MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, August 21, 2013

Turki Menyelar Rampasan Kuasa Di Mesir




Setakat yang penulis mengetahui hanya Turki dan pemimpinnya sahaja yang boleh dipercayai di dalam urusan Islam dan umat Islam. Apa yang telah berlaku di Iran pada tahun 1979 yang sesetengah dari kita menyangka bahawa ianya satu kebangkitan Islam dan “Revolusi”  yang diasaskan kepada Islam adalah meleset dan tertipu.Ketika itu Iran dan pemimpin Iran Ayatullah Khumeni menjadi idola. Beberapa rumah kita akan dapati gambar Ayatullah Khomeni ini akan di gantung di ruang tamu. Tidak kurang juga naqib dan naqibah akan mencontohi pemimpin Iran di dalam usrah-usrah yang mereka kendalikan. Namun semuanya tertip, Ianya bukanlah kebangkitan Islam yang kita sangka malah ianya adalah antara fitnah dari beberapa fitnah besar akhir zaman untuk umat Islam. Apa tidaknya hampir 20 tahun barulah rata-rata umat Islam di bumi Malaysia ini sedar siapa sebenarnya Iran dan Syiah ini.

Selepas dari isu Revolusi Iran itu timbul pula kejatuhan diktator paling ganas Saddam Husain. Pada ketika itu rata-rata kita di sini menyokong kejatuhan Sadam. Tidak kurang juga pada ketika itu akhbar-akhbar Arus Perdana membuat liputan dan ulasan menyokong kejatuhan Saddam. Piliharaya di Irak menjadi perhatian serta hampir kesemua setuju itulah jalan yang paling baik mengembalikan Irak ke jalan demokrasi. Hasilnya dan rupanya satu lagi fitnah dan malapetaka kepada Umat Islam. Satu lagi negara Syiah telah tertubuh di dunia selepas Iran. Ini disahkan oleh pemimpin Amerika dan juga pemimpin Iran sendiri sebagai satu anugerah pertolongan Iran membantu Amerika menjatuhkan Taliban. Selepas itu baru kita tersedar rupanya ini adalah perancangan Syiah(Iran),Yahudi(Israel) dan Nasrani (Barat). Terompong mulut-mulut kita semua.

Apabila umat Islam dibunuh dengan begitu zalim dan kejam di Syria oleh puak-puak Syiah Alawi/Nusyriah barulah umat Islam tersintak. Barulah kita tahu siapakah Syiah sebenarnya, siapakah Hizbullah sebenarnya. Kita tertipu di sebalik serban dan jubah “Tailasah” yang dipakai oleh ayatollah serta gambaran hidup sederhana dan zuhud serta sifat tawadhuk mereka. Kini Syiah menjadi duri dalam daging umat Islam seluroh dunia.

Semalam 20/08/2013 Selasa Perdana Menteri Turki Rajab Tayeb Erdogen mengeluarkan kenyataan bahawa apa yang berlaku di Mesir sekarang ini juga adalah salah satu perancangan Yahudi Israel. Beliau mengutuk keras bantuan kewangan yang disalurkan oleh Negara-Negara Teluk kepada Regim Diktator Mesir sekarang ini. Katanya lagi bahawa demokrasi tidak tertegak di dalam pemilihan suara/pilihanraya di Mesir. Kenyataan ini dipetik dari kata-kata dua pemimpin Yahudi Israel, Menteri Kehakiman Israel dan Menteri Koperat Israel sebelum Pilihanraya Mesir yang lalu. Kata kedua menteri itu “Bahkan jika Ikhwan Muslimin meraih kemenangan sekali pun mereka tidak akan boleh memenangi pilihanraya kerana demokrasi tidak akan tertegak melalui pilihanraya”. Hasilnya Turki memanggil dutanya pulang dari Mesir.

Berdasarkan sejarah, Turki tidak pernah setuju dengan negara-negara Arab kerana kejatuhan Turki adalah asasnya dari perancangan Arab sendiri. Bangsa Arab dan bangsa Turki tidak pernah bersama selepas kejatuhan Kerajaan Othmaniah. Pengalaman penulis bergaul dengan orang Turki dan Arab di Holland dan German membuktikan semua itu.

Bagi penulis setakat ini hanya Turki yang boleh dipercayai. Kita doakan agar umat Islam akan dibantu oleh Allah swt di dalam fitnah yang menimpa sekarang ini.

Wallahulam

2 comments:

Adnan Hamidi said...

semoga kita dilindingi dari fitnah akhir zaman da fitnah dajjal

azmial said...

Ustaz, bila Amerika kata nak serang Syria, saya rasa ini sekadar propaganda saja. Takkan Yahudi (USA) nak hentam Syiah (Syria) ya tak?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin