MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, April 2, 2009

Antara Ayam Daging Dan Ayam Serama.


Setiap pagi tuan rumah akan ke reban ayam dagingnya yang terletak di belakang rumah. Berguni-guni dedak disediakan untuk makanan ayam dagingnya. Dilungguknya dedak-dedak berkenaan di dalam reban tersebut bertimbun-timbun banyaknya sambil mengeluh,” Bila le ayam ni nak besar.” Ayam dagingnya pula berebut-rebut mematuk makanan. Dedak makanan itu disediakan oleh tuan rumah setiap waktu. Habis sahaja akan ditambah dengan dedak yang baru. Ayam dagingnya itu pula, pagi petang, siang malam asyik makan je. Bukan main suka mereka makan.

Sebelah malamnya pula akan disediakan lampu untuk mencerahkan reban ayam berkenaan. Kata sebahagian ayam-ayam tu , “Tuan kita ni memang sayang kat kita sebab tu le dia bagi kita makan banyak-banyak.” Jawab pula sekor lagi ayam, “ memang pun tuan kita sayang kat kita, bukan je kita ni diberi makan malah siap reban yang cantik dan berlampu lagi.” Ketawa semua ayam-ayam itu mendengar perbualan teman-temannya. Tuan rumah yang kat dalam rumah pula bila mendengar bunyi bising ayam menyumpah-nyumpah, “Cilako punya ayam tak habis-habis buat bising, dah le tu bukan main busuk taiknya.” Tuan rumah menunggu-nunggu sampai masa yang sesuai untuk tangkap dan sembelih mana yang dah gemok.

Sampai waktu yang sesuai sekor demi sekor tuan rumah tangkap dan disembelihnya. Darah memancut keluar kemudian dicampaknya kedalam bakul dalam keadaan mengelupur. Sesudah itu direndamnya di dalam air panas mendidih sekor demi sekor, Terkopak semua bulu-bulu di badan ayam berkenaan. Selepas itu dipotong-potong dan dikerat-kerat. Begitulah nasib ayam daging berkenaan.


Sebaliknya tuan rumah juga ada ayam yang lain. Namanya ayam serama. Ayam ni sekor je tak banyak macam ayam daging tadi. Ayam serama ini dibela kerana keseronokan dan kesukaan. Ia diberi beras merah untuk dimakan. Tak banyak beras yang diberi, sekitar segenggam je. Tetapi tuan rumah beri makan dengan kasih dan sayang. Diberinya makan di atas tapak tangan tuan rumah sendiri sambil disaksikan oleh isteri dan anak-anak tuan rumah dengan keseronokan. Tuan rumah, isteri dan anak-anaknya cukup sayang dengan ayam serama yang sekor ni. Apa tidaknya selain rupa yang cantik serta bulu-bulunya yang menarik, ayam serama ini mempunyai suara yang merdu.

Dengan keistimewaan ini, ayam serama ini telah mendapat johan dibanyak Pertandingan Ayam Serama di peringkat negeri dan kebangsaan. Harganya yang terakhir ini mencecah belasan ribu ringgit. Di malam hari ayam serama ini akan diletakan di reban yang tak le besar seperti mana reban ayam daging tadi. Tak ada lampu pun dalam reban berkenaan namun dikawal rapi oleh tuan rumah dan diletak di sudut di anjung rumah. Setiap waktu tahajud ayam serama ini akan berkokok dengan kokokkan yang merdu. Tuan rumah, isteri dan anak-anak tersangat suka bunyi merdu ayam serama berkenaan. Bila ianya berkokok, kokokkannya cukup menyenangkan hati tuan rumah sekeluarga.

Setiap pagi setelah diberi makan di atas tapak tangan, tuan rumah akan membelai-belai dan mengusap-usap bulu ayam serama yang cantik seraya berkata, “ Alahai cayang ciput-ciput ayam aku ni,” lalu mendukung ayam serama berkenaan. Setelah mendukung ayam serama berkenaan lalu di letaknya ayam berkenaan di atas bahunnya lalu bersiar-siar di laman rumahnya. Tiba-tiba ayam serama itu berak di atas bahunya. Tuan rumah tidak pula marah sebaliknya berkata, “ Alahai cayang ciput-ciput aku ni berak pula dia tas bahu aku ni,” sambil meletakan ayam seramanya dengan cermat lalu pergi membasuh najis berkenaan. Setelah itu datang lagi dan mendukung serta membelai kembali ayam seramanya itu.


Tamsilan Dari Kisah Di Atas

Manusia terbahagi kepada dua gulongan. Satu yang “fajir” dan yang satu lagi yang “takwa.” Bagi yang fajir ( dalam tamsilan ayam daging ) Allah swt memberi juga kekayaan dan kemewahan kepada mereka. Namun pemberian Allah swt kepada mereka adalah pemberian dengan kemurkaan atau pemberian “Istidraj”. Gulongan ini merasakan dengan amalan dosa dan maksiat yang mereka kerjakan mereka masih lagi diberi kekayaan dan kemewahan dengan meyangka Allah swt memang sayang kepada mereka ( La fatahna abwabul lasyaik ) Tetapi sebenarnya Allah swt murka dengan gelagat mereka. Akhlak yang buruk serta tingkah laku mereka ( Fafasaqu fi ha ) menjadi kebencian Allah swt. Malah Allah swt menunggu-nunggu masa sesuai dan akan tangkap mereka dengan tangkapan kejutan ( Akhazna bakhtatan ). Mereka akan terkena kemurkaan Allah swt bukan sahaja di dunia malah di Kubur, Masyar , Mizan dan Sirat serta neraka Allah swt.

Manakala gulongan yang kedua pula adalah gulongan mereka-mereka yang taqwa Tak ramai gulongan ini di dalam masyarakat ( dalam tamsilan ayam serama ). Gulongan yang bertaqwa ini biasanya hidup mereka sederhana. Limpahan kurnia rezeki kepada mereka sekadar mencukupi dan itulah rezeki yang diberkati. Tetapi dengan ketaqwaan mereka serta akhlak dan budi pekerti mereka mendatangkan kesukaan Allah dan para malaikatnya. Apabila mereka bangun di waktu tahajud megerjakan solat serta membaca Al-quran . Suara bacaan mereka mendatangkan kesukaan Allah dan malaikatnya serta seluroh pendudok langit. Sekiranya mereka-mereka ini melanggari dosa lalu memohon keampunan Allah swt, maka Allah swt memaafkan segala dosa-dosa mereka.

Fikir-fikirkanlah mana ayam menjadi pilihan seudara saudari semua.

8 comments:

Unknown said...

Dah posting baru saya sedar betapa buruknya rupa Ayam Daging dan betapa cantiknya rupa Ayam Serama.

"Ayam Daging rupa dia macam baby tak pakai lampin je"

Apa pun nak jadi tamsilan macam Ayam Serama.

abu mujahid said...

hari ni ada bayan masturat kat umah haji din ttj..usaha nak jd ayam serama

Irwan said...

Sedih saya baca artikel ni. Sebab ayam daging telah dilahirkan sebagai ayam daging. Dan ayam serama, telah dilahirkan sebagai ayam serama.
Beruntunglah siapa yg seumpama "ayam serama" tu.
Tapi, bagi "ayam2 daging" di luar sana, marilah kita berusaha mengambil hati tuan kita...
Moga kita akan dibangunkan dikalangan "ayam serama" nanti.

Ziarah76 said...

alhamdulillah dapat baca ni

Unknown said...

Wah2,,,memang saya pun sama..kasi doa sama saya,mahu keluar 40 hari 1 jemaah student 15/6/09....

zarch said...

"Tapi, bagi "ayam2 daging" di luar sana, marilah kita berusaha mengambil hati tuan kita...
Moga kita akan dibangunkan dikalangan "ayam serama" nanti."

Amin...amin tuan Irwan. Dan kalau boleh, marilah kita-kita ayam2 daging ini mengajak ayam2 daging lain agar keluar dari kandang kita dan berkokok melaungkan kebesaran Allah...jadi nampak juga kejakaan ayam serama biarpun dilahirkan sebagai ayam2 daging.

Irwan said...

Benar, zarzh. Itulah harapan kami.
Biarlah kami ditertawakan tiap kali kami berkokok, atau dikatakan buang tebiat tiap kali cuba tiru si serama, kami teruskan jugak. Kami cuma pujuk hati kami: "ini kesukaan tuan"

Kembali semula ke dunia ini:

Atas maksud ini, kita mau kerja lebih kuat, mau tambah lebih masa, mau doa lebih tawadhuk.

al lawa kristalri said...

ayam laga macam man pulak ye

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin