Saturday, November 13, 2010
Today Germany Tomorrow The World / Heute Deutschland morgen die Welt
Alhamdulillah dengan rahmat Allah swt, kami satu jemaah telah selamat sampai ke Airport Schipol, Amsterdam, Holland pada pagi Jumaat 5 November 2010.
Setelah selesai urusan passport dan imigrisen kami dibawa oleh beberapa orang Arab Moroko penangungjawab Markaz Holland serta saudara Hakim, pelajar GMI di German. Setelah selesai solat Suboh dan sarapan pagi, kami berangkat ke Duesseldoft, German melalui kenderaan yang dibawa oleh saudara Hakim.
Perjalanan sepanjang lebuhraya Holland/German memakan masa sekitar tiga jam. Suhu sejuk sekitar 12° dan kami sampai di rumah saudara Abd. Rasyid rakyat tempatan berketurunan Pakistan. Jemaah lelaki berada di Masjid Pakistan dan berusaha di situ selama tiga hari. Tidak ada Jaulah Umumi yang kami buat hanyalah Jaulah khususi. Kami menziarahi beberapa orang rakan seusaha dari keturunan Arab Moroko, Pakistan, Arab Tunisia dan juga Keluarga Melayu yang buat Phd di German. Antara keluarga Melayu yang kami sempat ziarahi adalah saudara Zahiem, pensyarah UMP, Pahang. Kami sempat makan malam di rumah beliau.
Pada malam ke tiga selepas Maghrib , kami dapat adakan bayan dengan dihadiri beberapa orang rakan seusaha Arab Moroko, Tunisia,Pakistan dan Albania. Bersama kami pada malam tersebut ialah Syeikh Abd.Rauf, orang Moroko. Beliau pernah keluar di Malaysia di sekitar Besut, Terengganu pada tahun 2005. Pada pagi Isnin kami sediakan makanan masakan Malaysia kesukaan ramai “ Mee Maggi” untuk mereka. Bukan main laju dia orang balun.
Selepas Zohor, Isnin 8 November 2010, kami berangkat ke Bonn. Perjalanan dari Duesseldoft ke Bonn memakan masa sekitar 1 jam.Cuaca bertambah sejuk pakaian panas yang aku bawa dah rasa tak cukup untuk menahan kesejukan, bertambah lagi bila waktu malam. Kami sampai di Bonn pada waktu Asar dan ahlia/isteri kami menginap di rumah Hamzah, rakan seusaha berbangsa Romania. Isteri Hamzah ini berbangsa Somalia. Di sini mereka berbahasa German, Arab,Turki dan sedikit yang boleh berbahasa Inggeris.
Di sini, ahlia/isteri kami nampaknya menggunakan bahasa piawaian Antarabangsa iaitu bahasa isyarat kerana ahlia Hamzah hanya boleh berbahasa German dan Arab sahaja. Rasanya okay kot kerana malam tadi diorang belajar buat Pizza ala German. Diaorang ada hantar pada kami satu tray, rasa dia peeh ! sodaaap ! cakapa pun tarak guna.
Jemaah lelaki tak dapat menginap di masjid kerana ada beberapa masaalah berkaitan dengan Salafi. Maklumlah jamaah masturat Malaysia yang pertama yang datang ke sini. Jemaah Masturat dah lama tak datang sekitar hampir 10 tahun. Sedikit ujian datang supaya kami lebih tawajuh. Pada malamnya kami menginap di rumah Brother Abdullah. Beliau yang mengambil kami di Duesseldoft bersama Syaikh Maimon Moroko. Abdullah adalah berbangsa German tulin dan isteri beliau juga berbangsa German. Miski pun beliau mualaf namun boleh berbahasa Arab dan Inggeris dengan fasih.
Route seterusnya kami ke rumah Syeikh Makram yang berasal dari Tunisia. Dua hari kami berada di rumah beliau dan jemaah lelaki kali ini dapat iktikaf di masjid Rahma, salah satu masjid bagi komuniti masyarakat Islam Moroko dan Tunisia. Di sini kami dapat menjalankan program dengan baik. J/kuasa masjid sangat-sangat menyokong aktiviti jemaah. Malah beberapa saudara arab di sini menyediakan jamuan khas untuk kami. Di sini kami dapat bentuk satu jemaah Masturat 3 hari yang akan keluar sebelum Hari Raya Aidil Adha nanti. Seronoknya kami di sini kerana usaha dibuat dikalangan berbagai bangsa. Syeikh Maimun Arab Moroko, Najjat Arab Kurdis, Syeikh Makram Arab Tunisia, Brother Omar Arab Oman /Amerika. Beliau kerakyatan Amerika dan berkahwin dengan Orang German.
Di dalam kesejukan suhu 8° kami menjalankan Jaulah Umumi dan Khususi Sekitar bandar Bonn. Aku diputuskan untuk khususi saudara-saudara Islam yang berbangsa arab dan alhamdulillah dapat berjumpa beberapa orang Moroko dan juga Palastine. Masyaallah! jasbah terlalu tinggi, kesemua mereka terlalu suka dengan orang Malaysia serta beberpa kali pesan kirim salam pada orang Malaysia. Terasa terlalu kuat hubungan Islam di sini. Ukhwah sesama Islam terlalu kuat miski pun berlainan bangsa. Bila jumpa sahaja pasti akan memberi salam dan berpelukkan. SubhanAllah!
Malam tadi (12 Nov 2010) kami berpindah ke rumah Hussin Turki, seorang rakyat German keturunan Turki. Beliau lahir di sini dan mendapat pendidikan di sini, manakala ahlia/wanita kami berada di rumah Brother Inamul Haq. Beliau seorang pelajar dari Pakistan dan buat Master di sini. Di sini agak jauh dengan masjid dan kami jadikan rumah Hussin Turki sebagai Musalla serta menjemput orang Islam sekitar khususnya pelajar-pelajar luar.
Kami mengharapkan doa saudara/saudari di sana agar usaha Masturat akan bangun di sini. Perlu diingatkan bahawa anak-anak tidak akan terdidik dengan sempurna melain ibunya memahami dan mempraktikan agama. Dan kefahaman agama dan kesedaran tidak akan datang jika usaha atas masturat diabaikan. Pernah seorang pemuda bertanya kepada Saidina Umar ra yang pada ketika itu menjadi Khalifah, katanya, “Wahai Amirul Mukminin ! Apakah hak-hak anak ke atas bapanya yang perlu ditunaikan (Children’s right over the parent). Jawab Saidina Umar ra, “ Memilih nama yang baik untuk anaknya, mengajar anak dengan didikan Al-Quran, memilih ibu yang baik untuk anak-anaknya.” Yang ketiga inilah pentingnya usaha ke atas masturat agar mereka menjadi ibu-ibu yang baik untuk anak-anak kita. Membimbing dan mendidik anak berdasarkan perintah Allah swt dan Sunnah Rasulullah saw.
Wallahualam.
P/s : Lapuran ini dibuat atas permintaan syura Seremban agar dapat mengetahui usaha kami di sini. Kebetulan di sini setiap masjid ada WIFI dan rakan jemaah dari Malaysia pula bawa Notebooknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Semoga perjalanan jemaah sentiasa dalam perlindungan & bantuan Allah..
alhamdulillah ustaz,
doakan saya...
doakan sy nak kuar 40h masturat IP next year.amek lesen utk kuar 2b :)
assalamualaikum.. kalau ada peluang mai singgah bremen..
Kami disini doakan semuga allah sentiasa memberi nusrah kepada jemaah dan menjadi asbab hidayat seluruh alam, sebenarnya jemaah hampa merupakan wakil orang islam malaysia dihantar kesana, aku insyaallah dgn jemaah alor setar akan keluar 40h ke sri lanka cuti sekolah
Semoga ALLAH mudahkan urusan, INSYA ALLAH.
banyakkan berdoa dan tawajjuh.
Assalamualaikum
ustaz..doakan kami..sapo lagi jemaah.. dr nogori brapa orang?...
Assalammualaikom wtb ustaz...masyaAllah....cepat betol kakuzari dah muncul. Allhamdullah sumber hidayat untuk pembaca.
Doakan ana InsyaAllah, kirim salam pada Cikgu zahri jemaah ustaz. Halaqah menanti kepulanganya.
JazakaAllah
semoga usaha diredhai Allah..."Today Germany Tomorrow The World"...renungkan jika usaha dipraktikkan...
Terima kasih kerana sudi datang ziarah ke rumah kami.. Semoga usaha Ustaz dan rakan2 dirahmati Allah.. Aminn..
Alhamdilullah, doa untuk seluruh umat
salam, suami saya minta no tel jemaah. sila email ke addaif@yahoo.co.uk.
ahlia jamalulail, UK
Mu´iz, Mungkin kami tak pergi ke Bremen kerana perjalanan agak jauh lagi pün route kami seterusnya berhampiran dengan sempadan Holland.
Apa pun sama-sama kita doakan agar jemaah Malaysia akan datang akan sampai ke sana.
InsyaAllah.
Ummi,
Itu hari ada call kat Jamalullail waktu dia ada kat Malaysia. Tapi tak dapat cakap sebab dia tidur.
Ni No. tel : 015225915435
Kirim salam kami pada Jamalullail kalau ada masa telefonlah kami kat sini.
Jazakillah.
Shamaji,
"Today Germany Tomorrow The Wold" saya pinjam kata-kata Hitler. Dia penaklok tapi kita Hidayat Allah swt.
Sampai salam pada semua teman di Garden Home.
Doakan untuk kami.
Wassalam.
Post a Comment