Keputusan dari Elders di Ijtimak Tonggei, Bangladesh :
1-Tak ada lagi Jemaah Tasykil di Markaz S.Petaling dan
markaz negeri-negeri termasuk orang yang tanggungajawab dalam Jemaah Tasykil.
2-Orang penanggung jawab untuk pelajar khusus di S.Petaling,Kuala Lumpur dimasuhkan.
3-Di surau/ masjid atau mana-mana marhalah tidak ada amir bulanan atau mingguan. Tetapi amir hanya dilantik ketika mesyuarat harian sahaja. Maknanya setiap hari amir akan berubah-rubah tidak tetap satu orang sahaja. Jikalau ada perkara baru/urgent untuk dimesyuaratkan di luar mesyuarat harian maka lantik amir baru perlu dibuat ketika berkumpul beberapa orang dari marhalah yang sama mengikut takazar yang perlu dimesyuaratkan.
4-Amir Halqah dibubarkan sama caranya dengan Amir Marhalah juga Amir Bulanan yang biasa dipraktikkan. Perlantikkan amir hanya berlaku ketika mesyuarat nak dijalankan sahaja dan diputus oleh Amir Mesyuarat minggu lepas dan jika Amir Minggu lepas tidak hadir maka perlu diputuskan oleh amir minggu sebelumnya. Jika ada takazar yang perlu dimesyuaratkan di luar mesyuarat mingguan maka lantikkan amir yang baru perlu dibuat dari kalangan karkun yang hadir ketika itu.
Perkara di atas bertujuan untuk menjadikan setiap karkun fikir dan kerisauan agama serta perlu ambil tahu perkembangan kerja-kerja agama sertA takazar semasa. Tidak lagi seperti dahulu yang hanya menyerah segala takazar kepada amir/penanggung jawab sahaja.
5-Kaedah tafakut untuk khuruj 40 hari dipermudahkan. Yang perlu di Tanya hanya 2 perkara iaitu harta dan masa. Selainnnya tidak perlu.
2-Orang penanggung jawab untuk pelajar khusus di S.Petaling,Kuala Lumpur dimasuhkan.
3-Di surau/ masjid atau mana-mana marhalah tidak ada amir bulanan atau mingguan. Tetapi amir hanya dilantik ketika mesyuarat harian sahaja. Maknanya setiap hari amir akan berubah-rubah tidak tetap satu orang sahaja. Jikalau ada perkara baru/urgent untuk dimesyuaratkan di luar mesyuarat harian maka lantik amir baru perlu dibuat ketika berkumpul beberapa orang dari marhalah yang sama mengikut takazar yang perlu dimesyuaratkan.
4-Amir Halqah dibubarkan sama caranya dengan Amir Marhalah juga Amir Bulanan yang biasa dipraktikkan. Perlantikkan amir hanya berlaku ketika mesyuarat nak dijalankan sahaja dan diputus oleh Amir Mesyuarat minggu lepas dan jika Amir Minggu lepas tidak hadir maka perlu diputuskan oleh amir minggu sebelumnya. Jika ada takazar yang perlu dimesyuaratkan di luar mesyuarat mingguan maka lantikkan amir yang baru perlu dibuat dari kalangan karkun yang hadir ketika itu.
Perkara di atas bertujuan untuk menjadikan setiap karkun fikir dan kerisauan agama serta perlu ambil tahu perkembangan kerja-kerja agama sertA takazar semasa. Tidak lagi seperti dahulu yang hanya menyerah segala takazar kepada amir/penanggung jawab sahaja.
5-Kaedah tafakut untuk khuruj 40 hari dipermudahkan. Yang perlu di Tanya hanya 2 perkara iaitu harta dan masa. Selainnnya tidak perlu.
(Dari email karkun K.Lumpur)
Pandangan Penulis :
Kalau dilihat memang ada baiknya tertib begini untuk karkun
ketika ini. Ianya seolah-olah kembali ke zaman tahun 80an dulu. Ketika itu kami
menjalankan usaha tanpa Amir Bulanan dan Amir Mingguan. Amir akan dilantik ketika
mesyuarat akan dijalankan, namun begitu usaha agama dapat dilaksanakan dengan
baik. Malah usaha agama ketika itu begitu laju. Sehinggakan setiap “semister
break” begitu ramai orang awam dan pelajar/siswa yang akan keluar 40 hari dan 4 bulan ke
IPB. Boleh dikatan hampir semua marhalah dan universiti berjaya mengeluarkan
orang awam dan pelajar 4 bulan/ 40 hari. Hadratji M.Inamul Hassan rah serta
elder cukup gembira ketika itu.
Usaha dibuat ketika itu cukup menyeronokkan walau pun banyak
tentangan dihadapai. Ketika itu tidak ada ulama yang boleh menjawab setiap
tuduhan. Karkun lebih banyak bersabar dengan karenah yang ada dan semua ini adalah
masaalah luaran Jemaah. Punca sebenar adalah ketika itu kami menjalankan usaha
dengan penuh keikhlasan dan satu hati. Setiap nasihat dari elders diambil
dengan penuh keikhlasan demi memperbaiki diri dan ummat. Semua karkun begitu
samaada ianya seorang penanggungjawab atau pun karkun biasa.
Setiap Malam Markaz kat Masjid India ketika itu akan kita
lihat kelompok karkun berkumpul selepas ‘Hayatus Sahabah” di bahagian bawah
maupun laman masjid melakukan taghib dan dakwah infiradi. Pada waktu sahur
pasti dan pasti akan kedengaran tangisan dari karkun yang akan berdoa
menangis-nangis di dalan solat tahajud. Begitu menyentuh perasaan hati ketika
itu. Kehidupan karkun adalah biasa sahaja tanpa kemewahan dan keduniaan yang
keterlaluan.Mereka-mereka yang khidmat akan khidmat dengan penuh keikhlasan
mencari ganjaran pahala dari sisi Allah swt.
Seingat penulis arwah HJ.Malik Penanti adalah salah seorang
yang menguruskan ticketing dan visa untuk semua karkun yang akan ke IPB tanpa
satu sen pun bayaran. Ketika itu kami tinggal serumah di Kg Baru, K.Lumpur.
Penulis tahu semua ini kerana kekadang beliau mengajak penulis bersama-sama ke
Economy Travel di Ampang, K.Lumpur untuk urusan tiket ini.
Namun kini cukup berbeza, sesetengah karkun ada beberapa
sifat “Hubbut Dunya”, Hubbut Raisah” “,Hubbut Jah” dan” Hubbut Taqaddum”.
Paling ketara “Hubbut Jah” gila kepada kemasyhuran. Sebab itu ada karkun yang
berbangga-bangga bila pulang dari 4 bulan Negara Jauh sedangkan pulang dengan hutang keliling pinggang.
“Hubbut Raisah”: Tidak
kurang juga yang bersifat dengan sifat ini. Sebab itu ada beberapa orang yang
terlalu teringin untuk jadi syura di negeri-negeri maupu di S.Petaling.
Kehadiran penulis di dalam program perlantikkan syura memberi kefahaman kepada
penulis.
“Hubbut Taqaddum”: Juga ada sesetengah karkun pun bersifat
dengan sifat sebegini. Sifat terlalu minat nak ke depan dan tonjolkan diri di markaz
serta menjadi zumidar jemaah tertentu yang kekadang kerja-kerja marhalah
tartinggal.
Bila ini semua berlaku maka kita akan dapati seperti
sekarang ramai karkun lama meninggalkan markaz khususnya Markaz S.Petaling dan
akhirnya menjadi sejuk dan tidak aktif. Hasilnya bilangan peratus karkun keluar
menjadi kurang. Penulis tidak bermaksud semua karkun bersifat begitu namun
memang terdapat sebilangan kecil yang bersifat demikian. Masih ramai lagi
karkun yang ikhlas di luar sana di marhalah-marhalah.
Moga-moga dengan keputusan di atas kita akan melakukan kerja
yang mulia ini dengan lebih ikhlas dan penuh perasaan kerisauan atas ummat.
Insyaallah Allah swt akan majukan kita di dalam iman dan takwa berperantaraan
usaha yang mulia ini.
Wallahulam
P/S : Mohon berbanyak kemaafan jika ada yang tersinggung.
Doakan untuk penulis di dalam tahajud tuan-tuan semua.
14 comments:
assalamualaikum ust.
saudara2 seusaha kita di thailand dan indonesia berjaya menjadikan usaha agama ini umum pada masyarakat mereka.
malaysia selayak "org lama" dari faktor tempoh pembabitan (seawal lewat 60an lagi) pada pandangan org2 thailand dan indonesia, sepatutnya tahap kemajuan sama seperti usaha mereka. tetapi kita masih lagi macam tu je..mengapa?
kerana kita tidak kehadapankan ulama2 kiram kita utk terlibat dlm usaha agama dan muliakan mereka. maka ketika ini golongan yg hubbut raisah la memonopolikan usaha agama. mereka la yg ketepikan gol2 ustaz dakwah kita. sedihnya golongan hubbut raisah ni pun terdiri dpd org2 lama dlm usaha dakwah..rosak... maka kesannya, ustaz2 dan org2 alim di malaysia masih lagi jauh utk turut serta dlm usaha agama..
berbanding dgn usaha di thailand dan indonesia, mereka sangat memuliakan ulama2 dakwah mereka, mereka kehadapankan ulama dakwah mereka, dan merujuk kpd mereka dan menghormati mereka. maka tak hairanla usaha agama mereka maju.
itu pada pandangan saya, permasalahan dalaman dlm usaha agama di malaysia ni ust. saya bukan marah atau nak jadi pembangkang dlm usaha agama yg mulia ini, tapi sedih benar kerana itu la yg sedang berlaku..
doa untuk ummat tuan,setiap keburukan yg berlaku atas kelemahan kita sendiri...kita kurang doa,kurang korban.....dalam usaha agama pun kita masih kena tipu oleh syaitan....
doa tuk ana agar buat kerja dgn tertib yang betul..semoga allah terima insyaallah
Abnak Akhirat
Allah Huwa Al-Qadir.
Allah Dia lah menentukan segala-galanya. Semua keadaan yg telah, sedang dan akan berlaku semua telah tertulis sejak azali.
2 sifat mukmin dlm berdepadan situasi nikmat dan bala. Syukur bila menerima nikmat dan sabar bila diuji.
Di Indonesia & Thailand teramat ketara yang memimpin dan tempat rujukan dlm usaha agama adalah para ulama'. Inilah yg terbaik seperti yg dipraktik oleh Markaz Nizamuddin sejak Maulana Ilyas rahmatullah alaihi. Semoga Allah terus memimpin mereka selamanya dengan para ulama. Inilah taqdir Allah sedang berlaku di sana.
Keadaan yg ditaqdirkan oleh Allah swt kepada usaha agama di Malaysia semuanya telah tertulis. Apa2 pun semua yang menyedari dan mengalami situasi yg yg kurang selesa ini adalah sedang diuji ALLAH. itulah haqiqatnya. Dlm keadaan tersebut ada yg jadi sejuk, lemah dan ada terus meningkat maqamnya.
Hati yang kuat taalluq pada Ilahi dan sentiasa disirami nur hidayah yang suci pasti tidak melihat dan marah kepada makhluk bila berdepan dgn situasi usaha yg agak rosak punah, sebaliknya makhluk yg pertama sekali yg akan disalahkannya ialah dia sendiri. Inilah sifat Hadratji In'amulHasan.
Adakah ramai di kalangan kita mahu baiki diri & memantapkan diri apatah lagi utk meningkatkan pengorbanan diri & masa di jalan Allah? inilah asbab kepada nusroh Allah.
Sirah sahabat iktibar sepanjang zaman. Banyak masalah besar telah berlaku setelah kewafatan Baginda saw. Apa yang dibuat oleh Abu Bakr r.a? Ternyata formula taqwa tawakkal beliau dengan mengeluarkan semua lelaki ke jalan Allah sebaik2 jln keluar kpd permasalahan tersebut.Ternyata sukses dan selesai masalah.
Usaha agama berjalan dgn qudrat Allah 100%. Yg penting Allah qabul usaha kita dengan syarat buat kerja dengan mesyuarat dan taat usul masyaikh dakwah. Dalam smua dan pelbagai keadaan sekalipun buatlah usaha. Kita merancang Allah pun merancang. Rancangan Allah adalah sebaik2nya.
Ya Allah jangan kami tersingkir daripada usaha agama kerana musykil yang berlaku dlm usaha. Malahan Kau majukan setiap kami dalam usaha agama shingga hari qiamat. Kurniakan kami syahid di jalan Mu.
