Tuesday, August 25, 2009
Si Tenggang Ramadhon 1430 H
(Petikan Dari Akhbar Metro Selasa 25 Ogos 2009)
Anak derhaka
Oleh Zarina Abdullah
KUALA BERANG: Berang selepas isterinya dituduh mencuri dua gelang emas, seorang lelaki sanggup menderhaka kepada emak kandungnya sendiri apabila tergamak membelasah warga emas itu hingga patah tangan kanan dan bengkak seluruh badan.
Pada mulanya, suri rumah malang berusia 62 tahun itu memanggil menantunya selepas mendapati dua gelang emas yang disimpan dalam sebuah beg di ruang tamu rumahnya hilang pada 15 Ogos lalu.
Dia bertanyakan menantunya yang berusia 20-an itu sama ada ternampak gelang yang disimpan dalam beg, tetapi isteri anak lelakinya itu menafikan pernah melihatnya.
Mangsa yang resah dengan kehilangan itu kemudian bertanyakan hal sama kepada anak lelakinya, tetapi dia kerap kali mengelak apabila diajukan pertanyaan mengenai barang kemas berkenaan.
Lelaki itu terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap ibunya yang didakwa menuduh isterinya mencuri dua gelang emas yang hilang.
Berikutan itu, berlaku pertengkaran antara mereka menyebabkan si ibu menuduh anaknya mencuri barang kemas itu dan bukan menantunya kerana perkara sama pernah berlaku di rumah itu sebelum ini.
Berang dengan tuduhan ibunya, lelaki itu mencapai sebuah basikal di halaman rumah berkenaan dan melontarnya ke dinding rumah sebelum menghilangkan diri.
Dia muncul semula 10 minit kemudian dengan membawa sebatang kayu dan terus menyerang ibunya dengan membelasah badan dan tangan kanan mangsa sebelum meninggalkan warga emas berkenaan kesakitan di halaman rumahnya.
Mangsa yang bengkak badan dan cedera di lengan kanan kemudian menemui seorang tukang urut untuk mengurut sebelum diberitahu lengannya patah berikutan kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, berkata berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang di sini, Sabtu lalu.
Mangsa dihantar untuk rawatan di Hospital Hulu Terengganu, disahkan patah tangan kanan berikutan kejadian itu.
Tengku Hamzah berkata, polis sedang memburu anak lelaki mangsa dan isterinya, masing-masing berusia 20-an yang menghilangkan diri selepas kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun.
Targhib :
Firman Allah swt “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah, kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara keduanya telah tua atau kedua-duanya, janganlah kamu katakan “Cis” kepada keduanya dan jangan kamu herdik keduanya dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia (lemah lembut).” ( Al-Israak : 23 )
Banyak riwayat hadis meyebutkan perlunya sesaorang memuliakan ibubapanya. Kata sesetengah ulama kalaulah tidak ada sebarang ayat al-Quran dan hadith Nabi saw sekali pun berkaitan memuliakan ibubapa namun secara akali sesaorang itu perlu memuliakan ibubapanya.
Lihat sahaja pada ayat di atas, selepas tidak syirik (menyembah) kepada Allah swt maka arahan kedua dari Allah swt adalah berbuat baik kepada kedua ibubapa. Di tempat yang lain Firman Allah, “ Bersukurlah kepadaku dan kepada kedua ibubapamu”. Makna Allah mengambil tempat utama, sesudah itu memuliakan kedua ibubapa (khidmat kepada mereka). Sesetengah ulama mengatakan tidak diterima kebaktian kita kepada Allah melainkan kita perlu juga berbakti kepada ibubapa kita.
Mengapa ketaatan kepada Allah mengambil tempat utama? Ini adalah kerana tanpa rahmat dari Allah swt kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Kemudian, tanpa perantaraan kedua ibubapa kita juga tidak munkin kita lahir ke dunia ini. Maka setelah Allah swt, ibubapa mengambil tempat yang kedua.
Seorang telah bertanya kepada Rasulullah saw, “Apakah hak-hak ibubapa?” Nabi saw menjawab,” mereka adalah jannahmu dan juga jahanammu.” Antara balasan azab yang akan dikenakan disebelum kematian adalah dosa derhaka kepada ibu dan bapa. Ini juga bersabit dari beberapa hadith Nabi saw.
Di zaman Umar r.a, seorang tua telah dipukul oleh seorang pemuda tampan. Bila dilihat oleh orang ramai mereka meleraikannya. Namun orang tua berkenaan berkata, “Biarkanlah dia memukul aku, ini adalah balasan tuhan kerana ketika aku muda dahulu aku pun pernah memukul bapaku di sini, Biarkan dia memukul aku.”
Memang benar sabdaan Nabi saw bahawa Allah swt akan membalas sebelum mati. Nauzubillah.
Berita di atas memang membuktikan kita telah sampai di ujung zaman. Antara sabdaan Nabi saw tentang 15 perkara salah satunya adalah “Mentaati isteri dan menderhakai ibu sendiri.”
Saudara saudari semua marilah kita berbakti kepada kedua ibubapa kita. Hanya beberapa hari sahaj yang masih tinggal. Pasti satu waktu nanti mereka akan meninggalkan kita. Atau pun kita akan meninggalkan mereka.
Wallahu'alam
P/s : Semuaga mendapat ikhtibar.Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
innalillah...semoga dia tidak terus menjadi si tenggang!Semua ini berlaku apabila kurangnya penghayatan agama dalam sebuah intutisi kekeluargaan,konsep "nuru buyutakum fi solah wa qoroatil-quran" dan "khabar mubtada` `ibadurrahman" telah terhakis dan juga disebut penyakit ummat ini "dananir wa darahim"....semoga Allah kurniakan hidayahnya kepada yg terlibat dlm kisah ini dan kita semua...Ya Allah islahkanlah kami umat kekasihmu Muhammad SAW...amin...
Allahhuakbar apa dah jadi dgn umat masakini sudah hampirkah kiamat yang telah dijanjikan olih Allah ampunilah dosa hamba sekiranya ada perkara yang telah menyengung perasaan kedua orang tua hamba ya Allah...amin
semoga Allah jadikan kita penyejuk mata (qurrata `aini)kpd kedua mak dan abah...
amin...
Post a Comment