Aqola serta beramah mesra dengan pelajar-pelajar universiti berkenaan.

Dari Madinah Al- Munawwarah, beliau berangkat ke Mekah Al- Mukarramah bagi melaksanakan ibadat Umrah . Selain itu beliau juga ke Jeddah, Abha dan juga Riyadh bagi menyempurnakan siri lawatan beliau. Mengikut sumber berita, lawatan beliau ke Tanah Suci adalah salah satu program anjuran CDA (Canadian Dakwa Association).
Beliau berada selama seminggu di Tanah Suci serta menghabiskan masanya dengan melawat beberapa tempat suci serta bergaul mesra dengan penduduk setempat bagi mendalami budaya masyarakat Islam di sana. (Arab News: 4 Julai 2010)


Tyson Menangis Di Raudah

Metro : 2010/07/06

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.
Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi


Komen :

Alhamdulillah, bagi seorang bekas ahli sukan ternama masih lagi boleh mangambil ruang masa untuk beribadat di Tanah Suci sedangkan waktu yang sama rakan sukan yang lain sibuk berada tempat duduk VIP di Stadium di Afrika Selatan bagi menyaksikan perlawanan bolas sepak FIFA Worlds Cup.

Dahulunya ramai yang mencemuh dan menghina namun orang yang dihina sekarang ini berada di Tanah Suci mengerjakan amalan Umrah Ziarah dan menjadi seorang yang takut pada Allah swt..

“Jika Allah swt buat keputusan sesaorang itu mendapat hidayat tidak akan ada sesiapa pun yang boleh menghalanginya.”

SUBHANALLAH!.

5 comments:

ziarah76 said...

hidayat milik Allah, Allah campakkan taufik dan hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

hainur hapis said...

BARAKA ALLAH , AMIN.....

School Of Tots said...

Alhamdulillah, semoga Tyson menjadi manusia bertaqwa.

Scuba said...

sejak kebelakangan ni, ramai orang yang berbackground nakal dapat hidayah.

Risau pulak dengan keadaan diri sendiri. Adakah Dia sedang menukar wali-wali Nya (seperti cerita Baghdad diserang dulu)

PIANED said...

saya dengar dari seorang yang keluar kat US..mike tyson ne pernah khuruj...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin