MAKLUMAN :


widgeo.net

Monday, August 24, 2009

Ramai Remaja Yahudi Memeluk Islam



Jabatan Kehakiman Zionis Israel mencatat terdapat 249 kes permintaan pindah agama dan 83 kes berkait dengan agama Islam.

Di dalam laman web Al-Hayat menyatakan bahawa para rabi Yahudi semakin bimbang fenomena ini berlebih lagi ianya melibatkan remaja wanita Yahudi yang semakin ramai memeluk agama Islam. Menurut akhbar IRNA, lamanweb berkenaan menyatakan juga bahawa, seorang Rabi Yahudi berusaha menyembunyikan kebimbangan dan kecemasannya ketika menyatakan remaja wanita Yahudi yang telah memeluk agama lain tetap menjadi orang Yahudi.

Berdasarkan data yang diberikan, antara tahun 2005 hingga 2007, Jabatan Kehakiman Zionis Israel mencatat terdapat 249 kes permintaan mengubah agama dan daripada jumlah berkenaan 83 kes berkait dengan Islam.

Namun tahun lalu jumlah permintaan untuk menukar agama kepada Islam bertambah menjadi 112 kes yang menunjukkan kenaikan 35 peratus kecenderungan untuk memeluk Islam di kalangan remaja wanita Yahudi.

Berdasarkan laporan ini, semakin bertambahnya kes pembunuhan, aksi kekerasan dan rompakan di kalangan orang-orang Yahudi Zionis membuatkan mereka berpaling dari agama Yahudi.

P/S : Apakah ini semua salah satu tanda keberkatan dan kerahiman Ramadhon?

5 comments:

mizaranun said...

salam..

Slmt berpuasa dan slmt berada dibulan ramadhan..

Mudah2 apa yg berlaku merupakan salah satu keberkatan bulan ramadhan..

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Insya Allah.. semasa saya nusrah jemaah palestine yg datang ke Putrajaya.. karkuzari yang diterima amat mengujakan.. apa yg pasti.. janji Rasulullah saw pasti benar! Kita baca hadith2 fitan.. tapi kita bertindak seolah2 kita tidak yakin dgn apa yg Rasulullah saw janjikan.. seolah2 analisis kita lebih sempurna, daripada Hadyi Muhammadin s.a.w.... Oh Allah, maafkanlah kami!

Unknown said...

Betul tu Ust Gunawan,

Lihat sahaja berkaitan dengan Kayu Sugi. Manusia mula yakin dgn khasiatnya bila ada kajian dan analisis. Akhirnya syarikat berjenama pun mula memperkenalkan Ubat Gigi Kayu Sugi.

Sedang mereka yang terdahulu dari kita lansung yakin dengan apa yang dikhabar oleh Rasulullah saw.

Akhirnya mereka mendahului kita dalam semua bidang.

Wallahu'alam

Irwan said...

Kengkadang terfikir, sapa lebih mempercayai hadith Baginda SAW: Saya kah atau Kaum yahudi yang dok tanam pokok gharqah keliling dunia...
Bahkan bila saya nak promote orang makan cara sunnah pun, bukan saya gunakan hujah "kerana ini amalan Baginda SAW", tapi kerana kajian2 sains

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

kadang2 neracanya nipis sangat.. cth: seorang yang simpan janggut lebat kerana minat dan nak tiru seseorang artis, sesekali tidak sama denagn seorang pegawai bomba yg terpkasa cukur janggutnya sedangkan hatinya menangis kerana cintanya kpd sunnah Rasulullah s.a.w....

Oh Allah.. Fahamkanlah kami!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin