MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, March 5, 2009

Lirik Lagu : Allah Peduli



Nyayian : Acnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
mengerti

Komen :
(Lihat Pada Rangkapan Terakhir)

Kekadang bila difikirkan pengharaman penggunaan perkataan “ALLAH” di dalam penulisan Kristian di Malaysia adalah tindakkan yang terbaik bila dilihat pada lirik lagu di atas. Tidak mustahil sekiranya di benarkan pasti dan pasti bukan sahaja di dalam “catholic Herald” tetapi juga diberbagai tempat akan digunakan perkataan ALLAH, SOLAT, BAITULLAH dan sebagainya.

Pengalaman penulis yang selalu “Khuruj” di Indonesia, mendapati penggunaan ALLAH bukan setakat di dalam penulisan Majalah tetapi juga di 'signboard', dinding gereja , akhbar-akhbar dan diberbagai tempat sehingga kita keliru yang mana satu Islam dan yang mana satu Kristian. Contoh :

“Dewan Sidang Allah”.” Acara Khutbah Hari Minggu”, “Allah YesusKu”.

Bagaimana pula bagi anak muda yang kurang mendalami agama, anak-anak sekolah rendah dan pra sekolah. Tentulah berlebih lagi keliru.

p/s: Haram mendengar dan menyayi lagu di atas.

8 comments:

Unknown said...

Salam,,btoi ka agnes nyanyi lagu ni...

ibnu abdullah said...

salam

begitulah sekali keadaan umat hari ini, & begitulah sekali taktik yahudi & nasrani mengkucar kacirkan pemikiran anak-anak muda di sana. nau'zubillah

Ziarah76 said...

semoga Allah selamatkan kita

Unknown said...

Anak Pendang Sekeluarga,
Saya tak pasti sebab tak pernah dengar pun namun begitulah apa yang dihantar oleh sesaorang teman di dalam e-mail saya semalam.

Tak kisah sapa yang nyanyi, yang penting lirik tu yang perlu kita jauhi. Kalau lirik Inggeris kita tak le peduli sangat sebab bukan bahasa serumpun kita. Macam lagu Boney M 'By The River Of Babylon' yang liriknya berkait dengan Yahudi. Waktu tu begitu ramai yang nyanyi. Bukan apa sebab tak paham.Lagi pun tu kisah Yahudi.

Lagu ni kalau nyanyi boleh 'Syirik'.Sebabnya Tuhan 'ALLAH' yang dimaksudkan kat situ adalah 'Yasus'.Lagi pun kita paham liriknya.

Irwan said...

Benda2 camnilah akibatnya jika nama "Allah" tu tak diberi definasinya.
Saya suka dgn komen dari Datuk Dr (tak ingat nam dia) kat bahagian agama di jabatan perdana menteri pasal hal yg ditimbulkan oleh editor kristian dlm majalah herald tu. Dia kata, orang lain boleh pakai nama ni asalkan yg dimaksudkan dengan "Allah" itu ialah Tuhan Yang Maha Esa, Yang Tidak beranak atau diperanakkan dan Tiada yg serupa/ setaraf dengan Nya.
Memang kena buat akta pasal isu ni. Tak nak jadi cam Indonesia...
Apsal agaknya orang Islam tak beria-ia (cam tunjuk perasaan ke, buat petition pada Jabatan Agama supaya hantar usul untuk gubal undang2 ke, bersidang bawah pokok ke, etc) dalam isu ni? Senyaaapp jer?

farid ramli said...

Jika di Malaysia mungkin kita akan keliru
Tapi di Indonesia, insya Allah tidak

Umat Islam tak buat perasaan mungkin sebab takde kata-kata yang kukuh keluar dari ulama'

Ustaz selalu ke indonesia yer?
Jemput la dtg ziarah saya
Saya tinggal di Jakarta,belajar di sini tapi asal dr m'sia

Unknown said...

Farid Ramli,

Rencana mau juga ke sana, ke Serpong bulan Juli nanti, tapi keputusan dari 'elders', jadi dibatalka aja.

Insyaallah akan datang nanti akan saya sampai di Jakarta.

Ibnu Qayyim said...

hari ini, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah pun mengharam kan lagu ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin