Suatu ketika Imam At Tsauri rah tinggal di rumah Abu Manshur
sahabat karib beliau. Di rumah itu juga beliau sakit dan meninggal dunia.
ketika tinggal di rumah berkenaan Imam At Tsauri melihat ada seekor burong
bulbul yang dikurung di dalam sangkar. Melihat burung berkenaan terkurung
datang perasaan kesian dan alangkah baiknya burung ini dilepaskan agar boleh
bebas terbang dan mencari makan. Beliau menyampaikan hasratnya kepada sahabat
baik beliau Abu Mansur agar burung itu dilepaskan. Bila diketahui harat Imam At
Tsauri berkenaan maka Abu Mansur pun berkata bahawa burong berkenaan adalah hak
milik anaknya dan jika Imam berhajat maka beliau boleh hibahkan kepada Imam. Namun
begitu Imam At Tsauri membelinya dengan harga satu dinar.
Setelah membeli burong tersebut Imam At Tsauri pun
melepaskan burong itu dari sangkarnya dan bebas terbang. Namun begitu burong
itu tetap kembali pulang setiap petang dan tinggal di rumah yang sama yang didiami
oleh Imam At Tsauri. Hal ini berlansung beberapa lama sehinggalah hari
kewafatan Imam.
Pada hari kewafatan Imam At Tsauri burong bulbul tersebut
ikut bersama menghantar jenazah Imam ke tanah perkuburan serta terbang dengan
berciap-ciap seperti gelisah teramat sangat di atas jenazah Imam. Semejak hari perkebumian
Imam At Tsauri, burong bulbul tersebut tidak pulang lagi ke rumah kediaman Imam
sebaliknya berada di atas pusara Imam sehinggalah akhirnya dijumpai mati di
atas pusara berkenaan. Burong itu akhirnya dikebumikan di atas pusara Imam At
Tsauri.
(Manaqib Al Imam At Tsauri, karya Adz Dzahabi, hal. 80)
Moral Kisah Ini
Kekadang binatang yang mempunyai akal yang sedikit pun memahami nilai kasih sayang dan terima
kasih. Ini tidak terbatas kepada Imam At Tsauri rah sahaja tetapi sesiapa
sahaja sehingga hari kiamat. Malah sekarang ini pun kita boleh jumpa kisah-kisah
seperti ini. Jadi untuk berbuat baik bukan terbatas kepada manusia sahaja namun juga
kepada binatang-binatang sebagaimana sabit dari beberapa hadis Nabi saw.
No comments:
Post a Comment