MAKLUMAN :


widgeo.net

Thursday, August 13, 2009

SURAT ULAMA HIJAZ SYEIKH MUHAMMAD IBN ‘ALAWI AL-MALIKI RAH KEPADA SYEIKHUL HADITH MAULANA MUHAMMAD ZAKARIA RAH.



Di bawah ini surat tulisan tangan Ulama tersohor dari Hijaz Syeikh Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki rah yang ditujukan kepada Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria rah. Surat ini di tulis selepas beliau menerima senaskah kitab karangan Maulana Khalil Ahmad Saharampuri rah “Bazlul Majhud”, kitab syarah Sunan Abi Daud. Kitab ini tekandung 20 jilid juga telah dicetak oleh al-Maktabah al-Imdadiyyah di Makkah al-Mukkaramah yang telah memasukan catatan tambahan Maulana Zakaria di dalam kitab berkenaan yang sememangnya Maulana seringkali terlibat dengan aktiviti keagamaan di Haramaian.



Terjemahan Surat Berkenaan :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Yang Terulung, Ulama Hadith yang teralim. Yang memiliki turunan yang cemerlang, Yang sentiasa diliputi keberkatan ,Imam, Pendakwah, Tuan saya juga guru saya : Sheikh Maulanan Zakariyya semoga sentiasa dilidungi Allah.

Assalamualaikum wa Rahmatullah

Saya mengucapakan Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga Allah menghasilkan kemakmuran, keberkatan, kegembiraan dan kemesraan. Amin.

Saya mengucapakan berbanyak terima kasih di atas kesudian tuan mengirimkan kepada saya naskah kitab yang terulung, terkenal dan isi serta huraianya yang amat disanjungi, “Bazlul Majhud”, yang mana ianya diperindahkan lagi dengan huraian tuan. Semoga Allah memelihara, menjaga dan sentiasa bersama tuan serta memanjangkan umur tuan di dalam ketaatan dan kecemerlangan di dalam perhambaan diri padaNya. Dan juga semoga IaNya membolehkan kami mengambil menafaat dari tuan. Semoga tuan sentiasa diliputi kemakmuran.

Yang Hina dan disayangi,

Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki
(Khadam Kepada pelajar Umm al-Qura Universiti dan Masjidil Haram)

04/01/1394 H

Rujukan : Fihrist Ta’lifat-e-Shaykh, Volume 1, p. 346 (Saharanpur: Maktabah Yadgar-e-Shaykh, Ramadhan 1417H / Januari 1997 ) oleh Maulana Sayyid Muhammad Shahid Saharanpuri.

P/S : Lihat juga artikel Januari 2009 Blog Archive pada tajuk "Surat Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah Kepada Maulana Zakaria"

4 comments:

Mang said...

salam ustaz, boleh kiranya ustaz wat pencerahan thdp tuduhan jt di laman ini.

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/07/isu-020-kemungkaran-yang-tidak-di.html.

Isk2. Dikhuatiri org awam dan alim gy bukan jt mengambil bulat2 bahasan ilmiah drpd tuduhan itu.

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Rasanya, tulisan Asy-Syaikh Ad-Dukturr Abu bakar Al-Jazairi memadai untuk menjawab tulisan 'ilmiah' tersebut.

Mungin Ustaz boleh bantu... Jazakumullah.

rahba81 said...

Salam..

Mang,takyah risau psl blog tuh..
insyallah Allah usaha agama ni..

Aku bkn alim ulamak or ustaz yg tinggi ilmu nya..Tapi bila aku baca blog tu byk yg bersumberkan dari pandangan Abdul Aziz Bin Baz,Albany err nama Muhammad Bin Wahab aku tak perasan plak aku dah dpt agak ni keje sape?

Jgn risau Mang ari ni ramai org dah familiar ngan Abdul Aziz Bin Baz,Albany ngan Muhammad Bin Abdul Wahab ni..buang masa jer layan blog tuh..

Doa hidayat jer la utk diorg nih..
Wasalam..

Irwan said...

Kat Rembau, ramai yg mengamalkan zikir dan wirid yg dianjurkan oleh Tuan Sheikh ini (kitab itu dikenalkan oleh Sheikh Fuad).

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin