MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, June 25, 2009

Usaha Ke Atas Ulama Dan Ustaz



Di Thailand dan Indonesia yang penulis pernah beberapa kali keluar di sana mendapati bahawa usaha ke atas ulama dan ustaz ini begitu diambil serius oleh syura di sana. Berlebih lagi didalam setiap kali muzakarah usul akan menekankan agar usaha ke atas ulama dan ustaz ini diutamakan disamping gulongan yang lain. Malah ianya menjadi agenda di dalam setiap mesyuarat mingguan mereka.

Umpamanya di Indonesia usaha ke atas ulama dan ustaz ini menjadi perkara utama untuk dibincangkan ketika membicarakan 28 usul (di Malaysia hanya 12 usul). Di dalam 28 usul itu empat perkara yang akhir yang dibincangkan itu lebih menekankan usaha ke atas ulama dan ustaz. Empat perkara tersebut ialah:

Empat Pilar Agama Yang Harus Dijalin Dengan Baik
1. Ulama dengan pondok pesantrennya
2. Mursyid dengan thoriqahnya.
3. Penulis kitab (Musanif)
4. Penceramah ugama ,pendakwah dan mubaligh.

Tidak hairanlah kita melihat usaha agama (Jemaaah Tabligh) berkembang dengan begitu pesat di sana. Hasilnya begitu ramai ulama dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan secara lansung dengan usaha yang mulia ini. Malah beberapa orang syura di Indonesia dan Thailand adalah terdiri dari kalangan ulama-ulama dan ustaz-ustaz.

Sedih bila melihat di tempat sendiri bila usaha ke atas ulama dan ustaz-ustaz ini tidak diutamakan.Kalau ada pun hanyalah seperti melepas batuk di tangga dan sekadar penyedab mata sahaja. Bulan Januari 2009 yang lalu Negeri Sembilan didatang robongan Ulama dan ustaz dari Seri Petaling. Alhamdulillah usaha dibuat dengan baik. Ramai ulama setempat yang dapat kami temui. Sesudah itu mereka melantik penulis sebagai penanggungjawab selama 4bulan berusaha ke atas ulama dan ustaz. Namun begitu selepas dari itu penulis menunggu kalau ada agenda ulama dan ustaz yang diperbincangkan. Namun sekali pun tidak dibincangkan sehingga kehari ini. Penulis hampir-hampir tidak pernah tertinggal menghadiri mensyuarat mingguan markaz di Seremban namun tidak sedikit pun diperbincangkan. Inilah kelemahan kita. Kekadang agenda untuk orang-orang bisu itu lebih diutamakan dan dititikberatkan berbanding usaha ke atas ulama dan ustaz-ustaz. Usaha ke atas orang yang tak boleh bercakap lebih utama dari usaha ke atas orang yang boleh bercakap atas Quran dan Hadith Nabi saw. Inilah sebenarnya apa yang berlaku.

Justru dari itu jangan kita menyalahkan ulama dan ustaz-ustaz jika mereka membenci usaha Tabligh ini. Jangan mengutuk mereka jika mereka tidak bersimpati dengan usaha ini. Bukan salah mereka tetapi yang patut disalahkan ialah kita. Apa yang telah diputuskan oleh Nizamuddin tidak kita buat dengan sepatutnya.

Pernah teman penulis mengikramkan seorang ulama setempat dan membawa beliau ke Seri Petaling. Sesampai sahaja beliau di Seri Petaling beliau begitu kagum dengan kemudahan yang ada, madrasah tahfiz dan daurah hadith yang ada. Melihat pulohan pelajar-pelajar tahfiz dan alim menyejukkan hati beliau. Suasana begitu meyebabkan beliau menyangka pembayan malam itu tentulah seorang maulana, hafiz lagi alim. Namun hampeh, yang memberi bayan adalah seorang biasa dan akhir-akhir ini beliau menjadi penulis lirik lagu. Bukannya tidak boleh orang biasa yang memberi bayan namun kesilapan ketara di dalam bayan serta di sedari oleh ustaz berkenaan. Dia hanya membaca kitab yang dibeli di kedai buku di situ sepanjang bayan di sampaikan. Pulang sahaja dari Seri Petaling beliau mengeritik usaha Tabligh ini. Salah beliaukah atau salah siapa? Inilah apabila kita tidak pandai mendahului yang mana patut di dahulukan. Sepatutnya malam markaz utamakanlah ulama-ulama di Seri Petaling yang kebanyakannya telah keluar setahun. Maksud penulis bukan semua perlu ulama dan ustaz namun keutamaan perlu diberi kepada mereka.

Pernah diwar-warkan akan diadakan Jhor (perhimpunan kecil) di markaz Seremban. Penulis dan teman sampai kerana ada bayan targhib khas dari Seri Petaling. Namun bila sampai hanyalah bayan biasa yang tak perlu dianggap sebagai bayan targhib khas. Bukan penulis nak merendahkan pemberi bayan namun program yang begitu istimewa sepatutnyalah ulama atau ustaz yang utama diketengahkan. Seramai itu kat Seri Petaling mustahil satu pun tak dapat diketengahkan atau tak ada satu pun tak berkelayakan.

Namun penulis berbangga dengan sikap saudara-saudara kita di Indonesia dan Thailand yang pandai mengikramkan ulama dan ustaz serta pandai meletakan ulama dan ustaz di tempanya. Kesan usaha mereka ke atas ulama dan ustaz di sana tempiasnya hingga ke sini.

Pada hari Jumaat yang lalu (19 Jun 2009) kami di Negeri Sembilan didatangi ulama tersohor di rantau ini yang di kenali sebagai “Al Azhar Asthani” Azhar kedua yang juga pengarang hampir 30 buah kitab berbahasa Arab. Beliau ialah Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki yang sememang terkenal di rantau ini juga di sekitar beberapa negara Arab. Pada malam tersebut beliau menyampaikan kuliah beliau di Taman Seri Kiambang bersebelahan Taman Rose Mewah/Cempaka 2 tempat penulis tinggal. Subuh besoknya sepatutnya kuliah suboh mingguan penulis, namun penulis dan Ajk Surau bersetuju memberi ruang kepada Syeikh Nuruddin untuk memberi kuliah. Pada pagi hari Sabtu tersebut satu program khas di adakan di Pusat Dakwah Negeri Sembilan yang turut dihadiri oleh Sahibul Samaah Dato Mufti Negeri Sembilan dan juga pegawai dan kakitangan MAINS dan Jabatan Mufti N.Sembilan. Pada malam minggu pula beliau memberi kuliah di Masjid Petra Sendeng ,Ampangan yang kehadirannya begitu ramai sekali mencecah 4 ke 5 ribu orang. Ianya turut di hadiri oleh sebahagianbesar ulama dan ustaz-ustaz di Negeri Sembilan.

Hampir disetiap kuliah beliau yang beliau sampaikan 15 ke 20 minit beliau menceritakan kebaikan dan kemulian Jemaah Tabligh serta beberapa kisah-kisah pengalaman beliau dengan Jemaah Tabligh samaada di Indonesia maupun di Mesir. Beliau juga beberapa kali ‘tasykil’ hadirin untuk hadir di Ijtimak yang akan diadakan di KLIA Quarters, Nilai bulan Julai 2009 nanti. Selain itu ada juga perjumpaan dengan beberapa ulama dan ustaz-ustaz selepas solat Insya’. Sebenarnya beliau sendiri terlibat di dalam mengajak hadirin untuk program Ijtimak yang akan kita adakan nanti. Hati beliau di dalam Jemaah Tabligh miski pun beliau belum pernah keluar. Namun seluroh saudara beliau adalah orang kuat Jemaah Tabligh di Indonesia. Penulis pernah berjumpa dengan adek beliau Ustaz Sufian di Markaz Kebun Jeruk beberapa tahun yang lalu serta bergaul mesra dengannya.

Kata-kata ulama seperti beliau terlalu mahal apa lagi menceritakan kebenaran dan kemulian Jemaah Tabligh. Sekali kata-kata beliau tentang kebenaran Jemaah Tabligh ini jauh lebih baik dari ribuan kata-kata kita.Sebelum berpisah selepas bersarapan pagi bersama dengan beliau beliau berkata,” ketemu nanti di Sepong”. Maksud beliau Ijtimak Indonesia di Serpong, Jakarta.

Saudara-saudara semua inilah kelupaan kita untuk memuliakan gulongan ulama dan ustaz serta meletakan merekan di tempat yang sesuai dengan kedudukan mereka. Maka untuk ini “empat pilar agama yang perlu dijalin dengan baik” perlu diperbincangkan secara serius jika kita mahu usaha agama bangun dengan pesat di negara kita.

Wallahua’lam

11 comments:

Irwan said...
This comment has been removed by the author.
ibnu abdullah said...

salamun alaikum ustaz, ustaz punya fikir hidayah sangat bagus. Semoga Allah swt permudahkan niat ustaz, inshaAllah. Doa untuk saya

Itminaan said...

Assalamualaikum.....

rasanya dekat malaysia semua/hampir semua orang ada fikiran yang berbeza tentang Islam. Tak satu hati. Like ada yang dah perjuangkan Islam/dakwah melalui politik, ada pulak yang buat melalui kempen2 kesedaran....macam2 lagi rasanya.
Its not wrong what they're doing right? Or are they? I mean they say they are doing da'wah,however the way maybe.
But when it comes to tabligh, hardly anyone's interested. Kalau dekat Thailand, bila kata Da'wah, senang nak faham, they mean THIS tableegh jemaah. Even in South Africa it's like that(or at least, that's what i think from my observation).

AL-BOGAKI said...

Ana setuju dengan pandangan ustaz. Banyak lagi orsng alim di Malaysia masih belum faham benar2 usaha tabligh ni. Jika kita dapat hampirkan mereka kepada usaha - insyaAllah usaha kita akan meningkat.

Irwan said...

Salam Itminaan90,

Manusia tak sama. Ada yg mendalami ilmu, ada yg tertumpu pada ekonomi, ada juga pada politik. Masing2 dgn perjuangan, minat dan kelebihan masing2.

Tapi...

Saya solat Isya' dan setelah solat, saya rasa saya sudah menunaikan perintah Allah.
Tapi saya solat kat rumah, jadi (personally)saya masih belum menunaikan perintah Baginda SAW setepat2nya. Allah dan Rasul tak rugi. Sayalah yg rugi.

Pada saya, dakwah bukan untuk orang lain. Ia adalah tarbiah untuk saya dan untuk impak maksima, saya kenalah buat ikut apa yg telah Baginda SAW tunjukkan.

Kan bagus kalau semua pejuang Islam di Malaysia sekurang2nya jaga nisab 3H setiap bulan dan terlibat dalam peningkatan 5 amal di mohalla masing2. Bukan tertumpu pada aktivit2 yg tak meningkatkan iman/amal/ilmu.

Wallahualam.

musafir said...

Penglibatan ulamak2..mursyid2....ustaz2....zakirin2... dalam usaha dakwah wa tabligh ini akan mencepatkan lagi perkembangan usaha...

kata kata yang keluar dari mulut mereka amat berbisa.....orang akan dengar dan pegang.....

DAlam malfuzat Maulana Ilyas rah...

Perkara yang beliau khuatir..dan akan menimbulkan banyak fitnah dalam usaha dakwah adalah apabila karkun2 tidak menitikberatkan perkara yang ke 3 " Ilmu serta zikir"

... kurang hubungan dengan alim ulamak...

wallahu'alam

Mohd Iznan Shamsuddin said...

masyaAllh ustaz..satu pandnagan kritikal tapi bernas..saya sangat setuju dgn pandangan ustaz...ramai karkun tidak memberi penghormatan seajarnya utk para alim...khususnya mereka yg belum pernah lapangkan masa....

Haitan Rachman said...

Assalamu 'alaikum wr. wb.

Rasulullah SAW begitu sangat mendorong ummat ini untuk selalu menghormati para Alim Ulama. Begitupun juga di dalam Al-quran banyak juga berkaitan dengan keulamaan ini.

Rasulullah SAW menekankan dengan tegas, bahwa tanda-tanda mempunyai keimanan kepada Allah swt dan hari Akhir adalah menghormati dan menunaikan hak-hak para Alim Ulama.

Rasulullah SAW sudah menjelaskan dengan mudah dan ringkas, bahwa pewarisnya para Nabi itu adalah para Ulama "Al-Ulama Warastathul Anbiyaa".

Kalimat ini sangat singkat, tetapi di dalamnya mengandung hal-hal yang sangat penting.

Ulama ini berbeda dengan tingkatan kaum muslimin lainnya, Ulama ini akan senang kalau diminta perhatiannya terhadap pelajarannya. Bahkan banyak Ulama yang berani berkorban harta dan jiwanya untuk murid-muridnya yang sangat bersemangat dengan pelajaran Al-Islam.

Sehingga perhatian terhadap para Ulama dan Ustadz merupakan salah satu Tertib agama kita, Al-Islam. Jika kita kurang memberikan perhatian terhadap para Ulama dan Ustadz, artinya kita kaum muslimin telah keluar dari Tertib agama itu sendiri.

Sehingga jika tidak tertib, maka tentunya kaum muslimin akan mengalami kerugian juga di waktu akan datang. Sama halnya dengan kita yang terjun dalam usaha da'wah.

Kita sudah sering diajari bahwa tidak ada kesuksesan dan kejayaan kecuali dengan ta'at kepada Allah swt dan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Menghormati Ulama dan Ustadz merupakan salah satu Sunnah Rasulullah SAW. Maka tentunya kita harus memperhatikan hal ini dengan baik dan tertib.

Insya Allah akan banyak pertumbuhan dengan baik.

Terimakasih,
Haitan Rachman
http://usahadawah.com

End of Life Document said...

Asalamualaikum ustaz..saya baru menjelajahi blog ustaz..perlu diingat setiapnya telah diputuskan oleh mesyuarat. Allah telah memutuskan yang Ulama tersebut belum menerima kelemahan orang lain dalam usaha untuk membaiki iman

mohd noor azlan said...

mohd saidin:mesyuarat kita selalu mengkehadapankan orang lama,pengalaman dan banyak korban kerana kesempitan mentaliti kita utk mengetahui bahawa para ulamak lah yang memahamai usaha agama ini dengan betul....pernah elders memberitahu bahawa yang faham usaha agama ialah para alim ulama..........masalahnya,dimalaysia ini,keutamaan diberi kepada karkun2 lama dan selalu keluar sahaja tp,kurang untuk mempelajari ilmu.maka usaha agama bukan setakat mesyuarat tapa bimbingan org alim,namun keutamaan diberi kepada para alim ulama dlm membimbing setiap urusan usaha agama agar tidak tersasar dr landasan yang telah disediakan oleh para mursyid

mohd noor azlan said...

mohd saidin:mesyuarat kita selalu mengkehadapankan orang lama,pengalaman dan banyak korban kerana kesempitan mentaliti kita utk mengetahui bahawa para ulamak lah yang memahamai usaha agama ini dengan betul....pernah elders memberitahu bahawa yang faham usaha agama ialah para alim ulama..........masalahnya,dimalaysia ini,keutamaan diberi kepada karkun2 lama dan selalu keluar sahaja tp,kurang untuk mempelajari ilmu.maka usaha agama bukan setakat mesyuarat tapa bimbingan org alim,namun keutamaan diberi kepada para alim ulama dlm membimbing setiap urusan usaha agama agar tidak tersasar dr landasan yang telah disediakan oleh para mursyid

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin