MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, April 8, 2009

Once Upon A Time In Kuala Pilah


Sekitar Tahun 1994 aku bersama biras aku serta keluarga pulang ke Kuala Pilah kerana esok atau lusa Hari Mantai (istilah orang Negeri sehari sebelum satu Ramadhon). Aku menumpang keretanya memandangkan kami masing-masing belum ada anak dan memadai pulang dengan satu kereta sahaja. Keseronokan untuk pulang ke kampong bertambah-tambah memandangkan kami sama-sama lama tak pulang ke kampong. Perjalanan sekitar dua jam itu kami isi dengan perbualan manakala ahlia ( isteri ) aku dan adeknya pun sibuk juga bercerita di belakang.

Dalam kami rancak bercerita rupanya masa dah hampir mencecah Waktu Asar. Kami mencari-cari masjid yang sesuai untuk berhenti mengerjakan solat. Satu masjid di tepi jalan antara Ulu Bendul dan Kuala Pilah paling sesuai untuk kami berhenti. Sebaik sahaja kami sampai Bilal masjid berkenaan pun melaungkan azan. Alhamdulillah masjidnya makin cantik tak seperti beberapa tahun yang lalu. Ini adalah kerana aku sememangnya sering ulang alik ke kampong mengikuti jalan berkenaan. Laman masjid makin cantik dan bersih. Tempat wudhuknya juga telah diubahsuai. Kiri kanan masjid telah diperbesarkan dan dicatkan dengan cat baru, pokok-pokok bunga menghiasi keliling pagar masjid. Memang cantik apa lagi dengan menaranya yang baru siap dibina.

Dalamannya juga telah banyak berubah dan berkarpet baru. “Rasanya jawatankuasa masjid ni jawatankuasa baru agaknya,” jelas aku kepada biras aku yang baru selesai solat sunat. “Ya lah lain je nampaknya” jawabnya kepada aku. Setahu aku masjid ini memang tak ada jemaah waktu salat Zohor dan Asar. Yang ada tiga waktu sahaja. Maghrib, Insya dan Suboh. Begitulah kebiasaan masjid di sepanjang jalan berkenaan, tapi masjid ini nampak lain sikit waktu Zohor dan Asar dah mula ada orang berjemaah. “Alhamdulillah “ jawab hati kecil ku. Bila aku bertanya kepada salah seorang pak cik yang berjemaah kat situ barulah aku tahu bahawa hari tu le jemaah Zohor dan Asar baru dihidupkan. Mungkin juga semangat untuk menghidupkan masjid tu datang memandangkan sehari dua lagi akan masuk bulan Ramadhon.

Selepas beberapa minit ahli jemaah mengerjakan solat sunat, Bilal pun Iqamah untuk Solat Asar. Selesai Iqamah beberapa orang tua yang rata-rata berjubah bertolak-tolak ke depan. Mungkin mereka-mereka ni AJK masjid. Aku dan biras aku melihat saja memandangkan kami sememangnya orang luar walau pun kami berjubah dan berserban. Salah seorang dari orang tua yang bertolak-tolat tu naik kehadapan menjadi Imam. Bunyi takbirnya memang dia ada suara ( boleh berlagu Quran ). Kami pun ikut bertakbir. Di dalam aku tengah membaca Doa Iftitah tiba-tiba, “ Bismilla hirrohmani nirrahim . Alhamdulillahi rambbil a’lamin,” Imam telah membaca Fatihah dengan suara yang kuat. Terkejut juga aku dibuatnya dan aku rasa biras aku pun macam aku juga. Nak tergelak pun ada. Tak pernah umur hidup aku Solat Asar baca kuat macam Solat Maghrib.

Semua makmum diam dan rasanya masing-masing menahan ketawa. Imam meneruskan bacaan dengan gaya suara merdu. Aku menyangkakan makmum kat belakang semua faham tetang kesilapan Imam menjaharkan bacaan. Rupanya sangkaan aku meleset, tak kala samapai “waladdhoolin”, rupanya ramai yang menyahut “Aaamiiin”. Mak ooii , macam solat Jumaat bunyinya” jawab hati kecil ku. Aku menahan ketawa teramat sangat. Yang bertambah kelakar sewaktu habis Fatihah tak kala membaca surah dibacanya dengan irama lagu Imam Madinah bersemangat lagi. Mungkin juga Imam ‘naik syeikh’ bila dengar bunyi ‘amin’ yang bergemuroh di belakang.

Selesai solat aku dan biras aku bersegera keluar sambil menaham ketawa. Sesampai kat dalam kereta kami ketawa terbahak-bahak. Ahlia kat belakang kehairanan mendengar kami ketawa. Selepas beberapa tahun tak kala aku berpindah ke Seremban, aku dijemput untuk berceramah Maulud Nabi saw di situ. Aku lihat Alhamdulillah jemaah semakin berubah, makin ramai. Imam yang Solat Asar tu pun ada sama dan sewaktu jamuan dia pun makan bersama-sama dengan aku. Alhamdullah lagi sekali dia dan yang lain-lain orang tua kat situ sorang pun tak mengenali aku. Kalau cam aku kacau juga jadinya.

Sampai sekarang ni pun kalau aku dudok sorang-sorang kalau teringat bab ni ketawa sakan aku.

Moral of the story

Begitu gelagat masyarakat apabila solat berjemaah telah lama ditinggalkan. Bila di hidupkan semula begitulah jadinya. Bukan solat sahaja apa pun sunnat kalau ditinggalkan pasti diperingkat awal akan jadi kekok dan janggal. Namun solat demikian sah di sisi syariat. Namun ‘sirrkan’( perlahankan ) bacaan dalam Solat Zohor dan Asar adalah sunat. Dalam kes di atas makmun tak perlu menegur imam kerana ianya adalah sunat biasa. Bukan sunat ‘Ab’ath’( tahiyyta awaldan Qunut Suboh ) atau pun tertinggal atau pun terlebih rukun atau rokaat.

Wallahu’alam

4 comments:

shamajid said...

hendaklah ianya berterusan walaupun sedikit.....

ibnu abdullah said...

Benar ustaz, mmg kekok bila mula nk amalkan sunnah, apatah lagi hendak istiqomah.

al lawa kristalri said...

kesian dia

ابن جعفر said...

sebenar kisah ini adalah untuk diri kita juga yg serba lemah ini.Mudahan amalan sunnah tersebar keseluruh alam.insyaAllah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin