MAKLUMAN :


widgeo.net

Tuesday, April 28, 2009

Sami Buddha Bersolat






Gambar di atas telah dikirim oleh teman di dalam e-mail penulis meminta pandangan. Agak menjadi kejutan di dalam masyarakat kita jika perkara sebegini berlaku. Mana pernah dalam sejarah Malaysia terjadi Sami Buddha bersolat di dalam masjd. Apa pun bila diteliti dari gambar-gambar tersebut berat sangkaan penulis bahawa gambar itu adalah di salah satu tempat di Selatan Thailand. Bila di lihat rupa bentuk masjid, kain tingkapnya, Warna bahagian bawah tiang bercat warna emas, gaya pakaian Imam, suasana tempat makan serta cara imam melayani kedua-dua Sami (Imam membelakangi kamera)Penulis berkeyakinan ianya di Selatan Thailand. Penulis kerap kali ke Thailand apabila pulang ke Utara. Cuma akhir-akhir ini sahaja tidak ke sana disebabkan suasana yang tidak mengizinkan.

Perkara begini sememangnya selalu berlaku di Thailand. Pernah pada 1983 sewaktu penulis keluar 40 hari di Chumpont, Ranong dan Mae Sod, kami sering didatangi orang-orang Buddha yang berminat dengan Islam bila melihat kami bersolat di kawasan Petrol Pump kerana ketiadaan masjid khusus di kawasan Utara Thailand. Malah disatu Ijtimak yang Penulis hadiri waktu itu juga di hadiri oleh bebrapa orang Sami-sami Buddha untuk mendengar bayan yang disampaikan. Malah ada di antara Sami-sami Buddha ini yang memeluk agama Islam waktu itu.

Untuk makluman pembaca semua, masyarakat Islam di sana sememangnya telah biasa dengan Aktaviti Dakwah di masjid-masjid mereka.Ijtimak yang di adakan di Bangkok tahun lalu yang penulis hadiri telah dapat mengeluarkan jemaah-jemaah Dakwah yang bergerak di seluroh Thailand dan juga luar negara.

9 comments:

azharjaafar said...

Kalo sami2 tu bersolah maknanye mereka dah masuk islam ke? kenape x di tanggalkan pakaian tersebut n pakai pakaian sunnah? Mengelirukan masyarakat aje. Atau ade motif lain?

Ahlia Azhar

Unknown said...

Berbagai kemungkinan boleh berlaku. Mungkin mereka masih dijinakkan kedalam Islam (masih belum beragama Islam)tidak salah kalau ikut-ikut bersolat. Mungkin juga telah memeluk agama Islam dan di di dalam situasi menyembunyikan diri ( tidak salah bersolat dengan keadaan begitu asalkan menutup aurat.- mirip pakaian ihram.)

Melihat ahli jemaah lain bersahaja je mungkin perkara begini telah menjadi kebiasaan di tempat mereka.

Wallahu'alam

sepohonkayu said...
This comment has been removed by the author.
sepohonkayu said...

wah... sami pon ditasykilnya... hebat betul kerja nabi ni ye...

ustadz pernah dengar orang penting di batu cave masuk Islam dan nak keluar dakwah? saya dengar cerita ni dari sorang ustadz di Tanjong Malim...

One Warhead said...

Subhanallah...hidayah mencurah-curah bila ada yang bermujahadah di jalan Allah.

"Dan bagi mereka yang bermujahadah, pasti Allah swt akan bukakan pintu-pintu hidayat"

Unknown said...

Sepohonkayu,
Belum dengar lagi cerita tu. Kalau dapat maklumat cerita le sikit kat sini. Boleh juga tambah semangat buat kerja agama.

Abang Long said...

Salam hormat wahai Saudaraku.


Maaf, saya kurang arif dalam ilmu agama. Cuma inginkan penjelasan, bagaimana keadaan makmum yang lain yang sedang bersolat. Dan mereka bersentuhan dengan jemaah 'yang belum Islam' ?

Unknown said...

Abang Long Tidak ada masaalah di dalam bersentuh dengan orang yang bukan Islam. Namun kita bersangka baik bahawa mereka telah pun Islam dan menyembunyikan keislaman mereka. Kalau baru berjinak rasanya mustahil akan ikut bersolat.

Wallahualam

jeram toi said...

Semua boleh jadi atas kehendak ALLAH.
Anak yang di asuh dengan didikan agama boleh berubah bila dah dewasa tapi yakinlah satu masa nanti iman yang ada dalam dirinya akan bersinar kembali.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin