MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, April 10, 2009

HALALKAH MAKANAN KITA ? : BIRI-BIRI BERPERISA BABI



Firman Allah swt : “ Wahai sekelaian manusia, makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi.....” ( Surah An Baqarah :168 )

Firman Allah swt lagi : “Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu.....” ( Surah An Nahl : 114 )

Firmannya lagi : “ Wahai Rasul, Makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh .....” ( Surah Al Mukminun : 51)

Sabda Rasulullah saw, “ Setiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.” ( Ashabus Sunnan )

Berdasarkan firman Allah swt dan sabdaan Rasulullah saw di atas kita diminta untuk memakan makanan yang halah lagi baik dan melalui makanan yang halal lagi baik ini akan membawa kepada asbab boleh melakukan amalan yang soleh. Dan melalui amalan yang soleh iniasbabnya adalah ke syurga. Dalam pada itu melalui pemakanan yang haram menjadi asbab kepada amalan yang keji dan hasil dari amalan yang keji maka hujungnya menjadi asbab dihumban ke dalam api neraka.

Atas dasar ini berhati-hati dalam memilih makanan yang benar-benar halal adalah ‘Fardu Ain’ bagi setiap muslimin. Melalui riwayat Muslim dan Tarmizi Nabi saw pernah menceritakan mengenai sesaorang yang di dalam kesusahan , kerunsingan dan berpakaian compang camping menadah tangan menyeru, “Ya Rabbi ! Ya Rabbi !” sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya dari hasil yang haram bagaimana mungkin Allah swt akan meneriam doa-doanya.’

Kalau sesaorang itu kuat beribadat sekali pun namun jika sekiranya makanan dan minumannya serta pakaiannya dari yang haram maka doanya juga tidak akan diterima. Inilah sebabnya bila Saidina Abu Bakar ra terminum minuman dari hasil yang haram ( Tenung Nasib ) yang diberikan oleh hamba sahayanya maka bersusah payah beliau mengeluarkan minuman itu dari perutnya walaupun bersabung nyawa. Ketakutan dengan api neraka serta doa yang tidak diterima menyebabkan beliau bertindak sedemikian sedangkan mengikut syariat sesuatu yang telah tertelan dengan sebab di luar pengetahuan dimaafkan.

Hari ini sesetengah dari kita kurang mengambil peduli dengan urusan makanan, minuman dan pakaian dari sumber yang benar-benar halal. Apa sahaja yang datang asalkan berlogo halal terus dimakan bersama anak-anak. Kita tidak mengatakan semua yang berlogo halal itu haram tetapi tidak semua yang berlogo halal itu benar-benar halal. Lebih-lebih lagi banyak Logo Halal palsu berleluasa di dalam pasaran. Logo Halal Malaysia, Indonesia dan Thailand pun tidak semua diiktiraf oleh Majlis Agama Islam Brunei Darul Salam Apa lagi banyak desas desus Logo Halal Malaysia sendiri menjadi was-was bila berlaku beberapa kes yang timbul akhir-akhir ini.

Barangan makanan import seperti daging perlu kita lebih berhati-hati. Ini di bimbangi adakah daging berkenaan halal dari segi penyembelihan juga daging sembelihan itu sediri apakah benar-benar dari jenis bintang yang halal untuk kita makan. Beberapa hari yang lalu penulis menerima satu e-mail yang terkandung gambar biri-biri yang mungkin di kacukan dengan baka dari babi. Kalaulah ianya sampai di dalam pasaran tempatan nampaknya masyarakat Malaysia telah makan ‘daging biri-biri berperisa babi’.

Di sini disertakan gambar binatang berkenaan (termasuk gambar di atas):




Moga Allah swt memberi kepad penulis dan semua pembaca keupayaan untuk berhati-hati dalam memilih makanan, minuman dan juga pakaian.

Wallahu'lam

3 comments:

Sofinee Harun said...

Adik saya Elyas baru dapat kerja dengan HDC sebagai pegawai audit. (anak Hj Harun, Perlis). KAlau UStaz ada jumpa apa2 yang meragukan, boleh tolong hubungi dia. Sekarang ni HDC pun tak cukup orang. Baru start.

Ni blog dia:

http://yehmaster.blogspot.com/

Ni HDC website:

http://e-halal.hdcglobal.com/

Unknown said...

Elyas yang pernah belajar tahfiz di UK ke? atau yang belajar kat S.Africa. Tak ingat yang mana satu Hj.Harun saya kenal baik malah Aliah saya juga kenal baik dengan emak anti. Pernah keluar masturat kat rumah di Perlis sewaktu keluar masturat 40h 2002

ibnu abdullah said...

bagaimana untuk apply kerja HDC? minta link untuk keterangan lanjut, jazakAllah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin