MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, July 12, 2011

Restoran Hidang Bangkai Kambing Di Madinah


Metro Selasa : 12 Julai 2011.

MADINAH: Sebuah restoran terkenal diserbu pihak berkuasa tempatan semalam selepas pemilik premis itu didakwa menghidangkan pelanggannya dengan daging tercemar.

Menurut maklumat, pemilik restoran berkenaan membeli kambing berpenyakit kerana harganya yang murah sebelum ia digunakan dalam hidangan kepada pelanggan.

Malah, dalam kes tertentu, pemilik restoran itu turut menggunakan daging kambing yang lama mati sebagai bahan masakannya.

Selepas mendapat aduan daripada orang ramai, penguat kuasa kesihatan Madinah melakukan lawatan mengejut ke premis berkenaan, selain beberapa restoran lain di bandar raya itu bagi memeriksa standard kesihatan serta kelayakan kakitangannya.

Pegawai Jabatan Kesihatan Madinah, Dr Hamza Seebaih, berkata restoran terkenal itu kini ditutup sementara selepas semakan mendapati, pekerja di situ tidak memiliki sijil pengesahan kesihatan.

Empat daripada kakitangannya juga tidak memiliki permit kerja sah.
“Apabila pemeriksaan dijalankan di kediaman pekerja terbabit di belakang restoran berkenaan, kami terkejut kerana mendapati ia dijadikan pusat penyembelihan,” katanya.

Turut ditemui, kata Dr Hamza, kambing berpenyakit dan bangkai haiwan berkenaan.
Katanya, kebanyakan daging disimpan dalam peti sejuk tidak sesuai dimasak.

“Turut ditemui, sejumlah ayam beku yang tidak diketahui sumbernya,” katanya.

Semua daging itu dirampas dan dimusnahkan. – AN


Sedikit Komen :

Berita tentang Tanah Suci Mekah dan Madinah ini terdapat makanan haram terlah pun penulis dengar ketika mengerjakan haji pada tahun 1991 lagi. Ketika itu kecoh bahawa ayam yang terdapat di Mekah dan Madinah adalah ayam yang tidak disembelih berdasarkan syariat. Kata mereka ketika itu kebanyakkan ayam yang ada adalah ayam yang diimpot dari Brazil.

Selain daripada itu pemahaman “Salafi /Wahabi” yang mengatakan ayam sembelihan “Ahlul kitab” Yahudi dan Nasrani walaupun sehingga sekarang adalah halal dimakan, menyebabkan banyak ayam seperti itu masuk ke Mekah dan Madinah.

Tidaklah mustahil berita di atas kerana ramai peniaga yang ada di Mekah dan Madinah sekarang ini berniaga atas maksud keuntungan semata. Tidak lagi seperti mereka-mereka yang terdahulu yang mana mereka berniaga atas maksud lebih kepada memberi khidmat kepada jemaah haji daripada mengaut keuntungan.

Ketika penulis memberi kuliah di satu surau di Rembau, Negeri Sembilan baru-baru ini. Turut hadir adalah kenalan lama penulis yang untuk beberapa tahun menghabiskan masa beliau di Negara-negara Arab terutama Yaman dan Saudi. Kata beliau kepada penulis bahawa pernah terjumpa daging babi di dalam tin di Mekah dan Madinah yang terdapat “logo halal”.

Di Malaysia kita ni pun suatu waktu dulu agak kecoh apabila CAP Pulau Pinang mededahkan terdapat daging babi di dalam tin yang berlogo halal. Bagi penduduk Malaysia rasanya tidak ada masaalah kerana kebanyakkan kita boleh membaca, namun bagi penduduk Saudi ramai di kalangan mereka tidak boleh membaca tulisan rumi.

Saudara saudari bayangkan makanan yang haram yang masuk ke Mekah dan Madinah kemudian di makan pula oleh jemaah haji dan juga jemaah yang mengerjakan umrah setiap musim cuti. Bagaimana dengan doa mereka ? Bagaimana dengan haji dan umrah mereka ?

Miski pun di Mekah sahaja terdapat 14 tempat yang dikabulkan doa dan tempat terbaik berdoa adalah di Padang Arafah. Ditambah lagi dengan kriteria sifat orang yang berdoa yang tidak ditolak doanya adalah para-para hujaj namun jika makanan yang haram yang masuk ke dalam perut mereka mana mungkin doa mereka akan dikabulkan.

Apakah ini salah satu perancangan Yahudi/Nasrani atau kelalaian pihak berkuasa Saudi? Sama-sama kita fikirkan .

Wallahualam.

7 comments:

AkuHuduh said...

baru nie maulana bayan : kajian tentera rom hasil cadangan org lama mereka(padaeri) tuk lemahkan org islam ade 2

1. rosakkan dgn pompuan
2. rosakkan dgn makanan haram

insanpelupa said...

bahaya betul...

Ziarah76 said...
This comment has been removed by the author.
Ziarah76 said...

bahaya nye..

semoga Allah s.w.t jauhkan kita daripada makanan seperti ini walau di mana berada

Ziarah76 said...

tergamak wahabi buat macam tu..

Ishak Zaini said...

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, Tahniah Ust Hambali, kerana semakin berani membongkar kesalahan solongan Salafi-Wahabi.. Tersenyum-senyum saya membaca setiap kali ust berkongsi entri mengenai Wahabi.. :) Semoga Allah memelihara umat Islam akibat kecelaruan-kecelaruan terutama dalam masalah akidah dan feqah yang ditimbulkan oleh golongan Salafi-Wahabi.

Unknown said...

Ustaz Ishak,

Bukannya apa, kekadang ada dikalangan karkun sendiri pun terikut-ikut Mazhab Hanafi di dalam beramal. Sedangkan telah ada keputusan Elders N'Mudeen mengarahkan kita mengikut Mazhab kita di M'sia ni dengan Mazhab Syafie. Tak silap saya keputusan tahun 1984/5.

Selain itu saudara kita yang Salafi/Wahabi ni pulak kekadang lebih terlampau celupar membida'hkan gulongan mazhab.Malah ada yg menyesatkan ulama mazhab. Nau'uzubillah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin