Sunday, August 9, 2009
ANTARA DUA KEBAHAGIAAN DAN DUA KESIHAN
Kisah Satu :
Sebuah kereta mewah Mercedes model terbaru meluncur dengan lajunya di salah satu lebuhraya di ibu kota. Di dalamnya terdapat dua orang suami isteri, dato dan datin yang sememangnya terkenal di daerah berkenaan. Namun kesedapan dan keselesaan dua penumpang tersebut dikejutkan dengan bunyi brek yang agak kuat. Lalu kereta Mercedes berkenaan tiba-tiba terhenti di tepi lebuhraya berkenaan. Bunyi brek tersebut juga mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang bersembang santai di anak tangga di salah satu rumah stinggan di bawah lebuhraya berkenaan sedang si isteri mencabut rambut putih di kepala suaminya . Si suami berkain pelikat singkat bergulug tebal tidak berbaju duduk di anak tangga bawah manakala si isterinya berkain batik serta berbaju t-shirt lusuh duduk di anak tangga setingkat atas dari suaminya.
Sebaik sahaja dato dan datin berkenaan keluar dari kereta mewah mereka, keduanya merungut-rungut takut kelewatan sampai ke tempat tuju. Sambil membetulkan sanggulnya serta baju kebaya yang baru diambil dari butik terkenal di bandar tersebut si datin terus merungut-rungut. Manakala si dato juga membetulkan bush jecketnya, Si datin masih merungut-rungut. Katanya ,” Itu le bang, I dah cakap kat you, Merc yang baru you beli ni tak selesa lansung. Rupa je canggih tapi hampeh. Baik lagi yang dulu tu. Tapi you tak pernah pun dengar cakap I. Ni le first time I naik kereta jadi macam ni.” “ Aleh biasa le kereta tayar pancit kalau you nak yang tak pacit naik je ketapi lansung tak pancit-pancit. Dah beli keta baru untuk dia pun nak songeh-songeh lagi.” Jawab suaminya balek dengan sedikit meniggikan suara. Belum selesai kata-kata suaminya berakhir, si datin langsung menjawab spontan, “ Ye la! Ye la! Yang selalu naik keta ni I bukannya you. You asyik oversea! Oversea! Oversea! Itu je lah, nyampah betul I.”
Rupanya dato dan datin ni memang selalu bergaduh, kekadang masalah anak-anak, kekadang masaalah syarikat dan kekadang masaalah kahwin lagi seorang. Mereka jarang-jarang jumpa tapi kalau jumpa pasti bergaduh. Gelagat kedua-dua dato dan datin berkenaan diperhatikan oleh kedua-dua suami isteri penghuni stinggan tersebut. Dan kedua-dua dato dan datin tersebut pun menyedari yang mereka berdua diperhatikan oleh suami isteri berkenaan. Sambil dato itu melihat ke bawah ke rumah stinggan berkenaan ia juga mengarahkan datin berbuat demikian dengan katanya,”Cuba awak lihat kat bawah tu. Alang kah bahagianya mereka walau pun hanya hidup kat rumah setinggan.Tak ada kereta mewah, tak ada rumah mewah, tak berpakaian mahal tapi cukup bahagia, cukup rapat. Alangkah baiknya kita kalau macam mereka.” Ketika itu si isteri stinggan kat bawah tu masih lagi mencabut rambut putih serta mengusap-usap rambut suaminya. “Ye la memang bahagia, tak macam kita asyik bergaduh je.” Celah si datin dengan suara yang mula rendah.
Suami isteri stinggan pula bila menyedari mereka juga diperhatikan oleh kedua dato dan datin, si isterinya pun bersuara manja, “Abang tengok tu, alangkah bahagianya kedua orang kaya tu. Tengok je kat si isteri dia, sanggulnya, baju kebayanya bukan main lawa. Tengok pula make-up mukanya bukan main cantik. Kalau Tipah jadi macam tu alang kah bahagianya.” Sambil melihat kat atas si suami juga bersuara, “ Itu kau Tipah, aku pulak kalau macam suaminya alangkah bahagianya, dengan bush jecket, kasut hitam berkilat .Naik pula keta Mercedes , Maak ooi ! bahagianya aku, kau pula tu Tipah dok pula sebelah aku. Alangkah indahnya , alangkah bahagianya kita waktu tu.”
Angan-angan kedua-dua dato datin serta suami isteri stinggan itu hilang apabila kereta Mercedes itu selesai ditukarkan tayarnya oleh pemandu dato berkenaan dan meluncur semula ke distinasinya.
Kisah Dua :
Satu petang di satu tempat di Sungai Besi, aku bersama isteriku pergi menziarahi salah seorang isteri temanku juga seorang karkun yang baru beberapa hari selesai melahirkan anak ke empat mereka. Sesampai sahaja di kawasan kampong tersebut kelihatan beberapa wanita sekitar awal 40an sedang berbual-bual di laman salah sebuah rumah di situ. Aku mencari-cari kawasan parking yang sesuai agar tidak menghalang jiran-jiran temanku itu keluar masuk kenderaan mereka. Tempat yang paling sesuai untuk aku parking kereta aku betul-betul di hadapan wanita-wanita berkenaan berbual-bual yang hanya di seberang jalan sahaja berhadapan dengan mereka.
Sambil berbual-bual,ada di antara mereka yang menyusukan anak dengan tidak berselindung sedikit pun. Jelas kelihatan aurat yang sepatunya ditutup. Yang lain sambil berbual-bual dengan rancaknya dengan tidak menutup aurat (rambut ) mereka yang jelas terdedah dengan berbaju t-shirt biasa.Terhilai-hilai mereka ketawa.
Sebaik sahaja aku dan isteri keluar dari kereta , perbualan mereka tiba-tiba terhenti. Terdiam serentak, senyap seketika sambil setiap bola mata memerhatikan aku dan isteri aku yang berpurdah semua muka. Sambil memimpin isteri di tangan kanan dan anak kecil aku yang berumur dua tahun di sebelah kiri,kami menyeberangi jalan. Melihat itu, salah seorang dari mereka bersuara, “ Ih !, Ih !, Ih ! Kesiaan, kesiaan macam arang buta,” Celah pula seorang lagi yang masih menyusu anak kecilnya, “macam hantu kom-kom,”Sambil ketawa serta diikuti ketawa teman-temannya yang lain. Isteri aku pula bila melihat gelagat mereka , yang menyusu terdedah auratnya, yang hampir separuh umur masih terdedah aurat rambutnya dengan pakaian yang tidak sempurna berkata,” Ih ! Ih ! Ih ! kesiaan, kesiaan dah hampir separuh abad masih begitu. Masih tak kenal yang mana satu aurat dan bukan aurat. Kesiaaan !,” Hilaian ketawa mereka terhenti apabila kami masuk kerumah karkun, temanku itu.
Itulah dua ragam kehidupan manusia. Fikir-fikirkanlah.
P/s : Kisah di atas tidak ada kena mengena bagi yang MATI tapi kena mengena bagi yang HIDUP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
utk dkongsi bsama..utk difkir dan dirisaukan..
betul apa yg ustaz kata tu.. kat kampung ana pun macam tu.. ari tu ana balik kampung... kekadang org kampung tnya..dah ada orang berpunya ke (maksudnya calon isteri).. maka ramai yg kata janganlah dok pilih yg berbungkus plak..muka tak nampak.. silap2 cacat ke...
Ya Allah sedih ana dengar.. tp dlm hati ana balas agr mrk semua diberi faham agama... yang anak2 mereka ni entah apa entah pakai pakaian.. dahlh tak bertudung.. baju lengan pendek.. masa bertunang berkepit2 atas motor.. ya Allah sedih tengok..
Orang ari ni malu utk amal sunnah.. tp x malu, x sedih apabila x taat perintah Allah dan amal sunnah.. sedih2..
smga kita semua diberi hidyat dan semua orang keluar jalan Allah..
Peluncur Islam,
Begitulah keadaan masyarakat berbeza zaman berbeza keadaannya. Apa pun kerja agama perlu dilaksanakan. Insyaallah semuanya akan berubah.
Tahun 1978/1979 dulu kalau pakai tudong macam pakai purdah sekarang ni. Kakak saya adalah orang pertama dlm kampong pakai tudong juga diikuti oleh adek saya. Kecoh satu kampong waktu tu.Ada yang sihir keluarga masa tu. Namun bila kita teruskan usaha 7 tahun kemudian lebih 70% budak perempuan dlm kampong memakai tudong.Sehingga anak2 dan cucu2 mereka yang caci dan sihir pun akhirnya pakai tudong.
Insyaallah kita teruskan usaha.
benarlah akhir zaman nak beramal agama seperti menggenggam bara api. Orang melayu ingat kaya itu kejayaan, sedangkan Allah swt sudah berfirman dalam Al Quran, kekayaan & kemiskinan adalah satu ujian. Apa yang dibuat dengan harta? Simpan sendiri atau belanja di jalan Allah swt? Telah diberitakan bagaimana yang kaya akan masuk syurga lambat, itu pun jika hartanya 100% halal apatah lagi pada zaman ini yang sudah tidak peduli halal haram. Usaha atas iman, usaha atas keluarga, jiran-jiran & masyarakat sekeliling. doakan saya ustaz..
Post a Comment