MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, February 16, 2009

Anak Syubhat Dan Kedudukan Nasab


(Jawapan Kepada Persoalan Saudara Muslim)

2) Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang perempuan, dan lelaki itu menyangka bahwa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan perempuan itu sebenarnya bukan isterinya, atau lelaki tadi menyangka bahwa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhinya itu sah mengikut hukum syara`, sedangkan sebenarnya perkahwinan mereka itu tidak sah. Maka dalam kes ini kedua-dua orang itu tidak boleh didakwa di bawah kes zina dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud kerana persetubuhan mereka itu adalah termasuk dalam "wati syubhat", iaitu persetubuhan yang meragukan.(Qanun Jenayah Syari’ah Perkara :14 zina)

Huraian :

“Wati Syubhat” : Wati bermakna persetubuhan .Manakala Syubhat bermakna meragukan. Maka makna wati syubhat itu ialah persetubuhan berlaku antara suami dan isteri dalam mana kedua-duanya berkeyakinan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri yang sah. Tetapi sebenarnya mereka bukan pasangan suami isteri yang sah.

Contoh 1 : Sepasang suami isteri pada malam pertama tampa mengenalinya terlebih dahulu, hanya orang berkata itulah suaminya, lalu ia menyetubuhinya.

Contoh 2 : Lelaki mendapati seorang perempuan yang berbaring di tempat tidurnya dan disangkanya itu adalah isterinya, lalu di setubuhinya.

Contoh 3 : Persetubuhan yang berlaku di dalam iddah sedangkan suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga dan ia berkeyakinan isterinya itu masih halal baginya.

Jika hasil dari persetubuhan di atas, perempuan itu melahirkan anak setelah berlalu masa enam bulan atau lebih dari masa persetubuhan, sabitlah nasab dari orang yang menyetubuhinya kerena yakin kehamilan itu dari padanya.

Hukum yang diambil anak itu adalah Anak Syubhat. Anak Syubhat ini adalah anak yang dikira SAH dan DINASABKAN kepada bapanya serta DIBINKAN dengan bapanya. Persetubuhan begini tidak dianggap Zina.

Wallahu’alam
(Sumber: Qanun Jenayar Syari'ah Perkara :14/2 Al-Fiqh Al_Islami Wa-Adillatuhu Juz :7 M/S :867)

p/s : Sama dengan hukum makanan yang “syubhat” , hukumnya adalah HALAL.

3 comments:

TaminDhari said...

Jazakallah, ilmu yang sangat baik, yang tak pernah terfikir selama ni...

mutakalim said...

bermanfaat dibaca, kes begini memang ada berlaku dlm masyarakat

Al-Alorstari said...

Memang pun ada berlaku dalam masyarakat kita.

Pernah ketika di dalam kuliah ada orang bertanya persoalan serupa.Malah ada menceritakan bahawa seorang suami yang baru kahwin,isterinya dengan emak mentuanya hampir serupa dari segi bentuk tuboh badan dan juga wajah.Emak mentuanya ini tidak lah jauh umur dengan isterinya, munkin kerana berkahwin umur muda.Si suami yang berkerja kilang berkebetulan syif malam.Malam tu si emak mentuanya tidur di dalam bilek anaknya dengan niat untuk menemani anak perempuannya kerana ketiadaan suaminya. Ketika emak masuk tidur dahulu sianak perempuan berbaring di ruang tamu lansung tertidur.

Nak dijadikan cerita si suami malam tu balek awal minta syifnya diganti oleh temannya kerana al-maklum baru kahwin. Bila sampai rumah terus masuk tanpa mengetuk kerana tak nak menggangu yang lain. Masuk ke dalam bilek terus berbaring di sebelah "isterinya" dan x?/@!& (cencored). Apa lagi menjerit sakan le malam tu. Buka lampu je tengok-tengok mak mentua.
Malam tu pakat terkejut "beruk" le semua sekali.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin