MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, April 17, 2009

Serangan Rasul ( Harian Metro )


SHAH ALAM 16 April 2009 : Tanpa kelibat diri, ketua ajaran sesat, Haji Kahar yang mendakwa ‘Rasul Melayu’ melakukan ‘serangan’ melalui pengikut taksubnya dengan mengedarkan surat terbuka di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menuntut lima pertuduhan terhadapnya digugurkan tanpa sebarang syarat.

Tindakan yang mencabar kewibawaan Jais itu dilakukan pengikut lelaki terbabit berusia 40-an di Bahagian Pendakwaan Jais, kira-kira jam 1 tengah hari pada 9 Mac lalu.

Dia yang dipercayai bertugas di sebuah hotel lima bintang di ibu negara mengedarkan surat yang tertera tanda tangan tulen ketua ajaran sesat terbabit, Abdul Kahar Ahmad Jalal, kepada kakitangan Jais di bahagian berkenaan.

Surat tiga halaman itu yang turut mengandungi catatan ‘pelik’ pendek ketua ajaran sesat itu dialamatkan kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Hakim Mahkamaha Tinggi Syariah serta pendakwa.

Bukan itu saja, salinan surat itu dihantar kepada 11 pihak lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-Raja, Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Bahagian Keselamatan Negara.Ia turut dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Malaysia, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Ketua Pengarah Jais serta Pengerusi Jawatankuasa Hal-Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor.

Kegiatan pengikut itu terbongkar apabila beberapa pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Jais mengenal pasti lelaki terbabit termasuk dalam senarai pengikut ketua ajaran sesat yang diburu Jais sejak beberapa tahun lalu. ( Dengan sedikit Edit – Penulis Blog )

Targhib Pada Berita Di Atas

Apabila kerja dakwah ditinggalkan / tidak diambil peduli maka kita akan dapati sekurang-kurangnya 3 perkara akan berlaku pada umat ini.

Pertama : Iman orang-orang Islam akan menjadi lemah serta membawa kepada kesesatan serta kemurtadan.

Kedua : Kerosakan dalam amalan (bid’ah) serta membawa kepada perlanggaran hukum syariah.

Ketiga : Orang Kafir akan membenci Islam serta membawa kepada penghinaan kepada Orang Islam.

Ketiga –tiga perkara berkenaan telah pun berlaku pada umat ini. Kita sendiri dapat melihat dengan jelas bahawa iman orang-orang Islam begitu lemah serta membawa kepada kesesatan.Berbagai fahaman sesat yang ada di dalam dan luar Negara. Antaranya Ajaran Ghadiani yang baru-baru ini di haramkan di Indonesia. Ajaran Taslim yang berpusat di Pulau Pinang. Ajaran Martabat Tujuh, Ajaran Hasan Anak Rimau. Ajaran Syaeikh Ahmad Laksemana, Tariqat Mufaradiah Syeikh Makmun yang datang dari Indonesia.

Bukan sedikit juga yang telah mengaku menjadi Rasol. Dikalangan masyarakat kita sendiri telah ujud berbagai orang yang telah mengaku menjadi Rasol. Ajaran Ayah Pin yang agak kecoh beberapa tahun yang lalu, malah ada pengikutnya yang menganggapnya sebagai tuhan. Hj.Kahar Ahmad Jalal ini adalah antara orang yang terkini mengaku menjadi Rasol. Melalui pengakuan beliau dan pengikut beliau mengambarkan bahawa mereka-mereka ini memang benar-benar sesat. Sepatutnya telah lama diambil tindakan keras sebagaimana yng pernah dilakukan oleh Abu Bakar ra terhadap Nabi Palsu, Musailamah Al Kazzab.

Selain dari itu, kerosakan dalam amalan dengan melakukan berbagai amalan bid’ah juga telah lama berlaku di dalam masyarakat kita. Sehingga sekarang ini pun masih ramai yang membayar nazar di Pulau Besar Melaka.Manakala di Terengganu acara melepaskan Lancang ke laut dan cara Ulik Mayang telah dihidupkan kembali. Hasilnya berbagai pelanggaran Syariah berlaku di dalam masyarakat kita.

Bila semua ini berlaku maka hilanglah kehebatan Islam. Sabda Nabi saw ,” Apabila umat ini mengagungkan dunia (hasil dari kesesatan dan pelanggaran syariat tadi) tercabutlah dari pada mereka kehebatan Islam. . .” ( Riwayat : Hakim dan Tarmizi )
Hasilnya, tidak heranlah Agama Islam di cerca di sana sini. Penghinaan demi penghinaan ke atas Islam dan Umat Islam berlaku. Kerekator Nabi saw dilakarkan semata-mata menghina Nabi saw dan Islam itu sendiri. Umat Islam ditindas di Myamar, Thailand , Palestin, Iraq dan diperbagai penjuru dunia.

Tidak ada jalan keluar melainkan cara tindakan Abu Bakar perlu di laksanakan. Beliau terus mengarahkan Jemaah Usamah bin Zaid ke Rom berangkat. Dalam pada itu beliau juga membentuk jemaah untuk memerangi nabi palsu dan juga jemaah mendakwahkan orang-orang yang murtad kembali balek kepada Islam. Juga beliau membentuk jemaah khas untuk memujuk mereka-mereka yang tidak mahu membayar zakat agar berbuat demikian.

Akhirnya semuanya dapat diselesaikan satu persatu. Maknanya jemaah demi jemaah hendaklah dihantar di dalam dan luar Negara bagi maksud mengajak umat kembali kepada perintah Allah dan amalan Nabi saw. Gembar gemborkan kepada perintah Allah dan amalan Nabi saw di dalam masyarakat hendaklah dilaksanakan. Firman Allah swt, “Apabila datang yang Hak ,maka tersishlah yang Batil. . .” ( Al Israk : 81 ) dan “ …Sesungguhnya hasanat akan menyisihkan kesesatan ….“ ( Hud :114 )

Waallahu’alam

5 comments:

mutakalim said...

semoga Allah pelihara kita semua..

azharjaafar said...

Salam Ustaz,

Smuga Allah pelihara kita semua dr fitnah akhir zaman ini. Suami sy skrg sedang khuruj 4bln di jlnNya. Minta doa dari ustaz untuk kami sekeluarga n umat seluruh alam agar dapat istiqomah dijln yg benar ini hingga akhir hayat.

Ahlia Azhar

Al-Alorstari said...

dengar cerita Azhar keluar kat Europe betul ke?

Sepatutnya mereka yang keluar serta isteri yang ditinggalkan berdoa untuk kami. Kerana doa-doa mereka dekat dengan Allah swt.

Kalau kami ada kat K.L boleh juga bawa ahlia pergi ziarah.

Apa-apa pun doa untuk kami sekeluarga. Insyaallah esok akan keluar 3 hari masturat dan insyaallah pada cuti sekolah ini dah beri nama kat markaz untuk keluar 2 minggu masturat serta ahlia azam kuat untuk keluar dua bulan/40 hari hujong tahun.

Tolong doakan.

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam..ustaz orang kedah ke...

Al-Alorstari said...

Anak Pendang,

Saya memang orang Kedah, Kuala Kedah. La ni tak dak sapa dah di Kuala Kedah. Rumah kosong ada, emak saya do pondok Bkt Pinang. Abang kakak dok Derang kat Darul Ulum Pokok Sena.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin