Thursday, July 2, 2009
TSUNAMI KEDUA 22 JULAI 2009 ?
Semalam penulis menerima e-mail menceritakan akan berlaku Tsunami kedua secara besar-besaran malah dijangka lebih dasyat dari yang pertama dulu. Tsunami yang kedua ini dijangka akan berlaku pada 22 Julai 2009 Jam 3.00 ptg mengikut waktu tempatan Jepun. Ianya bermula dengan kadar 5+ gerakgempa dan diikuti dengan Tsunami sekitar jam 5.00 ptg dan jam 7.00 malam. Kejadian Tsunami ini di jangka akan bermula di Lautan Pasifik sehingga Tenggara Jepun. Ianya dijangka mengenai pulau-pulau di Barat Daya Jepun, Indonesia serta kepulauan di New Zealand. Tempat-tempat yang terkena Tsunami dengan dasyatnya adalah Indonesia,Taiwan dan Selatan Jepun.
Kalaulah betul apa yang diramalkan maka ketika yang sama kita telah pun membuat sesuatu yang terbaik untuk menghindari bala bencana dan musibah ini dengan cara yang terbaik berdasarkan kalam Rasul saw yang paling benar sebagaimana sabdaannya :-
“….dan cegahlah bencana yang datang dengan “Doa” kerena doa dapat menghilangkan penderitaan yang diturunkan dan dapat mencegah bencana yang akan datang”.(Dari Ubadah bin Samit r.a : Fadhilat sedekah)
Cara yang yang penulis maksudkan ialah pada tarikh-tarikh berkenaan adalah Ijtimak Muslimin di Malaysia. Philipina, Singapura dan Indonesia. Bermula di Malaysia pada 9 Julai 2009 dan berakhir pada 22 Julai 2009 di Indonesia. Kemuncak Ijtimak “Doa” akhir dan ribuan jemaah akan dikeluarkan.
Insyaallah, Semuga kita semua dapat hadir dan keluar selepas Ijtimak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Jadi...tarikh-tarikh isjtimak bukanlah tarikh2 yang tidak bermakna, tapi bagi menyelamatkan bumi dan kita dari bencana...Maha Hebat Allah swt...Maha Rahim Allah swt....
Wallahu'alam...
Subhanallah..
Dia Yang MAha Pengasih dan Maha Penyayang...
Pakat sama-sama menghadiri Ijtima'..
InsyaAllah.. saya sedia..dan bagaimana dengan Tuan-tuan...
Kalau tak silap ana ada lagi ijtimak di Singapore. Baru ini jemaah Singapore datang ke tempat ana; mereka kata ada ijtimak di Singapore pada 24 July ni (tak berapa perasan betoi2 tarikhnya). Mungkin jor saja kut.
Tadi saya berbual dengan Jemaah Masturat dari Indonesia yang datang ke Rumah teman merhalah sebelah. Kata mereka Ijtimak di Indonesia habis 20hb Julai 2009 namun sambung lagi 3 hari untuk mesyuarat seleuroh Indonesia. Kemungkinan selesai pada 22/23 Julai 2009.
Mungkin juga selepas itu elders singgah di Singapore.
Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Biasanya Allah berikan peringatan sebelum didatangkan ujian/bala.
Secara kecilnya, bila Allah nak buat keputusan di sesuatu tempat, Allah hantar utusan2Nya. Dulu2 para nabi dan rasul. Sekarang? Pikir2 la sendiri.
Yang lebih pentingnya, sekarang Allah sudah putuskan ijtimak diadakan di Malaysia.
Peringatan sudah sampai ke Malaysia...
Ish...
Takut saya memikirkannya...
Semoga Allah kasihani kita dan keluarga kita serta orang disekeliling kita dan lindungi kita dari murka Nya.
Wallahualam
a'kum wbr...
dr mana sumber ramalan ttg tsunami tu?
Jabatan Meteorologi Malaysia dah buat kenyataan akhbar ttg tsunami tersebut dan menyatakan kesahihannya diragui.
http://www.met.gov.my/pdf/tsunami22july09_m.pdf
http://photos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs153.snc1/5690_1168085996570_1060531389_30507813_2292507_n.jpg
....teringat kisah Neil Armstrong yg menyebabkan dunia Islam kecoh kononnya memeluk Islam. Beliau & rakan2 angkasawan dikatakan mendengar satu bunyi aneh di bulan, dan apabila kembali ke bumi barulah beliau mendapati bhw bunyi tersebut adalah laungan azan.Dalam wawancara beliau di Malaysian Global Leadership Forum pada 6 September 2005,beliau menjelaskan ia tidak benar.
Kini,ramai pihak yg tampil mengatakan bhw misi ke bulan mereka adalah satu penipuan besar AS pada tahun 60-an ketika cold war dgn Rusia.rasanya mcm ana percaya jg sbb nak ke antartika dan ke dasar laut pon terlalu sukar, apalagi ke bulan.napa x antar manusia ke bulan lagi pastu?ana pernah tngok dokumentari di Disc channel ttg RnD pakaian kalis tekanan yg melampau & MUNGKIN tahan di luar atmosfera.apa diorang pakai kat bulan masa tu?byk lg persoalan lain...sekarang pula kecoh MJ masuk Islam...astaghfirullah...
eh..ada kaitan ke dgn Tsunami ni...lantak ah,saje2 nak sharing.
Nak minta kebenaran post kat laman iluvislam.ble???
irdina,ambiklah apa2 artikel pun.
Anna,
Penulis tidaklah mempersetujui 100% kajian berkenaan sebab tu pada artikel berkenaan penulis menulis pada tajuk "Tsunami Kedua 22 Julai 2009?" dengan tanda soal. Dan lagi pada tulisan "Kalaulah betul apa yang diramalkan maka ketika yang sama....." maknanya bukan penulis percaya bulat-bulat apa yang dtsebutkan di dalam kajian berkenaan.
Harap maklum.
Wallahu'alam.
Gempa landa luar pantai Taiwan.
14/07/2009 3:12am. WASHINGTON 13 Julai – Satu gempa bumi berukuran 6.3 Skala Richter melanda luar pantai Taiwan hari ini, menurut laporan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS)Gempa bumi dilaporkan berlaku pada pukul 2.05 pagi waktu tempatan, 61 kilometer dari timur bandar Hu
Post a Comment