Ya Allah berilah hidayah kpd Ulama dan Umarak kami.Ya Allah afiat dan lanjutakan usia masyaikh dakwah di Markaz Nizamuddin, markaz Raiwin dan Markaz Kakrail. Ya Allah bantulah para Daie dan Mujahid di seluruh alam. Ya Allah kau gagal dan hancurkan apa yg dirancang oleh yahudi, majusi, nasrani serta yang sekongkol dgn mereka dlm menganggu usaha agama.
Ya Allah qabulkan doa amin ya robbal'aalamiin
Sikalang nak buat visa ada charge. nk beli tiket pon dicharge lg. Perkara ni yg boleh menghapusnya ialah penanggungjawab. Sebenarnya ada insan2 yg mulia mahu khidmat tanpa byrn ni. tp pihak yg berkepentingan masih dibiarkan utk uruskan benda tu.
halat2 yg tak sihat ni adalah gambaran umum sifat pekerja agama di suatu tempat sebenarnya.
kalau lah pekerja agama bertaqwa dan beriman maka Allah akan lantik pemimpin yg baik juga. Sebaliknya... renungan utk difikir.
insyaALLAH. dengar dan taat...
jadi seperti khalid al-walid...di beri tanggungjawab pun sama di lucutkan pun same...bukan senang
kene doa bab ikhlas ni..
Assalamu'alaikum.
Satu persongsian, pandangan, dan nasihat yang terpancar dari lubuk hati yang ikhlas. Menjadi pelita hidayat buat menghidupkan sanubari yang berpalit kegelapan dan penuh noda ini. Jazakumullah. Rindu nak dengar nasihat ust.
Teringat kata-kata Hj Ehsan Bdr Enstek semasa setahun saya bermarkaz di Seremban dulu: Mintak Allah jauhkanlah kita dari nak menonjol-nonjol diri di markaz, sepatutnya lagi lama buat kerja agama, lagi kita nak elak dari dari menonjolkan diri.
Selalu dengar orang lama nasihat 'dakwah untuk islah' diri.. Tapi sekarang selalu dengar orang muda cakap 'dakwah maksud hidup'.. Dua-dua betul. Mungkin orang lama lebih memberi penekanan kepada 'pengislahan diri'. Sedang zaman millenium ni mungkin penekanan lebih kepada 'kerja dan istikhlas'.
Semoga Allah kurniakan kita sifat keikhlasan dalam menjalankan kerja agama ini.
terima kasih kpd tuan ishak zaini kerana menterjemahkan perasaan saya dgn perantaraan comment tuan..semoga Allah sihatkan ust :)
Salam Semua,
Sebagaimana pandangan Ibnu Hatari, usaha di Thailand dan Indonisia kekadang kelihatan jauh lebih maju dari Malaysia. Salah satu sebab penghurmatan terhadap ulama yang sememangnya ada pada karkun-karkun di sana.
Di Indonesia terdapat penambahan usul-usul iaitu 4 Pilar Agama Yang Perlu dimuliakan:
- Penulis-penulis Kitab Agama
- Penceramah-penceramah Agama
- Guru-guru/Kiyai Pondok Pesentren
- Guru dan Syeikh Tariqat
Di Thailand pula miski pun tidak ada usul-usul tambahan namun secara semula jadi penduduk di sana memuliakan Tuan-tuan Guru Pondok yang sememangnya banyak sejak dari dahulu lagi.
Maka atas dasar ini sedikit sebanyak ianya menyumbang kepada kemajuan usaha agama di sana.
Dua hari lepas penulis berada di Kedah dan sempat berbual dengan Ust Fauzi Imam Markaz Satun,Thailand. Katanya Hj Abd.Rahman Petalung dan Ust Mahmud meminta kebenaran dari M.Saad untuk praktikkan kaedah usaha di Sri Langka. Mereka dibenarkan maka hasilnya dari 180 jemaah meningkat kepada 350 jemaah.
Bila penulis bertanya adakah mereka ada masaalah seperti di Malaysia. Katanya ada juga tetapi bukan di kalangan karkun tetapi hanya sedikit salah fahan antara Syura Selatan dengan Syura di Bangkok. Syura di selatan hidup sederhana (Penjual Dokong) manakala Syura di Bangkok agak mewah (Penjual Permata). Namun mereka memuliakan tonggak usaha iaitu ulama.
Wallahualam.
Salam, Ustaz. Apa yg dimaksudkan dgn 'kaedah usaha di Sri Lanka'? Diharapkan Ustaz dapat memberi penerangan. Terima kasih.
Ikmal Ishak,
Salam,
Di Sri Langka ada beberapa perkara agak berbeza dengan tempat yang lain. Ini adalah kerana usaha di sana terlalu maju. Selain itu hampir 100% orang-orang Islam di sana adalah karkun. Malah ekonomi di seri Langka juga dikuasai sepenuhnya oleh orang-Orang Islam di sana.
Atas sebab ini ada beberapa perkara yang sedikit berbeza dengan tempat lain. 5 amal dan TDI sama dengan tempat yang lain. Yang bezanya Cth Taklim Mingguan mereka telah ada hampir di setiap lorong.Solat berjemaah seperti solat Jumaat serta bilangan jaulah mingguan mereka begitu ramai maka mereka dibenarkan memberi dakwah kepada orang bukan Islam.
Ramai dikalangan mereka memberi masa lebih maka tazakar semasa agak sedikit berubah dari tempat lain.Ini yang mungkin dimaksudkan oleh Ust. Fauzi.
Wallahualam
Bismillah walhamdulillah
rasanya sejak 2 tahun lepas jemaah thai sering kerap menghantar jemaah ke sri lanka ats maksud mahu belajar usaha daripada mereka. hasilnya tempiasan kemajuan usaha sri lanka telah dirasai di bumi thai. Keduanya negara kafir. Usaha dan rencana mereka Allah qabulkan. Apakah resipinya? Entah ana kurang tahu.
Ada yg bilang tpt yg usahanya maju sekarang kebanyakannya mbuat keperluan sebagai petani dan bekerja sendiri. kebanyakan....Begitulah penduduk madinah di zaman Nabi saw adalah terdiri daripada petani dan peniaga. 2 golongan ni amat berpotensi utk maju dan boleh menerajui usaha agama, itulah glgn Ansar dan Muhajirin.
Allah Maha Kareem. Terimalah kami semua dalam usaha agama hatta qiamah ameen
Secara Semulajadi sifat lembut Melayu di Thailand serta akhlak dan sifat ikram yang tinggi mungkin menyebabkan ramai orang Islam di sana tertarik dengan jemaah.
Pengalaman beberapa kali khuruj di sana serta kerap ke Yala cukup memberi kesan di dalam hati yang jika sesaorang yang pernah ke sana sekali pasti akan pergi lagi.
Sebagai contoh sekitar tahun 2002 penulis pernah membawa beberapa orang karkun dari Senawang ke Yala, Thailand. Sesampai kami di sana kami disambut bukan karkun biasa tetapi oleh syura di sana. Mereka melayani kami dengan begitu baik sedangkan kami pergi bukan untuk keluar tetapi "shopping" sebenarnya. Walau pun mereka mengetahui bahawa kami datang hanya untuk "shopping" dan berjalan-jalan naumun mereka tetap ikram kami dengan makanan dan minuman serta lain-lain.
Pernah pada pagi yang kedua teman ajak sarapan di warung sebab segan makan di dalam markaz. Kami pun pergi ke satu warung walaupun di ajak berkali-kali oleh karkun yang khidmat taam untuk makan sarapan yang disediakan oleh markaz. Namun kami memberi berbagai alasan dan akhirnya kami makan kat satu warung yang ada di keliling markaz.
Selepas makan salah saorang teman pergi untuk membayar makanan yang telah di makan. Namun kami terkejut berok kerana semua makanan itu telah dibayar oleh pihak markaz tanpa pengetahuan kami.
Rupa-rupanya ada wakil markaz yang mengikuti kami dan membayar semua harga makanan kami.
Sebenar banyak lagi sifat ikram mereka miski pun kami pergi bukan tujuan untuk khuruj yang kalau nak ditulis memang tak cukup diruang ini.Maka sifat-sifat beginilah yang menyebabkan ramai yang terkesan dengan jemaah.
Wallahulalam
Ana bangga dapat tinggal serumah dgn penulis dan arwah Hj Malek Penanti semasa bujang. Terkenang kisah2 lampau semasa buat usaha di Kg. Bharu.
Post a Comment